aSSalamualaikum Semua...
hai apa khabar? hope korang Sihat jerk la eak..
meningan dah lama aku tak poSt entri..
ku SuSun Sejuta kemaafan kalau korang tertunggu entri baru..
dan dah naik muak dok review entri terdahulu...
hehehehe.. Sooooorrrryyyy....
ok.. untuk hari ni.. entri nak kongSi paSal gaji...
terutama untuk yang government Servant la kan...
hari je dah maSuk gaji bulan ogoS + dengan bonuS yang dapat Seminggu awal ritu..
jadi... haaa.... kat bawah ni.. aku nak kongSi Sikit tipS yang boleh korang guna..
untuk menjadi Seorang yang tak papa kedana SelepaS raya... miaahahahaha
letS Scroll down thiS page dear....
1- dapat je gaji.. Sila aSingkan Sepruh.. atau mengikut keperluan lah.. amaun itu ke akaun yang lain.. Supaya tak terbabaS berbelanja.. masuk hari lepaS bercuti raya..mengelakkan kontang akaun..hihihi..
2- bayar segala hutang piutang... jangan nanti.. dok reaSon tak de duit nak bayar dah abeS la.. itu la.. ini la.. nanti next month bertambah lak jumlah utangnya.. lagi haru kan??? lagi pun orang yang bagi hutang tu pun nak gak pakai duit untuk raya..
3- bayar Segala bil-bil yang ada... ini untuk mengelakkan Sama jugak.. tak berbayar.. bulan depan dah bayar bertimbun.. iSh..iSh..iSh... payah kan diri Sendiri nape?
4- racang perjalanan dan aSingkan duit petrol dan tol.. Supaya duit yang di aSingkan Selari dengan jumlah perjalanan.. hehehehe
5- aSingkan duit perbelanjaan harian Sepanjang duduk rumah mak ayah atau rumah mertua... haaa yang ni aku nak cakap.. kalau menumpang pandai.. makan tak reti nak tolong bagi.. memang melampau la.. dah la lepaS tu korang balik kampung tak balik2 lagi Selang 2 bulan.. abeS takkan orang tua lak nak nanggung.. dah la balik kampung numpang umah mak ayah.. makan pun mak ayah nak Sediakan.. bil api air maSa duk raya pun mak ayah tanggung?? memang melampau kheeen?? ingat duit raya korang bagi Setakat 100-200 tu cukup nak bayar Semua tu?? huhuhuu... So.. beringat ye kawan-kawan.. :P
ok.. raSanya ini saje tipS yang memang penting maSa dapat gaji awal ni.. boleh di apply mengikut waktu dan keadaan.. hehehehehe...
Selamat hari taya kawan-kawan.... maaf zahir dan batin... sayang korang... mmuuaaahhh...
keluh kesah : bila la aku ni nak merasa beraya dengan seseorang bernama suami ni eak? huhuhu :'(
Monday, August 13, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Tamadun purba tak terjangkau dek akal
Tidak dinafikan bahawa terdapat teknologi pada zaman dahulu menyamai teknologi yang ada pada hari ini. Saban hari, banyak bukti mula muncul yang membuktikan bahawa manusia pada zaman purba sememangnya kreatif dan berteknologi tinggi.
Namun bergitu, tiada bukti menunjukkan manusia pada zaman tersebut menggunakan sebarang jentera atau mesin miskipun hasil tinggalan monumen yang ditemui menyerupai produk yang dihasilkan oleh jentera atau mesin.
Saintis percaya bahawa manusia pada zaman dahulu telah mencapai satu tahap di mana mereka mampu untuk membina bangunan atau monumen yang besar dan cantik yang mana ia sempurna daripada segi geometri, arkitertur dan seni hiasan.
Tamadun yang hilang, ilmu pengetahuan turut jua hilang
Namun, entah bagaimana, ilmu itu hilang dan seni tersebut lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat daripada Tamadun Mesir yang mana tamadun mereka lenyap bersama-sama teknologi yang mereka rintis. Malahan, bahasa mereka iaitu Koptik turut lenyap bersama-sama teknologi mereka. Padahal, bahasa Koptik adalah bahasa asal kitab Taurat yang dianugerahkan Allah swt kepada Musa as sebelum diterjemah kepada bahasa Ibrani semasa mereka berada di tanah Kanaan.
Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan bergitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun.
Jadi tanpa membuang masa,dilampirkan beberapa bukti manusia purba mempunyai tamadun yang hebat menyamai tamadun kita pada hari ini.
Jadi tanpa membuang masa,dilampirkan beberapa bukti manusia purba mempunyai tamadun yang hebat menyamai tamadun kita pada hari ini.
1. Easter Island-Chile
Easter Island adalah pulau yang cukup mengagumkan. Di pulau ini terdapat ratusan batuan megalith yang diukir menjadi kepala-kepala manusia. Batuan-batuan kepala manusia ini bersaiz 20 kali ganda daripada manusia dewasa. Berat satu-satu batuan tersebut dianggarkan 2 tan dan lebih. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi berteka-teki tentang bagaimana mereka mampu mengangkut batu tersebut untuk didirikan di tempat-tempat yang batu tersebut berada sekarang. Ini kerana kuari atau sumber batu megalith tersebut yang paling dekat adalah sejauh 15 hingga 20 kilometer.!

