"Kenchana...!!! kenapa kau datang ke pekan ha???"
"kenchana hanya mahu menolong bapak... kenchana kasihan sama bapak"
"tak perlu..!! sudah berapakali aku bilang.. kau itu pembawa sial!!"
"bapak.. sampai hati berkata kenchana begitu.. kenchana tersedu sedan.
"karana engkau..! semua jualan bapak tidak laku..!! kerana engkau, kita kelaparan..!"
"tapi bapak, kenchana hanya duduk sahaja di tepi bapak... kenchana tidak berbuat apa-apa"
"iyaaa, kerana itulah mereka semua takut untuk datang ke gerai ku, kerana wajahmu yang hodoh itu, mereka takut..! kamu memang pembawa sial, kenchana..!"
kenchana berlari keluar, tidak sanggup dia untuk terus mendengar penghinaan dari ayahnda yang di sayangi..
********************************************************************************
"melati, dimana rumah melati? selama kita berjumpa, kanda tidak pernah tahu di mana rumah melati." tanya andria perkasa.
"aaaa, rumah melati terletak dihujung kampung kanda.." jawab melati sambil menggigit jari.
"tapi di mana?kanda kurang pasti sayang.. nanti kalau kanda mahu kerumah adinda untuk bertemu bapak bagaimana?"
melati kelihatan gelisah.
"erm.kalau kanda mahu datang kerumah, bilang sama melati dulu"
"kenapa melati? adakah adinda menyimpan sesuatu dari pengetahuan kanda?'
"tidak..tidak.. bukan begitu kanda"
"jadi, kenapa sukar untuk dinda meyatakan hal ini?"
"bukan begitu.. cuma dinda takut kanda terkeliru sahaja jalannya" melati berkata membelakangkan andria perkasa.
"tidak dinda..tidak.. kanda sungguh arif dengan pelusuk kampung ini, kandakan pemburu handal"
"iya.. err..dinda lupa hal itu.. err..hihihi"
"jadi di mana?"
"di hujung kampung, sebelah pohon seroja yang rimbun. ada anak sungai yang menghala ketimur, disitulah rumah dinda,kanda" jawab melati ragu-ragu.
"disebelah pohon seroja nan rimbun? berdekatan anak sungai menghala ketimur? bukankah disitu... terdapat seorang gadis hodoh? yang tinggal dipondok usang itu sekeluarga?"
melati hanya mendiamkan diri..
"jangan -jangan.. perempuan hodoh itu keluarga dinda?"
melati hanya mengangguk perlahan
"Cis..!! tidak akan sesekali aku berkerluarga keturunan yang hodoh, kerna aku tidak mahu keturunan ku akan ada yang hodoh! sampai sini sahaja melati! aku tidak mahu lagi terus berkasih dengan kau..! selamat tinggal!"
"kanda...kanda.. jangan tinggalkan melati.." melati menangis keesakan..tidak dia dapat menahan kesayuan hati, sijantung hati yang sentiasa dipuja telah pergi meninggalkan dia terkontang kanting seorang diri. ouh, bagai daun yang luruh, begitu luruh airmatanya.
"KENCHANA..!! kau memang pembawa sial..!"
"kekanda...kenapa kekanda kata begitu pada adinda"
"kenapa kau bilang?? kerana kau, kekasih hati ku telah putuskan kasih kami..kenapa kau tanya?"
"tapi kenchana tidak tahu apa-apa kekanda"
"aaaah, kerana rupa kau yang hodoh itu lah dia tidak mahu bakal keturunannya berwajah hodoh juga"
"tapi kenchana tidak pinta punya rupa begini kanda"
"ah..! sudah.. pergi kau dari sini..! aku benci melihat wajah mu!!" marah melati seraya menolak kenchana sehingga terjatuh di luar rumah. kenchana hanya mampu menangisi nasibnya, sudahlah bapanya membecinya, sekarang kakaknya pula. ibunya telah lama pergi, meninggalkan dia dan keluarga kerana tidak sanggup terus di cerca dengan kehodohan kenchana.
*********************************************************************************
kenchana berlalu meninggalkan rumahnya, perlahan kakinya melangkah. kadangkala terdorong kekiri dan kekanan mengikut tiupan angin yang kuat. wajahnya ditutup separuh dari kain selendang yang dipakainya.
