Friday, January 21, 2011

aku memang suka layan EXOTIC..!



ok.. aku memang suka bab mengarut nih..korang jangan tak tahu.. hahahaha, pada yang betul dah kenal, diorang tak rasa pelik la kalau aku nak rasa menda yang pelik-pelik.. maybe benda ni tak pelik sangat pada sesetengah orang.. tapi jujur pada aku dia adalah sesuatu yang luar biasa aku buat.. dan aku memang terpaksa mencabar diri sendiri untuk melakukannya... WOW..~~ bunyik macam superb giller kan?? ekekekeke.. tp memang bagi aku dia amatlah extreme.. 

aku ni seorang yang penggeli dengan binatang yang panjang dan geraknya akan menghasilkan 'S' macam.. ular.. lipan..belut..keli..cacing..ha.. apa-apa lagik la yang menyerupai diorang.. dalan kes ni... aku nak kaitkan dengan 'lipan' .. eeeeeyeeeeerrkk..! bukan geli apa.. ntah.. tapi memang geli... hahahahahaha.. ok skang ni.. aku nak ceritakan pasal 'UDANG KETOK'  atau senang di kenali sebagai 'UDANG LIPAN'.. korang pernah tengok tak?? haaaa?? apa??? tak pernah??? ok... skang gak aku kasik upload itu photo... jeng..jeng..jeng..

(ini lah rupa udang ketok a.k.a udang lipan)

korang rasa pernah tengok tak?? pernah kan.. cuma korang tak ambik port sangat jerk.. paling paling pun.. kuar dari mulut korang juz.." e'eh... udang ke tu?? macam lipan.."  then korang pergi tanpa nak berusaha ambik tahu lebih lanjut... hahahahahaha.... (best tak kena bebel ...:P)

ok, kisahnye bermula macam ni..aku ni kan 'hantu' kepah, so aku cakap kat opismate aku nak try wat kepah asam pedas pada petang tu, so ada yang kata, "ima perasan tak ada udang macam lipan?? eeeee... geli laaa" sambil aku sambut dengan goyangan badan dan jongket-jongket bahu tahan geli sama... eekekekeke... ada plak yang try bagi cadangan " ima.. ko try la masak..." aku hanya kata.."eeeeuuuuwwww... macam lipan... tak nak laaaaaaaaa"

but petang tu aku kepasar, puas pusing kepah tak de.. aku ni bila menda yg nak tak dapat..mula la beli yang mengarot.. kebetulan, nampak sorang kakak ni ambil udang lipan tu.. so, aku pun dengan ramah bertanya

aku : kakak, masak apa eak?
kakak : ouh, akk nak rebus
aku : rebus? nak wat apa?
kakak : nak makan lah dik..
aku : ouh, igt nak wat apa2 rencanh ke.. hehehehehe.sedap ke isi dia kak?
kakak : sedap.. macam isi ketam..dia tak macam udang biasa...
aku : yeke kak?? saya.. nak cuba tapi macam tak sanggup jerk.. macam lipan
kakak tu gelak jerk..
aku : kak, kalau nak saya nak cuba, macam mana nak masak kak eak?
kakak : ouh dia boleh rebus atau goreng
aku : yang mana lebih sedap?
kakak : rebus la dik.. isi tak kecut
aku : ok.. rebus dengan apa? atau kosong je?
kakak : rebus macam kerang tu, letak serai dengan halia
aku : ooo, ok. saya nak cuba lah..

sambil aku ambil pun geli-geli...aku ambik pelbagai saiz sebab nak bezakan yang mana lebih sedap. aku ambil dalam 10 ekor..sebab igt housemate pun ada gak sifat mahu exotic kadang kala.10 ekor dalam rm 4.++ ok la..
aku balik, dan aku cuba masak.. oleh kerana aku ni tak ley makan dengan rasa hambar tu..aku pun tambah lah bahan2 yang kakak tu kata.. aku buat blackpepper...  bahan-bahan aku buat :

halia
serai
bawang
lada hitam
kisar serta tumis garing
masuk kan air sedikit
beserta sos tiram
then baru masuk udang
so, jadilah rupanya begini...



(ha.. ni rupanya UDANG KETOK masak black pepper)

rupanya malam tu aku sorang jer kat rumah..gila ke apa nak makan semua sorang2 ...so aku layan 4 ekor.. mmg macam ketam, nak makan kena kupas semua .. yang best.. isi dia, dari kepala sampai ekor..kulit atas dia tu keras.. so, jaga2 jgn terluka... mula-mula tu, mmg aku nak try tak sanggup gak.. masih terpikirkan lipan.. tp kuatkan hati juga, patah 2 kan dia, haaa.. baru rasa ok dah lepas tu ..balance lagik 6 ekor tu, aku bawa ke opis.. diorang pun kata sedap..dan paling best diorang kata kuah tu yang sedap.. ekekeke.. jangan jeles... mak memang pandai masak nyaaaaaaaaaahhh ... :P

Wednesday, January 19, 2011

kisah aku dan bulan...



