Saturday, July 2, 2011

sedihkan?



aku rasa macam nak luahkan...
tapi aku tak tahu pada siapa



Thursday, June 30, 2011

comelkan..?


situasi 1

PEJABAT

"erk... pelik jerk rasa pisang sira ni.... " mr.right
"siapa bagi?" gadis comel
"my staff, kakak ujung tu.. nah rasa sikit.." mr. right menyuakan pisang sira yang tinggal setengah pada gadis comel....
"not bad what.." gadis comel mengunyah sambil muka berteka teki..
mr.right memasukkan lebihan gigitan itu kedalam mulutnya .."yes, yang ni baru namanya sedap..." sambil tersenyum dan berlalu..
gadis comel hanya tersenyum simpul...

situasi 2

SISTEM PESANAN RINGKAS

mr. right : u buat apa?
gadis comel : tengok tv.. u dah makan?
mr. right : dah baru lepas.. my housemate masak nasi goreng tawar 
gadis comel : awat? garam habes stock?
mr right : tak lah, nak elak kena darah tinggi
gadis comel : hahahahaha, alasan nak menang
mr.right : dah solat?
gadis comel : belum
mr right : uzur?
gadis comel : tak lah
mr right : bangun sekarang solat dulu...!
gadis comel : alaaaaa
mr right : dont say ala..ala....go...
gadis comel : ok bos!

situasi 3

ON THE PHONE AT SHOPPING COMPLEX

gadis comel : u.. i nak belikan pengantin ni apa?
mr.right : apa yang boleh diorang guna for new house
gadis comel : (senyum) kita bagi set bilik tido lah
mr.right : uik melampau tu.....
gadis comel : (gelak tak henti)
mr.right : suka betul ea..
gadis comel : ok..ok.. so apa?
mr.right :  carikan set pinggan mangkuk.. set tau..
gadis comel : ok jumpa ni.. have 4 plate, 2 big bowl, 2 small bowl, 4 bowl soup,
mr.right: ok dah tu
gadis comel: in two colour, red and blue..which one?
mr.right : blue.. cool like u..
gadis comel : ngada2
mr.right : (gelak terkekeh-kekeh)


situasi 4 

SISTEM PESANAN RINGKAS

mr. right : boring le makan sorang-sorang
gadis comel : bukan u makan dengan encik ... ke?
mr. right : ekekeke.. tahu le plak... baru nak minta simpati...
gadis comel :simpati apa?
mr. right : makan sama-sama
gadis comel : dah habes makan dah.. lambat..
mr. right : lol... alasan sungguh
gadis comel : :P


situasi 5

PEJABAT 

mr.right : tengok apa tu?
gadis comel : uih.. terkejut.. (terus minimize)
mr.right : elleeeyyh siap tutup ..tengok apa
gadis comel : (bukak balik) ni hah model ni, cantiknyelah badan dia
mr.right : apa lagi.. bersenam ar.. macam i..
gadis comel : blueeekkk
mr.right: serius ni.. walau hakikat macam mana pun diri u, i akan terima..tapi kalau unak fit..jom i rela temankan... 
gadis comel : ekekekeek... ayat nak romantis..
mr.right: sumpah..! jujur ni
gadis comel.. ekekekeekeke


Comel kan ?  best kan? sweet kan?  agaknya bila lah aku dapat macam ni eak.. orang care pasal solat.. pasal diri kita.. situasi kita.. huhuhuhu.. insyaAllah.. amin...kalau di panjangkan umur :)

Tuesday, June 21, 2011

perempuan dan syaitan




"kenapa eak.. ko kalau keluar pakai bedak je..paling2 celak dgn lip balm..bersolek la sikit..kita kan perempuan"

aku diam... nak cakap ke tak... nak cakap ke tak... erm........
"bukan tak nak bersolek beriya... kalau aku macam ni pun.. orang dah nampak cantik what.."

" ha..? celah mana cantik nye? manis dan kemas tu memang la.. tapi tak lah jadik cantik pun..."

"hurm.... ko mesti tak perasan......"

"kenapa plak aku tak perasan...."

"sebab kau perempuan.."

"kenapa plak, pasal aku perempuan? tak paham..."

"ok..kau bersolek nak nampak cantik... ko nak tayang kat lelaki ke, perempuan..?"

"ntah..2,2 kot..."

"yeke, 2,2.. macam tipu je..... "

"urm.. ntah..lebih pada lelaki lah kot.. nak lelaki pandang kita ni cantik..."

"ha... kan??? selalunya kita ni yang perempuan.. nak cantik untuk lelaki tengok..jarang untuk perempuan tengok..kalau untuk perempuan..saja nak tunjuk eksen je... betul kan?"

