Sunday, December 12, 2010

lalat ~~~~~~~""-



haa... jgn terkejut tgk gambar tu besar-besar terpampang kat entri kali ni...
kali ni memang niat nak cerita pasal lalat...
uik.. bukan pasal tahi lalat.. bukannn
bukan pasal pening lalat..
siyes bukan...
ni memang khas pasal LALAT percayalah..
ok first aku perkenalkan sape lalat ni...

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.


rasanya ramai dah tahukan, yang lalat ni.. memang pambawa penyakit.. tapi ada sunnah mengatakan.. kalau lalat ni masuk dalam air atau makanan kita... jangan di buang keseluruhan makanan.. tetapi, rendamlah kedua-dua belah sayap lalat kerana.. lalat di cipta Allah dengan mempunyai racun dan penawar.. di setiap satu sayapnye..


ok..ok... aku bukan nak cerita pasal ni.. aku bukan nak cerita bab-bab kesihatan berkaitan pasal lalat ni.. kalau pasal kesihatan ramai yang dah kupas.. tapi aku sangat suka nak share... PETUA berkaitan dengan lalat ni....

haa.... aku ni kan separa nenek kebayan.. memang banyak petua orang lama.. dah.. syyyhh... jgn nak membebel mari baca apa aku nak share.. berserta pengalaman aku alamai sendiri....


orang tua-tua kata... LALAT ni sebenarnya adalah pemberi alamat pada seseorang.. tak kira alamat tu baik atau pun tidak...

mula-mula aku sendiri tak percaya.. walau hakikat aku tahu.. binatang ciptaan Allah tak kira apa jua.. dia ada deria yang lebih mengenai perkara yang bakal berlaku atau bencana.. rasa aku ramai tahukan kes tsunami dulu, macam mana binatang2 berteriak dan kelamkabut cuba menyembunyi sedangkan masa tu hujan tak ribut pun tak.. yang ikan-ikan semua dah berenang ketepi.. kan.. pernah dengar kan?? kalau tak pernah sila google sendiri.. malas makcik nak cerita panjang bab tu.. eheheehehhe..


mengikut cara orang lama.. sekiranya LALAT berada di sekitar kita... secara tiba-tiba (kes kalau kat warong atau kedai makan tu.. tak yah la ambik port sangat k.. sebab tu memang pekedai tu yang bawak datang LALAT) dan dia tak pergi kat tempat lain atau kat orang lain.. hanya berlegar di tempat anda.. ( aku rasa korang mesti pernah kenakan..? cuma korang nyugut atau ignore jerk kan?) jangan di halau dengan tangan atau apa jua bentuk menghalau.. tetapi cuba amalkan ini..


selawat atas nabi 3 kali, istighfar.. kemudian cakap dengan lalat tu " wahai lalat makhluk Allah yang mulia.. adakah kau datang membawa berita? sekiranya kau datang membawa berita yang gembira.. pergilah kau kerana aku akan memahaminya, tetapi sekira kau membawa pada aku berita yang buruk.. kekallah kau disini supaya aku akan sentiasa berwaspada dan beringat.." pastu selawat atas nabi lagik sekali 3 kali..


korang mesti tergelak kecil kan? sebab dah macam zaman-zaman hang tuah plak main seru-seru ni.. tapi itu adalah hakikat.. atas pengalaman aku sendiri..

korang rasalah.. dalam pejabat yang ada aircond sejuk.. ada ke LALAT? dah tu.. sekor jerk plak tu..?? haaa.. tak de kan? tapi hal tu aku terkena.. oleh kerana tahu hal ni.. memang aku dah gelisah sebab dia tak pergi kat orang lain.. asyik dekat aku jerk... aku tarik nafas.. aku buat macam kat atas tu... uuuhh.... debar hati aku bila lalat tu langsung tak pergi walau dah dekat 10 minit.. aku terus jerk istighfar.. 30 minit lepas tu memang aku dapat call dari mak aku kata mak long aku meninggal.. aku diam jerk.. letak tpon aku carik lalat tu.. dah hilang plak.. lepas dari tu.. ada juga lah beberapa kes jadik lagik.. tp semua hal kegembiraan dan sekali pasal mak sedara aku sakit.. So terpulang lah pada semua.. nak percaya atau tidak.. aku tak rasa sikit pun benda-benda macam ni sebagai khurafat. sebab memang kita tahu, setiap makhluk Allah ada kelebihannya.. apa yang Allah berkehendak itu pasti akan berlaku..

