Thursday, November 27, 2008

tak paham aku...

Align Righttak paham aku...
lepas kes malam tu.. dia ada kol aku dan pujuk aku untuk bertahan.. sebab dia sayangkan aku lebih dari ila...
tak paham aku..
aku ley lak nak cair ngan pujukan dia..
tak paham aku..
dia kata dia tak percaya dan yakin yg dia akan bersama dgn ila sampai ke jinjang pelamin. dia kata lagik aku jer paham dia.. ila masih dengan cildishnya..dia kata lagi dia tgh cuba nak jauh kan diri dari ila
tak paham aku...
hari ni aku try kol dia
sekali kol.. tak pat..
kali kedua kol.. tak pat..
so aku budget dia dgn ila..
aku dengan selamberk msg ila...
" ila ada jumpa yan tak?"
ila kata " tak ada.. knp akak?"
aku pun awta laaa.." saje jer, kemsalam ea nanti"
pada hal nak skodeng jer..ekekek
ila ley lak reply dgn aku macam nih
"..oo.. ok kak nanti kita bagi tahu.. dia tak de kredit tu,
lagi pun bateri dia kong,
charger kat saya..malam nanti baru kitorang jumpa.."
tak paham aku...
aikk??? charger kat ila??
malam nih nak jumpa??
lorr.. kena kencing lagi aku nih..
kalau dia nak jauhkan diri asal lak charger kat ila??
itu kan jadi alasan2 untuk bertemu.. huhuhu
tak paham aku...
macam mana lah aku ley kena kencing sampai hancing nih??
nih aku tak puas hati nih..
tapi aku tahu semua salah aku..
aku dah tak pikap macam dulu..
semua sebab aku dah kurang zikir..
tak paham aku..
tapii...
aku rasa dejavu2 aku makin hari makin banyak yang aku dapat..
tapi semua yang remeh.
aku dah naik risau dah..
sebab aku rasa benda tu semakin dekat...





AKU UNDUR DIRI DEMI DIA DAN KAMU

aku balik putrajaya hari selasa.. tapi malam nih aku ada masalah yg cukup besar.
pasal sape lagik kalu bukan yan dgn awek dia ila.
tadi aku msg yan dia tak reply sampai kul12.. uik pelik gak ni. tak pe bz lagik kot.. aku layan chat lagi, jamaku dah sibuk jerit kul 2 pagi.. eh pelik lak mamat nih langsung tak tegur aku.. aku pun capai phone terus kol nombor dia.. 4 kali aku kol, operator yg jawab.. sudah.. apa kes nih.. aku tekad try last..pastu aku ingat nak ignore jela. tiba2 ada ringtone, sekali " haloo".. uik suara pompuan la..
aku gamble je la jawab.." hai, yan mana? ila ke nih?"
" yup ila, ni mim kenapa kol malam2 nih?, wat apa cari yan? sampai 4 kali misscall?"
dari getar suara dia aku tahu dia tak puas hati.. aku pun mula la awta " sowilah adik akk baru offline room,so bebudak ramai tanya dia . ingat nak citer je pasal room kat dia.. hmm , dia tak de ke?"
"dia tak de pegi toilet" jawab ila. oh, jadi aku tahu lah si yan tadi memang offkan handphone dia, dan dia pegi toilet si ila on kan balik..
" tak pe lah dik sowi kacau korang makan..tapi kalau yan datang misscall akk, akk nak cakap dengan dia sket" kata aku .bengkek sebenarnya tapi tak pe...
pastu aku bagi mesej kat ila bunyik dia macam nih tau
" ILA TOLONG MISSCALL AKK KALAU YAN DATANG.. AKK NAK DIA JAWAB KOL AKK DEPAN KAMU SEBAB SELAMA NI DIA TAK PENAH NAK NGAKU KAMU AWEK DIA "
h
a.. macam tu le lebih kurang..sebab aku dah tak tahan sangat sebenarnya.
pastu tetiba dia ila mesej aku.. " kol skang"
aku dengan tak sabarnya nak kantoikan dia terus kol..
"hai abi.. kat mana nih?"
"hmm, dalam keta umi"
"keta sape? nak pegi mana?"
"dalam keta ila umi, baru lepas makan"
"ila?? kenapa dengan ila?"
"dia ajak abi kuar umi"
'kenapa pegi kalau tak de apa2?abi, mengaku jerlah dgn umi yang abi dengan dia bercinta.. umi tak marah abi.. umi akan cuba memahami" aku pujuk baik punya..
last2 dia cakap.." maafkan abi, umi.. memang abi dgn dia"
aduuh sakit siot dada aku.. tapi aku kan cool..aku tanya baik2.. "abi nak siapa ni?"
korang tahu dia ley jawab depan ila tau tu" abi nak dua,dua sekali"
aku cakap.."mana ley bi, abi kena pilih salah seorang"
menjawab dia.." kenapa tak boley?? asal kena adil dengan saksamakan??"
"uik, abi.. masalahnya satu pun abi tak dapat lagi.."
dia terpana.. aku slow talk"abi.. pegilah balik pada ila.. abi lebih mengenali dia dari umi..abi dah kenal keluarga dia..abi pulanglah pada dia abi.." aku lak merayu untuk kebahagiaan orang.. aduiyai..
last2 dia jawab.." papelah umi.kalau itu yang umi nak.nanti kita bincang lagi umi" aku tahu dia tak nak cakap lanjut..aku terus letak phone.. tapi.....
aku dail no ila lak..
"salam..dik.. kamu dah dengarkan apa dia cakap tadi.. ida sayang kamu dik"
"tapi kalau sayang kenapa dia dua kan ila kak??" adoi.. dah start ujan lebat plak budak nih..
aku backup lagik si yan nih.."dia sunyi jer dik.. dah sayang jgn menangis lagik".. adoi sebal jer aku rasa, nak pujuk orang lain untuk serah kan pakwe aku.. ekeke
huuuuhhhh... aku bagi nasihat sket pada 2, 2 terus aku letak phone.. settle.. walau hati aku sedikit terluka.. tapi aku bersyukur aku dapat selamat kan hubungan diorang.. biarlah aku terluka.. asal yang lain bergembira..

