Tuesday, February 5, 2013

Game time aku bosan



Ini lah game yang aku main time aku bosan swipe fruit.. Tak la sebosan ninja fruit atau candy saga. Ekekekee

Sila-sila la downlod pada yang nak tu yerp...




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 3, 2013

Kemana pergi semua bonus??


Ini adalah kali pertama aku puas dengan kegunaan duit bonus yang di beri.. Memang total aku guna untuk aku. Adalah sikit-sikit belanja keluarga bagi mak..tapi tetap rasa lapang dan tak sesak. Alhamdulillah.. Sebelum aku nak tunjuk apa aku beli.. Ya.. Meh sini aku nak cerita gilanya aku sekarang.

Entah kenapa aku skang gile betul dengan buku. Alhamdulillah le kan. At least aku tak rasa sunyi sangat. Alkisah. Aku boleh gagah pegi pwtc ke pestabuku1malaysia. Memang power la. Sebab aku tk pernah lak pergi kl tanpa hala tuju dengan sendirinya tanpa tahu macam mana nak pergi. Semua kira tawakal. Ada la tanya-tanya kat orang.hehehe.. 

first time aku pergi sendiri PWTC

ni banner festival tu


Dekat sana, alhamdulillah first sekali aku cari, buku-buku baharudin bekri. Tapi sayangnya, sold out. Terpaksa aku beli on9 nanti. So, terus aku ambil andrea punya tulisan, 4 biji. Salah satu sebab dia bukan buku cinta berat dan dia adalah novel islamik. Ya, aku tak suka baca buku cinta berat. Aku tulis tak pe. Haahaha.

Lepas tu aku ke booth fixi. Kat sana dengan niat sebenarnya nak jumpa penulis sumbat faizal sulaiman. Actually, aku dengan dia pun merupakan kawan twet..selalu la juga haruk-haruk di burung biru. Jadi hari tu baru jumpa, dulu aku tak tahu dia writer. Kira aku kawan dengan dia bukan kerana dia writer. Hanya kerana adalah dia.

ini lah penulis Sumbat en faizal sulaiman

 Macam tu juga dengan penulis coklat yang manis, john norafizan. Pun aku tak tahu dia penulis sebenarnya. Dah jodoh berkawan dengan diorang.. didalam waktu, aku mula baru nak menulis plak tu.. Kompius aku kejap. Hahhahaa. Aku hakikat nak lari dari golongan yang ada unsur buku. Konon dulu nak jauhkan diri dari ramzan. Sebab ramzan seorang penjual buku-buku ni,dan berkawan dengan ramai penulis. Rupanya aku memang tak boleh lari jauh dari dia.. Baru sedar.. Kami adalah soulmate.

ini satu lagi buku John Norafizan. ada lagi satu Odisi yang kat rumah lupa nak snap Coklat yang manis

Ok stop cerita pasal tu.. Masa kat sana duit aku abes juga dalam rm150 juga. Memang la nak ikut sikit kan kalau nak dibanding orang gile buku. Tp bagi aku banyak dah tu. Huhu. Dengan duit gaji ni juga. Aku beli 3 pasang kain utk buat baju, cadar, telifon baru, smart tab, spek mata.. Pergh memang sengal kan.. kat bawah ni gambar-gambarnya. 

ni lah buku-buku yang aku beli  masa kat PWTC . Kopi tu adalah DVD sebab buku dia dah tak cetak, aku sambar je dvd sebab diorang dah buat dalam bentuk movie pendek.. cara gak kan?

ini smart tab, xperia dengan cermin mata baru yang aku beli
walau harganya murah tapi aku puas hati.
sebab aku memang tak mampu deee macam korang.. beriban-riban

2 paper bag katun tu aku dapat dari MOY, beli ujang dengan apo
sesekali layan memang syok... hilang stress

ini 2 buku yang aku baru je beli semalam. dapat gak 1 buku baharudin bekri
ok buku rahsia seksual tu.. tak salahkan aku beli, untuk tahu isu seks wanita. hehehe

ini almari buku aku... 
ya betul.. ada 2 rak lagi kat bawah aku tak snap sebab kosong..err ada la barang yg tak di perlukan. insyaAllah lepas ni nak beli buku ilmiah.









