Thursday, May 15, 2014

Aku...

Hai guys....
Lemau je.....
Cer happy sikit..
Cuba tiru macam gwa ni.. senyum je selalu . Ada masalah senyum..sakit hati senyum penat senyum.. sedih senyum..kecewa senyum..sampai orang kata gwa baru menginjak 23 tahun walau hakikat dah masuk third series ok... haaa kelas tk kelas le kan gwa.?

Actually tak la happy sangat gwa skang ni. Nak dijadikan cerita tadi ada plak yang tanya aku" dah 30 kenapa a tak kawen lagi" terkedu gak la masa dapat soalan ni. Apa dia igt aku sesuka ke tak nak kawen? Ni lah masalah orang keliling kita ni, kadang-kadang terlebih caring.hhuhu penat acik nak! Tapi cool je jawab..

" Allah belum kata masa saya untuk kawen"
" u tak cari.. kalau tak cari mana nak dapat"
" tapi u kalau ada perempuan pun, kalau Allah kata belum masa u kawen.. u tetap tak kawen.. itu yang kadang-kadang ada kawan sampai 10 tahun. Kenapa mau kawan lama-lama kalau sudah suka terus kawen la kan? Tapi Allah kata belum masa untuk u kawen sebab itu u tak kawen  "

Teruslah orang tu diam..

Bila kenang balik yang sebenarnya, aku rancang nak kawen masa umur aku awal 20an dalam 20-23..aku ada gak la desak pakwe aku masa tu at least bertunang. Tapi dia tak nak sebab masa tu dia belajar lagi. Aku pun taklah salahkan dia.. itulah namanya jodoh..itulah namanya qada' dan qadar. Kitahanya mampu merancang Allah yang menentukn. Akhirnya.. dia pun dah berkahwin dah masuk 2 ke 3 tahun kot. Aku yang belum sampai jodoh.

Hari tu..masa kat tempat kerja part time masa aku serve sorang mak cik dengan anak perempuan dan cucu dia... budak perempun tu tegur aku.. betul ke aku orang melaka? Duduk rumah awam bukit rambai lahir tahun 84? Aku. Pun terkedu gak. Siapalah pulak yang  tahu pasal aku ni?.. oo rupanya dia kawan aku masa sekolah rendah aku dah perasan muka dia.. tapi tak ingat nama dan lagi dahsyat aku tak tanya pun nama dia.hehhhe. tadi aku pun ada serve sorang lagi kawan sekolah rendah, hurm semua dah beranak pinak eak...

Kadang kAla aku terasa seperti aku berjalan kaki disebatang jalan yang penuh kereta berlalu lalang.. aku seronok. Walau aku  berjalan kaki...tapi aku boleh cepat sampai kedestinasi mengikut kemampuan dan kecekapan aku.  Tapi kadang kala aku penat berjalan sendiri aku cuba menahan kereta-kereta yang ada, dengan niat ingin menumpang., tapi bukan menumpang kosong..orang berbudi kita berbahasa... tapi malang nya tiada sapa pun yang sudi menumpangkan aku.. bila penat berharap, aku bertekad sendiri berbekalkan senyuman yang tak lekang dibibir.. bosan. Ya .. sendirian itu membosankan. Aku melihat kenderaan yang berlalu ditepi aku..aku mengukir senyuman dan sikit kata sapa. Mereka hanya mengangkat tangan tiada siapa yang sudi berbual atau menyanyi bersama aku seusai berjalan searah tapi sendiri.... kenapa?

Wednesday, April 30, 2014

Anak murid ku kawan ku?

Diam tak diam.. Dari mula aku start mengajar dulu tahun 2004. Berbekalkan sijil 4thanawi..aku dh mula mengajar subjek untuk budak darjah 6. Cuna kira .. Tahun 2004 - 2014 = 10 tahun. Darjah 6 umur 12 tahun.. 12 + 10 = 22tahun.. OMK!!!!! Rata2 budak sekeliling aku skang ni umur macam tu... Adakah di antara mereka anak murid aku???? Jeng..jeng...jeng...

Thursday, April 17, 2014

jauh.. jauh sangat

aku nak pergi jauh... jaaaaauhhh sangat ... jauh sampai tak nampak orang di keliling.. saaaaangat jauh..



































Wednesday, April 16, 2014

UNTUK ADAM by sky jamil

assalamualaikum.. sebelum korang baca aku nak bagi tahu 1 rahsia dulu. entri ni dari blog adik sky jamil .. aku paste sini bukan sebab dah tak de idea nak tulis entri.. tapi aku tertarik dengan isi entri yang simple ni.. hrm, walau hakikat aku tak sesuci ayat di bawah.. aku berharap aku juga dapat menjaga keaiban, kehormatan dan kesucian aku dan lelaki diluar sana, insyaAllah amin...

thanks to sky jamil ... UNTUK ADAM

"TAHUKAH KAMU.. ??

♥ Seorang muslimah yang tidak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan hak Allah .
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati hak Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu ..

 ♥ Rugi seorang LELAKI itu apabila melepaskan seorang WANITA yg cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar wanita yang cantik wajahnya ♥


 Jangan biarkan HATI di jajah ,CINTA yang lain sebelum CINTA ILAHI
 ^^ Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam?

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak.(◕‿◕✿)



 Nikah itu ibadah  

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”  

Pesan Ustaz Pahrol berkenaan jodoh.. "Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

klik iklan ni tak kena bayar pun