AKHIRNYA AKU UNDUR DIRI DEMI DIA DAN KAMU.....



Wednesday, November 26, 2008

nenda... cucunda merindui mu...



lagu mak minah dendangan TripleNoize buat aku berlari laju dapatkan handphone aku..
laaa, kak aku... ingat kekasih gelap telephone..

"helo, assalamualaikum.."sapa kakak aku bila aku tekan button on call.

"waalaikumussalam.. kenapa kak"tanya aku. akudengan akak aku memang jarang borak mesra alam.. kitorang kalau cakap pasal benda penting jer. pastu baru ley nak mesra2..ekekek.

"ma, orang cakap ko jangan terkejut lak"kias kakak aku..

uik semacam jer nih.. diorang dah ada calon nak kawenkan aku ke? seloroh aku dalam hati
"laa cakap la, kenapa.."gesa aku tak sabar. memang tak sabar pun.

"wan baru meninggal petang ni, 6.30 ptg"kakak aku memecahkan kebuntuan aku dengan lenangan air mata dia.

"YaAllah... wan sakit ke? macam mana ley meninggal tak bagi tahu ima pun wan sakit???!!!"
aku dah mula panas...

"wan tak sakit la.. tadi dia pengsan, terus diorang kata meninggal.. ni orang tak dapat bagi tahu ayah ni ma. ayah g mancing, along pun orang tak dapat kontek" sedu kakak aku..

"hmm... tak pelah along orang settlekan.. ayah, suruh dak iwan cari kat sawah belakang tak pun kat sungai pulau gadong"aku arah kan kakak aku. aku tahu kakak aku buntu. dia memang jenis panik sket. aku terus kol along aku, adui tak dapat lak. aku lupa no dia dah kena blok. aku terus kol semua sepupu lelaki aku minta no talian hayat abang aku. lepas aku dapat terus aku kol. dia lepak plak kat breickfield dgn kawan2 MAB dia.
aku terus sapa

"salam along..balik umah skang kita balik pilah petang ni wan meninggal". nasib abang aku ni sejak keje kat kebajikan masyarakat dia makin tenang. aku kena gerak g sg besi. mak aku suh bagi tahu mak sedara sebelah mak aku kat sana, sebab diorang kenal rapat dengan arwah wan aku. aku tekad aku nak balik pilah terus petang tu. mak dengan ayah aku dah risau dah. sebab diorang tahu aku nih rider,,, sebab aku rider lah dia takut aku balik malam tuh.. huhuhu.sayang hujan lebat sangat masa perjalanan aku ke sg besi.haih.. ni lepas ke aku nak lalu bukit putus ni..tak pe aku cuba gak.

