Thursday, March 31, 2016

latest status

haaaa..haaa..haa..>  dah mula fikir lain leteeeeww..haks!

ok lah..
mestilahkan..
faham..
lamaaaa dah tak update..
jadi mesti orang tertanya..
ok ..ima belum lagi kawen.. tak de tunang..tak de pakwe! ..hahahaha

ok.. bab tu settle dah...

buat masa ni.. follow the flow.. ada rezki dia datang. kita terima.. kita pun bukan lah baik orangnya.. jadi sedar-sedarlah diri kheeeenn.. tak kan nak demand macam orang skang. mesti ada rumah,mesti ada kereta, mesti hantaran 15k, mesti good looking.. mesti itu.. mesti ini,, heh! letih mak, nak! 


actually rindu icon YM ni.. ahaks!..

just nak update.. new thing in my life...

tadaaaaaa ... alamak... sorrylah.. tak tahu pula macam mana nak rotate gambar ni  hadap jelah senget ni eak? kikiki...




ima disahkan mengidap retinitis pigmentosa yang mana, kerosakan pada pigmentasi di kawasan retina. sekarang ni lapang pandangan yang disahkan dokor sebanyak 6/10 makna dah 60% vision tak nampak.. sebab tu sekarang aku jadi sangat baik sebab tak keluar malam.. hahahaha...

kecewa?

sikit la.. siapa yang tak kecewa bila kesihatan terjejas..

ada hikmah.. tak pe..

yup betul ada hikmah.. mungkin sekarang ni kalau aku tak jadi macam ni, aku masih ligat dan liar (pergh ayat kan?)

redha?

alhamdulillah.. sekarang dah redha.. dah tak setkat sabar, kalau cerita hal ni dah tak nanges dah.. ok dah... hihihihi..

so.. apa plan?

plan? hmm.. ada juga teringin nak belajar typing as blind di MAB tapi masih lagi berkira-kira.. tak tahu le kenapa, maybe sebab kena cuti tanpa gaji.

ramai ke tahu?

tak pun.. tak ramai pun yang tahu, nak-nak lagi aku nampak normal la.. tak le nampak mata tu pelik..jadi ramai kawan tak tahu..

aik? bestu dalam ni?

dalam ni tak pe.. sebab ramai kawan-kawan tak tahu pun pasal blog ni..hehehehehe..

so then?

so then... pada siapa yang nak kawen dengan ima.. kenala terima hakikat yang ima bakal tak nampak. mungkin akan jadi susah mengurus rumah tangga.. so di nasihatkan.. lepak tepi jela kalau ada niat tu.. hahahaha (budget ramai peminat plak kan..) buat apa kahwin dengan perempuan yang tak dapat membantu dalam segi kerohanian rumah tangga kan.. rugi...


hahahahahha.. ok lah.. itu ajaaaa.. babaaaai... muuuaahh..








Tuesday, March 29, 2016

senyum ....

assalamualaikum..

ya Allah rindu amat kat blog ni..
lamaaaaa dah tak update..
selalu je rasa nak update..
terima kasih sangat pada insan yang tak jemu buka blog ni even tiada update..
yup.. 
saya tahu dari dulu.. 
tapi saya tak tahu siapa anda..
terim kasih banyak-banyak.. 

ok..

for new entry in 2016 ..
ima nak perkenalkan.. 
2 makhluk Allah yang sangat comel..
yang menjadi teman membebel..
teman bergaduh..
teman nak bercepuk kepala..
teman tambah penat..

iaitu...
jeng.jeng.jeng......

etooooooonn dan sudiiiiiiiiinnn....



yang ini, namanya sudin, umo dalam 2 bulan. yang ni kawan rumah ima yang jumpa bawah kereta. dengan sakit mata, berlumur minyak, hanyir air ikan lagi.. kesian dia.. terus ima ambik dan jaga, rawat mata dia sampai baik.. tapi dia sangat suka kencing merata.. huh !



yang ini.. my heart .. nama dia eton.. ini ima yang selamatkan.. ima jumpa dia tengah mengiau kat tayar kereta.. garang.. so jaga dia dari umo 1bulan lebih.. perangai dia sebijik macam ima.. sebijik..
ha.. dia ni pembersih gayanya..

