Tuesday, April 26, 2011

NEW LOOK ~






















AMACAM ? OK TAK? 







                                                                                                                                                                                                                                                       

Friday, April 22, 2011

kecelaruan gender ...... kahkahkahkah



actually aku nak mengupdate..tapi aku kompius genre entri yang aku nak post kan ... sebab.. sesuatu yang BOMB..! not too so..so.. tp aku keliru.. yang mana satu eak nak dulu kan.. hohoho.. tak ley la jadikan EXAM aku sebagai alasan tak mengeluarkan entri.. no..no.. itu tidak adil.. so.. macam mana? apa yang patut aku buat????

nak cerita pasal budak lelaki yang kuat sex semalam tu..?  malas ar.. nanti orang tinggalkan page blog aku dengan perasaan yang meluat...  so... nak cerita pasal apa? kupas lebih lanjut segmen semanis kurma malam tadi pasal "kawan makan kawan" .. hurm.. best gak nih.. tapi... mesti kang ramai teringat kisah-kisah lama sakit hati korang.. hurm.. tak ley..tak ley... cite pasal apa eak..? pasal sejarah? tak ley juga.. sebab sebelum nih aku dah keluarkan fakta.. so? apa eak .. pasal gosip piah becok lesbian ? no..no .. nanti piah becok plak yang pemes kat sini...

jadi apa patut aku tulis ni weyh.... aku tak de idea.. tolong la aku... uwaaaaa... apa patut entry yang aku taip kat sini.. aku buntu... huhuhuuhuu... maaflah kawan-kawan.. aku rasa.. untuk kali ini, aku tak postkan pape entri kot...   ni idea.. blank.. dal... minta maaf kawan-kawan... tak de lah alamatnya penambahan entri ... uuuuuwwwuuuuuuuu.uuuwaaaaaaa

Tuesday, April 19, 2011

CERPEN : what to do..?



" aku benci gillew dengan dia ok..huh.! "
" kenapa pula... tak pasal-pasal kau nak bencikan dia..?setahu aku, dia tak buat apa-apa pun dengan kau.."
" itu kata kau.... banyak ke kau tahu pasal dia..? tak kan? "  nurul meninggalkan melor dengan jelingan tajam..sakit hati betul bila kawan dia itu seperti mahu membangkang apa dia kata.
 " apa salah kak seri... aku tak paham... haih, dunia..dunia.." seri berbisik didalam hati.... dia meneruskan menonton drama kegemarannya "pelangi petang" ...

"weyh, weekend ni kau tak keluar pegi mana ke nurul? kau tak kerja kan hari ni? " tanya melor sambil mulutnya mengunyah nasi lemak kegemarannya..
" tak kot.. aku nak lepak rumah jer.. layan internet.. facebook, myspace, blog, semua dah bersawang.. nak kemaskan kejap..kau tu, tak pergi mana ke? " nurul bertanya sambil berlalu mengangkat pinggan ke sinki..
" tak kot.. tapi petang sikit lah.. aku nak pegi  pasar malam.. tengoklah, kot ada yang best.. kompem satay minang...yang lain tengok keadaan.. rindu wooo, satay minang..." melor mengekori  nurul ke sinki..
"ah kau.. tak habes-habes dengan satay minang kau.. kawen jerk le dengan anak pakcik tu.. diorang pun aku tengok dah kenal kau.. beli sebulan sekali pun, diorang boleh kenal. huh, nyampah i..hahahahaha.." mereka bergelak ketawa bersama.

" fuh, layan drama tamil kat tv2 best gak nih... " melor mencapai remote tv dan terus duduk bersandar di sofa..
" menyampah lah..! " nurul keluar sambil marah-marah... 
melor memandang dengan dahi kerut seribu..." dah apahal  plak laaaa, minah ni.." dia membiarkan saja..sambil matanya kembali melayan Padiyappa... 

