Monday, September 15, 2014

fat flush water recipe

This recipe will not only help you burn and flush away fat from your body, it will also energize and revitalize you! This is going to be a staple in my fridge from now on!
Ingredients:
2 liters water
1 teaspoon freshly grated ginger
1 medium cucumber, sliced
1 medium lemon, sliced
12 small spearmint leaves
Place all ingredients in a large pitcher, let blend together overnight, the next day drink the whole pitcher during the course of the day. Hello weight loss!


Friday, August 15, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...

ALLAH SELAMAT KAN AKU...
ALLAH SELAMATKAN AKU..
ALLAH SELAMATKAN AKU DUNIA AKHIRAT...
ALLAH SELAMAT KAN AKU...

AMIN...


alhamdulillah, hari ni menjangkau usia aku yang ke 30.. tak de apa yang isitimewa pun, di hari jadi aku.. seperti hari jadi yang sebelum ni, kosong. aku pun tak nak sambut. cukup la apa yang aku lalui. kesedihan tu tak dapat mengatasi untuk rasa gembira dalam diri. tapi walau apa pun, aku in advance TERIMA KASIH kepada yang tak lupa hari jadi aku, terutama MAK yang selalu ingatkan ayah hahahahaha.. dan selalu minta aku balik kampung esok, tapi aku tolak dengan baik, sebab aku nak kerja. memang seronok kalau balik kampung.. tapi aku DAH TAK DE DUIT WOOOIII...!! raya punya pasal, nasib semua menda dah settle.. skang duit yang ada survive untuk belanja je...kikiki..

so dikesempatan ni... nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mak terutamanya, sebab bersusah payah menjaga aku dalam kandungan.. kepada ayah juga terutamanya, sebab jaga ima dari kecil yang degil subhanallah tu.. sampai dah besar yang tetap degil jugak ni... halakan segalanya.. ima minta maaf, sepanjang ima hidup ni.. ima banyak buat salah pada mak ayah.. ima buat dosa di belakang mak ayah menyalur dosa pada mak ayah.. ima minta maaf sangat... ima bertaubat kerana Allah taala.. ima nak jadi anak yang baik untuk mak ayah.. yang tak susahkan mak ayah.. yang menyumbang pahala serta menyediakan jalan untuk mak ayah ke syurga.. ampun kan ima.. halalkan makan minum ima.. walau ima tahu mak ayah tak baca coretan ima ni.. tapi ima pasti mak ayah akan tahu juga bingkisan ringkas ima ni.. andai kata ini ulang tahun yang terakhir untuk ima.. ima harap mak ayah bertabah.. sentiasa doakan ima kat sana kelak.. mak ayah jaga diri.. tak payah peduli apa orang nak kata pasal kita, asal kan kita tahu apa kita buat itu betul dan tak salah disisi agama.. dan yang penting mak ayah.. dan keluarga kita bahagia.. ima sayang sangat mak dengan ayah.. ima sayang sangat dengan semua.... i luv u sooooooooooooooooo much!

buat kawan-kawan, yang mungkin menjengah kat sini.. samaada kenalan kita sekilas..sepintas apatah lagi yang rapat.. aku minta maaf sangat-sangat pada korang.. atas semua kesalahan sepanjang aku hidup bertemankan korang.. halalkan segalanya.. ampun maaf yang tidak terhingga.. terima kasih kerana masih ingat pada aku..

15 OGOS 1984 - 15 OGOS 2014 = 30 TAHUN KEHIDUPAN

Monday, August 11, 2014

YA ALLAH... HANYA PADA MU AKU BERSERAH

Berat betul dugaan Allah bagi pada aku untuk ini.  Memang betul, kita rasa kitalah yang paling berat masalahnya, tapi ada orang yang lebih berat masalah dari kita. tetapi kita juga perlu tahu, setiap manusia ujiannya adalah berbeza-beza. kerana setiap apa yangkita hadapi, maka itulah yang paling berat untuk kita tanggung. mungkin kalau kita dapat masalah orang lain, kita boleh hadapi, tapi yang kita tanggung, bebannya hanya Allah saja yang tahu.

kawan-kawan aku... dulu.. etoi pernah cakap, darjat untuk orang yang terus bersabar ni tinggi.. terutama redha atas apa yang di hajati tidak di  makbulkan.. kawan aku siti hadjar, menengah dulu pun pernah cakap benda yang sama, bersabar sehingga kita menangis dan berserah kepada Allah adalah kemenangan untuk hamba yang bersabar, besar pahalanya... masalah pada aku.. adakah aku betul-betul kuat untuk bersabar dan terus bersabar? aku faham, aku sedar, makin aku rasa aku tak dapat apa yang aku nak ni, makin aku dekat dengan Allah.

tapi aku bersyukur.. moga Allah terus dakap aku dalam peliharaNya. dan aku juga berharap Allah kurniakan aku jalan yang terbaik untuk selesaikan hal ni..

aku nak ada orang dakap aku untuk aku terus kuat... tapi sayang.. aku manusia yang tiada siapa untuk kasi tumpang bahu dan dakapan...

Sunday, July 27, 2014

TAKBIR BERGEMA


Allhuakbar allhuakbar..
Laillahaillaihuallahuakbar..
Allhuakbar walillailham..

Takbir bergema serentak diseluruh negara. Tanda kemenangan umat islam dalam menempuh semua godaan dalam melaWan nafsu. Tahniah pada semua yang berjaya memenuhi terawih dan tahajud.

Dalam kegembiraan terselit juga kesedihan atas pemergian ramadhan. Kehilangan lah semua keberkatan yang ada hanya dalam bulan ramadhan. Selamat tinggal ramadhan. Slamat tinggal bulan baraqah.. Tiada lagi hari yang penuh dengan hujanan rahmatMu.

klik iklan ni tak kena bayar pun