sekali masa aku singgah umah mak sedara ku sambil tunggu abang aku sampai kat situ, rupanya mak ayah aku dah pakat dengan mak lang dengan pak lang supaya aku naik kereta diorang je. mak dengan ayah suh pujuk aku..

ciss sungguh..hahahaha sabar jelah jadi aku gerak besok paginya selepas subuh naik kereta paklang aku. berjaya juga rancangan mak ayah aku. sampai sana, aku sempat lah baca yasin dan beberapa surah untuk arwah nenek aku. aku sempat juga memandikan jenazah..

hmm lepas ni, aku dah tak de nenek lagi dah. mesti dah bosan kalau balik kampung. teringat dan terngiang arwah nenek aku nyanyi kan aku lagu aci-aci buka pintu masa kecik.. aduuuh rindu. kadang2 dah besar ni pun aku suh dia nyanyi kan juga untuk akukadang2 lagu2 jeppun yg dia belajar masa perang dunia kedua dulu..

waaaaaaaaaaa... wan.. ima mesti rindu kat wan lepas ni. sebab wan lah satu-satu nye nenek yg ima ada, dan rapat...sayang wan..

Sunday, November 23, 2008

kesilapan aku lagi rasanya....

aku ni cepat sangat kot percaya dan sayang kan orang..
aku dah tak tahu dah nak pk apa.. jujur.. aku kcl hati dgn yan
aku tak tahu dia anggap aku siapa skang?
siapa pula ila di hati dia..?
kesian aku tgk ila menangis..
aku paham apa perasaan bila pakwe ada pompuan lain..
tapi aku yakin kan ila aku cuma kawan dgn yan buat waktu nih
dan mulai saat ini mungkin akan selamanya kawan
aku ley terima apa aje..
masalahnya yan taknak mengaku tentang kewujudan ila..
aku tak kisah kalau dia kata ya,masih bersama tapi hati dah tak sayang atau apa aje...
tapi masalahnya dia langsung tak mengaku tentang kewujudan ila..

its ok.. aku bukan budak kecil yg tak paham keadaan sekeliling..
aku tahu mereka pernah ada sesuatu..
manakan tidak kalau no phone same cuma angka terakhir sja berubah?
couple je kan yang buat macam tu.. mana ada kebetulan..
dari apa yg aku dgr ila cerita.. aku rasa budak tu bukan tergila-gila kan yan..
tapi mempunyai hubungan dgn yan.. sebab cara dia cool
kalau dia meroyan, senang2 nak maki hamun aku,.. itu ya...aku percaya budak tu bertepuk sebelah tangan dan tergila-gila sangat kan yan..
YaAllah.. aku bersyukur terhadap Mu kerana membongkar kan ini sebegini awal...
sebelum aku terlajak langkah.. aku kena berjaga-jaga..

as usual.. aku jenis bukan putuskan hubungan terus..
aku terus layan dia.. but skang more as fwen..
aku cakap dgn dia.. jujur... aku rasa aku tak nak letak harapan tinggi dgn dia sehingga kalau betul dia datang meminang aku. baru aku akn serius dan sayang dia dgn keseluruhan hati aku.
dia macam payah nak telan tapi aku tekad.. memang aku nih lembik.. tapi tak bermakna aku nih bukan tegas... aku kena jadi kembali ima yg dulu..yang dikenali sebagai MAWAR JELITA YG DURINYA BERBISA pada orang yang MENGKHIANATINYA. yang berhati keras dan sediki kejam pada musuh-musuh dia.....

buat MAI dan MIAKA

thanks.. korang alert dgn aku dan bagi aku nasihat yang berguna sebelum terbongkar cerita nih membuat kan aku berpikir panjang tentang siapakah dia sebenarnya..
apakah kejujuran dan keikhlasan dia benar-benar untuk aku atau tidak..
tolong doakan aku kawan-kawan....
semoga Allah menetapkan pendirian yang baik dalam diri aku ini
dan akan kekal dgn pendirian itu..

YaAllah.. bantu lah hambaMu yang naif lagi hina ini Ya Allah...Amin

Saturday, November 22, 2008

waaa..waaa.. miera.. sedey la baca entri miera yg nihhh

..::Kak Ima::..

Alhamdulillah, presentation viva aku lulus semalam. Sekarang tinggal projek studio je yang belum siap. Target aku hujung minggu ni mesti siap. Next week dah nak balik cuti.Bestnya..