" melor, aku meluat giller la dengan si seri .."
" kau ni dah kenapa ni nurul, banyak kali aku dengar kau merungut pasal kak seri.."
" ye lah.. aku menyampah tengok minah tu.."
"aku tahu.. tapi kenapa...pernah kau nak cakap dengan aku kenapa...?"
" macam bagus je dia... hey, tolong la... dia ingat semua budak baik dengan dia agaknya.."
" kau ni cakap apa ni nurul..? "
" aku cakap apa aku rasa lah ni.."
" tapi kenapa.. kak seri ada buat salah dengan kau ke? "
" tak lah.. dia nak perli-perli aku dengan abang aku tu apasal..macam dia tu bagus, aku dah anggap jamal tu macam abang aku.. yang dia nak perli-perli aku kenapa, apa dia ingat dia bagus sangat la... "
" perli..? pasal yang hari tu? yang kita jumpa dia hari tu? "
" yela..."
" nurul, kan dia bergurau je, kan dia dah cakap dah pada kau yang dia bergurau.. meamng dia cakap benda tu galak, tapi aku pun dapat rasa dia bergurau.."
" eh, yang kau ni backup dia sangat kenapa hah..?! "
" aku bukan nak backup sesiapa nurul.. kalau sekarang ni, dia yang cakap kau macam ni, aku tetap akan pertahan kan kau macam mana aku pertahan kan dia sekarang..aku bukan nak menangkan sesiapa, aku rasa aku nak tunjuk kan siapa yang salah sangka siapa yang tersalah sangka.."
" ah, kau! aku lagi hangen, boleh pla ko nak bersyarah depan aku.."
" aku bukan bersyarah nurul.. tapi kau pun tahu kan, cia bergurau kasar..ke, kau ada dengar mulut longkang lain bercakap ni...? "
" memang pun... ada lah, budak cakap, dia kata aku macam ni.. macam ni..eh, bodohlah..! selama ni aku sabar je dengan dia tau.. even dia gurau kasar, aku tak kisah pun.. tapi ni dah melampau laa..."
" ada kau tanya pada dia..? "
nurul menggelengkan kepala..
" apasal kau tak tanya sendiri, betul ke dia ada cakap macam tu..? "
nurul menjeling sambil mengetap bibir...
" nak marah aku lah tu...."
nurul memandang kaca tv dengan pandangan yang tajam... ntah apa dia tengok pun tak tahu.. satu pun tak masuk dalam kepala dia.. hati dia hanya penuh dengan perasaan marah.
" nurul.. aku kenal kau.. aku kenal kak seri.. kak seri tu, aku nampak dia cuba jadi seorang kakak.. tapi dia sangat tegas.. hati dia lembut, tapi dia didik dan ajar kita memang tegas cara dia..kau ingatkan. dulu macam mana aku kena brainwash dengan dia? pasal budak-budak tak puas hati dengan aku..pasal budak-budak tak suka cara aku.. memang perit..memang susah kita nak terima benda tu.. aku menangis satu hari kau tahu..? aku marah sangat dengan kak seri.. aku benci sangat dengan kak seri...tapi lama-lama, aku fikir balik.. betul kata apa kak seri.. lagi pun, kita kadang kala tak sedar, macam mana perangai kita...kawan-kawan yang jadi cermin buat diri kita..."
 nurul masih memandang kosong kaca telivision, tapi muka dia dah agak cool...