huhuhu.. tak tahu le macam mana kalau diorang tak de nanti.. mesti sunyi.. hurm.. dulu dah tanam dalam hati tak nak jaga kucing. tapi dengan eton hati jadi lembut, terus bawak balik.. eton ni manja jenis lain.. pagi-pagi subuh sapie tu baru dia akan datang pada kita dan tido kat atas badan.. kalau tak.. dia akan tido dekat area kepala.. kalau sudin, jenis memang manja.. kalau tido.. lasak yang amat.. kena hempap pun relaks je.. jadi dia cukup suka duk tersepit bawah badan.. hahahahaha.. selalu pagi-pagi cari dia dulu. takut mati terhempap.. kikikiki.........

bye! tata

Monday, September 21, 2015

mimpi dah nikah

huuuu.. dah 2 kali aku mimpi aku dah nikah.. 2,2 mimpi tu lelaki yang berbeza.. dan mimpi memang bernikah sahaja ya.. tiada aksi ehem ehem,, jangan salah sangka.. ini bukan mimpi basah ya...

2,2 tu adalah suasana brenikah sahaja. bukan majlis bersanding.. masa pertama kali mimpi tu.. memang aku rasa macam dah kawen dan ada suami lah.. serius.. tak tipu.. rasa ..memang dah ada suami.. yg kedua mimpi tu, tak la rasa macam yang pertama tu sangat..

hurm........ kalau nak ikut tafsiran mimpi.. sebenarnya itu adalah alamat  yang tak berapa nak baik la.. antara aku dapat penyakit atau orang terdekat aku yang tak sihat atau pergi.. hurm... aku harap biarlah aku aje yang dapat penyakut sebab aku tak mampu lagi nak hilang orang yang aku sayang..

tapi kadang-kadang.. aku lebih rasa ini semua mainan jin yang nak masuk/berdamping dengan aku balik.. aku rasa je la.. instinc.. mengikut pebgalaman lepas.. sebab semacam sikit mimpi tu.. haih.. tak tahu lah... risau juga ni... apa aja lah kemungkinan sampai dapa mimpii tu.. memang jawapan dia benda tak baik.. haiah...

ya Allah moga aku kuat rohani dan jasmani untuk menghadi apa sahaja kemungkinan... amin...

Sunday, September 20, 2015

me and my future

assalamualaikum...

lama dah kan tak update. rindu.. rindu sangat dengan blog ni. tapi nak buat macam mana.. selain dari sibuk.. laptop pun rosak .. kat opis tak ley nak berblog ni.. so hari ni untuk sekian lama, insyaAllah aku akan seniasa berbual dan upda

umm.. kali ni aku rasa aku betul-betul nak abadikan kisah diri aku lagi dalam blog ni.. mana tahukan ini aje yang mampu aku catat untuk masa depan aku.. untuk anak-anak aku kalau la aku panjang umur.. andai la... hehehehe..

hurm... hari tu aku dah disahkan ada 1 penyakit RETINITIS PIGMENTOSA yang mana kemungkinan besar.. lambat atau cepat aku akan buta. sedih? siapa tak sedih kan?tapi insyaAllah aku kuat.. cuma tengah pikir macam mana aku nak hadap benda tu yang datang sedikit demi sedikit..
kadang-kadang dia macam sikit teruk tapi kadang-kadang ok je.. sampai ada 2,3 orang kawan yang boleh perasan perubahan tu.. aku bukan apa.. kadang-ladang aku sendiri yang keliru adakah aku memang dah into teruk dalam penyakit ni atau maam mana? hmmm.. aku hanya pikir macam ni je.. kalau abang aku sendri boleh hadap benda ni... kenapa aku tak boleh?

xuma aku mengharap orang-orang keliling aku paham .. dan boleh bantu aku dari segi kekuatan emosi.. tapi yelah mana pulak orang nak tahu kan? kawan-kawan aku sebelum ni semua dah tersedia kenal aku sebagai orang yang sempurna.. orang keliling pun akan tengok aku sebagai orang yang sempurna.. tak kan aku plak asyik nak menjaja cerita kan? haaaaaih..

rasa sikit kepayahan juga rasanya

aku hanya berserah kepada Allah dan iar masa dan keadaan yang menjadi ukuran setiap diri aku...

klik iklan ni tak kena bayar pun