Pagi pagi lagi aku buka blog kakak angkat pakwe aku. Aku kenal kak Ima melalui si dia. Walaupun aku kenal ka
k ima sekejap je, tapi aku rasa macam dah lama je. Aku dah anggap kak Ima tu macam kakak aku sendiri. Kak Ima sangat baik.



Masa aku baca entri blog dia, ntah camne air mata aku boleh menitis. Ya, mungkin aku begitu rindu pada dia. Aku tahu kak Ima ada masalah sekarang, tapi dia pandai sorokkan masalah dia dari aku. Bila aku tanya, dia takkan bagitau. Hanya mesej kat chatbox je dia balas.

Akak, kalau akak baca blog kte..kte nak akak tahu, kte syg pada akak..rindu pd akak..rindu pd our memory pd kt kuantan dulu.

Friday, November 21, 2008

best..best..best..sronok sangat

yeeeeeha..
best giler rasanya tahu nape??
dapat lagik sorang adik... nama dia najmudin @ orion
ekekek actually baru kenal umo bawah aku kan.. title adik jelah bagi kat dia
ekek sowi naj..

hmmmm, aku rasa best sangat lagik sebab
kat opis aku dah dapat 1 speaker yg paling best.. yg ada 2speaker 1bass sound system.. peeerghh...
best tu kalau dapat bawa balik umah...
ini membuatkan aku lagi rasa selesa nak duk bertapa kat opis lelama macam dulu..
ekekeke,,, bessstttnyeeeerrr

lagik yg buat aku rasa best,,,
adik acap aku dgn adik mira cotton art aku dah ada blog sendiri..

http:/elenino.blogspot.com/ = acapnye blog
mira nye aku tak dapat lagik url dia... ekekeke

best2...
lagik best.. my lovely fwen are-la
pun ada blog.. dan blog dia... simple but gerek seeeyyy..
aku tgh menuntut dgn dia dan kutip2 ilmu yg ada pada adik2 aku juga nih
ekeke sudi2 la korang ngajar aku yer...
jgn la kedekut ilmu.. tak baik tau..ekeke
saaaaaayang korang.. mmmmmuuuuuahhhhh

ouh ya lagik satu...
aku skang tgh berusaha untuk membuat satu post yg byk pict dari text.. that about who in my heart... doakan aku berjaya menyiapkan pict2 tu.. sebab aku tak guna adobe aku guna powerpoint jer... doakan ea... tataaaa..titiiii...tutuuuuu

Friday, November 14, 2008

apa aku nak bagi jawapan ni..

hari ni aku tido hanya 1 jam je...
mana taknya..malam tadi puas berdiskusi dengan yan..
adui.. dia melamar aku untuk jadi makwe dia...
adeh, perkara sensitif dalam hidup aku skang nih
memang sebenarnya dia dah cakap kat aku 2 minggu lepas
tapi aku tak budget dia siyes sangat
mana tak nye, tak lama pun kami kenal..
sepanjang perkenalan tu memang dia baik sangat dengan aku
memang aku senang dan selesa.
tapi malam tadi kami pergi pada part yang paling serius aku rasa
aku citer pada dia kadang2 midnite kawan2 laki suka kol aku kacau tido, juz nak talk dgr suara aku . dia terus diam, then lepas tu dia cakap "lepas ni yan tahu, jgn jawab kol diorang.cakap nak tido jer."

aku terdiam, eh asal lak mamat nih???
aku cakap" ala diorang bukan apa, nak tanya khabar jer.."

pastu dia kata"yan tak kira, yan tak nak kalau nanti yan kol, waiting... yan tak nak kol lagik.. Yan tak suka... mim milik yan, yan tak suka orang lain usik"

adeh.. terpana aku kejap..ilang kata2. aku tak budget dia macam tu jadinya.
aku pun kata lah... "yan janganlah macam ni, mim tak bagi kata putus lagi. jangan sayang mim 100% bagi mim istikharah.mim ni takut dah bercinta, niat mim nak kawen cepat"

pastu dia menjawab lak tu.. dia kata "abes yan nak buat macam mana. yan dah sayang sangat dengan mim. mim tahu kenapa yan malas nak online? semuanya sebab mim. yan dah ada mim, yan nak tumpu pada mim saja. kalau yan terus on9, yan akan jumpa ramai perempuan. kawan2 perempuan yan semua nak himpit yan. tapi mim lain dari diorang. dari kali pertama yan kenal, yan dah mula jatuh hati.yan tak fikir yan perlu lepaskan mim.yan nak mim.

alamak aih... aku dah tak terkata dah..macam mana lak dia ley sayang aku sangat2 nih.. adoi..hakikat aku suka cara dia.. tapi aku tak tahu cinta tu dah datang atau belum. sebab aku niat nak istikharah kan, nasib dia cakap dia akan menerima apa jua keputusan aku lepas istikharah nanti. tapi aku nih.. ntah sanggup atau tak nak cakap apa je keputusan aku. aku nih dah lah lembik, selalu sangat kesian kan orang. tapi pasal yan nih memang aku dilema sket.dia dah tahu siapa aku sebelum nih. dia ley nak terima aku seadaanya dgn syarat terima dia juga seadanya. meamng lah kan kalau oang bercinta kena give and take..aku tak kisah pun nak terima dia seadaanya. tapi tu lah dilema siot.. aku paling menyampah part yang nih la. antara aku dengan ramzan pun macam gantung tak bertali. dia tak nak lepaskan aku seadanya. macam mana ni weyh????? TOLONG LA AKU... COO MEY NGAAAAAAAAAA!!!!!!!!



Thursday, November 13, 2008

kampung.chat

acap : hai
melor : hai juga
acap : nak kawan ley?
melor : ley jer ni nama cape nih?
acap : acap
melor : uik acap jer? tak de nama penuh ke?
acap : ashraf laaa
melor : ha... kan sedap nama tu
acap : ala lagi suka orang panggil acap
melor : umo bape nih?
acap : 18
melor : lor adik sangat.. hahaha
acap : ???? umo bape? nama sape?
melor : kak ima,umo 22

perkenalan pertama antara aku dgn acap.mula2 aku tak tahu dia seorang budak yang putus harapan... bila aku kenal dia baru aku tahu dia masih lagi tak ley terima kehilangan ke2,2 belah kaki dia akibat di langgar perempuan cina yang mabuk. aku slowtalk dgn dia, terangkan qada dan qadar. dan hikmah atas apa yang berlaku. alhamdulillah dia makin pulih.dia makin terima dirinya seadanya.aku makin suka dgn dia.. dan perubahan dia. harap dia terus berjuang untuk hisup.akk sentiasa disamping acap..igt tu..sekarang dia dan keluarganya ingin memulakan perniagaan kraf kecil-kecilan. aku doakan kejayaan.aku tahu dia pasti boleh buat

Monday, November 10, 2008

buat rabiatuladawiyah dan adik kieyra...
terimakasih sayang banyak membantu akk dalam kekalutan tu..
buat sue.. kau memang kawan yang baik..
kesian kau terpaksa tanggung pelbagai benda dalam benak
aku nih memang mengada-ngada lebih kalau ada orang yang care dengan aku macam kau ni sue..ekekekeek..
what ever pun.. u are ny bestfriend in malacca2 room..
bukan senang nak jumpa kawan maya macam kau..
but ada lagik sorang yang macam kau..
miera @ miaka..
miaka, thanks tolong hest banyak perkara dan sayang hest sepenuh hati..
miaka lah kakak yang baik untuk hest..
doakan hidup hest sentiasa gembira...
...supaya
orang-orang di sekeliling hest.. terutama miaka
happy selalu..
:D

izzati dan faiz

ya Allah.. aku hampir terlupa pasangan nih..
adik maafkan akk..
ati thanks walau ati selalu mesej akk, dan akk tak balas..
but still ati with me..
ati.. akk rindukan kamu dengan faiz..
dah lama tak borak dengan kamu berdua
akk tahu. kamu berdua dah tak ada masalah lagi kan..
akk ima doa kan, ati dengan faiz panjang jodoh sampai akhir hayat adik..
kamu berdua adalah pasangan yang dirahmati Allah
Ya Allah..lepaskanlah hajat ku untuk jumpa mereka berdua ini
sebelum aku pergi jauh..
makbulkan lah doa ku Ya Allah.. aku terlalu sayang
dan rindukan Ati dengan Faiz

rinduku pada adik2 aku... :'(






hmm.. terasa rindu sangat kat adik-adik cottan art...
rasa macam nak turun pahang jer lagik nak lepak dgn u all
amad..alim..mira..
rindu la kenangan masa kita g kuantan..
rindu kat mama..
amad kalau balik jangan lupa kemsalam sayang kat mama tau..
kat along pun akak ima windu juga..
cakap kat along kak ima sukaaaaa sangat kawan dengan dia ..
walau pun kami tak bersama.. kak ima still suka kawan dengan dia
hmm..
nanti kita beli aiskrim dengan big eppal lagik ea...
jangan lupa bawa akk naik bot tu..