" kau tau tak nurul.. si Dina pernah tegur perangai kak seri..."
nurul berpaling ke arah melor.." betul ke.."
" yup.." 
" tegur apa.."
" dina kata, kak seri baik, tapi cara kak seri kasar. kak seri nak lindung adik-adik tapi kadang-kadang kak seri sampai lupa hal diri sendiri.. dina suruh kak seri jadi lebih feminin.. dina cakap kak seri cantik, tapi kak seri tak endah benda tu...dina suruh kak seri buang perangai macam ala-ala jantan tu...dina suruh kak seri pakai perfume.. banyak lagi lah.. aku lupa dah.."
" betul ke? berani nya dina..? "
" ha'ah... aku tak tipu.. aku ada sekali masa dina cakap tu.."
" habes seri macam mana.."
" seri..seri.. kak seri lah!.. "
nurul mencebik..
" dia menanges juga mula-mula tu..."
" hah! padan muka dia..! rasa kan..!"
melor jeling.." tapi dia tak plak nak bermusuh dengan dina tu.. aku tengok dia makin rapat adalah...aku pernah tanya.. pada dia, dia tak sakit hati ke pada dina.. dia kata mula-mula memang pedih.. tapi itu yang dia mahukan.. teguran.. supaya dia boleh berubah jadi lebih baik.. dia terima saje kalau ada adik-adik nak tegur dia, tapi cara biarlah macam dina.. cakap baik-baik.. cara dina, macam cara kak seri tegur aku dulu..."
" eleeyhh... yelah tu dia... ntah-ntah simpan dendam.."
" weyh nurul.. kau ni dah kenapa..? apa setan pulak yang dah hasut kau nih..?
" apasal aku plak..?"

melor mencapai remote tv dan menutup siaran tu... dia bangun duduk mengadap nurul..
" nurul, aku tahu selain kau rasa sakit hati, mesti ada orang lain cucuk kau kan..? sebab dari kes hari tu, aku tengok kau ok lagi dengan kak seri.. baru-baru ni saje kau macam ni.. nurul.. aku minta maaf.. tapi kalau betul ada orang yang bercakap pasal kak seri.. aku nasihatkan , kau datang lah jumpa dia nurul.. tanya pada dia, betul atau tidak dia ada cakap macam tu pada kau.. jangan kau dengar sebelah pihak.. lagi pun. kau yakin ke, orang yang bercanang pasal kak seri pada kau tu, memang tak pernah kutuk kau juga..? "

nurul merenung melor.. tanpa suara.. tanpa gerak...

" nurul... setakat aku kenal kak seri, kak seri tak pernah pun menghalang kita kawan dengan sesiapa.. tak pernah pula dia menghasut sesiapa untuk tak kawan sesiapa, walau yang kita nak kawan tu dia tak iminat..tak pernah lagi aku dengar dia sebut.. kau jangan kawan dengan dia.. perangai dia buruk.. tak pernah lagi nurul...cuma dia akan pesan, hati-hati dan berjaga-jaga.. itu saja.. aku tak tahu mana silap dia .. aku tak tahu mana buruknye.. walau aku sendiri ada dengar orang mengutuk-ngutuk dia.. tapi aku rasa benda tu mengarut lah.. sebab dia tak seperti yang diorang cakap... tapi entah lah.. individu.. masing-masing ada hak untuk menilai seseorang..tapi pada aku.. aku pernah susah.. dia pernah tolong aku.. dia tak pernah biar aku di pinggir kawan-kawan.. kau fikir-fikirkanlah nurul.. dah banyak aku cakap rasanya... kau pun dah besar.. dah matang... kau gikirlah mana yang terbaik untuk nilai persahabatan... " melor berlalu meninggalkan nurul terkebil-terbil melihat dia bercakap... 

nurul pegang kepalanya... " apa aku nak buat sekarang ni..? apa aku nak lakukan sekarang ni... memang aku sakit hati dengan kak seri.. tapi.. berbaloi ke aku biarkan kak seri tak tahu apa yang buat aku benci pada dia waktu ni..? kalau aku biarkan.. sampai bila...?.. haih..!" nurul bersandar pada kusyen di ruang utama rumah itu.. 

guys... apa patut nurul buat..? please help this person to find a good way for her...



