Friday, July 25, 2014

Ramadhan terakhir

Pejam celik, pejam celik sekejap je dh habis ramadhan. Ramadhan yang akan pergi ni buat aku sayu. Dapat ke lagi rasa suasana ramadhan? 1suasana yang sangat nikmat berbanding bulan-bulan lain. Tak payah nak cerita pasal imarah nya pada siapa yang tak lepaskan peluang memang akan terasa nikmatnya, kalau kita hamba yang lalai skali pun, tidak ketinggalan akan terasa kenikmatan tu juga. Mana taknya,masa puasa ni la berebut-rebut nak book sana sini untuk berbuka puasa dengan kawan-kawankan? So kan boleh rasa meriahnya juga. Bulan lain? Kita takkan dapat rasa macam ni.

Tapi untuk aku kali ni alhamdulillah aku dapat laku kan dengan hampir sempurna tanpa meninggalkan dengan sengaja. Hajat yang aku xpernah cuba capai ramadhan sebelum-sebelum ni.insyaAllah akan sempurna sehingga 2 malam terakhir lagi.

Raya tahun ni, aku cuma berharap keluarga mak aku kembali bersatu.tak erat macam dulu sangat tak mengapa la. Yang penting bertegur sapa. Rindu keluarga yang dulu. Mesti arwah makwe sayu dalam kubur tengok anak-anaknya bermusuhan macam ni skali.haih..

Salam aidilfitri untuk kalian, ampun dan maaf aku hulurkan terlalu banyak dosa aku kat dunia ni. Mungkin juga padakorang. Ampunkan dosa aku,halalkan segalanya pada aku.

Assalamualaikum..

Friday, July 11, 2014

Jiwa kosong.. Kosong

Aku sekarang rasa lagi teruk la. Tiap apa aku buat semua aku rasa tak kena. Yang aku tahu.memang aku rasa jiwa aku kosong. Lagi teruk dari zaman aku rasa, tak rasa pape dulu. Banya bemda aku nak cerita, banyak benda aku nk luah dalam ni. Tapi semuanya terbantut. Mood tak de, nak intro pun tak tahu. Entah ar. Kesilapan demi kesilapan aku buat. Kesannya, aku rasa sangat pedih dan terasa sangat miskin. Miskin dalam semua segi. Terutama diri. Kadang-kadang aku nk bercerita panjang, tapi aku takut orang kata meluat, atau nak cari simpati. Takut terlebih kata, maruah sendiri terjaja. Tapi hakikat aku tak tahu nk sentiasa cerita dengan rsiapa. Ada.. Memang ada teman yang tak pernah jemu setia menghulur telinga dan kata nasihat yang Berbuih juga diorang mengulang tapi tu la aku bagai penukul dan pahat. Tanpa penukul aku tak bergerak.

Haih.. Aku rindu aku yang dulu. Rindu aku yang dulu. Paling bangsat aku yang kosong tanpa apa rasa. Itu lebih baik dari aku yang sekarang yang penuh rasa luka dan perit atas kesilapan sendiri.



Adios @-}--

Sunday, June 29, 2014

Selamat berpuasa

Salam ramadhan menjengah dunia,
Segala baraqah menyelimuti tanah,
Nyaman dalam kepanasan,
Nikmat dalam keperitan dahaga,
Ramadhan itu indah,
Penuh kerinduan walau tanpa jasadnya,
Tapi aku..
Manusia yang kian lupa debar rindunya ramadhan,
Kerana terlindung nikmat si syaitan,
Penyesalan keinsafan,
Taubat dan kesedaran,
Kadangkala kelam tenggelam walau banyak kali cuba dijulang dan dipertahankan..

Kali ini ramadhan,
Tidak akan aku lepaskan walau 1 malam tanpa keizinan,
Terutama malam 10 keramat..
Akan aku terus bersujud mohon ke ampunan.

InsyaAllah..

SALAM RAMADHAN

Monday, June 23, 2014

Hasbunallahuwanikmalwakil....

5-6 hari sudah aku rasa sangat down, emosi aku tak keruan, aku rasa sangat tak bermaya. Aku sangat terganggu. Mesti korang cakap "bawa-bawa solat" atau mungkin ada yang kata "bawa diri
baca quran" bukan aku tak nak buat benda tu semua, tapi aku ABC.. So korang lagi paham kot kenapa emosi aku lebih meroyannya... maklum le perempuan ni kalau time bulan mengambang, memang peel memelik.

Ok done..

Nak dijadikan kisah, aku memang tak keruan sangat-sangat. Kebiasaannya aku zikirkan hasbirabbi...sebab itu zikir penenang jiwa.. tapi pagi tadi masih tak berkurang risaunya. Tiba-tiba mulut aku berzikir "hasbunallahu wani'mal wakil ni'mal maula wa ni'man nasir" .... berulang kali..perlahan-lahan hati aku beransur reda..tak bergolak, kuteruskan zikir dibibir dan hati..secara jujur aku tak tahu makna zikir tu dan selalunya zikir tu digunakan dalam situasi apa. Sampai je ofis aku terus google.. subhanallah..Allah maha besar... maknanya sungguh indah.. sejak darri tu mulut dan hati sentiasa terpacul bila sesuatu yang tak best terbit.



Adios

klik iklan ni tak kena bayar pun