2. Sacsayhuaman(Saqsaywaman)
Sacsayhuaman adalah sebuah komplek kubu purba yang terletak di bandar purba Curzo di altitud 3,701 meter. Sacsayhuaman telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada 1983. Sacsayhuaman dikagumi daripada beberapa binaannya yang sangat jitu dan sempurna.

Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.

Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.

Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.
Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.
3. Petra
Petra adalah sebuah bandar purba yang terletak di Jordan. Dipercayai, ia mula dibina sekitar kurun ke-6 masihi oleh bangsa Nabataen. Bangsa Nabatean adalah bangsa yang sangat mahir dalam seni pertukangan batuan gunung. Di bandar purba Petra, pengunjung bakal takjub dengan ukiran yang sempurna dan halus.
Tidak seperti monumen-monumen lain di dunia, Petra dibina pada batu gunung yang ditebuk dan diukir. Di dunia Arab, Petra adalah tempat yang sangat mashyur dan diperkatakan oleh ramai orang. Namun, orang-orang hanya mengetahui pada tahun 1812 setelah diperkenalkan oleh seorang orientalis daripada Switzeland, Johann Ludwig Burckhardt.
Pada zaman kegemilangan Petra, bandar purba ini adalah pusat kebudayaan dan keagamaan. Dipercayai bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah yang menyembah tuhan berhala wanita iaitu Latta, Uzza dan Manat berasal daripada tamadun ini.

4. Puma Punku
Puma Punku atau Puma Puncu adalah satu daripada sebahagian besar monumen yang berada di Tiwanuku Site di Tiwanuku, Bolivia. Di sini, terdapat tinggalan-tinggalan batu-batuan jenis keras iaitu Megalith. Batuan ini mempunyai ukuran dan potong yang jitu dan bersegi. Ia jelas menunjukkan bahawa monument di Puma Punku adalah monumen yang dibina secara khusus oleh manusia. Monumen-monumen ini dipercayai musnah sekitar abad ke-5 masihi selepas dilakukan beberapa ujian radiocarbon C14. Batuan paling besar di sini adalah bersaiz 7.81 meter tinggi dan 5.17 meter lebar.!

kredit to : takusahrisau.wordpress.com
Monday, July 23, 2012
beringat-ingatlah... ini mungkin ramadhan terakhir kita.. :(
| Ceritera Seorang Dayang Buah kedondong buah kepayang Dipetik oleh seorang dayang Bulan Ramadhan sudah menjelang Ceritera dinanti, bukan kepalang... Dayang bersimpuh atas teratak Mulai berkisah hikayat watak Tentang raja dan kuli batak Tentang negeri, menanti retak... Negeri ini 3 lautan Kata mereka, negeri pilihan 3 budak simpan idaman Siapa menang, menjadi Tuan... Mungkin sudah takdirnya Tuhan Berakhir sudah kerajaan pilihan 3 budak duduknya diam Rupanya 1, menyimpan dendam... Keris dan parang jadi mainan Darah mengalir bagai taruhan Kambing dan lembu hanya ternganga Apabila Naga, menjadi Raja... Maka zahirlah segala rahsia Rasa kesal, sia-sia Apabila Naga menjadi Raja Bulan dan bintang, bawah kakinya... Hingga muncul seorang Jebat Bukan bangsawan dan aristokrat Membimbing hamba membawa pedang Kepala Sang Naga, sudah hilang... Bulan dan bintang kembali tinggi Usaha Jebat, sudahlah pasti Syukran, syukran, mereka berzanji Limpah syukur kepada Ilahi... Namun takdir sudah termetri Dari dulu sejak azali Musim bergulir silih berganti Bencana menunggu, tiada terperi... Kabus dan asap menyelimuti bumi Siang dan malam, tiada diketahui Bumi bergoncang meranapkan benda Hamba mati, tiada bertanda Air dan ombak menjadi marah Hingga musnah banyak benua Matahari hilang ibu angkatnya Polis dunia, berubah peta Pedang dan kuda kembali bertakhta Bagai zaman di dulu kala Hujan merajuk 36 purnama Hingga datang, Raja Pendusta Hamba sahaya jadi terpikat Pada Sang Raja, lakonan hebat Mainkan watak Imam dinanti Padahal dia, insan terkeji Hamba sahaya jatuh cinta Tatkala Sang Raja menjadi Pendita Mengajak hamba menjadi syahid Dari diam, menjadi abid... Hamba sahaya paling kasihan Buta menentang Imam pilihan Sangkanya jihad di pihak benar Rupanya mati, berbuat onar Duhai hamba-hamba sekalian Dengarlah ini dayang berpesan Masa mendatang masa ujian Sediakan bekalan, kukuhkan iman... Ujian datang silih bertimpa Yang berat-berat bakal menimpa Bagai menempuh gurun sahara Jangan melihat, fatamorgana... Makan tiada minum sedikit Hamba sahaya bakal merempit Banyak mati sedikit bertahan Ada yang hidup, tanpa panduan... Benar-benar dayang berpesan Masa mendatang masa ujian Ia bukan satu cubaan Tapi sungguh, satu kenyataan... Tiada terbayang seksa menanti Sungguh hebat dugaan ini Hamba sahaya pentingkan diri Ketika ujian, sudah terjadi... Hanya iman jadi taruhan Walau rumput jadi makanan Jadikan zikir sebagai bekalan Hanya Allah, tempat aduan... Pilihlah pilih, Imam yang benar Jangan tersilap berbuat onar Taubat sebelum mentari merajuk 3 malam, tiada terpujuk... Semakin pantas masa berlalu Hamba tak sedar buat tak tahu Sedang nyawa di hujung tanduk Sebentar lagi, pintu tertutup... Waktu ujian tak lama lagi Sekelip mata ia ke mari Jangan terleka jangan tertipu Oleh nafsu, memujuk rayu... Selesai ceritera dari si dayang Berpesan-pesan kerana sayang Entah dongeng entah kenyataan Hanya masa, bakal menentukan... Wallahua'lam... by : andria - cari.forum |
Wednesday, July 18, 2012
hampir sebulan dah???? O-M-K-... !!!!!!
belum sebulan.. hampir jerk... ekekeke.. tapi kiranya agak lama juga kan aku tak mnegupdate blog.. ya Allah rindu.. selalu je bukak.. bila nak update madang la jadik lupa. aduih... try bukak kat BB konon nak update dari situ tak boleh le plak.. itu tak de lah ini tak de lah... tmpo kang.. kata samat phone.. sabau jerk aku... aku masih lagik mode BUSY ......................
memang kebizian.. macam si garfiled tu la.. dengan program la.. dengan kelas.. dengan rpojek paper.. semua-semua la.. aduih hai.. loteh makcik.. ponek sangat la kan.. tapi apo nak di kato.. jalan idup sey cengini.. tak lama.. tinggal satu sem je lagi lepas ni.. insyaAllah lepas tu segala2nya habes.. ya Allah aman dan makmur.. mesti rindu plak saat nak kebizian.. ekekeke.. tapi mudah-mudahan.. sem ni semuanya lulus...
korang pun .. jangan la kecik ati eak.. sebab masuk-masuk sini asyik duk view-view entry lama.. maaf sangat-sangat2.. ouh ya... aku nak update sikit 1 perkara..
aku skang dalam program pengurusan berat badan.. actually... sebelum ni pun aku dah berdiet.. tiba-tiba dapat jemputan untuk menjadi salah sorang dari protege program ni... pucuk di cita ulam mendatang.. aku akan di pantau mereka-mereka yang pakar dalam tempoh 6 bulan untuk januari tahun depan.. doakan aku berjaya k.. dan kuat semangat..
kat sini aku kegatalan nak upload gambar tahun lepas aku jap eaaaak...
tadaaaaaaaaaaaaaa
ok.. ini picca aku dalam tahun lepas laaa... paling atest yang tengah tu.. bulan 12 tahun lepas.. masa ni berat aku dalam 83-85 kg.. gitu lah... lepas aku amalkan diet sendiri turun lah dalam hampir 10 kg selama 6 bulan.. itu pun kengkadang turun naik.. tak baik kadang-kadang 100, 200 gm.. gitu lah... dan kat mabawah ni... selepas 6 bulan...
sorry lah.. memang tak de gambar full.. ini mana yang terambik jerk.. ehehehehe.. jadi doakan aku dapat capai target aku untuk program ni.. dan dah berjaya nanti.. aki akan kongsikan segala tips pemakanan.. baik mengikut program.. atau cara amalan aku ok..
wish me luck fwen... mmmmuuuuuuuuuaaaahhhhhh....!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