Sunday, November 9, 2008

khas buat FARIDZUL SHAH..

aku berniat kalau aku baik dgn dia balik...
aku nak bagi dia lagu nih..
aku nak dia tahu bertapa suffernya aku bila dia buat macam tu pada aku
betapa rindunya aku bila dia buat itu pada aku..
aku nak dia tahu..
dia adalah adik kesayangan aku..
mungkin dia tak sedar...
mungkin dia tak tahu..
tapi mungkin dia tak nak tahu...
naik bosan arrgy..jhu..bass..ira.. dan iss
melihat aku asyik menangis dan selalu bertanyakan pasal dia..
selalu mengadu rindu aku pada mereka..
selalu mengadu risau aku pada mereka..
selalu mengadu tangis aku pada mereka..
pasal siapa????
semua pasal farid..
sampai diorang naik pelik..
kenapa kau jadi teruk macam ni amim?????
siapa farid sampai aku jadi macam ni?
dia adik aku.. adik lelaki kesayangan aku...
walau dia wat macam2 kat aku dia tetap adik aku...
lagu ni untuk dia klau dia dah berbaik dgn aku nanti

Kangen Band - Kembali Pulang
bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang
lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali
wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku
reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan
wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

tuhan menyayangiku

aku hampir kemalangan ... masuk ni kali keberapa tah.. tapi kali ni memang nasib aku baik sebab aku sempat tarik stereng kereta tu. kalau tak mesti kereta aku terbang dan pergi ke jalan sebelah dan tayar 4,4 ke atas... aku hanya bernasib baik..
tapi kali ni, aku dah pasti sangat kemalangan kali ni ak penah dapat dejavu...
dejavu lagi.... Ya Allah... ku bersyuku kepadaMu

Friday, November 7, 2008

kenapa la ini yg aku rasa

pilu hati aku bila tahu diorang kongsi rahsia pada orang yg diorang tak kenal
tapi aku?? diorang sisih kan. aku malas nak pk.. tapi aku sedey sabgat.. aku rasa aku kena cari benda lain sekarang
aku tak nak masa aku terluang macam ni. mengadap komputer. hati aku lagik sakit bila teringat tingkah diorang..aku rasa aku perlu jadi ima yang nakal dulu.. keluar sampai midnite g karoke.. g lepak kat dataran.. g tgk wayang.. buat blind date..mesti aku le lupakan diorang. pasti!! aku boley!! lupan diorang!!!

Monday, November 3, 2008

aku lagi ke yang bersalah?

ntah lah.. aku rasa aku dah cuba jadi yang terbaik untuk dia..
aku tahu dia tak suka dipaksa
dan aku pula terlupa pasal tu
tapi tak kan kerana itu dia terus nak benci dengan aku?
kenapa dia tak mesej dan jawab kol aku?
dulu dia penah janji dan berkata
dia tak kan penah lupakan aku
sebab aku lah kawan dia yang selalu menyokong dia walau pun aku tahu
dia tu siapa sebenarnya
memang betul aku tak kisah
aku ada kawan yang lagi teruk dari dia
dia kata..
jasa aku pada dia susah untuk dia dapat pada orang lain
tapi sayang..
tak sampai beberapa ketika
dia dah mula lupakan aku
dia mula membenci aku
mungkin sebab aku paksa dia ari tu
aku tak kisah sangat kalau dia betul2 tak mampu nak tahan
aku merajuk hanya gurauan
tapi tak sangka dia sungguh sensitip...sediiihh..
memang aku sedih
sebab dia adalah kawan baik aku
tanpa dia ku rasa sunyi
perbualan aku dgn oji pun tak seceria dulu
farid,,, tipon la aku,,
aku nak sangat bagi buku tu pada ko..
macam panah ko kata pada aku..
aku tetap akan semoat untuk beri buku tu pada kau
ketika aku meragui sama ada aku sempat atau tidak..
farid maafkan aku.. aku tak sempurna untuk kau..
tapi aku cuba jadi kawan yang baik

klik iklan ni tak kena bayar pun