Thursday, January 31, 2013

Sahabat..ikhlas..sayang.pedih!

sebak? Sikit la.. Aku rasa.. Aku tak suka kot perkenalan yang erat. Biar kawan cuma hanya sapaan. Bukan yang rapat. Bila rapat? Hati aku pedih bila kehilangan mereka-mereka yang sentiasa disisi aku. Hakikat.. Aku macam tak sedar..mereka semua bukan milik aku. Sebab..bila perhubungan penuh keikhlasan didalamnya terselit sayang. Walau iya sayang bukan cinta.. Tapi bila digores 1 hati..satu hati lagi akan rasa pedihnya. Bila satu hati hilang, hati lagi satu akan turut pudar dengan keriangan.

Dalam silaturrahim ada keikhlasan, dalam keikhlasan ada sayang, dalam sayang ada kasih, dalam kasih akan terselit luka.. Ku mohon menjadi bidadari syurga ya Allah.. Agar aku bisa bersama mereka jua..





P/s : jangan di tanya (╥﹏╥)






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 30, 2013

cerpen : AMIM... AKU AMIM ( 10- episod akhir)




"Mak ndak, inai ni ima nak giling la.."
"Eeeh.. Takpe.. Biar mak ndak yang buat. Kau pergi rehat,  kejap lagi sebelah lelaki nak datang untuk  majlis tunang, skali tengok.. merah-merah pula tangan kau karang"

Ima hanya senyum, dan berlalu ke depan.

"Ima, eh baju tunang ni, tudung dia mana? Meh akak gosokkan, jap lagi baru akak solekkan, ko pegi rehat dalam bilik" pinta kak shida, merupakan kakak sepupu yang dipertanggung jawab untuk menyediakan ima bagi sesi bertunang.
"Alaaa kak, tak payah lah sangat-sangat soleknya tu, esok dh nak nikah nak sanding.. Haaa solek lagi.."
"Eeeh tak de makna, neutral solekan je tunang ni, kasi naik seri. Dah masuk sana! lisa, temankan ima dalam bilik. Lagi 3jam je majlis nak berlangsung"
"Yes mam!" Menyahut lisa seraya menarik ima kedalam bilik.

*************************************

"Babe..kau, ok ke?" Tanya lisa
Ima membaringkan badannya di atas katil melihat bunga rampai yang diletakkan didalam bilik bagi menaikkan aura pengantinnya.
"Tengok semua orang gembira, kenapa aku pulak nak sedih kan?" Ima tersenyum.
"Babe.. Aku cakap ni, jangan kau marah ya.. Kau.. Sayangkan aman ya?"
Ima memandang lisa tepat kedalam mata.
"Err.. Sorry kalau aku salah" lisa serba salah.
"Apa aku boleh buat lisa?" Suaranya bergetar, air matanya gugur.
"Ssshhh, sabar"
"Aku tak sedar.. Bila aku jatuh cinta dengan dia.. Aku tak tahu bila aku mula sayang dia.."
"In sya Allah.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kau.. Dia pula macam mana?"
ima berhenti menangis.. Dia menyeka air mata dipipi.
"Dia mungkin tak de perasaan pape agaknya. Aku tengok dia pun cool je masa last kitorang jumpa tu, cuma ada la lepas tu sekali dua sms aku. Ntah.. Aku pun tak de pula tanya pasal dia dengan anita"
"Dia pun ada perasaan rasa aku tu, cuma yelah.. Tak sempat nak bertindak kan"
Ima hanya senyum.
"Lisa, aku nak tidur kejap"
"Ok, tapi Jangan lama-lama, nanti mata sembab"
"Iye.. Kejap je 15 minit.." Ima senyum sambil berbaring. Lisa meninggalkan ima sendiri.

*************************************

"Amboooi, cantiknye.. Macam hindustan la.." Tegur mak uteh. Ima hanya tersenyum.
"Tu, rombongan dah sampai, duduk elok-elok, diorang tengah bincang-bincang, sempurnakan adat" kata mak lang.
Ima hanya mengangguk. Lisa bersimpuh di tepi ima, sesekali dia mengelap peluh didahi ima.
"Weyh, debar ke?" Usik lisa mengekek-ngekek.
"Mau taknya"ima menjawab sambil menjeling.