"kemana harus ku pergi?" rintih hati kenchana. kakinya terus melangkah diiring cicipan burung, bersama bunga-bungaan yang mendendangkan geseran angin nan indah, dia telah sampai ke lembah tasik cini.
"ramainya manusia" dia melihat berdekatan tasik cini, ramai manusia yang sedang menikmati keindahan tasik itu, yang bersama ahli keluarga, yang bersama-sama rakan-rakan, lelaki bersama lelaki, perempuan bersama perempuan. gembira benar hatinya, kerana selama ini dia tidak pernah punya teman. berada dikalangan manusia yang sedang bergembira, membuat hatinya sangat senang sekali.
Tiba-tiba dihujung tasik sana terlihat dia sekumpulan gadis-gadis berlari sambil menjerit
"anakonda! anakonda! eh silap... naga!..naga!..naga!"
yang lain juga bertempiaran lari, tahulah dirinya bahawa naga tasik chini telah keluar mahu mencari rezki. semua yang ada berkeliaran lari menyelamatkan diri. dia tahu naga tasik chini hanya akan kembali kesarang selepas peroleh makanan. setiap kali kelibat naga ini kelihatan, semua manusia akan berusaha menyembunyikan diri kerana khuatir menjadi makanan sinaga, mungkin setelah mendapat lembu, kerbau atau babi baru lah naga itu kembali ke sarangnya.
"ah.. ini peluang ku.." bisik kenchana. dia berlari kearah bertentangan dari manusia yang berlari menyelamatkan diri itu, terus dia masuk ke tasik chini. terdapat beberapa manusia lain memanggil-maanggilnya supaya melarikan diri.. tapi tidak di endahkan..dia melihat arus air yang beralun mengikut gerak badan naga. teriak kenchana di situ.
"WAHAI NAGA YANG KELAPARAN....MAKAN LAH AKU.. JANGAN KAU GANGGU KEHIDUPAN YANG LAIN, AKU SERAHKAN DIRIKU UNTUK SANTAPAN MU..!! sambil dia mendepangkan tangannya, tanda dia menyerahkan keseluruhan dirinya untuk menjadi makanan siNaga.
orang-orang yang berada disekeliling terpaku dan terpinga, tidak disangka seorang gadis sanggup menyerah diri supaya naga durjana tidak memamah hidupan lain..
BRRRRUUUUUUUUURRRR....!!!!! air tasik chini berkocak lebat dihadapan kenchana, terpelanting kenchana ketepian.
"HAHAHAHAHA, MANAKAH MANUSIA YANG MAHU MENJADI MAKANAN UNTUK KU? ALANGKAH SENANGNYA, AKU TIDAK PERLU MEMAKAN HAIWAN LAGI, SUDAH LAMA AKU IDAMKAN DAGING MANUSIA.. DIMANAKAH KAAAAAU??!!!" jerkag naga tersebut.
menggigil-gigil kenchana.. seraya berdiri kembali.
"aku...akkk...akkuuu disini naga" ucap kenchana terketar-ketar.
ZAAAAASSS...~
naga berpaling ke arah empunya suara, dia melihat satu susuk tubuh berdiri terketar2 sambil menutup muku kerana ketakutan.
"HAHAHAHAHAHA. WAAAAHH.. NIKMAT..MANUSIA DIHADAPAN KU.. HIDANGAN YANG LAZAT .. NAMAMU?"
kenchana terketar-ketar, menurunkan tangan cuba untuk melihat naga "ken..kenchaa..kenccchhhaa..kenchana!" jawab kenchana mengadap muka sinaga. kini mereka bertentang mata. si naga tidak berkelip memandang kenchana, kenchana kegugupan melihat reaksi naga..lama mereka bergitu, sehingga tubuh kenchana menggigil kesejukan pabila disapa angin. tiba-tiba naga bersuara.
"adakah kamu manusia?"
kenchana menggangguk perlahan.
"HUH..!! APASAL HODOH SANGAT?? PUTUS SELERA AKU NAK MAKAN.. uweeeekk..uuweeeekkk... ISH, TAK NAK AKU.. TAK LALU.." naga membuat gaya geli geleman sambil terus berpusing dan kembali ke laut untuk kesarang..semua yang memerhati bersorak gembira, ramai yang memuji-muji kenchana, tetapi kencana?
airmatanya bertakung, lalu mencurah bagaikan hujan, tersedu tersedan, meraung bagai orang yang tidak siuman. terus dia berlari dengan lajunya sambil meraung menagisi nasibnya . dia berlari kehutan, berharab bertemu si kelembai. dia tidak mahu hidup lagi. betapa kecewanya hati kenchana, NAGA pun tidak berselera untuk memakannya, kerana wajahnya yang hodoh? ouh... kejamnya dunia... ORANG DAH BAGI MAKAN FREE PUN TAK NAK.. PUNYALA DEMAND NAGA NI..!!!
Friday, January 11, 2013
Wednesday, January 9, 2013
Tuesday, January 8, 2013
what should i do? _____ jom membaca!!
actually aku terasa sangat syahdu dan sayu untuk 2 hari ni, semalam dan hari ni.. sangat la.. yang harini punya perasaan mestilah tempias dari semalam kan. kadangkala kan, kita terasa seperti superhero, nakmenyelamatkan semuaaaaa keadaan.. nak dia menjadi seperti kisah-kisah si pari-pari.. nak semuanya bahagia dan gembira.. tapi kita lupa.. kita hanyalah pelakon, yang melakonkan watak yang terlah di tentukan skripnya dari Allah.. aku sedih, kenapa dia tak fikir jauh.. adakah betul dia ada kekasih gelap sekarang? dia bersuami.. ada anak.. nak ke pejabat agama, adalah satu perkara yang menjerat diri sendiri. siapa yang ingkar perintah? siapa yang tak hulur nafkah? haih.. perkara ni yang buat aku rasa sangat serabut.. ya serabut.. sampai, aku bawak kereta patah side miror.. sampai aku gesel kereta orang.. hakikat masalah itu nikmat.. tanpa masalah kehidupan boring.. tapi memang tu aku.. kalau ada masalah semua jadi kalut.. jadi aku perlu kembali motivasikan diri. dia lupa ke? kerana dia aku fobia untuk kawen. kerana dia.. aku takut nak bersama dengan lelaki. sebab takut mak ayah dapat menantu yang sama peelnya. ntahlah.. aku menahan rasa sampai aku tertidor 12 jam semalam. dari 6 ptg dan aku terjaga jam 6 pagi.. tanpa aku ambik apa-apa ubat??? pelik..sangat pelik...
sudah.. abaikan.. aku juz nak tunjuk kat korang buku-buku yang aku beli tadi
TADAAAAAAAAAAAAA..~
actually.. ini semua adalah komik.. APA??? KOMIK???? ya.. komik.. satu je.. kat atsa sekali belah kiri.. itu adalah novel aksi. aku beli sebab kat kedai tu dia promosi penghabisan stok satu majalah tu 50sen je. so semalam aku beli 3, novel tu satu, dengan 2 komik. dan satu yang aku beli adalah komik boys over flower.. waaaah.. cerita korea tu sebenarnya adaptasi dari komik.. baru aku tahu... tapi rupanya dia bersiri, yang aku capai adalah siri ke3. so, aku pegi pagi tadi dan kata nak tukar. dia kata ok, so aku pun mencari. tujuan aku pegi sana bukan setakat nak tukar buku, aku berjaya pujuk semua offocer berkaitan untuk membeli novel-novel dari kedai mamak tu.. sebab dia kata less 30% every each novel. so kedatangan aku adalah nak select novel.
korang tahukan.. kalau nama clearance stok, mana ada dia susun baik-baik, berterabur, jadi aku capai 1,1 sampai ada yang ingat aku keje kat situ.. hampagas betul. mana taknya, aku kutip setiap buku yang ada, mana yang novel aku baca rinkasan dia mana yang komik aku tengok sikit isi dalam, yang best aku letak tepi. tak best aku tolong susun... dah la muka aku pun ala-ala kajol... eh.. tak.. ala-ala penang mari.. duk lak kedai mamak muslim.. mau diorang tak pikir aku ni anak penakan tokey kedai? hahahaha. but its ok.. aku select 25 novel untuk library aku, 10 novel cinta ada novel fiksi, ada novel aksi, ada novel keagamaan ada novel motivasi ada jugak buku blog Dr. Mahathir dan yang best.. jeng..jeng..jeng... ada novel dari J.K Rowling Harry Potter the Half blood prince.. bahahaha, saje je acik ambik.. biar variety sikit kekdahnya. oleh kerana aku dah jualkan 25 buku.. so, buku-buku yang aku ambik tadi dalam 7buku adalah free.. terima kasih tokey kedai. hikhikhik
jujurnya, aku tak tahu le plak bila aku boleh baca sebenarnya.. tapi tak pe.. impian aku nak buat perpustakaan mini kat rumah sendiri. nak penuhkan book shelf sendiri.. aku pun baru je beli 2 novel karya aisa linglung iaitu sperma cinta dan sengih kerang. ini novel lawak! memang best.. nanti aku buat review ok. dan aku ada satu karya John Norafizan Coklat yang manis. nanti aku buat review jugak, karya john norafizan ni aku dah habes baca. jadi sekarang aku ada 4 novel dan 9 komik. insyaAllah aku akan tambah dan pelbagaikan. aku teringin nak ada novel ringan bahasa inggeris, kalau ada sesiapa yang punya cadangan, boleh la bagi aku ya. k guys.. aku sekarang rasa sikit happy, mungkin sebab.. aku punya buku.. heheheeh.
pssst.. jap lagi nak balik.. ada penyewa baru.. harap-harap dia ok.. se-Ok atau lebih ok dari ellysa.. ellysa terbaik..dan sempoi.. harap budak tu kepala gila-gila jugak.. hope so!
Friday, January 4, 2013
R-E-Z-K-I
Ya.. Inilah pepatah yang aku pegang selama ni.. eh salah baru-baru ni. Tanpa usaha..tanpa pengorbanan dan tanpa pengeluaran modal.. Manakan dapat hasilnya kan?..
Korang mesti pening.. Apalah minah ni membebel... Ok macam ni, hari tu, aku bertekad nak masuk peraduan explorasi BH, juz for fun.. But ada la letak harapan sikit. Cuma aku tahu, aku bukan jenis yang lucky.. Tapi aku menaruh semuanya atas rezki Allah.. Di penghujung minggu, aku dah give up. Bukan apa..malas nak fokus, sebab mcm kelamkabut sikit. Kebetulan banyak urusan aku nak buat, nak daftar kelas, urusan beli rumah apa semua dengan kereta meragam. So aku dah tak fokus.
Tapi pagi tadi, sorang kakak ofis aku dah tergedik-gedik depan aku ucap tahniah. Aku dah tepuk dahi..
"Akak.. Alaaa, nape tahniah? Dato' seri kompem ea duduk depan bilik saya? Tak ley la saya nak bukak lagu kuat-kuat?"
"Eh.. Ima.paper mana?"
"Tu.." Aku tunjuk kat longgokan paper lama..sebab akak ni, kadang-kadang suka ambik apa-apa artikel.
"Eh bukan.. Yang hari ni"
"Tu lah kat depan"
"Imaaaa.. Tahniaaaah laaaa.."
"Adoi, apanya kak??"
"Awak tak tengok ke nama awak ada dalam surat khabar??"
"Hah?? Nama saya??? Pasal apa??"
"Awak menang la peraduan tu???"
"Hah?? Iye ke??? Betul ke ni kak??? SubhanaAllah.. Tak pernah saya rasa memang pape cabutan kak.."
"Tahniah ima.. Dapat samsung s3 kaaau.."
" Ya Allah.. Akaaaak... Terharunya.. Saya hantar 1 peraduan je..nama saya terpilih??"
"Anak aku tak dapat ima.. Syukurlah kau imaaaa, nanti ambik, tunjuk tau.. Nak tengok.."
"Urm! Ya! Baik kak.. Akak teriima kasih tau.. Kalau tak.. Saya tak tengok pun.. Terima kasih sangat-sangat..
Sekarang ni.. Aku tahu, rezki tak dijangka datang dari berkat dhuha.. Terima kasih Allah.. Bersyukur ke hadrat Mu..
Ya Allah..
Jika rezkiku masih dilangit Kau turunkanlah,
jika rezki ku di bumi Kau keluarkanlah,
jika rezki ku sukar Kau permudahkanlah,
jika ia haram Kau sucikanlah,
jika jauh Kau dekatkanlah
ALHAMDULILLAH
OK,, lupa nak cakap.. aku dapaaaaaaaaaaaaaat.. samsung s3
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)