Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu..



untuk tahun seterusnya.. aku meraikan hari ibu.. tapi kali ni aku tak mampu nak buat apa-apa kejutan.. kekeringan ongkos pun ya jugak... serabut dengan masalah dan emosi sendiri pun ya jugak... walau pun sekarang lepas berubat aku lebih baik dari yang dulu.. tapi perasaan tu kadang-kadang datang juga.. cuma aku kena kuat dan bertabah je.. insyaAllah ada penyelesaian dalam semua permasalahan aku.. amin...


ok back to our topik... hari ibu... ustaz Azhar Idrus kata haram di sambut.. sebab ini adalah hari ibu untuk mothers di gereja.. aku yakin sungguh dengan apa ustaz cakap.. tapi dia ada kata.. kalau sape nak sambut yakin akidah tak terpesong terpulanglah.. tapi kalau siapa rasa aqidah boleh terpesong jaga-jaga.. 

jadi aku ambil keputusan... tak menyambut secara besar-besar... cukup sekadar ucapan.. untuk bagi hati mak aku berbunga.. cukup dalam hati dia tahu aku sentiasa ingat kan dia dan segala penat lelah dia sebagai ibu.. dan aku nak dia rasa bangga bila.. anak orang lain tak wish kat mak diorang.. tapi anak dia.. wish dan hargai dia... cukup sekadar ucapan dan doa sedikit aku titipkan dia melalui pesanan rinkas... itu akan buat dia rasa lebih selesa dan sangat lapang hati setelah berpenat lelah berniaga... 


kawan-kawan.. setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. setiap hari adalah hari suami dan isteri... setiap hari adalah hari bersahabat.. setiap hari kita harus menghargai orang disekeliling kita... tak perlu menunggu hari2 dan tarikh2 istimewa.. sentiasa lah mengimarahkan hari kita dengan keikhlasan dalam perhubungan... sebab itu adalah lebih bermakna...


bayangkan... sekira kita ada pertelingkahan dengan rakan atau suami atau isteri atau mak atau ayah atau adik beradik pada hari ini.. dan kita ataumereka meninggalkan kita dalam keadaan marah.. dan di ragutnya mereka dalam keadaan mereka amat sakit hati dengan kita.. adakah kita akan rasa sangat berpuas hati dan sangat gembira mereka mengadap ilahi dengan perasaan yang sangat tak elok pada kita? adakah kita akan tenang selama hayat kita, dengan tidak sempat memohon maaf?


pernah 1 kisah.. cikgu aku yang ceritakan kisah ni.. ini melibatkan kisah 'sekiranya mati datang selepas saat ini' tajuk memang nampak macam cerita zaman-zaman dulu kan tapi cerita dia sempoi dan sangat moden.. ekekeke..

kisah dia macam ni.. dia ada seorang kawan.. kawan dia ni memang orangnya sasa dan sangat hensem.. satu hari.. kawan dia ni berjumpa dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan persahabatan .. tak de apa-apa motif songsang atau pape lah yang jahat-jahat.. sekadar berkawan.. sekali member dia ni rupanya gigolo.. ada bisnes card ok.. dia bagilah bisnes card dia kat kawan cikgu aku ni... nak di jadikan kisah.. kawan cikgu ni tunjuk kan cikgu card tu.. bila cikgu baca ada lah kot sikit2 pasl perkhidmatan gigolo ni.. cikgu aku nasihatkan..

"mat.. baik kau buang... kang kalau jadi apa-apa kat kau kang.. orang jumpa kad ni.. dah orang ingat kau ni pun gigolo ke... atau supplier gigolo..tak pasal-pasal je.. "

 kawan dia ni gelak je... tapi di buangkan jugalah kad tu... 

selang beberapa hari... memang di takdirkan kawan dia tu kemalangan dan meninggal... dan orang sibuk gedeyh wallet dia sebab masa tu tak tahu nak hubungi keluarga sedara ni macam ni...

jadi.. kalau kawan dia tak buang lah kad tu hari tu? agak-agak kalau orang jumpa apa orang pikir kan? 

ok itu kisah dari segi macam tu.. tapi dari segi dosa? hubungan antara manusia ? bukankah.. dosa sesama manusia hanya di ampunkan oleh manusia yang kita buat salah tu..?


renung-renungkan.....................









Monday, May 7, 2012

bertangguh itu menyusahkan



aku belajar erti kata bertangguh ni dari sekolah rendah.. tapi aku belajar makna bertangguh dan memperbaiki sifat bertangguhni di sekolah menengah.. ni semua dek kerana kawan aku adibah a.k.a abot .. dia yang ceritakan aku.. apa pentingnya persiapan awal.. apa bagusnya persiapan awal.. apa kesannya persiapan awal.. dia kata.. ".... ma.. kau kalau ada menda yang hendak di bawa atau perlu di lakukan.. dapat aje tahu terus buat.. kalau macam esok nak pegi sekolah.. dari petang kalau tak de kerja ni ko dah susun buku.. masuk kan air dalam botol, gosok baju.. cari pin-pin yang guna..letak kasut depan pintu.. "  aku kadang-kadang mengikut apa yang di ajar.. kadang-kadang tak.. ekekekeke...  biasalah tukan...


tapi nk di jadikan cerita.... di kedewasaan ni... peel aku tu telah bawa satu masalah besar untuk diri aku... huh... aku tak bayar bil api dan air... 3 bulan... last-last kena potong.. lagik bestnya... kena potong petang tu...aku plak ada orang order nasik lemak untuk esok pagi.. aku dah gelabah giller... mula la aku kol sana... kol sini.. hampeh... mna boleh dia bukak on the sport... mana boleh nak kawteam2 dengan budak-budak TNB kan... almaklum le.. tak de kaki... ekekekeke... aku bertekad ni.. angkut semua barang masak dan persiapan nasik lemak pegi rumah abang aku... dan aku memulakan proses memasak kat rumah dia.... huhuhu sangat tak best ok menumpang rumah orang pastu buat kecah.... kesian diorang.... mesti tak ley tido nyenyak bila terhidu aku goreng ayam berempah jam 2 pagi tu.. ekekekeke....besoknya.. dalam tengah hari... aku gagah juga pegi TNB putrajaya yang dah pindah kat ceruk mana ntah.... akhirnya... selang 2 jam.. terpasang sudah elektrik tu.... kalau idak... tak tahu le macam mana nak minta maaf dengan osmet... huhuhu....


so.. sekarang.. aku lebih tekan kan diri aku pasal sesuatu kerja supaya tak bertangguh... aku kena planning baik-baik... supaya tiada masalah lain yang akan buat aku lebih bermasalah...huhuhu...


moral of the story... kawan-kawan... JANGAN SUKA BERTANGGUH...!





















Thursday, April 26, 2012

perancangan itu penting....target itu harus..!




amacam?? power tak tajuk? miaaahahahaha.. maaf la.. bukan apa.. aku rasa menda ni semua penting untuk kita kongsikan.. walau hakikat ramai di antara kita tahu menda ni.. tapi selalu lupa dan abaikan untuk di aplikasikan dalam kehidupan masing-masing.. kan? betul kan? sebab aku pun sama kadang-kadang lupa dan tak ambil berat hal mudah ni..


ok.. macam biasalah.. ini pendapat peribadi aku.. bukan dari pakar kaunseling atau pakar pengurusan hidup.. tak salah aku rasa nak keluarkan pendapat aku.. mungkin juga ada baiknya ada benarnya.. ada faedahnya.. ada pengajran di sebaliknya... 


perancangan.. adalah satu struktur perjalanan sesuatu perkara yang di susun mengikut tertib bagi tujuan melancarkan sesuatu perkara... demi untuk mencapai target itu... (pergh ayat buku siot.. kau mampoo???) dalam kehidupan kita ni.. setiap orang ada misi dan objektifkan? even mendanya remeh sekali pun.. contoh macam.. aku nak pegi kedai nak beli topup dengan air tin... makna nya di dua kedai yang berbeza.. sebab bendanya tu berbeza.. kalau tak de perancangan.. ada kemungkinan kita akan buat kerja berbalik-balik.. atau kita akan membazirkan waktu serta minyak kereta atau tenaga.. kan? 


dalam kehidupan kita.. terlalu banyak benda yang kita impikan.. yang kita inginkan.. setiap itu... adalah sesuatu kejayaan yang kita nak.. jadi untuk menuju ke situ.. kita kena ada perancangan.. mengikut kudrat kita,mengikut budget kita, serta masa. semua ni perlu... pada penghujungnya yang akan buat kita mencapai apa yang kita nak.. 


aku rasa macam aku dah mengarut mengaban sikit nih... aduih.....


ok balik pada topik... hakikatnya pokok pangkalnya hati dan usaha kita sebenarnya.. plan ni hanya untuk menjadikan segalanya lancar.. tapi kalau plan je memanjang... tapi malas nak gerak tak de gunanya.... gerak tanpa plan pun sama... membuang waktu... nampak sangat plan dan usaha harus  bersatu baru boley dapat apa yang di hajati.. huhuhu


** weekend ni ada perhimpunan bersih ea? menyusahkan orang la... tak dapat along aku balik kampung.. tak dapat aku nak main dengan delisha... bodoh betul... 

Monday, April 23, 2012

paras rupa... ikhlas atau tidak penerimaannya?

hari tu aku keluar dengan nik, masa kursus minggu lepas.. borak dengan dia.. tak jejak 5 jam memang tak sah.. banyak la menda yang kami bualkan.. tiba-tiba aku terdetik nak tanya..


" nik.. ima tak paham ar.. apa lelaki pandang eak pada seseorang perempuan? apa yang buat lelaki kalau pandang... dia terus nak ngorat.. atau dia terus rasa ada suka?"

" kenapa ima tanya macam tu? "

" sebab ima pelik... ima tak tahu mana kekurangan ima.. sampai macam tak de laki-laki pun  yang nak kawan dengan ima.. jadi ima nak tahulah.. apa yang buat lelaki tu tertarik dengan seorang perempuan?"

" hurm.. selalunya... kecantikan.. walau hakikat lelaki tu kata tak pandang yang cantik... tapi first thing yang di pandang.. adalah kecantikan... ke dua baru hati.. kalau ima tengok yang kapel-kapel tu.. tak cantik pun pasangan diorang.. mesti itu bukan cinta pandang pertama.. tapi tu mesti lepas dah kawan 2-3 bulan.. dah tahu lelaki atau perempuan tu baik .. pandai jaga hati kita dan sebagainya.. baru approve.. percayalah..." 


bila aku pikir balik.. memang ada logiknya.. even aku ni pun.. memang akan pandang dulu.. tapimungkin bukan pada kecantikan.. tapi cukup sekadar manis rupa.. tapi still di kategorikan sebagai memandang rupa, kan? 

sedangkan mama sharif pun cakap menda yang sama... kalau  nak cari biar yang kurus sikit.. sedap mata memandang... walau shariff kata.. mama macam tak sedar plak anak dia besar orangnya... ada masa aku tergelak juga... 


secara logik akal la kan... kenapa mama shariff nak yang cantik juga? sebab bak kata nik.. rasa kalau mak mertua.. nak tunjuk kat orang.. "ha.. yang tu lah menantu saya..." agak-agak yang kurang comel tu... segan-segan alam tak mak dia nak tunjuk? mesti segan kan? kalau cantik? mesti  bangga kan? huhuhu... sekali pikir betul le juga.. hahahahaha.... bukan nak kata mementingkan parad rupa.. tapi itu memang sifat lahiriah seorang manusia... 

betul kan? korang mesti setuju juga kan? 



klik iklan ni tak kena bayar pun