Kedengaran suara diluar
"Sila la, sini bilik anak gadisnya.."
Ima cepat-cepat membetulkan simpuh, seorang makcik sebaya dengan emaknya, memasuki bilik beserta beberapa orang lain sambil tersenyum, di gapainya tangan ima lalu disarungnya cincin,ima mencium tangan wanita itu.
"Selamat bertunang nak, terima kasih ya sudi jadi menantu.mak cik"
Ima hanya mengangguk dan senyum.

"Ima keluarla, salam tetamu" panggil mak longnya.
Ima mengikut arahan menyalami semua orang yang ada. Tiba-tiba dia tertangkap soalan..
"Mana tunang lelakinya? Marilah kedalam"
Hati ima tiba-tiba berkencang kuat. Gabra dia seketika.
"Lelakinya tak datang, tak manis katanya"jawab sedara sebelah lelaki dengan senyuman.
"Fuuuh.. Lega" keluh ima.

*************************************

"Wan.. Nanti tolong hantar makanan ke rumah tumpangan besan ayah ya. Hantar jangan lambat-lambat. Nanti diorang dah keluar beli makanan pula"
"Ok ayah. Nanti orang pergi dengan wafi dan razi"

Kak shidah membawa semangkuk kecil inai, dan beberapa inai tiub.
"Ima malam ni kita berinai, nanti akak buat sekali yang corak di tangan tu ya. Esok pagi nikah dah kan? Jadi kita kena pastikan inai tu mesti merah pagi-pagi esok ya? Akak dah buat semua petua untuk memerahkan inai.." Kata kak shidah sambil mengangkat mangkuk inai kelangit. Ima hanya tergelak.
"Ala mokde shida, kita nak pakai inaaai" 3,4 orang anak-anak kecil berpangkat anak buah sepupu membuat muka ihsan.
"Eeeh, tak payah korang budak kecik"
"Alaaaaa, boleh la mokde"
Ima tersenyum "meh sini cikmama buatkan ya"
" Ima, jangan di buatkan la.." Tegur kak shidah.
"Tak pe kak. Ima buatkan. Dulu masa kita kecil-kecilkan, kita pun suka menyibuk" ima tergelak kecil. Kak shidah hanya mampu tertawa bila mengenangkan zaman kanak-kanak mereka dulu. Ima mengambil inai tiub, 3,4 orang anak buah sepupunya menghulurkan tangan.  Ima melakarkan corak bunga di setiap tangan yang dihulur, meriah rasanya menjadi kanak-kanak. Menikmati apa jua perkara dengan perasaan yang gembira. Ya, dia pun perlu menjadi naluri kanak-kanak. Dia harus menikmati hari bahagia ini.

*************************************

"Kak.. Nanti pakai kan lisa juga tau" rengek lisa pada kak shida.
"Habis tu, akak sape pula nak pakaikan ni?"
"Alaaaa, akakkan teror.. Mesti boleh pakai sendiri.."
"Ish mana aci.."
"Haaa suruh kak ngah pakaikan..!"
"Iye la... Nanti kita suruh dia.."
Ima hanya tersenyum dan mula menyampuk " kalau tak, suruh je budak-budak kecik tu pakaikan.."
"Hooooiiih.. Kalau diorang, baik akak tak pakai ima.."Mereka tertawa bersama..