"hurm.. sikit lebih kurang la..."

"so, sebab tu kau tak nampak..."

"kenapa plak...... adoi... tak paham laaa...cuba ko terangkan.macam mana plak aku yang perempuan ni tak nampak...kalau ko macam ni pun lelaki dah kata cantik.. mesti aku yang perempuan ada perasaan meluat, kan??? tapi aku tak rasa macam tu pun..."

"hurm.. ok... kau mesti tak tahu menda nih...dengar bebaik k...

    ...Syaitan akan membuat indah sesuatu yang belum halal dilihat itu. Yang perempuan jadi terlihat jauh lebih cantik, dan yang laki-laki terlihat jadi lebih tampan juga. Degup jantung dibuat lebih cepat karena syaitan telah meniupkan nafsu...


 so..that why.. ko tak nampak kecantikan aku..."

"HA..???!!"


"adess tak paham lagi lah tu....k, macam ni.... dalam hadis tu kata.. syaitan akan menjadikan wanita itu, lebih cantik..berganda-ganda, dari yang sedia ada, pada mata lelaki...supaya lelaki akan senang tergoda dengan perempuan tu.... jadi..kalau aku sekadar sapu bedak macam ni pun... mata kasar kau.. memang kata tak cantik.. tapi lelaki..pada pandangan dia.. akan menjadi cantik, sebab syaitan akan buatkan pandangan lelaki tu,pada aku, caaaaaaaaanntik sangat... kalau aku pakai cantik-cantik macam kau nak tadi tu...nanti aku dah tersedia cantik, syaitan plak akan tambah kecantikan yang ada pada paling cantik...maka aku akan jadik SUPERB CANTIK... kalau dah jadik superb cantik... macam mana aku nak elak kan diri dari maksiat??? dah lah aku ni iman nipis... baru aku mahu mengorak langkah kejalan keimanan...tak kan aku nak hitamkan balik iman aku..."

"erk.. macam tu ke.."


ha..terdiam kau... padan muka...!

Saturday, June 18, 2011

TAHUKAH KAMU HAKIKAT MELAYU KINI?


titisan air mata di seka...
ku tatap lagi dengan khusyuk hamparan putih di hadapan
yang memperlihatkan susuk-susuk tubuh yang di siksa
susuk-susuk tubuh yang di tikam
susuk-susuk tubuh yang di gantung tanpa ehsan
aku tahu.. 
salah satu jasad yang terkorban itu adalah moyangku..
ku seka lagi air  mata yang bergenang..
bila lampu di buka..
lekas-lekas aku raut muka ku..
malu kiranya dilihat para teman..

hari itu..
hari terakhir untuk aku menghayati 'HATI MALAYA 1957'
air mata aku tak tertahan..
bila aku melihat Tunku berucap dan minta keizinan ahli untuk ke london
bila semua persetujui..
Tunku cakap dengan jujur..
"tapi kami...tak cukup duit nak pergi ke london..nak bincang dengan british.."
berdiri kaum wanita..
"kami akan membantu tunku.." sambil mencabutkan barang kemas dibadan..
di ikuti yang lain..
wang..barang kemas..syiling..kesemuanya di beri..
agar Tunku dan yang lain dapat pergi ke London
dapat berjumpa british
dapat bincang tentang merdeka
dan dapatkan KEMERDEKAAN..
aku lihat Tunku mengalirkan air mata..
sayu melihat kerja sama 
dan pengorbanan mereka...
air mata ku seka lagi...
selesai paparan di kain putih itu..
lampu di buka..
ku seka laju air mata ku..
ku raut pantas muka ku..
aku terasa malu kalau di lihat teman

petang itu...
mereka buka lagu WARISAN..
sudah...
aku tahu aku akan kalah jua..
tapi aku tetap menyanyikanya..
air mata ku TAK DAPAT di bendung..
selesai sudah lagu itu..
mereka bertanya..
aku buang segala malu yang aku rasa sebelum ini
apa perlu aku malu, kalau aku TERLALU SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku malu untuk MENYATAKAN yang aku SAYANGKAN MELAYU?
apa perlu aku sorokkan yang aku SAYANGKAN MELAYU?
tanpa silu.. aku berkata-kata..
bersulam esak tangis..
dan sedu sedan..
"amat sukar mahu menyedarkan melayu sekarang..terutama anak muda..
mengenai maruah melayu..yang makin tergadai..
mengenai nasib melayu yang bagai telur di hujung tanduk..
mengenai melayu yang makin pupus kemelayuannya...
adakah mereka sedar..melayu kini bagai pelarian di tanah melayu sendiri?"






klik iklan ni tak kena bayar pun