Tuesday, March 11, 2014

Macam budak-budak

ciss.. aku bulan ni apasal ntah perangai macam budak-budak pelik betul rasanya.. mana taknya weyh, bayangkan ea.. dengan semua orang aku nak merajuk. orang layan aku salah, tak layan aku pun salah. merajuk dengan mak la, dengan abang sepupu la, dengan member la, dengan AM la.. eh semua aku pakat rajuk la.. paling kesian dengan abang sepupu aku.. bahahahaha, padan muka dia. tak pasal-pasal kena pujuk aku ni ha. sekali aku kasi memang berdas-das. padan muka dia lagik sekali.. kikiki..

kali ni pun teruk gak tebiatnya, coklat jangan nak kata lah, menda yang paling jarang aku makan, milk choc, tapi yang itulah aku berselera bedal. sayur kailan sepacket kita beli kat supermarket tu, kalau aku masak kan dia, dah macam popeye dah keja makan tu aja semata-mata, nikmat sungguh, kalah peel orang mengandung.. masalah sungguh nih.

itu belum kena dengan barang dan kehendak aku.. selagi tak dapat aku memang kejar sampai genggam, housemate aku pun pening, "kak, ko nih bersungguh sangat nak buat taman kat depan gate ni kenapa?" hahahaha pening kepala dia.. mana taknya lepas aja aku balik kerja malam aku terus ngadap gate.. dengan penat kerja 15jam kerja aku masih lagi ada selera nak mengadap gate tu..

ni gambar gate sebelum aku buat pape..

ni yang lepas aku buat..

hakikat sebenarnya, ini hanyalah base. ada aku nak letak sekeping batu refleksologi depan pintu tu, pokok daun bawah pagar kecik tu, kotak kasut sarang burung, bunga sikit, ada nak letak itik-itik batu la rama-rama la.. haaa.. pape jela weyh.. banyak lagi, tapi biar cukup ini dulu, nanti aku tambah sikit-sikit.. yang balkoni aku pernah tunjuk kan? eh? tak pernah ke? alaa yang ni laaaa...


ok yang atas ni bukan lah yang latest, di masa yang mula-mula aku buat.
yang dekat akuarium pink tu aku dah ganti dengan pasu tempayan dengan sebiji pasu besar
ada juga sepatang pokok bunga yang aku tak tahu namanya.

mak aku kata, aku ni sengal, sebab nanti kalau nak pindah susah. ntah ar kenapa. aku rasa macam lama je aku duk rumah tu nanti.. huhuhuhu. sebab tu aku buat. rumah sendiri kan... kalau sendiri tak buat, tak kan yang menumpang plak nak tolong cantik kan... 


ok lah chow dulu naaaaa... tata....

p/s : hai SHAM yang tinggalkan komen kat post bawah ni... tengkiu dear, sudi jengah blog yang tak semenggah ni, ingat nak balas visit blog, tapi tak de url blog awak pun, jadi tak dapat nak kongsi-kongsi komen.. btw.. salam kenal ye ^_^








Saturday, March 1, 2014

Lone ranger

Aku skang lebih suka lone ranger. Aku tak suka nak macam dulu. Aku lagi suka orang kurang tahu pasal harian aku.. Pasal kelakuan aku.. Pasal apa aku buat.. Pada waktu itu.

Ntah..dia lebih kepada rasa macam.. Sangat susah bila kau jd perhatian. Tak kira dari pandangan supporter atau haters.. Sama je.. Macam aku lebih haters dr supporters.. So, sakitnya mental aku kalau nak melayan. Skang ni memang aku belajar untuk jadi poyo..

Tapi yang aku tak boleh elak.. Aku kadang-kadang sangat jujur. Terutama dengan apa yang aku rasa. Kalau aku suka.. Aku akan kata terus. Kalau aku tak suka. Body language.. Dan aku akan terus terang juga akhirnya nanti. Itu sahaja, yang mungkin buat orang tak berapa berkenan dengan aku.. Tapi tak boleh nak buat apa. Melainkan. Aku ignore sahaja manusia-manusia yang ada, dan aku lone ranger.