"Kak cantik la corak akak buat ni.." Puji ima..
"Tengok la tangan siapa.."
Nada mesej berbunyi.
"Eh telifon aku tu.." Lisa cepat-cepat menerpa.
"Aik... Tak de mesej pun.. Tapi ada bunyi sms masuk.." Lisa membelek-belek lagi telifon tangannya, masih tidak berpuas hati.
"Aku punya tak lisa?" Ima bertanya.
Lisa memandang ima seketika.
"Yela... Nada mesej kitakan sama.."
"Ha, apa lagi? Tolong la tengokkan" pinta ima. Lisa menggapai telifon di meja solek.
"Erm.. Ima, nak aku bacakan ke? Sms dari aman" lisa memandang ima. Ima sedikit terkedu.
"Err.... Baca jelah.." Ima seakan serbesalah, dia mengenyitkan mata kepada lisa. Seakan faham, lisa membuka. Kemudian sedikit menggangguk.
"Aman cakap. Besok dia datang masa nikah. Dia datang awal, sebab tengah hari dia kena attend majlis sanding. Dia datang dengan zam.."
Ima senyap seketika, dia memandang lisa dan senyum "balaskan, kata terima kasih, kalau tak tahu jalan sms" lisa hanya mengikut perintah. Tak lama ada balasan dari sana.
"Ima, dia balas.. Dia kata dia tak kan sesat jalan, sebab dia dah datang dari petang"
Ima hanya mengangguk..”eh awalnya dia datang?” ima berkata dalam nada perlahan. Ima kelihatan kembali sugul.
"Haih hati.. Redhalah... Ini jalan yang terbaik... Keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.." Ima berbicara didalam hati..

*************************************

"Waaaah, cantik betul inai kau ima" lisa memuji-muji.
"Memanglah cantik, tengok la siapa yang buat" ima gelak-gelak manja bila lihat kak shidah mengangkat kening. Awal-awal pagi rumahnya telah dipenuhi orang, yang memasak lain, yang berzanji lain. Jam 9pagi, ima telah menyempurnakan majlis khatam al-quran bersama kumpulan berzanji.

"Ima, mak andam suruh basuh muka dulu, dia pergi ambil ais sekejap. Suruh dia make up cepat sikit tau, dah jam berapa ni, kita janji dengan tok kadi jam 11.00 pagi" arah mak itamnya.
"Baik mak itam" ima senyum dan berlalu. Sambil di buntuti lisa.

Selesai bersolek, ima mengenakan maxi labuh berwarna hijau epal lembut. Mak andam mengenakan purdah nipis, di wajah ima. Walau berpurdah, masih jelas raut wajahnya.
" Macam minah arab, dengan mata hitam.." Lisa mencubit pipi ima. Ima mengaduih. Tiba-tiba dia berpaling kemeja soleknya, kerana dia terdengar nada mesej. Cepat-cepat dibuka.

Sms
Untuk talian ini, bil bulanan telah dihantar menerusi email, sila buat bayaran anda di kaunter-kaunter kami - maxis center

Hampa ima, pesanan dari maxis rupanya. Tiba-tiba bahunya di tepuk seseorang.
"Ima.."
Ima berpaling
"Kau tunggu sms dia ya?"
Air mata ima bergenang
"Ima.. Kau dah nak nikah.." Lisa separuh merayu
Ima memejamkan mata.. Dan mengangguk lemah, tanda faham. Dia tahu, dia perlu lupakan semuanya. Dia tarik nafas dalam-dalam..

"Ima.. Pak imam nak masuk kedalam" kata maknya. Ima mengangguk. Pak imam dan tok kadi beserta ayahnya memasuki bilik. Seketika kemudian emaknya pun memenuhi bilik tersebut. Selepas di soal serba sedikit oleh tok kadi, ima menurunkan tanda tangan pada sehelai borang, ayahnya dan emaknya menyempurnakan bacaan taklik. Di luar, rombongan sebelah lelaki telah datang. Pak imam, tok kadi keluar setelah sempurna dibahagian ima. Mak ayahnya mencium dahi ima dengan linangan air mata. Ima menahan sebak didalam hati. Dia bertekad untuk tidak menangis.