terpulang pada kawan-kawan.. rasanya.. boleh saja tanya orang-orang lama.. mungkin ada yang tahu pasal ni.. k .. sampai sini perkongsian aku dengan teman.. harap ada menda yang berguna anda dapat dari artikel saya ni... ^_^

Friday, December 10, 2010

boleh saya pinjam bahu awak..? ='(

~
~
~
degupan yang tak pasti
bersama perit yang tidak terperi
khabar yang sepi
terobek kasar sang hati...

airmata yang di empang
terasa makin membuak sakan
bagai larva yang mahu di muntahkan
bagai ada perlu di luahkan


kupandang kesemua pelusuk
mencari susuk tubuh yang hangat membelai
yang bisa salurkan ketenagan dari nafasnya
yang bisa membuat ku tenang didalam duka..

tapi apa kan daya
tiada kelibat yang bisa ku pinjamkan bahunya
bagi merembes segala cerita duka
yang tegap menahan rentak esakan

hati mula berbicara
oh..! alangkah indahnya mereka
di pertemukan pasangan yang dijanjikan untuk mereka
yang bisa mengurangkan keluh kesah
yang bisa berkongsi setiap beban duka
yang bisa menyejukkan hati hanya dengan kata-katanya..

tapi aku..~

awak.. boleh saya pinjam bahu awak..? ='(


speechless

saya memerlukan kekuatan..
kenapa keputusan exam saya macam tu..
saya tak tahu mahu berpaut pd bahu siapa..
ada 2 subjek saya score tumbang..
macam mana ley jadi macam tu?
saya dah usaha..
saya memerlukan ketenangan..
kecelaruan dalam semua perkara buat saya rasa amat mahu pergi jauh dari semua..

Thursday, December 9, 2010

jawapan tag ~ 25 perihal diri ku ~


Add Video
tag..tag..tag.. dari solehah... jawab..jangan tak jawab...
alamak..
telah di tag...


macam mana ni....
aissshh... jawab jerk la ya... adeeehhh
ok..ok.. tag ni aku jawab..
sebab semua pasal diri sendiri bebas,dan tak terhad skop nye..
so.. senanglah sikiiittt
ok.. jap ea.. nak start dari mana.. hurm..


ahaaa.. dapat ideaaa
ekekeke... ready seeemuaaaaaa????
lapangkan dadaaaaaa.. tariiikkk nafaaaasss


1.
mula-mula mestilah perkenal kan diri kan..
nama kita rahimah..nama manja ima


2.
asal orang melaka.. tapi duk kat putrajaya


3.
umo muda lagik sweet 26.. auch..!~


4.
ini penting untuk aku bagi tahu...
I'M SINGLE..!!!!!!!!!
so.. sape ada abang-abang.. atau sepupu-sepupu yang handsome dan macho.. sila perkenalkan pada saya ya


5.
mempunyai nama samaran dikalangan kawan-kawan yang amat banyak..terutama di kalangan ahli YM tegar.. seperti.. AMIM, MAWAR, MELOR, SERI .. dan lain-lain yang tak ramai tahu.