MORAL OF THE STORY

  • jangan lah biarkan diri anda di selubungi misteri...
  • jangan dengar mulut longkang.. kalau ad amasalah bincang
  • kawan adalah cermin pada kawan, jadi tegurlah kalau kawan tu membuat perkara dan perbuatan yang salah
  • be agood friends.. jangan biar diri anda di pimpin syaitan






Monday, April 18, 2011

cerpen : ami dan qaish



" kau tahu tak apa yang kau pikir ?! " tempelak qaishah

" aku tahu... " jawab ami lemah

" nonsense la babe.... si keparat tu bahagia.. dah 2 tahun dah babe... apasal kau masih lagik tak ley lupakan dia..? babe... dia satu-satunye bangsat yang buat kau merana paling teruk kau tahu tak... kau masih sayang dia ke apa..? aku tak paham laa..!" qaishah menghempaskan majalah yang ada di tangan dia ke meja.. kesal dengan apa dia rasa... kesal dengan apa yang ada dalam hati teman dia...

" aku tak tahu apa yang ada.. aku benci? aku marah? aku rindu? atau aku sayang? .. aku sendiri tak paham qaish... bukan aku sengaja perasaan ni ada dalam diri aku.. aku dah pupuk benci yang mendalam dalam hati aku.. kau tahu kan.. bertapa hati aku sakit, di siat hidup-hidup bila aku ditinggalkan tanpa sebab.. bila aku dia tipu terang-terang... pedih hati aku memang tak tak terubat qaish... aku memang tahu.. aku tak kan dapat berdiri utuh kalau terserempak dengan dia.. aku tahu .. aku tak kan kuat qaish.. walau hakikat.. aku menggeletar nak tampar dia.." .. berjuraian airmata ami...

qaish sedar..  betapa peritnye derita yang di tanggung temannya.. mencintai seorang lelaki dengan sangat ikhlas...tetapi cinta dia di khianati.. di khianati tanpa sebab.. ditinggalkan tanpa punca utuh.. di duakan tanpa sedar... kesian ami.. seorang gadis yang baik dan lemah lembut.. seorang yang sangat berdikari... seorang  yang matang.. seorang yang sering mengalah dalam apa jua situasi asalkan ikatan kasih tidak terlerai.... 

" qaish.... " 
"...... hm..?"
" aku tak kuat.."
" jangan kata macam tu.."
" aku tahu benci ada dalam diri aku.."
" jadi jangan nangis.."
" tapi kenapa dia tak luput dalam ingatan aku.."
" sebab hati kau penuh rasa perit.."
" qaish... ada ke orang yang akan ikhlas dengan aku sebenarnya...?"

qaishah memejamkan mata... air jernih mengalir dipipi...

" ya Tuhan.. Kau tabahkanlah hati hambaMu itu... kenapa derita yang selalu terpalit dalam hatinya...kenapa manusia bergelar lelaki tak pernah jujur pada orang yang cuba memberikan keikhlasan dalam suatu perhubungan....? ya Tuhan.... ketemukanlah perwiranya... agar dia tak rasa dirinya sentiasa di khianati oleh hambaMu bernama lelaki.... " .. qaishah bermonolog didalam hati..air mata qaishah mengalir tak terbendung...

"  ami... tuhan tu maha adil ami...."

" aku tahu qaish... aku tahu......" suara ami berselang seli dengan sedu yang tidak kedengaran... sayu....

Qaishah memandang temannya.... " aku tahu kau kuat ami... jangan biarkan segala keperitan menjadikan kau jatuh... aku tahu kau orang yang berusaha.. bangkit.. jadikan diri kau manusia yang terbaik... kau belajar bagus-bagus...dapatkan markah tertinggi.. kalau boleh dapat dekan... fokus pada kerja...bagi yang terbaik.. aku tahu kau adalah pekerja yang sangat bagus pencapaiannya... jangan biar semua ini buat kau hilang segalanya... kalau kau dah tenang nanti... kita try buat make over, nak..? biarkan.. semua lelaki.. termasuk sikeparat tu.. rasa menyesal tinggalkan kau...?

ami gelak dengar ayat Qaishah yang akhir sekali..

" aku serius ni ami..." qaishah buat mata terkebil-kebil..
" kira kau nak kata aku sekarang tak cantik la..." ami kata dalam tawa..
" eh.. tak lah... sekarang pun cantik.. cuma.. aku nak  buat kau nampak lebih vouge.."
"  hahahaha ok.. promise? .."
" sure teman.. sure.. nanti kita tengok kat youtube teknik solekan mana yang sesuai dengan kau k... " qaishah mengenyit mata pada ami...
" ok babe.... thanks... " ami memeluk qaishah erat.... 

" tuhan.. segalanya dalam takdirMu.. kami hanya merancang... Kau yang menentukan Ya Allah... berikanlah secebis kebahagiaan pada teman ku Ami.. ingin aku melihat dia terus tersenyum dengan manisnya... ketemukanlah cucu adam pelengkap rusuk kasih yang ada pada Ami..."  doa qaishah dalam hati... 



MORAL OF THE STORY

  • hilangkan bencimu.. agar cinta dapat bertandang
  • sabar itu separuh daripada iman..
  • sentiasa berdoa dan berserah pada Allah

Friday, April 15, 2011

belum ada rezki.. apa nak buatkan...



jeles..jeles..jeles.... huhuhuu.. tak pelah, maybe bukan rezeki aku kot.. tunggu jerk la kan.. ada rezki adalah... tuhan tu Maha Kaya dan Maha Adil... Dia lebih tahu kenapa hambaNya ini dapat rezki tu dulu, dan yang ini di kemudiankan seketika... syukur alhamdulillah.. selagi nyawa di berikan ihsan Allah taala untuk aku merasai rezki-rezki yang diterima seperti orang lain... ... 

eh mukadimah jer dah merungut eak? apa lah hest ni.... nak kena cepok barang sekali supaya sedar kot nih.. ekekeke.... ok guys... thanks.. even blog ni tak berupdate.. dan hanya berpuitis ciplak.. dan saduran lagu english ke lagu melayu yang aku cuba sampaikan but still ada stalker yang sudi nak menjengah-jengah blog ' taman hestyrezyuda ' .. yelah... aku rasa kena tambah kot.. bukan takat ikan... bahkan kena tambah rama-rama yang boleh terbang-terbang la... huhuhuhu baru comel lagik aku rasa... atau pun makin tambah serabut.. ekekekekeke..

ok guys.. balik pada cerita kat atas tu.... tidak.. aku tidak merungut apa pun... cuma.. aku cemburu sangat-sangat.... rupa-rupanya, baru-baru ni.. ramai kawan-kawan aku yang mengerjakan umrah.. :so sad.. kenapa aku tak dapat lagi jengah tanah suci i am saving my money.. but not totally for my umrah or haj.. my saving will be divide for my study fee, my car maintenance, my emergency case.. and bla..bla..bla.. and lastly.. i decided for saving in.. PRUDENTIAL BSN TAKAFUL kredit to miss piah sebab dia yang memperkenalkan skim ni... so, kalau korang nak tahu lebih lanjut... boleh la tanya dia direct kat blog dia k... sangat-sangat membuatkan aku tak risau... sekurang-kurangnya.. aku mempunyai saving khas untuk haji..dan.. incase.. aku mengadap illahi before aku sempat habes kumpul duit haji, diorang akan buatkan aku HAJI BADAL.. so, alhamdulillah.. aku akhirnya dapat solution yang sangat bernas untuk hajat mulia aku yang satu nih....

tahun ni.... tahun orang kawen.. eh.. tak..tak... tiap-tiap tahun sebenarnya.. cuma, untuk tahun ini.. majoriti kawan-kawan aku yang ramai kawen... ramai kawen.. ramai tunang.. housemate aku jerk pun,  dua-dua sekali kawen tahun ni, bulan 4 dan 5 ... so.. TAHNIAH pada korang yang akan mengadakan majlis.. moga berbahagia, dan berjaya menjalani bahtera rumah tanggga.. be a good wife ok... korang antara yang terpilih untuk melaksanakan sunnah nabi ini... aku masih belum ada peluang dan rezki untuk mendapat pahala ini...

