Tuesday, January 4, 2011

API vs AIR

ergh..!!

sikit bengang..
semalam ada provokan emosi..
ntah, apa yg sakarstik sangat perkataan2 dia..
rasanya budak tu pun kebengangan dengan
provokan emosi yang kau bagi..
damn..! aku tak paham...
dah ima.. dah....
tarik nafassss.... hembuuuuuuuuss...
ffuuuuuhhhhhhh......huuuuuuuuuuh


ok, mungkin tertido sekali dengan perasaan yang bengkak tu...
nasib malang .. on9 tunggu en.belaian yg baru balik dari kerja jam 12, asyik clash waktu..
dah la mata mengantuk sangat.. aku terjaga. dr dia tgk ada buzz dan short msg..
bila aku balas.. tunggu dia reply..terlelap plak..
bila terjaga balik.. tengk dia reply and last dia kata..
manja dear... mata takley tahan dah ni.. tido juga ya... -offline-
adess... tak pelah...sweet dream..... time me to work lak, kul 3 pagi...


dah .. malas nak cerita yang perit pedih... rindu pada seseorang... lama tak jumpa..dah 2 minggu rasa..
my princess..cinta hati bonda Nur Dhia Delisha... riiiiinnnndduuuu bangat

























Monday, January 3, 2011

D . I . Y Gurls.. dont be LAZY

huh..
jangan di tanya..
rasa berbunga di hati memang tak surut lagi



dush...dush..dush.. jangan nak menggedik kat sini
cheeeewah..
tapi tak pe...
orang kata jangan terbang terlalu tinggi..
sebab kalau jatuh sakit tak terperi...

eh.
ok-ok..
berbalik pada tajuk di atas..
jeng...jeng..jeng...
PENGUMUMAN DAN PERHATIAN
KHUSUS UNTUK PARA WANITA
YANG MEMPUNYAI KERETA SENDIRI
ATAU YANG MEMANDU KENDERAAN SELALUNYA SENDIRIAN..
haaaaa... ni kakdik nak habaq...
kamu semua kenalah belajar berdikari..
belajar serba sedikit mengenai enjin kereta..
belajar serba sedikit DIY kereta..
kenal every tools yang perlu ada dalam kereta..
apa barang kecemasan yang perlu ada dalam kereta...
sebab apa saya cakap macam ni...
sebab...
untuk pengetahuan anda...
hakikat kehidupan sekarang...
LELAKI dah kurang sifat mahu membantu wanita..
kalau dulu diorang mesti kata..
"kesian weyh.. pompuan.. bukan kuat sangat kudrat.."
tapi skang ni...
diorang wat derk jerk la kalau korang kesesakan.
mesej pun..
tak tentu akan di balas..
kol..mula-mula angkat..
then kali ke-2 kol..dah robot jerk jawab
skang ni diorang kata..
"ala.. pompuan..ngada2 bukan nak belajar buat sendiri.."
ha... so girls.. jomla belajar berdikari..
ini semua terjadi masa saya kebocoran tayar kereta..
nasib lah masa tu dah sampai di parking rumah..
tapi pala berputar ligat juga nak minta tolong siapa..
banyak dah try contact ni.. tp still juga tiada siapa membantu..
and last... ambik keputusan..
"OK la... aku pun bukan macam pompuan sangat..
aku ley buat sendiri.. takat beras 10kilo aku ley jinjit.. ini kan pula tayar kereta..."
cuma masalah tak tahu..sebab tak pernah nak cuba buat...
so nekad.. kol pomen yg kat melaka.. nama dia wan
haa..jauh tu...
dengan sorang member dari shah alam sharif nama dia..
nak buat sendiri nye pasal.. every step saya #g dulu dengan diorang..
supaya saya tak salah buat kerja...
ok.. ini yg diorang ajar k...