Lirik Lagu Dan Sebenarnya - Yuna

Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

kenapa plak ley rindu 'arwah' den? aku dah tak nak ingat dia.. tapi.. hari ni, aku terasa rindu pada dia... ah.... persetankan perasaan bodoh itu...
tapi...

tadi ada seorang tetamu.. suara dan lenggok gaya percakapan persis gaya 'arwah' den .. agak terkedu di situ... tapi di sebab kan kemarahan dan kebencian menggunung didalam hati... aku memandang sinis si tetamu yang tidak bersalah...nasib bkan aku person in charge nya... kalau tak.. kesian si tetamu tadi...

biar aku kesorangan sampai bila-bila.. tapi untuk mengampun kan 'arwah' den.. masih belum boleh di beri seikhlas hati... sakit dan perit untuk menerima semua itu... Moga bila tika Allah mahu menakdirkan aku bertemu 'arwah' den suatu hari nanti.. aku berharap.. aku tika itu telah menjadi seorang yang sangat berjaya.. dan sangat bergaya..serta mempunyai tahap keyakinan diri yang teramat tinggi.. insyaAllah.. amin... ku mohon padaMu yaAllah.... ku mohon ehsanMu...

Tuesday, January 18, 2011

rezki dari Allah


alhamdulillah...
bersyukur kehadrat Allah atas limpah rezki hari ni
hari ni buat bihun goreng dalam 52 bungkus + nasik lemak 30 bungkus..
Allah bagi kekuatan..
walau mula macam sakit kepala..
tapi alhamdulillah..
dari bihun sampai bersihkan periuk nasik  lemak..
aku buat seorang sahaja
jadinya...
sambal untuk bihun aku tumis mula jam 9.30pm..
siap semua potong-potong cili, tahu, fishcake,timun habis jam 12am..
aku tido seketika...
jam 1.00am, aku bangkait balik, dan mula mengoreng bihun..
1 kuali besar, dapat untuk 25 bungkus..
siap jam2.00am..
aku sambung untuk trip ke-2 siap jam 3.00
sambung tanak nasik lemak..
terus aku membungkus bihun,,
50 bungkus siap janm 4.40am
nasik pun dah masak, terus aku sambung bungkus nasik..
30bungkus 5.40 am siap, siap segalanya dah kemas tolak-tolak barang dah
aku rehat sekejap dalam 10minit aku bersiap pergi kerja..
alhamdulillah..
semua selesai dengan baik...
nasik lemak dah di agihkan pada yg berkaitan semua sekali..
bihun buyer dah ambil..
so sekarang aku...
rasa.. mengantuk gilller..
nak masuk kan password blog pun dah bape kali ulang..
komen blog kawan-kawan pun .. ada yang terdelete..
ada yang dah jadi lllllllllllllllllllllllllllllll
huh..!~ tak tahan dee.. aku tunggu baca doa jerk nih... 
kul 9 or 10 aku selamatkan diri juga..
nak tak nak, aku kena tido kejap..
kalau tak..
kompem semua dokumen aku banyak yang typing eror..!!!!


Sunday, January 16, 2011

WARKAH BUAT KEKANDA

kekanda MR.BM a.k.a Hang Lekiu
rumah tinggi
negara temasik



kekanda...

tujuan adinda menaip mengarang warkah ini.. hanya kerna..adinda mahu kanda tahu..yang adinda sangat suka dengan suasana kemelayuan kita..kanda..bukankah kanda sedar betapa obses terujanya adinda dengan zaman-zaman kegemilangan melayu melaka? ..

kanda..
adinda hanya mahu meluahkan isi hati adinda..yang adinda pendam selama ini kanda.. adinda mahu kanda tahu.. bahawa adinda juga mempunyai impian seperti orang lain..yang mahukan kesempunaan setiap insan  keatas hubungan kita..

kanda..
tidak kah kanda mahu.. membina melakar sejarah satu perkahwinan yang amat vouge indah?mmm kandaaaaaa....( sambil menggigit2 manja jari) dinda kan kanda.. teriiiingin sangat mahu melaksanakan wedding perkahwinan kita seperti ini....



boleh kan kanda?? tak kisahlah dimana.. adinda ok  setuju kanda.. di temasik.. atau di melaka .. adinda ikut saja.. boleh lah kanda... boleh kan?kan?kan? .. adinda... kepingiiiiiiiin sangat kanda ...

kanda... i luv u  cinta kanda bagai salju di hati dinda.. kandakan baik orangnya.. tampan..kacak...berbudi bahasa...romantik lemah lembut..gagah perkasa...comeeeeeeeeeeeeell saja.. hihihi.... boleh ya kan.. boleh ya.. dinda mahu macam itu.. boleh ya kanda.. boleh ea..ea..... hihihi

sayaaaaaaaang sangat sama kanda... 





yang ikhlas,
adindamu.


klik iklan ni tak kena bayar pun