*************************************

"Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri!"
"Saya!"
"Aku nikahkan dikau dengan hashimah binti razak,diwakilkan aku sebagai wali dengan mas kahwinnya senaskah alquran dan 100 ringgit malaysia tunai!"
"Aku terima nikahnya, hashimah binti razak dengan mas kahwinnya senaskah al-quran dan 100 ringgit malaysia tunai!"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah.. Bismillahirahmanirrahim... Alhamdulllahirabbilalamin........." Imam membacakan doa.
Ima mengalirkan air mata. Lisa memeluknya..
"Alhamdulillah.." Lafaz ima syahdu. Lisa pun menangis. Di lepaskan pelukan. Cepat-cepat lisa mengelapkan airmata ima. Ima hanya membiarkan. Seorang wakil dari pihak lelaki masuk kebilik..
"Minta maaf, kalau tak keberatan, mohon yang tiada kaitan untuk keluar seketika, pengantin lelaki nak masuk untuk sempurnakan acara batal air sembahyang".
3-4 orang ada yang keluar, anak-anak kecil juga. Yang tinggal hanya ima lisa dan mak andam.. Ada beberapa orang hanya tunggu di luar pintu. Hati ima resah.. Dia sudah jadi milik orang, dia tidak boleh berpatah balik. Ima memegang tangan lisa erat.. Lisa mengusap belakang badan ima.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." Pengghuni dibilik menjawab termasuk ima. Tetapi ima menundukkan wajah. Dia tak tahu apa perasaan dia saat itu. Gementar, sedih, gembira, tak keruan, sayu. Semua ada.
"Assalamualaikum hashimah binti razak.Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri kini sah sebagai suami awak.." Lembut dan halus suara itu.dia menghulurkan tangan, ima menyambut dan mencium tangan suaminya.
"Cantiknya awak..Izinkan saya membuka purdah awak" air mata ima gugur.. Tangan suaminya perlahan-lahan membuka purdah, diletakkan tangan didagu ima.
"Hashimah binti razak. Pandanglah saya seketika.. Izinkan saya mencium dahi awak.." Ima memejamkan mata.. Airmatanya gugur..
"Allah izinkan kita bersatu..." Suaminya meyakin ima. Perlahan-lahan ima  membuka mata. Di renung wajah di hadapannya.. Tidak berkelip. Suaminya mencium dahi.. Lalu dia menyeka air mata yang jatuh dipipi ima..
"Jangan menangis lagi, hati saya pedih bila melihat air mata awak gugur.. Saya sayangkan awak.."
"Aman...aaamaaan...." Ima menangis makin teresak.
"Ya sayang.. Aman kini suami ima.."Aman memeluk ima.
"Kenapa tak cakap dengan ima?" Ima tanya dalam esak.
"Memang saja pakat dengan family ima, zamri, lisa..sebab nak buat kejutan"
"Semua orang sekali?? Tak baik tau.."
Semua orang ketawa melihat ima seakan merajuk..
""Sssyyhhh.... Dah..dah.. Aman sayang ima.." Aman memeluk ima dan mencium sekali lagi dahi ima..
"Alalalalala manjanya kakak ni... Suka la tu aman ada kat sisi" usik lisa dan zamri.
Ima mencubit lengan lisa "tak baik tau kena kan ima juga.. Subahat ea.." Mereka hanya tertawa. Para hadirin dikalangan keluarga mengukir senyum gembira, tapi ada juga yang tertanya-tanya.

Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri, adalah nama sebenar aman. Aman hanyalah nama timangan dalam keluarga. Sifat keikhlasan dan kejujuran disulami keberanian aman, telah membuka pintu hati ayah ima untuk menerima lamaran keluarga aman.. Dan sekali gus, bersetuju berpakat untuk sembunyikan hal ini untuk kejutan ima. Lisa sebagai spy yang paling berjasa, semuanya yang dikorek dari ima disampaikan pada zamri. Zamri pula akan menceritakan pada aman, sehingga aman benar-benar yakin pilihannya untuk mengambil ima sebagai suri hati tidak salah. Anita? Anita dan aman bersetuju berpisah secara baik selepas masing-masing pasti tidak sehaluan. Kalau dah jodoh tak kemanakan? Kalau dah dinamakan jodoh, laluan dia datang bagai air mengalir..







P/S : terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan komen. harap semua dapat bagi hest komen, supaya dapat pertingkatkan dari sudut idea dan garapan :) thanks to Yusuff Yazid .. bro.. kat mana pun lu.. gwa harap lu ok dan sukses!! jujur gwa rindu nak kutuk2 lu.... 

klik iklan ni tak kena bayar pun