1.
ambil jack dari bonet.. dan keluarkan tayar spare..
ok pada kereta yang ada speaker box besar macam aku 10inci dabel box tu..
sila-sila la bukakan wayar box ke speaker tu..
lepas tu baru kuar kan tayar spare.. next step

2.
longgarkan semua nat tayar yang ada.. bukan cabut k..
juz longgarkan...
rasa semua maklum kot nat tu ketat nak mampos kan..
caranya adalah...
letak kan pemusing nat tu.. then tak yah takut-takut..
pijak jek dua-dua kaki atas tu.. dan henjutkan badan anda..
kesannya... nat tu akan longgar..
hahahaha..
k..next step

3.
setelah longgar keempat-empatnya...
letak kan jack di bawah..
haa.. kedudukanya adalah...
nanti anda akan melihat ada ruang rongga di mulut jack tu..
anda raba dibawah bahagian pintu anda..
akan ada bagaikan satu besi..panjang.. dari depan sampai belakang..
haaa.. besi tu masuk kan dalam rongga jack...
then pusingkan jack untuk menaik kan kereta...
next step..

4.
setelah kereta dah naik sampai tahap yang sepatutnya..
cabut nat yang dah longgar tadi...
kuar kan tayar tu...
then, silalah letak kan tayar tu dibawah kereta anda di sebelah jack..
ini bertujuan, incase.. jack tu jatuh..
tayar tu ada untuk backup jack yang jatuh..
so.. tak lah ada yang tercedera nanti..
huhuu..next step....

5.
masuk kan tayar spare dalam besi-besi nat tu..
ok jgn terbalik ea....
tengok betul-betul..
tak kan lak itu pun tak boleh nak ikut logik kan...
tak kan la otak korang beku sangat kan...
k lepas tu.. masuk kan nat dan pusingkan nat tu..
tapi ingat... jgn ketatkan..
juz kunci ala kadar sahaja...
next step...

6.
kuar kan tayar bocor yang backup untuk mengampu kenderaan tadi..
then... turun kan jack...
selesai sahaja kuarkan jack...
barulah kunci kan nat tu sekuat-kuatnya...
jgn la kunci alakadar..
kang bawak kereta.. tayar kedepan dulu..
kereta tak gerak-gerak...

ok now is DONE..!!..

ha... senang kan girls.. tukar tayar kereta sebenarnya..
cuma kudrat tu jerk kena lebih sikit.. everything is heavy..
so girls.. i nasihatkan..
tak payah lah jadik terlalu feminin sampai kalau tengok dah macam agar-agar lembik jerk...
adessss....

ok girls... nanti... kalau ada pape info.. i roger2 lagik dalam ni k...
skang ni tgh nak ricky-ricky kat my pomen..
cara nak tukar minyak hitam...
diorang ni bila pompuan request gelak kan plak..
nasib la pomen-pomen saya tu memang tahu
saya WANITA GAGAH PERKASA...
kalau tak mana kan nama jadi RAHIM kan...
hahahahaha
so diorang tak lah memperkotak katik kan sangat apa saya minta..

Selamat Datang Cinta


Denganmu sepiku kan berganti
Berganti keindahan yang belum pernah kurasa
Gemuruh gelora di jiwaku
Taklukkan keraguan dan ketakutan hatiku
Slamat datang cinta di hatiku
Ku sambut hadirmu
Berikan aku cinta rahasia kehidupan
Tanpa engkau cinta aku buta
Kau cahaya hati
Cinta tak pernah salah dalam memilih

Friday, December 24, 2010

di pagi jumaat yang indah... indah banget deyh...