baru-baru ni.... aku tengok member baik aku punya gambar anak.. so cute ok.. pink-pink muka baby tu... comeeeell sangat.... huhuhuhu... rezki korang... jagalah amanah tu ... sangat besar pahala korang dapat, dari mula berdenyut nadi si baby dalam perut lagi... sehingga dia lahir.. dan berhenti denyutan jantung di muka bumi... sekira dia menjadi anak soleh atau solehah.. tiap kali itulah pahala akan sentiasa mengalir pada korang.. so.. didik lah sebaik-baiknya... agar dia menjadi penaung pahala mu di mizan nanti... amiiinn...

hm... kan...? betul kan? semua perkara kat atas adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku kecapi.. :0 tapi tak pe. aku bersyukur.. kerana tuhan lebih arif mengenai aturan hidup aku... : aku redha, dan aku bersyukur.. amin.... so... pada kepochi-kepochi kat luar tu... jangan lah duk sibuk kata...

" eh.. kenapa kau tak kawen lagik?? memilih sangat lah ni...."

sebab nanti aku akan jawab macam ni kat korang..

" mak enon... istighfar banyak-banyak.. tolong la mengucap dan bertaubat.... tahu tak.. kerana bicara 
kamu bisa murtad??? kenapa di pertikai rezki dan kudrat Allah.. kalau ini takdir yang Allah bagi pada 
saya.. adalah amat-amat berdosa untuk kamu persoalkan.. 
SIAPA KAMU UNTUK PERSOALKAN QADA' ALLAH? "

sekian terima kasih.... renung-renungkan, dan selamat beramal...

ASSALAMUALIKUM... tak jawab dosa.. kalau jawab, tandanya sayaaaaaaaaaaaaaaangg...



Tuesday, April 12, 2011

JANGAN PERNAH KATAKAN TIDAK... JB&JS

JANGAN PERNAH KATAKAN TIDAK..! 
 
Lihat! aku tidak pernah terfikir bahawa aku boleh berjalan melalui api.
aku tidak pernah terfikir bahawa aku boleh menggenggam api.
aku tidak pernah memiliki kekuatan untuk mencapai lebih tinggi,
Sampai aku mencapai titik tidak boleh kembali.

Dan tidak hanya ada jalan kembali,
Apabila
hati kamu diserang,
Akan memberikan semua yang kamu miliki,
Ini takdirku !

Aku tidak akan pernah mengatakan tidak ! (Saya akan berjuang)
aku akan terus berjuang ! (Membuatnya NYATA!)
Setiap kali kamu mengutuk dan menjatuh kan aku,
Aku tidak akan terus terjatuh

aku akan 
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya ,
Dan tidak akan pernah mengatakan TIDAK !!

aku tidak menyangka bisa merasakan kekuatan ini.
aku tidak pernah terfikir bahawa aku dapat merasakan  kebebasan ini
aku cukup kuat untuk mendaki menara tertinggi.
Dan aku cukup cepat untuk berjalan ke seberang lautan.

Dan tidak hanya ada jalan kembali,
Apabila
hati kamu diserang,
Akan memberikan semua yang kamu miliki,
Ini takdirku !

Aku tidak akan pernah mengatakan tidak ! (Saya akan berjuang)
aku akan terus berjuang ! (Membuatnya NYATA!)
Setiap kali kamu mengutuk dan menjatuh kan aku,
Aku tidak akan terus terjatuh
aku akan 
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya ,
Dan tidak akan pernah mengatakan TIDAK !!

Aku harus menjadi yang terbaik, dan ya
Kami adalah flyest.
Seperti David dan Goliath,
Aku menawan raksasa.
Jadi sekarang aku punya dunia di tanganku,

Aku tidak akan pernah mengatakan tidak pernah! (Saya akan berjuang)
Saya akan berjuang sampai selamanya! (Membuatnya kanan)
Setiap kali anda knock me down,
Aku tidak akan tinggal di tanah.
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya, naik, naik,
Dan tidak pernah mengatakan tidak pernah.