Bagi aku..apa yang paling baik adalah..mengambil berat terhadap diri sendiri dan keluarga.orang lain? Layan gitu-gitu sahaja. Sedara? Anggap jelang macam orang asing juga. Orang asing yang mungkin rapat dengan kita. Tapi bukanlah rapat sangat. Huhuhu

Skang aku lebih pada. Sukati korang la nak kata apa. Nak buat apa. Berhubung dengan aku ke tak ke.. Aku malas nak ambik tahu. Klu boleh henpon ni memang nak aku campak je.. Tapi kadang-kandang memerlukan plakkan? So kuatkan iman jela.. Huhuhu. Fb aku, aku dah deact..membebel kat twiter. Tp ramai tak kenal aku kat situ..

Ouh ya. Aku dah gunting rambut pendek. Ada yang kata aku hensem! Hahahahahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 25, 2014

teringin nak berborak

lama sudah tak update blog..

semuanya kerana kebizian.. maklum lah sekarang dah habes study.. so aku kerja double..untuk elak otak tepu dan bosan so kena cari solution selain berniaga sendiri yang aku tahu badan aku tak ley nak tampung beban nak galas tanggungjawab berniaga atas bahu ni. huhuhuhu..so kita pergilah kerja yang lain dari bidang hakiki untuk menambahkan lagi pengalaman dan pasti PR ..

so, hari ni nak santai-sanatai saja borak... sebab lama korang pun tak baca menda merapukan? eh.. ke selalu merapu aje? hahahaha.. lepas dari habes belajar tahun lepas. banyak aktiviti luar aku buat.. lepas dah dapat second job, aku kurang sikit aktiviti luar.. tapi still berjalan. setiap bulan mesti ada aktivitinya..

mungkin kerna usia dan kesunyian melanda diri.. bahahahahaha.. aku malas nak kata apa.. kang korang kata aku meroyan tak kawen.. haish... ada plak gitu. tapai alhamdulillah.. aku happy dah skang.. dah boleh terima semua keadaan mungkin sebab usia tu dah makin meningkat, jadi hormon rasa nak kawen tu tak de la sehebat dulu.. skang makin tabah.. paling-paling bangsat kot ada nak mengumpat ke apa.. aku hanya akan cakap.. "at least aku dah ada semua harta, ko mampoo? takat makan pakai laki tanggung tak payah nak berlagak sangat ar.. laki ceraikan ko tahu kau nak meraung.." kehkehkeh...

skang ni aku jadi profesional kaunselor.. tapi untuk orang terdekat jelah.. terutama budak-budak rumah. tak sangka rupanya dugaan diorang hebat-hebat belaka.. kerdil rasa diri ni.. sebab aku boleh rasa tenang kerna aku tak didatangkan dugaan melampau seperti diorang.. dan aku solute diorang. jadi siapa lagikan nak jadi supporter diorang.. aku lah.. almaklumla aku kan macam mak-mak sikit.. kikiki...

ok lah korang.. aku skang tak de misi nak kurus.. tapi lebih kepada misi maintain dan tak bertambah gemuk.. selain nak besarkan tot dan tek.. kahkahkahkah... sorry.. i memang jujur dalam berkata-kata.. bahahahahah kbai..kbai..kbai...

mmmuuuaaaahhhhhhhhhhhhh............

Wednesday, February 12, 2014

Berteruskan senang..

Haaaih.. Senang sebenanrnya kalau berterus terang. Aku harap hal ni settle sudah, dan bos aku tu boleh terima kenyataan. Walau hakikat dia nampak sangat tak berapa setuju beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan beberapa staff lain. Aku pun tk th kenapa. Bagi aku, masih lagi dia sengan egonya.

Tapi alhamdulillah, atleast dah dapat second bos yg lebih tinggi sinoritinya. So aku harap semuanya bertambah baik.

Gwa rindu kereta gwa. Skang jumpa seminggu sekali jer.. (╥﹏╥)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun