Wednesday, April 10, 2013
Game boling
Meh sini baca cerita..hari ahad hari tu, aku join tournament forum yang aku join. Asalnya aku patut datang sebagai tetamu sahaja,tak jadi pemain.sebab petang ahad tu sepatutnya ada aktiviti bersama buku jalanan bangi,tapi di batalkan, jadi aku decide untuk terus stay kat boling tu. Kebetulan,ada sorang ahli yg tak jadi datang, jadi aku dengan bangganya joinla... Gantikan dia.seronok plak dapat main, punya la lama aku tak main.. Huhuhu.
Lama aku tak join gathering ni, lepas join yang ni, terasa rindu pula nak buat untuk gcm2 punya ghatering. Rasa macam nak handle je, walau hakikat aku hutang event dgn rakn2 sekolah.. Hukhukhuk,
Not bad tournament tu, alhamdulillah, diorang cakap diorang akan buat lagi aktiviti pada next proposal nanti.. memang aku tak sabar. Tak sangat. Mesti meriah. Aku nak upload gambar sepanjang majlis hari tu. Tapi tunggu budak forum tolong hantar kepada aku melalui email supaya aku dapat upload dalam ni, tapi tak di beri lagi. Ada rezki anda semua, insyaAllah... Ada lah tu... Huhuhu
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Friday, April 5, 2013
Hoooreeaayy!!! Auuuchh!!!
Alhamdulillah, 2 april hr tu, last aku exam.. Dan bersyukur sangat-sangat.. Sebab semua subjek untuk sem ni, tak de plak aku jawab lompong-lompong. Semua aku usaha jawab. Aku berharap semuanya dapat cemerlang, amin.. Masa last-last exam tu, air mata aku bergenang pula. Aku dah terasa bait-bait rindu untuk study. Huhuhu,ni kira tahap aku dah kompiden tak repeat la ni. Amin... Minta-minta di makbulkan Allah.
Sekarang ada masalah sikit, dekat opis aku sekarang dah tak boleh nak berblogging kot, sebab... Aku still tak boleh nak create entry. Bukak baca boleh, nak menaip yang tak boleh. Tak pelah, skang ni aku guna henpon. Cuma masalah bila aku nak buat entry bergambar... Nanti aku tak boleh nak edit susun ikut ceritam huhuhu. Nanti aku usahakanlah cara mana yang patut ya..
Lama dah rasanya aku tak mengadu dalam ni, meh sini aku nak cerita. Semalam aku merajuk kaw-kaw dengan budak forum aku, keras betul hati aku semalam. Hanya di sebabkan, budak tu komen aku then ada buat icon smiley tgh buat thumb down. Aku tak tahu nape. Aku rasa dia macam cakap, aku ni teruk la, cakap tak serupa bikin. Lebih kurang macam tu la tafsiran aku. Terus aku merajuk. Puas juga kawan-kawan lain pujuk aku, petang dah lega sikit, bari aku join berbual dengan diorang. Dan budak tu dah tahu aku merajuk dengan dia, cuma pasal apa, dia tak tahu, aku dah bagi hint. Tapi dia kata dia malas nak find out.. Ok fine...
Hari ni dia buat lagi.. Ada reply komen aku siap taruk icon yang sama thumb down. Aku pun traight la cakap
"Boleh tak jgn guna icon tu lagi utk aku, aku rasa seolah-olah kau perkecilkan aku.mcm kau nak kata aku cakap tk serupa bikin"
Lepas tu, dia balas komen tapi.. Dia letak gambar ikon itu lagi, sebanyak-banyak nya dgn icon gelak guling-guling. Subhanallah, sabar je lah aku. Terus aku tak tegur. Malas. Then aku rasa macam serba salah sebab tegur dia kat post umum, so aku bagi mesej. Aku kata aku minta maaf kalau dia terasa aku tegur kat situ, aku akan delete. Tp aku nak dia tahu, apa aku kata, itu aku maksudkan. Dan aku sangat sedih dia jawab
"Aku tak kan minta maaf, jauh sekali nak pujuk kau kalau kau kecik hati. Aku memang sakat orang mcm ni,lagi kau cakap mcm tu, lagi aku buat.. Kau sound la aku lagi. Aku stakat kawan-kawan ni tak de masalah la, kalau kau rasa tak nak kawan dengan aku, terpulang. Aku tak kisah pun.aku senang cari kawan"
Subhanallah, bungkam aku kejap. Egonya tinggi melangit... Lahaulawala. Urut dada aku kejap. Yes! Kalau tk nak minta maaf tak pe.. But please respect, salah ke????!!!
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
CERPEN : 150juta kali (2)
"Fheeeww! I ingat u marah tadi.. Pandang garang semacam.. By the way, thanks" haiqal membalas dengan senyum lega.
"haaai both of u.. hud u ok?"tegur dhia.Huda hanya memandang dan tersenyum pada dhia..
"hai haiqal.. im dhia"dhia menghulurkan tangan..haiqal menggelabah.. Awek hot giller datang hulur tangan.. Ouh shit! I'm man.. Haiqal menyambut sambil tersenyum.. Mana boleh tak sambut!!!!!!
"ok gurls.. I pegi sana dululah. Nak ajar yang angkat besi tu.. minta diri" haiqal hanya berlalu sambil tersenyum. Dhia hanya memerhati dengan hampa, huda masih lagi membetulkan kasutnya. Dengan langkah kecewa dhia kembali ke threadmillnya.
Huda memerhati langkah dhia yang tidak bermaya "apakejadahnya perempuan ni? Tak pernah-pernah lak, tetiba rini nak tegur aku?" mengomel huda sendiri melihat dhia berlalu dari sisinya. Perasaan pelik menghantui hatinya. Di kejauhan dia memandang haiqal "pergh hensem gak mamat ni..." Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan.. "Astaghfirullahalazim..." Dia beristighfar dalam hati.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"reza, dhia tu siapa? Vogue giller kot.. macam model" tanya haiqal.
"wo.wo.wo.. kau berkenan ke?"reza ketawa sambil mengangkat kening. Haiqal menumbuk bahu reza
"juz asking dude"mukanya merah
"Ah kau.. Mcm la aku baru kenal sdemalam kan? dia partime model. Memang la dia hot.. tengok la kawan-kawan dengan dia semua yang gojes-gojes"
"tulah aku pandang.. pergh memang ramai yang buat aku telan air liur, sebab tu aku tak pergi kat diorang.. mau cair iman aku pulak nanti.. hahahaha.. Mantop..mantop...eh awek yang aku langgar tadi pun boleh tahan kan?"
"huda? Dia pun ok je. Tapi dia sempoi sikit. Ganas pun ada gak.. dia mana geng dengan stok-stok model ujung tu.. dia pun sibuk je kadang-kadang nak angkat dumbbell, besi semua. Sebab dia tu main bola tampar, nak kasi keras penampo katanya"
"hahahaha yeke? Tulah aku selesa je tengok dia, tak kekok pulak nak duk borak dengan dia, tapi baru nak borak-borak, dhia datang.. terus aku rasa macam, malu je nak borak dgn dhia. Nak tengok dia lama-lama jantung aku berdebar je rasa.. aku blah ar.."
"dhia datang?"
"ha'ah tanya huda ok ke tak?'
"eh mimpi apa lak tu? Setahu aku diorang mana pernah tegur sapa"
"yeke?"
"ye.. hud tu rapat dengan aku dengan staff je, yang kat dalam tu macam malas nak tegur dia terutama yang perempuan. Lelaki sempoi je la.. sebab hud tu rajin gak angkat-angkat besi, lelaki ni melayan je.. yang si dhia and the geng tu tak suka kot.. macam pelik je aku dengar..."
"Ouh yeke?? Entah.. Elok je td dia bertanya-tanya"
Sunyi seketika...
"ouuh yaaaa.. aku rasa aku tahu kenapa dia tegur hud.." reza memetik jari sambil tersenyum.
"kenapa?"
Reza mengangkat kening nakal, sambil senyumnya makin menjadi7ijadi sampai ke telinga.."sebab kau la..."
"aku?"Haiqal menggaru kepala yang memang tengah gatal.
"ha.. kau kan tak pergi kat customer perempuan, tapi masa tu ko ley plak bercakap dengan hud.. dhia nak test kau lah tu.. perrrghh untung la lu bro..!"
"untung mendanya woih..."haiqal tergelak-gelak. Telinganya merah.. malu le tu..
"Untung laaaa... Awek hot try usha ok..."
"Hahahaa..mana ada.. Itu anggaran kau saja" jawab haiqal malu-malu telinganya makin merah.
" Iyeeeee.. Dhia mana pernah nak tegur lelaki dalam gym tu.. Selalu aku tengok, yang lelaki je tegur dia, itu pun emdah tak endah dia melayan.. Peeerrgghh!! Masyuuuuuuuukk" reza menepuk-nepuk bahu haiqal. Haiqal hanya tersengih macam kerang busuk.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Thursday, March 28, 2013
Nukilan lara imaan : tandus!
bile aku berade ditanah gersang.
hatiku merintih mengharapkan hujan walau setitis.
jumlah yang sangat sikit dan langsung tak mampu untuk membasah tekak,
malah bibir anak kucin sekali pun.
TUHAN mendengar rintihan hati aku..
diturunkan hujan untuk ku bertitis titis.
dan aku masih rase tak cukup.
aku mengharap agar aku berjumpe pule dengan anak sungai.
yang airnya jernih dan dingin.
( yang didalamnye kelihatan anak ikan bermain2)
yang apebile aku merendamkan seluruh tubuhku,
kedinginan air sungai itu menjadi suam,
dek kerana begitu panasnya bahang yang berada dalam tubuhku. ( anak2 ikan yang bermain, tercungap2 dengan perubahan suhu )
aku berjalan.. berjalan.. dan terus berjalan.
malangnya anak sungai tidak kutemui.
( sebab takde sungai yang buang anak kat padang pasir ) dengan muke tak malu,
aku meminta dengan TUHAN.
ketemukan aku dengan perigi yang tak kabur pandangan ( bukan perigi bute )
paling tidak..
berikan aku;
sepohon kayu dahannye rendang. lebat buahnye serta bunga nye. aku terase desir angin menerjah cupin telinga kiriku.
aku diam membenarkan suara2 menyanyi menyambung permintaan ku tadi.
beginilah;
walaupun hidop seribu tahun.. kalau tak sembahyang.. apa gunanya.
suara2 itu semakin ramai jumlahnya. semakin kuat gemanye.
aku pandang langit.
aku pandang alam semeste.
pandangan aku jatuh kepasir yang ku pijak.
dan aku rase mertabat pasir tu lebih tinggi dari aku.
kerane sebutir pasir yang halus,
yang bergerak hanye dengan dorongan angin.
ia tak henti2 berzikir.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans