hari ni pelik sikit.. aku ambil keputusan lepak rumah bng aku.. sebab aku rasa sunyi sangat... duk sini.. at least.. ada nak buah nak bergurau senda.. nak gelak ketawa.... sesampai je aku kat umah ni... anak buah aku dh senyum meleret.... terkedek-kedek datang kat aku... hulur tangan suruh salam tak nak... sua pipi suruh cium pun tak nak... sibuk depang tangan nak juga aku dukung dia.... suka.... ekekekeke...
tapi hari sabtu ni.. sejk dari pagi tadi seperasan aku... aku bau kapur barus.... pelik.... agak kerap bauan nya... tetapi hanya sekali nafas... bila aku hembus... tarik nafas balik, kompem dah tak de bau tu... walau hari sekali sekali.... tapi kehadiran bau tu agak kerap....m tak kan pula jiran-jiran india abang aku yang pakai kapur barus.. klau betul pun, pasti baunya boleh ku sedut.. 2-3 kali nafas... ini hanya sekali nafas je... dan bau dia agak kuat... bukan samar-samar... hurm.....
kalau betul dah tiba msa.. aku perlu redha... :)
Saturday, January 14, 2012
Thursday, January 12, 2012
malas nak cakap pasal ADAM ADLI
adoiyai.. aku ni menyampah sangat nak cakap pasal isu semasa dalam blog aku.. sebab tu korang kalau baca.. semua pasal kisah hidup aku... apa aku lalui.. apa aku baca.. pengalam orang sekeliling.. persoalan-persoalan yang di keudarakan dan sebagainya... kalau nak cakap pasal isu semasa.. memang la banyak.. memang la sedap di kupas.. trafik pun tinggi... buat apa trafik tinggi tapi hakikat.. hati dan jiwa perit .. perit dan meluat dengan situasi... menyampah dengan orang yang over acting...contoh ..kisah adam adli..
kisah adam adli ni ramai sangat yang kupas.. yang menyokong dan membangkang.. yang mempertikaikan hukuman dan sebagainya.. semuanya mengaitkan politik.. ya.. betul.. sebab apa??? sebab dia dan kawan-kawannya sendiri datang dengan tujuan politik.. aku sangat tak arif pasal kes dia ni... senang kata... aku malas nak ambik tahu sangat-sangat.. cukuplah sekadar aku tahu sikit-sikit.. nak ambil serius dan betul-betul terperinci.. aku jadi sakit hati.. sakit hati sebab apa?? sebab kebiadaban dia.. kebiadaban apa dia buat sampai akui sakit hati? sebab dia meraha kan PM ? sebab dia turunkan bendera PM? sebab dia student anti kerajaan? tak.. bukan sama sekali... tetapi aku benci dengan sifat bongkak dan riak yang ada dalam diri dia... sikap berbangga dengan kemungkaran dia buat.. kemungkaran apa plak ni??? dia bukan buat maksiat.. dia bukan beromen depan orang ramai... ya... memang bukan... tapi sedar tak kita... bertindak mengikut emosi itu adalah bisikan syaitan? sedar tak kita... berjuang menggunakan emosi benci itu adalah hasutan syaitan? tahu tak kita... berngbangga dengan kejahatan di lakukan itu menunjukkan peranda akhir zaman???
aku simpulkan segala mengikut logik akal aku... :
kita tak suka dengan jiran selang 44 rumah kita ni... kita memang meluat sangat.. cakap tak serupa bikin... tapi masalahnya.. kita ni bersua muka pun tak pernah... hanya dengar cakap-cakap orang.. itu dan ini pasal si polan ujung sana... satu hari.. kita niat nak pegi rumah dia.. nak bagi tahu dia..apa yang kita tak suka .. apa kita nak dia buat dan sebagainya.. dan kita melangkah kerumah dia... masa sampai di laman.. kita tengah tunggu ahli keluarga tuan rumah ni.. nak bagi list dan surat meluah rasa ni... tapi masa tengah tunggu tu.. kita main alih-alihkan pasu dia.. dengan harapan.. tuan rumah tahu yang kita tak suka dia...
aku nak tanya korang la... adakah itu sikap yang baik? adalah itu amalan yang baik? adakah itu akhlak yang rasulallah tuntut kita buat???
melangkah ke kawasan orang.. kenalah jaga hak-hak serta adab.. jadi.. adakah salah, anak beranak saudara mara si tuan rumah berasa hangen dengan tindakan biadap tu? memanglah alaaa. sekadar alaih-alihkan... tapi letak balik bukan buangkan pun.. tapi adakah itu adab yang baik? sedangkan anda yang memasuki laman rumah orang?? kalau logik akal.. logik akhlak islam.. adakah perlu kita merendah diri meminta maaf? perlukan? tapi nak ke orang tu minta maaf?? tak nak.... adab yang baik ke?
lagi satu lepas dia dijatuhi hukuman gantung 3 semester... dia di gantung atas sebab, dia memalukan nama UPSI.. bukan kerana.. dia dia turunkan bendera PM.. memanglah sebab tindakan menurun bendera.. tetapi dia menurun bendera dengan membawa nama UPSI di bahu dia... seorang bapa.. kalau dah tahu anak dia tu memalukan nama dia... walau menyokong apa dia nak buat.. tapi tindakan dia agak melampau... kalau tak di bantai.. kompem di bebel.. jadi salah ke tindakan UPSI? kenapa nak di koyak kan surat hukuman depan wartawan.. konon nak tunjuk dia tak gentar... dia tak belajar ke adab belajar... HORMATILAH GURU KAMU.. KERANA GURU KAMU ADALAH GEDUNG ILMU MU.. TANPA GURU KAMU. KAMU SERUPA SEPERTI KALDAI YANG HANYA MENGIKUT TELUNJUK TUAN MU..
adoi.. kan tak pasal-pasal aku dah membebel... erggghhh... tapi korang ketahui lah...
dia tu budak PKR ke.. dia tu budak UMNO ke.. dia tu budak PAS ke.. dia tu budak PEMBANGKANG BEBAS ke... kalau dah cara bangang dia buat... pada aku tetap dia adalah bangang... tak boleh ke besok.. dia ajar anak aku.. nyatakan dan bincang dengan ibu bapa apa yang di kehendaki,, apa yang tak di sukai .. bukan dia ajar anak aku.. memberontak serupa orang tak de tamadun... maaf lah ya.. pendapat peribadi. nak lahar aku pegi tempat lain.. ni blog aku...
Wednesday, January 11, 2012
lagu tema - Tuhan Berikan Aku Cinta by Ayushita
sedikit terpana... mula-mula terdengar lagu istikharah cinta.. terdetik pula nak tukar lagu tema blog.. tapi rasa macam tak sesuai je istikharah cinta.. tiba-tiba terpandang plak tajuk lagu ni... cuba dengar... dengan hayati lirik dia.. MasyaAllah.... kena habes dengan aku.. terus upload untuk blog.... teringin gak aku nak highlight kan mana yang terkena.. sekali baca balik... adussss semua daaaaa.... ekekekeke... jadi aku boldkan jerkla lirik nih ..
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Monday, January 9, 2012
M - A - T - I
" Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur
umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat
kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur
dan sebagainya.
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana
bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah
bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad
sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada
jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku" "
sumber : JAKIM
assalamualaikum...
selamat pagi kawan-kawan dan juga para pengunjung blog hestyrezyuda yang serba kekurangan ni... pagi-pagi lagi aku dah buka topik mati.. kenapa? sebab 2 hari lepas, aku telah mendapat 1 sms dari seorang kenalan yang agak rapat juga... dalam sms dia berkata macam ni... ( minta izin ya.. untuk renungan pembaca lain juga....... )
" Salam kak...
salah ke kalau kita ingat mati ?
Orang selalu cakap, kita akan mati dekat dengan tarikh lahir kita,,,
next week hari jadi saya,,,
tapi, minggu ni, saya asyik ingat mati je.. saya takut "
macam kat atas tu.. aku dah letakkan apa pandangan JAKIM dalam mengingati mti ni.. setahu aku pun, hukumnya adalah sunat,... kalau kita fikir makna kita akan dapat pahala...tetapi.. meminta mati.. itu adalah berdosa...
jujur pada aku.. aku bersyukur sangat.. kawan-kawan aku ada perasaan macam ni.. lepas seorang.. seorang... aku bersyukur sangat-sangat... bukan kah, bila bila mengingati mati ni... maka kita akan secara otometik, menghindarkan diri dari melakukan dosa-dosa... secara tak langsung.. sebab apa? kita tengah mengingati mati.. azab siksa menghadapi sakaratul maut.. azab siksa balasan dalam kubur dan sebagainya... masakan kita masih boleh lagi memijak kaca..sedangkan kita tahu kita akan sakit,kaki kita pasti akan terluka bila kita memijaknya..?