jeles melihat peng"update"an kawan-kawan blogger..
membuat aku makin mahu menulis...
cheeewah....
sejak bila pandai jeles-jeles nih???
bukan selama ni aku menulis mengikut nurani ke??
kuikuikui
hari ni aku bergerak ketempat kerja dari rumah along akudi kinrara..
my mum pun baru sampai petang semalam..
so..
late stand 1 more day..
itu pun tak puas nak melayan NUR DHIA DELISHA..
that's my nephew name's yang aku daftarkan semalam di JPN
huhuhuhu..
abang aku kan Orang Kuat Usaha (OKU)
so aku dengan berbesar hati membantu dalam urusan-urusan rasmi..
seronok kalau duk berjalan dengan abang aku nih..
topik yang memang sure lah kitorang borak dan bincangkan..
adalah isu PENJAWAT AWAM..
ni include aku dengan abang aku lah ni...
oleh kerana aku memang kerja di putrajaya..
so aku bawa abang aku ke sini untuk buat pendaftaran..
sebelum tu..
aku habaq dulu..
abang aku ni seorang pegawai untuk OKU di pejabat kebajikan masyarakat kuala lumpur..
nak di jadi kan cerita..
sebelum aku dan along ke JPN, aku bawak dia ke presint 11 untuk photostat
kat situ ada 2 kedai mamak...
dan kedua-dua kedai mamak tu penuh dengan kakitangan kerajaan pada jam 10 pagi..
walau abang aku ni tak nampak sangat..
tapi dia boleh tahu itu orang-orang gomen..
dia senyum jerk..
terus jerk aku kata..
"laillahaillah... apa lah diorang buat kat sini ramai-ramai.. buat malu jerk la.."
hakikat.. memang muka aku tebal dengan abang aku..
PUTRAJAYA tu..
pusat pentadbiran...
aduih..
lepas photostat..
along aku request nak sarapan..
aku kata pergi tempat lain, sebab aku tak makan makanan mamak..
aku bawak ke foodcourt presint 9..
pergh.. situ pun ramai yang berbaju batik..
alaaaaahai ...
bengkak hati mak nyah..!~
yela.. even aku ni bukan orag berpangkat besar...
tapi aku pun rasa macam sikit kecewa juga dengan situasi tu..
mula la perbincangan aku dan along di meja makan...

along : ramai ea kat sini
aku : ha'ah long.. rotate kot sarapan..
along : memang ada ke waktu kudapan dalam waktu bekerja?

aku senyum jerk....

along : hari tu along ada meeting dengan orang kementerian kau dan NGO kat hospital (putrajaya)
aku : bincang pasal apa?
along : pasal masalah orang-orang mental..
aku : oo... ramai?
along : ramai juga.. ada yang jusa C .. orang kau ramai dari PUU.. NGO pun ada la beberapa badan..
aku : ada masalah apa?
along : kadang-kadang aku geram juga dengan orang-orang atas ni.. cuba la fikir solution..jangan lah main ping-pong..ping-pong..

aku dah mula kedepan sikit .. macam best jerk nih..

along aku sambung..
orang KKM suruh orang kebajikan handle orang mental dan nak suh register diorang sebagai OKU .. macam mana lah kita nak buat.. kita tak de kepakaran.. sepatut orang mental bawah kemeterian.. kita tak boleh nak bagi bantuan dari segi penjagaan untuk orang mental..kami bukannye ramai berGred U yang pakar..

aku mengiyakan.. sebab setahu aku, ada pun yang ramai atendan kesihatan jerk kat kebajikan masyarakat ni.. pastu aku tanya... so.. ko tak cakap pape ke? aku pancing, sebab aku tahu abang aku ni pantang sikit bab ni.. sebab dia di kalangan OKU amatlah memahami kesengsaraan kawan senasib..