6.
pernah disangka lelaki ketika berusia 9-10 tahun .. sampai sorang pakcik ni cakap kat aku depan ayah aku, masa aku tolong ayah aku kat warong..
" alaaa mat.. (nama gelaran pakcik tu bagi dengan sesuka hati) .. anak pakcik semua lelaki la.. kalau ada yang perempuan pakcik dah bincang dah dengan ayah kau biar sampai jadi besan".. dengan muka yang teramat kecewa..
aku dgn ayah aku blur jerk.. tapi 2,2 tersenyum.. ingat pakcik tu gurau... rupa bila terjumpa 1 hari aku pakai baju kurung dia terkejut.." eh.. mat.. kau pompuan rupanya...?"


7.
anak manja pada mak dan ayah ..dan menjadi terlalu manja pada sang kekasih....auch..!~


8.
sorang yang sopan dengan orang tua tapi amat2 lah laser dan teghejal(terlampau la langsi) kalau dah duk dengan kawan yg sama pala yang tingtong


9.
paling utama... suka makan pedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassss..


10.
memasak adalah terapi saya.. dan saya suka masak pelik2..dan sukaaaa sangat tukar2 bahan2 masakan pada menu sedia ada..


11.
suka dengan aksesori keta.. ( duit jerk tak berkepok untuk dapatkan semua..)


12.
suka bersosial..suka jumpa orang ramai..suka berkenalan


13.
sangat suka membebel pada adik-adik yang suka carik masalah atau yang masalah suka carik dia... hahahahaha


14.
kalau tgk aku diam jerk tu.. muka ketat yang amat.. tak bercakap atau tak menyahut apa-apa seruan korang.. itu makna..SAYA DALAM KEADAAN MARAH..!!


15.
amat penggeli dengan binatang yang panjang macam ular, cacing, lipan eeeeeee...


16.
jangan sesekali bercakap dengan saya kalau mata saya tak berganjak dari skrin tv / komputer.. kompem.. anda akan terasa seperti mahu bunuh diri.. hahahahaha.. dan wak tu itu kalau nak bercakap, amat di galak kan mengumpat saya.. sebab saya tak kan dengar sepatah haram pun bijik butir percakapan anda.. hahahahaahahaha
itulah saya


17.
sangat malas berurusan dengan baju...beli baju.. basuh baju..lipat baju.. sidai baju.. sangkut baju.. gosok baju.. what ever about baju... KECUALI.. PAKAI BAJU.. haaaaa.. jgn ingat yang ini pun saya malas ea.. hahahaha


18.
saya tak suka suram..sebab saya rabun cahaya.. saya tak nampak kalau tempat tu kekurangan cahaya..kompem langgar rebider kalau bawak keta. huh..!~


19.
seorang perancang yang bagus.. tapi bukan pelaksana..ekeekekeke.. sebab tu banyak event yang di handle, saya terpaksa mencari kaki tangan yang ikhlas hati menolong..uuuuuuweeee..


20.
saya akui saya pelakon yang hebat.. sedikit hipokrit kadang kala.. tp ni semua untuk cover keadaan supaya semua baik-baik sahaja..


21.
sangat susah untuk menyembunyikan kesengsaraan jiwa.. sedih ke.. marah ke.. sakit ke.. penat ke.. mengantuk ke.. tak ley nak tipu orang.. memang otometik akan terpancar kat wajah.. OTOMETIK ea.. di ulang lagi sekali.. hahahha


22.
sangat mengimpikan untuk dapat kembali ke suasana zaman hang tuah.. zaman p ramli.. enviroment dia sangatlah menguja jiwa ku..


23.
ouh ya.. sangat suka dengan baby... sukaaaaa sangat...


24.
saya seorang yang mudah tersentuh


25.
OBKOS.. saya seorang yang baik hati jujur dan telus.. amat prihatin dan yang pasti..
AKU SANGAT CUUUUTTEEEEEE.....


hahahahahaha


eh..eh.. jangan muunnntaaaaahhh
sila terima kenyataan ya...

ok masa dah time
jumpa lagik esoook.. daaaaaaa mmuuuuuuaaahhh
i love u...
peace no war

~ ♥♥♥♥♥~

klik iklan ni tak kena bayar pun