JUJUR.. aku berterus terang.. aku bukanlah orang yang baik. sampai aku mendakwah kearah kebaikan ini.. aku tidak menafikan... pada waktu ini juga.. kadang kala aku masih lalai... kadang kala aku masih lewa.. kadang kala aku dengan sengaja melakukan dosa... NAUZUBILLAH............
aku juga macam korang semua... merangkak mencari keredhaan Allah... merangkak mencari iman.. merangkak mencari nikmat ibadah... selalu terkucil... terkeluar dari landasan hati... ASTAGHFIRULLAH... ingatlah kawan-kawan... kuatnya hati kita untuk mendekati islam... mendekati Allah... maka akan kuat juga dugaan yang datang... 1001 macam cubaan yang hadir pada kita... kat sini aku nak kongsi 1 kisah aku... yang betul2 menggugatkan iman....
aku tak segan kat sini untuk mengaku, aku mempunyai masalah kewangan... kadangkala cukup.. tapi selalunya tidak... semua atas kesilapan dan kebodohan aku... aku mengaku.. dan aku bertanggungjawab semua... kadang kala sampai aku menangis.. apakah ada niat yang aku lupakan... sehingga wang gaji aku tidak mendapat keberkatan? apa yang aku lakukan... sehingga aku rasa aku sangat seperti seorang miskin? .. ada 1 ketika.. aku memang memerlukan sangat duit.. tapi aku tak ingat, untuk apa aku nak duit tu masa tu... aku terasa macam aku terdesak gile, sampai aku terfikir.. aku nak kerja part time..biarlah tak cukup tido ke apa..... dan tahu tak kalian.. apa offer yang aku dapat? aku di tawarkan seorang lelaki tua.. untuk menjadi scandal... dan dia akan spedo hidup aku...pergh..! lumayan siot...bukan hari-hari kena layan si kerepot tu... dan bukannye kena layan dia sex.. hanya sebagai peneman berbual dan mungkin tak mustahil touching-touching sikit lah kot... dalam aku berkira-kira tu... tiba-tiba datang satu ilham pada aku...
"ima.. kau nak mampos? kau dah tahan sangat rasa panas api kat dunia ni sampai kau nak hidup berjuta tahun dalam neraka? kau dah cukup tahan ke nak disiksa? kau tak kesian ke mak bapa kau? dari diorang boleh masuk syurga.. di sebab kan kau.. diorang masuk neraka? apa jenis anak kau ni?"
ya Allah... lillahi... sangat tersentap... bila lagi mengenangkan mak dgn ayah.. aku terus istighfar... istighfar..istighfar... sampai hati aku kuat... dan aku ucapkan alhamdulillah... semuanya masih dan pegangan islam... aku bersyukur.. aku istikharah dan solat hajat, untuk selesaikan masalah aku.. dalam alhamdulillah... sekarang.. walau hidup bersederhana... tapi aku tenang... sangat tenang... nak-nak lagi.. bila aku berjaya melengkapkan solat aku kepada 5 waktu... dan aku bertambah happy.. kalau aku dapat lawan nafsu aku untuk tengok slot drama yang selalu start kul 7 petang sampai jam 8 malam, yang buatkan aku selalu lewat sembahyang.. dn tak sempat mengaji... alhamdulillah...
aku tak tahu mana relevannya... cerita kisah aku tu dengan tajuk entri ni... ekekeke.. tapi mana yang baik.. yang boleh korang buat teladan.. buatlah... tolong lah aku.. selalu peringat kan aku yang lalai ni... aku mohon jasa baik kawan-kawan... untuk memimpin aku kejalan Allah... sesungguhnya.. aku telah jauh tersasar...
terima kasih kawan-kawan..segala salah silap harap di maafkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)