Aku tidak akan pernah mengatakan tidak ! (Saya akan berjuang)
aku akan terus berjuang ! (Membuatnya NYATA!)
Setiap kali kamu mengutuk dan menjatuh kan aku,
Aku tidak akan terus terjatuh
aku akan 
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya,
Mengambilnya ,
Dan tidak akan pernah mengatakan TIDAK !!
 
song by  JB & JS

Monday, April 11, 2011



aku di sentap dengan keraguan mu
aku di tikam dengan sangsi mu
aku di hina dengan herdik mu
aku di belenggu dengan sikap mu

aku bukan anak-anak yang baru mengenal cinta
di dalam hidup ku penuh palit luka
dari derita kisah cinta
hingga derita kecundang hidup ditipu manusia

aku bukan anak kecil yang tak tahu membeza
aku bukan manusia yang degil tinggi melata
aku dambakan kasihsayang seorang manusia
yang bisa meruntuhkan tembok keras yang kubina

kalau itu dosa kenapa perlu di paksa
hormati pendirian aku kalau itu kewajiban di tuntut Maha Esa
aku bukan boneka yang boleh di bentak di arah perkara cela
kalau itu kau tak dapat penuhi,adalah salahku di setiap sudut cerita

kadangkala ku rasa lelah dengan apa yang cuba kucipta..
kasih sayang yang kabur mana ikhlasnya
aku cuba sedaya upaya menjadi sang setia
tapi keraguan mu yang senantiasa buat aku robek terluka

aku bukan anak kecil, aku bukan si remaja
aku sudah dewasa..
pemikiran dan perancangan ku harus cepat mengejar masa
kerana hidup ku sudah tidak lama
bukan aku sengaja tergesa-gesa
tapi aku perlu pikir jauh ke hujung sana..
kerana dalam hidup ku tinggal dua perkara
antara masih hidup atau mengadap Maha Esa ...

kalau ada jodoh tak kemana
hati ku tak terikat dengan sesiapa
terpulang lah pada Qada Allah
menggerak kan hati siapa
untuk menyunting aku sebagai suri di hatinya
aku akan terima dengan redha
kerana aku MANUSIA HINA

Monday, April 4, 2011

EMOSI ? STRESS?



Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu..Kebanyakan ahli yakin bahwa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan intens kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk beberapa jam.

Semua emosi berasal dari sistem limbik otak yang kira-kira berukuran sebesar sebuah kacang walnut dan terletak di batang otak Orang-orang cenderung merasa bahagia ketika sistem limbik mereka secara relatif tidak aktif. Sistem limbik orang tidaklah sama. Sistem limbik yang lebih aktif terdapat pada orang-orang yang depresi, khususnya ketika mereka memperoleh informasi negatif.
Emosi juga boleh di takrifkan sebagai tekanan emosi(STRESS) yang di hadapi oleh individu.. Stres adalah fakta alam - tekanan dari dalam atau luar yang mempengaruhi individu. individu merespon stres dengan cara yang mempengaruhi individu serta persekitaran mereka. Karena hal meluap-luap stres dalam kehidupan moden kita, kita biasanya berfikir stres sebagai pengalaman negatif, tetapi dari sudut biologi, stres boleh menjadi pengalaman yang neutral, negatif, atau positif

hohohoho.. korang jangan pening.. sebab aku banyak ayat penyatakan?? ini semua pasal stress .. aku malas nak kata banyak.. jadik LU PIKIR LA SENDIRI deeeee ...

jangan stress-stress... cool sikit, baru otak boleh berjalan pikirkan penyelesaian ... 

adios..amigos... sayonara... Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuhu.....

TAK JAWAB DOSA... KALAU JAWAB SAAAAAAAAAYANG..~

klik iklan ni tak kena bayar pun