Wednesday, November 26, 2008
nenda... cucunda merindui mu...
lagu mak minah dendangan TripleNoize buat aku berlari laju dapatkan handphone aku..
laaa, kak aku... ingat kekasih gelap telephone..
"helo, assalamualaikum.."sapa kakak aku bila aku tekan button on call.
"waalaikumussalam.. kenapa kak"tanya aku. akudengan akak aku memang jarang borak mesra alam.. kitorang kalau cakap pasal benda penting jer. pastu baru ley nak mesra2..ekekek.
"ma, orang cakap ko jangan terkejut lak"kias kakak aku..
uik semacam jer nih.. diorang dah ada calon nak kawenkan aku ke? seloroh aku dalam hati
"laa cakap la, kenapa.."gesa aku tak sabar. memang tak sabar pun.
"wan baru meninggal petang ni, 6.30 ptg"kakak aku memecahkan kebuntuan aku dengan lenangan air mata dia.
"YaAllah... wan sakit ke? macam mana ley meninggal tak bagi tahu ima pun wan sakit???!!!"
aku dah mula panas...
"wan tak sakit la.. tadi dia pengsan, terus diorang kata meninggal.. ni orang tak dapat bagi tahu ayah ni ma. ayah g mancing, along pun orang tak dapat kontek" sedu kakak aku..
"hmm... tak pelah along orang settlekan.. ayah, suruh dak iwan cari kat sawah belakang tak pun kat sungai pulau gadong"aku arah kan kakak aku. aku tahu kakak aku buntu. dia memang jenis panik sket. aku terus kol along aku, adui tak dapat lak. aku lupa no dia dah kena blok. aku terus kol semua sepupu lelaki aku minta no talian hayat abang aku. lepas aku dapat terus aku kol. dia lepak plak kat breickfield dgn kawan2 MAB dia.
aku terus sapa
"salam along..balik umah skang kita balik pilah petang ni wan meninggal". nasib abang aku ni sejak keje kat kebajikan masyarakat dia makin tenang. aku kena gerak g sg besi. mak aku suh bagi tahu mak sedara sebelah mak aku kat sana, sebab diorang kenal rapat dengan arwah wan aku. aku tekad aku nak balik pilah terus petang tu. mak dengan ayah aku dah risau dah. sebab diorang tahu aku nih rider,,, sebab aku rider lah dia takut aku balik malam tuh.. huhuhu.sayang hujan lebat sangat masa perjalanan aku ke sg besi.haih.. ni lepas ke aku nak lalu bukit putus ni..tak pe aku cuba gak.
sekali masa aku singgah umah mak sedara ku sambil tunggu abang aku sampai kat situ, rupanya mak ayah aku dah pakat dengan mak lang dengan pak lang supaya aku naik kereta diorang je. mak dengan ayah suh pujuk aku..
ciss sungguh..hahahaha sabar jelah jadi aku gerak besok paginya selepas subuh naik kereta paklang aku. berjaya juga rancangan mak ayah aku. sampai sana, aku sempat lah baca yasin dan beberapa surah untuk arwah nenek aku. aku sempat juga memandikan jenazah..
hmm lepas ni, aku dah tak de nenek lagi dah. mesti dah bosan kalau balik kampung. teringat dan terngiang arwah nenek aku nyanyi kan aku lagu aci-aci buka pintu masa kecik.. aduuuh rindu. kadang2 dah besar ni pun aku suh dia nyanyi kan juga untuk akukadang2 lagu2 jeppun yg dia belajar masa perang dunia kedua dulu..
waaaaaaaaaaa... wan.. ima mesti rindu kat wan lepas ni. sebab wan lah satu-satu nye nenek yg ima ada, dan rapat...sayang wan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment