Friday, November 16, 2012

Alangkah indahnya.....

Bestkan sebenarnya hidup ni kalau ada pasangan.. Mesti meriah je.. Ntahlah..kadang kala aku terpikir..kalau dapat yang sekepala..yang boleh ikut rentak kita..yang boleh bertolak ansur dengan kita..ya,alhamdulillah..mesti rasa tenang dan bahagia..gembira dan kuat..

Tapi..kalau yang jenis tak nak bertolak ansur.. Yang buat kepala sendiri..tak bertanggungjawab.. Mesti sakit hati kitakan? Aku tak tahulah.. Aku nak ada pasangan hidup..aku nak rasa manisnya hidup berpasangan..walau umur aku dah tak banyak masa..tetap aku nak merasai.

Tapi.. Hakikat aku takut..takut sekiranya aku sapat yang jenisnya tak tentu arah..yang tak de tanggung jawab.. Yang tk boleh nak terima aku seadanya aku.. Yang tak mampu menjadi pelengkap aku.. Sekiranya mendapat yang baik akhlaknya.. Aku takut dengan erti kata perpisahan.. Aku takut dengan makna kehilangan.. Aku takut kalau aku kembali kesorangan.. Aku takut...

Apa yang perlu aku buat? Hakikat kini, belum ada yang betul-vbetul berani tampilkan diri kepada ayah..yang bercakap memang ramai.. Tapi yang tampil..tak de.. Kata putus aku hanya dari mulut ayah.. Ya kata dia.. Ya lah untuk aku juga.. Antara aku dengan ayah.. Ayah yang lebih memilih.. Bukan aku.. Kalau kau datang pada aku.. Dan aku layan dengan ramah.. Itu bermakna aku selesa..bila kau tanya kata putus akudan aku kata tanya ayah.. Maka jadilah lelaki sejati untuk berjumpa dengan ayah.. Dari aku sudah ada 50% hanya ayah yang dpt melengkapkan persen nya.. Tapi... Kenapa masih tidak ada yang memahami dan mengerti????

Alangkah bahagianya..kalau ada lelaki sejati yang berani bertemu ayah dan pandai mengambil hati ayah... (╯︵╰,)








Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 9, 2012

Cerpen : Amim...aku amim... (5)


“ so, sekarang ni kita nak kemana eak amim?”

“lah, kau kan yang beriya nak pegi kuar makan.. mana lah aku tahu..”

“ala amim.. putrajaya ni kan kawasan awak.. saya pun bukan selalu kesini.. jalan pun ikut arah signboard je ni.. macam mana nak pegi tempat makan…” aman buat muka bulldog (muka sedih lah..)

“huh..! yelaa.. awak nak makan apa?”

Aman senyum…..

“hurm… tak kisah apa-apa.. tapi saya tak nak yang crowded sangat, pastu kalau boleh nak yang beraircond.. ea?”

“ceh..! demand..!”

“eh, kereta saya yang bawak kan.. so, tunjuk je lah kat mana..” aman berpaling ke cermin tingkap melempar senyum.. cover weyh.. jangan tak cover..

Ima menjeling..

” meluat betul” getus hatinya…

“terus.. hurm… ha, depan kat lampu isyarat tu kang ambik kanan.. terus… perlahan…perlahan… masuk simpang tu… cari parking..”

Aman mengikut saja arahan tanpa berkata apa..

“tu ke tempat makannya..?”

“yelah… dah kata nak beraircond… Steak House Oh Honey”

“hurm, ok..Jom..”

Aman keluar kereta di ikuti ima .. dan mereka jalan be
riringan…

“Selamat Datang….”

“terima kasih..” ima dan aman menyahut sambil tersenyum..

“dik.. table  untuk 2orang.. hurm.. yang agak privacy sikit ada..”

Pelayan tu cuma senyum.. “ ada couple seat kat hujung sana belah kanan bang”

“thanks.. cantik sangat dah tu… mana romantik kalau orang tengok kan dik kan? Kan? Kan?” aman memandang pelayan tu sambil angkat kening..

Pelayan hanya senyum..

Ima memandang aman dengan mata bulat marah..

“alamak, singa dah marah…” aman terus jalan laju-laju ke tempat yang di kata…

“ hah?? Singa???” ima mengetap bibir… tapi kaki tetap juga melangkah mengikut belakang aman..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ nak pesanan apa encik?”

“ hurm.. ada cadangan tak  dik?”

“erm.. ni kita ada buat promotion couple set 2set steak, garlic bread and  mashroom soup, couple ice cream and lovely drinking Oh Honey..”

“haaa.. yang tu jelah dik ya.. thanks..”

Ima memandang..

“er..tapi… aku…” ima terputus kata bila tengok pelayan tu terus pergi tanpa sempat dia bercakap apa..”huh..! bagus..! suruh orang belanja,, pastu pandai-pandai dia order utuk orang plak..cet..!” ima mengetap bibir..

“baik..baik.. jatuh harga hantaran karang… “

“kenapa?” ima menjeling..

“ketap bibir sampai nak putus saya tengok..” aman senyum

Ima menjeling..

“ouch..!” aman memegang dadanya

“eh kenapa??” ima cuak sekejap..” kenapa pulak la mamat ni tetiba je ni” rungut hati dia..

“ haaaaah… terasa sikit kat sini… jelingan awak tadi…. Tajam…”

“ ERGH..!” ima membalingkan kain alas di depannya..

Aman gelak memanjang….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“jemput makan ya ,, kalau ada apa-apa permintaan lagi, sila tekan button ini sahaja ya encik..” pelayan berlalu dengan senyuman…

“waaaah diorang tahu je kan nak bagi privacy… hikhikhikhik..”

“ceh..! sekarang semua restoran majority dah pakai call button la… huh..! buat malu je.. gaya macam selalu makan tempat mahal-mahal.. itu pun tak tahu..” ima mengomel..

“ ish minah ni… aku cium kang baru tahu..” aman merungut dalam hati..
 “awak.. tempat ni sweet je.. selalu ke makan kat sini? “

“tak lah jarang juga… dulu selalu la.. tapi dah lama dah jarang datang..”

“dengan boyfriend?”

Ima tetiba-tiba terdiam.. putaran waktu kembali ke 4 tahun lalu..tempat makan inilah yang menjadi saksi setiap kali pertemuan dia dengan Ridzauden.. setiap kali ke Putrajaya.. inilah tempat makan yang akan Ridz bawak.. romantik katanya..

“perlis..perlis..perlis… dah sampai perlis.. boleh turun ya… “ aman melaung separa jerit… sambil buat muka toya sambil mengunyah steak dalam mulutnya..

Ima memandang aman.. aman memandang ima..

“lama sangat menung.. saya dah makan suku dah ni.. awak tak gerak-gerak lagi..”

Ima baru tersedar.. lama rupanya dia flash back..

“err.. sorry….” Ima memotong steak dengan sopan..

“its ok… biasalah tu.. cerita lama kan.. memang la jauh sikit menungnya..” aman senyum…

Ima pun senyum…

“hurm aku kena nuetralkan balik suasana ni… “ aman berbisik dalam hati…
 “amim… nama awak apa eak sampai ley nick name amim?”

Ima senyum.. “ hamima..”

“hamima?”

“ha’ah…” ima mencapai handphonenya.. lalu menaip.. hAMIMa … di sua ke muka aman..

“ooooo, barulah saya paham….” Aman gelak..

“lambat la kau ni..hahahahaha…” ima gelak

Aman senyum.. senang bila tengok amim dah boleh di lembutkan sikit..

“ nama kau apa eak?” ima bertanya…

“aman… aman graseka..”

“ouh.. jawa ea??? “

Huk..Huk..Huk..Huk… aman cepat..cepat minum air..

“laaa kau dah apahal?? Awek kau nyebut nama la tu..” ima mengomel..

“aman graseka nama pelakon la…” kata aman..

“uik.. yeke? Err.. hehehehe.. sorry tak tahu…”

“nama saya aman syah..”

“ooo..”

“eh, kan saya dah pernah bagi tahu.. awak tak ingat ke?”

“erk…?” ima terberhenti seketika..

Aman memandang sambil mengecilkan mata…

“hehehehhe.. ada ea? Hehehehehehe.. tak perasan…. Hehehehehehehe… sorry..”

“Budak ni memang nak kena ni……”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Tuesday, November 6, 2012

temu bual bersama metrojayas






wartawan : apakah perasaan saudari sekarang ?

aku : ntah la.... blur..

wartawan : saudari sedih?

aku : jujur.. YA

wartawan : saudari gembira?

aku : jujur..ya TAPI tidak

wartawan : so, dalam keadaan apa saudari sekarang?

aku :  jujur.. KELU

wartawan : saudari kecewa?

aku : jujur..SEDIKIT

wartawan : kenapa saudari perlu kecewa?

aku : jujur .. MELETAK HARAPAN DALAM PERPISAHAN

wartawan  : saudari..wajarkah itu?

aku : jujur.. MEMANG TAK WAJAR

wartawan : jadi kenapa saudari masih meletak kan itu?

aku : jujur.. MASIH ADA SAYANG

wartawan : kenapa saudari tak pernah berterus terang?

aku : jujur.. memberi PETUNJUK untuk dia MARA kesini..TAPI dia seperti TAK mengerti..

wartawan : bukankah..saudari yang minta undur diri ..

tangan wartawan mengapai helaian dalam kotak dan menghulurkan ke aku
sambil aku menyambut dan melalukan helaian itu ke pipi

aku : thanks....

wartawan : yup..welcome..

aku : jujur.. YA

wartawan : jadi..mungkin dia takut saudari masih lagi menjauhkan diri walau dia akan cuba dekati

aku : TIDAK .. kini ku paham mengapa ..

wartawan : mengapa? 


aku : (senyum) bunga.... 

wartawan : tapi aku sedikit hairan saudari..

aku : kenapa ?

wartawan : saudari sudah tahu hakikat yang nyata..tetapi kenapa saudari masih lagi berasa sedih.. gembira,tapi tiada riak bahagia

aku : TIADA apa .. ^_^ 

wartawan : mengukir senyum? hairan aku ..

aku : dia berhak bahagia bukan ..?

wartawan : ya..

aku : aku tahu hakikat diri tiada selayak untuk berada dengan dia. jadi, airmata hanya mahu menghapus luka..senyum hanya mahu melakar ceria..tawa hanya mahu membunyikan bahagia..agar semua tidak kelihatan nyata..kabur dan tersembunyi dalam kalbu yang dilindungi rangka dada yang keras dan sasa..

wartawan : wah..bermadah pujangga ..

aku senyum tanpa bicara ..senyum tak perlu kata apa-apa

wartawan : jadi, apa dalam hati saudari kala ini?

aku : diri aku

wartawan : tanpa riak?

senyum lagi

aku : riak apa saudara mahu

wartawan : riak gembira?

aku : ada .. (senyum)

wartawan : riak kecewa?

aku : bakal aku hapus (senyum)

wartawan : hurm...

aku : kenapa? 

wartawan : cinta???

aku : cinta tiada lagi

wartawan : sampai begitu sekali? 

aku : (senyum) cinta aku hanya untuk dhia delisha dan alif hakimi.. cinta hati bonda

wartawan : lelaki

aku : tiada dalam kamus hidup

wartawan : parah..

senyum lagi..

aku : kenapa perlu kata begitu?

wartawan : hanya kerana itu..saudari bertindak begitu ?

aku : apa perkara yang akan membahagiakan kamu wahai saudara?

wartawan : apa yang aku miliki dan hajati ada bersama ku

aku : kalau tidak seperti itu?

wartawan : aku akan cuba terima seadanya apa yang ada

aku : bagaimana?

wartawan : melepaskan yang tak pasti, melupakan yang terpahat di hati, bergembira dengan apa adanya aku

aku : jadi, salahkah aku?

wartawan diam..
1 detik
2 detik
3 detik
 mengukir senyum

wartawan : aku bagai mengerti..tapi buat kamu, aku seperti rasa itu seperti salah

aku : tak adil kata begitu (tawa kecil)

wartawan memerhati sambil tersenyum
~~~
tawa terhenti sambil tertunduk senyum

wartawan  :  tawa ini akan kekal?

aku : insyaAllah saudara (senyum)

wartawan : saudari .. telah lama aku membaca coretan saudari ..segala duka, suka, dan ceria, aku membacanya.. saudari tahu apa pemikiran ku pada saudari?

aku : tak termampu aku nak membacanya

wartawan : saudari sungguh kuat

aku : mana saudara tahu.. saudara tak pernah kenal baik siapa aku (senyum)

wartawan : dari penulisan..segala permasalahan.. kekosongan.. airmata.. kekecewaan.. kelukaan.. penderitaan.. kegembiraan.. senyuman.. kebahagiaan.. kepuasan...

aku : dihitung banyak sedih dari senyum.. (tawa)

wartawan : sebab itu aku bilang saudari kuat

aku menghulurkan minuman
disambut wartawan

aku : saudara terlalu banyak bicara

wartawan : sebab itu kerja aku

aku memandang kejauhan

wartawan : termenung?

aku : taklah. khayal

wartawan : apa harapan saudari?

aku : (senyum) moga dia(lelaki) bahagia.. moga dia(perempuan) menjaga dia(lelaki).. tidak melakukan seperti aku..

wartawan : untuk diri saudari?

aku : tiada apa (senyum)

wartawan : mana mungkin?

aku : tiada perlu harapan buat manusia yang hayatnya tak lama ..nanti pergi mata terbuka,sebab ralat harapan tak tertunai

wartawan :(kerut kening) siapa kata

aku : orang-orang tua yang hidup lebih lama dari kita (senyum)

wartawan menghulurkan helaian sekali lagi
aku menyambut dan kali ni dilekapkan di mata

wartawan : saudari suka buat orang keliling tersenyumkan ? jadi hapuskan titisan itu..supaya aku tetap tersenyum dan bisa membaca coretan saudari

aku mengalihkan helaian itu 
diam
1 detik
2 detik
3 detik
senyum...

aku : insyaAllah saudara (senyum)






nota : ulang papar





Monday, November 5, 2012

SITUASI



situasi 1

PEJABAT

"erk... pelik jerk rasa pisang sira ni.... " mr.right
"siapa bagi?" gadis comel
"my staff, kakak ujung tu.. nah rasa sikit.." mr. right menyuakan pisang sira yang tinggal setengah pada gadis comel....
"not bad what.." gadis comel mengunyah sambil muka berteka teki..
mr.right memasukkan lebihan gigitan itu kedalam mulutnya .."yes, yang ni baru namanya sedap..." sambil tersenyum dan berlalu..
gadis comel hanya tersenyum simpul...

situasi 2

SISTEM PESANAN RINGKAS

mr. right : u buat apa?
gadis comel : tengok tv.. u dah makan?
mr. right : dah baru lepas.. my housemate masak nasi goreng tawar 
gadis comel : awat? garam habes stock?
mr right : tak lah, nak elak kena darah tinggi
gadis comel : hahahahaha, alasan nak menang
mr.right : dah solat?
gadis comel : belum
mr right : uzur?
gadis comel : tak lah
mr right : bangun sekarang solat dulu...!
gadis comel : alaaaaa
mr right : dont say ala..ala....go...
gadis comel : ok bos!

situasi 3

ON THE PHONE AT SHOPPING COMPLEX

gadis comel : u.. i nak belikan pengantin ni apa?
mr.right : apa yang boleh diorang guna for new house
gadis comel : (senyum) kita bagi set bilik tido lah
mr.right : uik melampau tu.....
gadis comel : (gelak tak henti)
mr.right : suka betul ea..
gadis comel : ok..ok.. so apa?
mr.right :  carikan set pinggan mangkuk.. set tau..
gadis comel : ok jumpa ni.. have 4 plate, 2 big bowl, 2 small bowl, 4 bowl soup,
mr.right: ok dah tu
gadis comel: in two colour, red and blue..which one?
mr.right : blue.. cool like u..
gadis comel : ngada2
mr.right : (gelak terkekeh-kekeh)


situasi



klik iklan ni tak kena bayar pun