Monday, June 23, 2008

HARI MINGGU YANG LALU

malam jumaat tu, aku dapat kol dari parent aku kata atok dah meninggal dunia.. aku kalut kejap, sebab aku nak balik kampung. tapi aku tak tahu jalan ke pilah. aku cuba minta tolong abang sepupu aku, tapi dia macam nak mengelak je.. so, aku bertekad, aku kol along aku, suh dia turun putrajaya lepas subuh hari sabtu tu.. aku tekad nak gerak sendiri. HIDUP NI JANGAN NAK MENGHARAP ORANG, GERAK, BUAT SENDIRI. PASTI PUAS HATI, DAN ORANG LAIN AKAN DENGKI SEBAB KITA TABAH DAN BOLEH BERDIKARI... itu yang aku dapat lepas dah terima 2,3 tragedi yang hampir serupa.orang tak nak tolong. nasib kawan aku nasri dari puchong kebetulan dia ada kat senawang..dia tunggu aku kat tol senawang nak bagi support dan tunjuk ajar jalan sket lah.. heheh.. nas, thanks.. ko memang kawan yang baik... walau awek ko jeles sebab ko tolong aku, ko still buat muka slumber untuk tolong aku.. kuikuikui... alhamdulillah aku sempat sampai dan aku sempat bacakan yasin sebelum atok aku di mandi dan di kapan akan... moga atok aku tenang dan di tempatkan di kalangan orang2 yang ber iman... amin.. AL FATIHAH

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun