Thursday, June 7, 2012

perbezaan kemahuan dan keperluan



ekekekeke.. opkos le korang pun tahu apa itu kemahuan dan keperluan kan.. kat sini aku tak naklah describe apa itu kemahuan dan keperluan, minta jasa baik korang..kot la tetiba terkompius. sila google sendirik yerk.. atau cari kamus dewan bahasa dan pustaka.. itu adalah lebih afdal ekekekeke .  selalunya orang akan kaitkan kemahuan dan keperluan ni dengan kehidupan seharian lebih kepada penggunaan harian.. tapi.. untuk kali ni aku nak kaitkan dengan cinta... yeeeeeerrrppp CHENTA..   ...**cait..otak korang jangan merewang sangat ok.. ni bukan sebab aku jatuh chenta atau kecewa chenta... ni semua adalah benda benar.. yang terjadi pada semua orang.. kadang-kadang juga berlaku pada aku... ** 


perasan atau tidak.. masing-masing setiap orang mempunyai ciri-ciri wanita idaman atau lelaki idaman.. masing2 nak yang cantik atau hensem.. ada duit sikit .. ada kerjaya kan? ini semua kita akan panggil kemahuan.. betulkan? jadi apa plak keperluan? keperluan dalam percintaan adalah kita nak pasangan kita ni.. orangnya boleh memahami..boleh bertolak ansur.. berkomunikasi..bertimbang  rasa..bertanggungjawab..yang penting boleh terima kita seadanya.. betul kan??? .. aku rasa semua orang sama jerk.. kau..kau..kau.. dan aku.. sama jerk kita ni.. ini jugaklah yang kita pandang.. ..


tapi yang aku nak tekankan kat sini.. sekiranya kita.. melihat atau mencari cinta lebih pada kemahuan.. percayalah.. memang kita takkan dapat sampai keakhirnya.. kenapa? ok.. meh aku story sikit.. korang bayangkan ea.. bayangkan tau.... bayaaaaaaaaaaangkaaaaaaaaan......   

** ali berkenalan dengan seorang perempuan. bernama aminah. aminah ni baik.. peramah..pandai masak.. pandai bercerita..bijak mengawal situasi... everything she's look goods.. nak ikut dari segi keperluan.. ini yang ali nak.. sebab dengan aminah ali tak bosan.. ada saja cerita yang mereka nak bualkan.. tak berhenti ketawa,, ya,, inilah yang ali perlukan dalam hidup.. sebab sebelum ini dia memang ada pasang azam untuk memeliki seorang isteri yang bukan "isteri trofi" which is yang kayu tak reti melayan..tak reti nak hiburkan hati.. tapi.. ali ada SATU PERANGAI yang mana dia mementingkan kemahuannya... dalam pencarian isteri ni.. ali letakkan kemahuan yang pertama baru keperluan... sayangnya aminah ni tak memenuhi klasifikasi kemahuan si ali setakat 45% walaupun keperluan tu hampir 95%... datanglah satu hari... ali terberkenalan dengan seorang lagi perempuan bernama siti. ali sangat suka.. sebab siti ni memenuhi 70% kemahuan dia.. tapi kurang pada keperluan..aminah dah dia tinggalkan sebab nak mengejar siti... sekali dia jumpa plak dengan nurul.. nurul ni ada la 80% kemahuan dan keperluan tu adalah dalam 40% .. ** 


agak2 korang.. dia patut stay dengan siapa? dan dengan akal korang.. antara 3 orang aminah, siti, nurul .. siapa yang bagi korang sepatutnya di pilih? aku taknak jawab.. sebab jawapan aku pasti lain dengan korang.. jadi korang pikir sendiri antara 3 mana yang best..

dari cerita aku tadi tu.. korang nampak tak.. bila kita letak kemahuan itu yang utama.. kita memang tak kan dapat mencari atau menjumpai yang memenuhinya... tapi bila kita letak keperluan itu yang utama.. kemahuan itu akan kita jumpai setelah kita memiliki yang keperluan... betul tak?

Monday, June 4, 2012

kisah antara aku dengan cinta



lama kan aku tak update blog...
minta maaf bebanyak eak..
aku skang berada pada tahap yang aku sendiri kompius sesangat sebenarnya..
aku tengah cari kekuatan, terutama pada pelajaran aku yang hanya tinggal 2 sem jerk lagi ni..
walau tak banyak dah sem.. tapi dugaan  dia.. ya Allah... cekal kan lah hati aku ni.huhuhu
hurm.. kat bawah ni.. aku nak share luahan rasa spontan yang aku rasakan..
pasal aku dan cinta..
lamakan aku tak tulis pasal cinta..
dah 4 tahun aku single..
sunyi..sedih..kurang kasih sayang..
semua aku rasa..
bila nak cuba bercinta balik..
aku dah rasa macam..takut..sebab nak hadapi rasa rindu yang sakit..
takit nak hadapi di sakiti atau di kecewakan..
takut nak hadapi banyak kemungkinan..
sehingga aku.. jadi si penggembara cinta... mencari..tapi takut nak memiliki..
huhuhu... sebab tiada lagi yang ikhlas menerima dan melihat aku dengan mata hati mereka..
belum tiba masa mungkin.. ya mungkin... :)



nicely 

dari awal aku memang patut sedar...
sebaik mana dia layan aku..
semesra mana dia layan aku..
seistimewa mana dia layan aku..
aku tetap..
bukan si cantik seperti yang dia mahu 
aku tetap diri aku..
wanita yang tak punya apa..
pekerjaan hanya orang bawahan sahaja..
pendidikan setakat tingkatan lima..
kecantikan tiada..
serba kekurangan..
serba tidak menarik...

mana mungkin aku boleh terfikir untuk berada di sebelahnya..
macam mana pulak aku boleh terawang seketika dengan rentetan pertemuan bersama..
lalai betul aku..
sedar kedudukan diri..
tapi perasan macam bidadari..
ekekekeke 
malu la weyh..
walhal jadi dayang atau mak inang pun belum tentu boleh jadi 
tapi tak pe...
bak kata hati..
aku memang manusia yang rela korban kan diri...
demi kebahagiaan orang yang di sanyangi..
biar senyumnya..jadi senyum ku..
biar bahagianya..menjadi bahagia ku..
aku?
macam biasa..berlalu bila tugas selesai..
meyakinkan mereka yang mana dalam kekeliruan..
biar hati terluka..
asal orang di sana gembira sentiasa..
hikhikhikhik..
biarlah aku dihargai oleh mereka yang dapat melihat pengorbanan aku..
biarlah aku bersama dengan manusia yang menghargai aku..
biarlah aku gembira dengan manusia yang tahu menilai pengorbanan aku..
biarlah aku pergi kepada mereka yang nampak tegak nya diri aku..
aku adalah aku...
tak perlu aku berubah
demi menagih penghargaan pada insan yang belum tentu melihat dengan sedar pengorbanan ku 
jangan di paksa...
kerana keikhlasan itu datang dengan hati yang suci..
bukan hati yang terpaksa..
takpa keikhlasan..
pasti semuanya hambar..
tawa..
senyum..
kata-kata..
jenaka..

jadilah diri kamu...
keputusan yang menyenangkan kamu..
kalau pergi itu bisa membuat kau terus tersenyum... maka pergilah...
kalau berada disisi aku menjadikan kau lebih kuat... maka berdirilah..
tiada paksaan dalam silaturrahim aku..
kasihmu..
sayangmu..
ikhlasmu..
biarlah demi Allah yang satu.. 





~~ masihkah ada cinta untuk aku? ~~

Tuesday, May 22, 2012

pilu



aku tak tahu lah kenapa.. aku risau sangat yang sebenarnya..hati aku ni pikir macam2.. ya Allah... sebak pun ada.. perit pun ada.. aduih.... nak cerita pun tak tahu hujung pangkal...


pagi tadi... bukak lagu shuffel pun air mata boleh keluar... pelik sungguh.. apa yang aku sebak.. apa yang aku kecut perut.. aku pun tak tahu.. aku rasa macam langsung tak gagah dah... langsung... 


ya Allah.. hamba Mu yang hina ini memerlukan rahmat dan baraqah Mu ya Allah.. :'(

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu..



untuk tahun seterusnya.. aku meraikan hari ibu.. tapi kali ni aku tak mampu nak buat apa-apa kejutan.. kekeringan ongkos pun ya jugak... serabut dengan masalah dan emosi sendiri pun ya jugak... walau pun sekarang lepas berubat aku lebih baik dari yang dulu.. tapi perasaan tu kadang-kadang datang juga.. cuma aku kena kuat dan bertabah je.. insyaAllah ada penyelesaian dalam semua permasalahan aku.. amin...


ok back to our topik... hari ibu... ustaz Azhar Idrus kata haram di sambut.. sebab ini adalah hari ibu untuk mothers di gereja.. aku yakin sungguh dengan apa ustaz cakap.. tapi dia ada kata.. kalau sape nak sambut yakin akidah tak terpesong terpulanglah.. tapi kalau siapa rasa aqidah boleh terpesong jaga-jaga.. 

jadi aku ambil keputusan... tak menyambut secara besar-besar... cukup sekadar ucapan.. untuk bagi hati mak aku berbunga.. cukup dalam hati dia tahu aku sentiasa ingat kan dia dan segala penat lelah dia sebagai ibu.. dan aku nak dia rasa bangga bila.. anak orang lain tak wish kat mak diorang.. tapi anak dia.. wish dan hargai dia... cukup sekadar ucapan dan doa sedikit aku titipkan dia melalui pesanan rinkas... itu akan buat dia rasa lebih selesa dan sangat lapang hati setelah berpenat lelah berniaga... 


kawan-kawan.. setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. setiap hari adalah hari suami dan isteri... setiap hari adalah hari bersahabat.. setiap hari kita harus menghargai orang disekeliling kita... tak perlu menunggu hari2 dan tarikh2 istimewa.. sentiasa lah mengimarahkan hari kita dengan keikhlasan dalam perhubungan... sebab itu adalah lebih bermakna...


bayangkan... sekira kita ada pertelingkahan dengan rakan atau suami atau isteri atau mak atau ayah atau adik beradik pada hari ini.. dan kita ataumereka meninggalkan kita dalam keadaan marah.. dan di ragutnya mereka dalam keadaan mereka amat sakit hati dengan kita.. adakah kita akan rasa sangat berpuas hati dan sangat gembira mereka mengadap ilahi dengan perasaan yang sangat tak elok pada kita? adakah kita akan tenang selama hayat kita, dengan tidak sempat memohon maaf?


pernah 1 kisah.. cikgu aku yang ceritakan kisah ni.. ini melibatkan kisah 'sekiranya mati datang selepas saat ini' tajuk memang nampak macam cerita zaman-zaman dulu kan tapi cerita dia sempoi dan sangat moden.. ekekeke..

kisah dia macam ni.. dia ada seorang kawan.. kawan dia ni memang orangnya sasa dan sangat hensem.. satu hari.. kawan dia ni berjumpa dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan persahabatan .. tak de apa-apa motif songsang atau pape lah yang jahat-jahat.. sekadar berkawan.. sekali member dia ni rupanya gigolo.. ada bisnes card ok.. dia bagilah bisnes card dia kat kawan cikgu aku ni... nak di jadikan kisah.. kawan cikgu ni tunjuk kan cikgu card tu.. bila cikgu baca ada lah kot sikit2 pasl perkhidmatan gigolo ni.. cikgu aku nasihatkan..

"mat.. baik kau buang... kang kalau jadi apa-apa kat kau kang.. orang jumpa kad ni.. dah orang ingat kau ni pun gigolo ke... atau supplier gigolo..tak pasal-pasal je.. "

 kawan dia ni gelak je... tapi di buangkan jugalah kad tu... 

selang beberapa hari... memang di takdirkan kawan dia tu kemalangan dan meninggal... dan orang sibuk gedeyh wallet dia sebab masa tu tak tahu nak hubungi keluarga sedara ni macam ni...

jadi.. kalau kawan dia tak buang lah kad tu hari tu? agak-agak kalau orang jumpa apa orang pikir kan? 

ok itu kisah dari segi macam tu.. tapi dari segi dosa? hubungan antara manusia ? bukankah.. dosa sesama manusia hanya di ampunkan oleh manusia yang kita buat salah tu..?


renung-renungkan.....................









klik iklan ni tak kena bayar pun