ada... along dapat jerk mic.. along cakap jerk la... masa tu dah separuh perbincangan dah... masih lagik tolak menolak.. turn along.. terus along kata.. terima kasih pihak hospital yang mengambil berat..bla..bla.. along puji sikit.. pastu along tapaw.. tuan2 dan puan2 tak malu ke dengan orang2 awam yang hadir bersama pada hari ini (NGO)..kita kakitangan kerajaan, kena tunjuk kan sifat bertanggungjawab.. bukan main ping-pong2 macam ni ( tolak menolak urusan kerja) .. saya seorang pegawai OKU ni kad saya.. kalau saya yang OKU boleh fikir..kenapa tuan2 semua tak boleh nak fikir? saya paham apa perasaan orang2 OKU..kalau rasa memang tak boleh dengan berbesarhati masing2 mengambil tanggung jawab.. kenapa kita tak aju cadangan pada pihak atasan masing2,, untuk diorang sama2 jumpa dengan perdana menteri ke, duduk sama2 berbincang, kaji balik.. sepatutnya, siapa yang lebih berkelayakan untuk mengurus orang-orang mental..bukan main sorong tarik macam ni..malu pada NGO..diorang sama-sama mahu membantu, tapi kita.. tiada kesepakatan..

hah kau..!~ melopong jap mulut aku... "pastu long.."

semua dah berubah airmuka dah.. ada lak bos aku suh duduk jangan cakap lagi..aku kata lah.. tak puan... saya nak semua orang paham, apa perasaan kami yang OKU ni, bila hal-hal macam ni di ketengah kan. pada pihak kementerian, kami kebajikan masyarakat, hanya membantu mengambil orang-orang yang mental yang merayau tak tentu hala, untuk di serah pada pihak kementerian, kerana kami tiada kepakaran untuk merawat atau menjaga mereka..kami hanya membantu..kesian tengok diorang terabai..

aku pikir, betul juga tu...

dia sambung.. ada pulak la.. orang dari kementerian kau bersuara.. eh, bukan ke kebajikan masyarat dapat peruntukan lebih dalam rmk10?terus along kata.. encik.. jangan dibincang pasal peruntukan rmk10 sedang kan rmk9 pun kami belum dapat sepenuhnya.. kami staff kebajikan pun kebanyakannya buat kerja memang KEBAJIKAN.. staff sokongan saya kerja lebih masa tanpa dapat imbuhan..kerana kami sendiri kekurangan sumber.kesian pada mereka.. sekali dua mungkin ikhlas..lama-lama.. mungkin jadi terpaksa..isnin-jumaat memang diorang kena datang kerja..kadangkala sabtu ahad dan malam pun kami minta mereka buat operasi luar..tapi tak dapat memberi imbalan sepatutnya pada mereka.. dahlah penat... masa dengan keluarga pun terabai..kesian pada mereka.. kalau pihak tuan kata, masalah pihak tuan adalah kekurangan tempat untuk meletak kan orang-orang mental..kenapa tak berbincang untuk menambahkan lagi bangunan atau apa sahaja untuk menyelesaikan masalah ini? kami tiada kepakaran..kami tiada gred U yang ramai.. ada plak yang kata, tak pe.. kami KKM akan bagi latihan... yaAllah tepuk dahi along...

aku gelak jerk.. aku kata.. along.. lenkali hang jawab la... adik saya kata.. nasib atendan kesihatan untuk sijil peningkatan latihan diorang pun, masih tak tahu siapa nak incharge..masih tolak menolak kerja.. ni nak handle orang luar.. hahahahaha... aku sambung gelak..

abang aku senyum jerk...pastu abang aku sambung " along rasa muka along ni dah black list dah dalam mesyuarat-mesyuarat macam ni kot... hahahahahaha"

adeehh.. tak pe long.. at least aku berbangga dengan kau... aku tahu ko ikhlas dan ko tak suka orang memperlekehkan keadaan..orang OKU... memang kuat semangant... aku bangga dengan abang aku...

ada lagi kisah kami... hehehe.. masa di JPN dan pejabat pos malaysia... tunggu ya... nanti aku cerita lagi... hahahahahahahaha

p/s : minta maaf kalau tulisan ini melampaui batasan.. ini adalah perbualan adik beradik meluah rasa... tak salah kan? =)

klik iklan ni tak kena bayar pun