tadi berbual dengan mel..
mmg suka jer baca mel nye ayat2 kalau dia menaip.. hahaha
mel cerita pasal abang dia..
dia kata abang dia cakap aku g dating kat tanjung malim..
aik pelik lak aku..
setahu aku dia tak tahu pape pasal aku..
mel cakap tone suara dia macam tak puas hati jerk cakap pasal aku g dating...
nak tergelak plak, sebab aku pk lain mel pk lain
mel pk abang dia tak puas hati aku g dating
tapi aku pk abang dia rimas kalau cakap pasal aku .. :P ekekeke
Tuesday, November 24, 2009
my cakap-cakap...ekekeke
hai kawan2....
hurm ada yg berkata agak keliru pasal entry saat ini
minta maaf.. itu hanyalah rekan dan imaginasi saya aje...
seronok kan kadang2 bila kita dapat keluarkan apa yang kita rasa dan pk..
hurm nak rasa betul2 eentah bila agaknya...
so imaginasi je pun ok kot..ekekeke...
maaf and thanks semua
Monday, November 16, 2009
blink a.k.a yameen
salam bro.. jgn marah aku tulis dalam nih kisah semalam.. sebab ada menda yang aku nak cakap hal semalam..
hurm semalam keta blink rosak then kena toing ke seremban. blink kol aku minta tolong.memandangkan aku pun tak de mende.. peksa pun dah abes so aku tak kisah sangat untuk tolong... nak dijadik kan cerita, sampai aku ke sana dengan adik aku, rupanya blink ada bawa 'sedara' dia dgn isteri 'sedara' dia sekalik, ceritanya blink pun sebenarnya nak tolong diorang untuk hantar ke PD sebab isteri 'sedara' blink flight besok ke sabah kul 7.30 pagi.. ok tak de hal, nasib etoi tak ikut, kalau tak, aku tak tahu sape yang kena tinggal..ekekeke. dah hantar sampai PD, aku hantar plak blink dgn 'sedara' dia nih ke melaka.esok petang baru blink amek keta. sampai kat umah blink, blink jemput masuk suh rehat kejap, mana tak nye keta aku meter 140 tak gerak..so nak release jap enjin keta dan tuan keta serta kelindan.ekekkeke.
cerita punya cerita, rupanya mamat tadi bukan lah sedara, tapi kawan saja, yang dia kenal tak sampai dalam 4bulan.. tak salah aku la.kebetulan orang sabah sebendera dgn blink dan kerja sama dgn blink. cerita punya cerita, blink rupanya bengang dengan mamat tu, sebab keta blink yg rosak tu, budak tu tak nak bertanggung jawab pun, semua atas blink. dan lagik nak jadik cerita rupanya memang mamat tu wat bodoh even isi minyak keta aku pun,, dia ley jawab kat blink dia ada rm 7 je. pergh .... blink yg banyak kuar kan duit.
dan ini juga adalah kali yg ke2 blink kena dgn mamat ni. atas kes yang lebih kurang sama cuma yang lepas pasal tayar pecah kat highway ke johor... pergh aku pun kata kat blink 'BRO, DAH LA LEPAS NIH TAK YAH TOLONG ORANG MACAM NIH"
blink ley lak bagi aku ayat mat jiwang yang menampak kan sangat dia nih tak seganas mana pun.. "tak ley la.. aku serbesalah..aku kesian "
pergh.. bhai .. orang macam ni nak kesian mau kasik lutut baru paham bhai.. nak kesian, nak menolong berpada.. ni bukan orang yang patut di kesiankan.. ni namanya.. orang yang TAKE ADVANTAGETAK TAHU BERSYUKUR...
aku dulu macam nih.. macam blink, orang ada masalah.. gadai semua kasik tolong..walhal sendirik ikat perut tak makan sebab nak tolong kawan. kalau kawan sejuk berhujan sebab tak de baju hujan, aku ley sanggup tak pakai juga ni untuk sama2 rasa keadaan tu.. konon tak nak bg nampak selfish... tapi sikawan aku yang bebal nih ley plak kan,
"eh ko tak nak pakai ea?? meh la aku pakai... " dia ambik aku nye baju hujan sambil menyarung.
dan aku dengan hati bengkek aku jawab "aku saje je dude suka kena ujan.. bukan senang nak kena ujan... aku kan naik keta je selama nih "dalam hati mmg aku menyumpah berbakul-bakul la..orang kesian kat ko, ley lak ko cakap aku macam tu.. tak tahu pk ke apa??
itu pasal la skang nih MULUT AKU LASER..CAKAP LEPAS..TERUS TERANG YANG AMAT.. pada sape2 yang tak tahan dan tak ley time.. aku minta maaf la.. sebab ada sesetangah korang tak tahu pikir apa itu kawan, apa itu pertolongan dan apa itu berganding bahu serta kasih sayang seorang kawan...
aku kalau betul nak ambik kesempatan.. dah lama aku buat..dan aku dah kaya dah skang nih..tapi aku bukan jenis manusia macam tu... dan tak kan jadik macam tuinsyaAllah.
amiiinnn
P/S : BLINK TIME KASIH SEBAB BAGI DUIT MINYAK DENGAN TOL.. AKU TERHARU JUGA. TAPI BETUL BHAI..KALAU AKU TENGAH ADA DUIT AKU MEMANG TAK KAN AMBIK SEBAB AKU TAHU KO NAK BETULKAN KETA TU BANYAK DUIT KO KENA KUARKAN.. HUHUHU
Friday, November 13, 2009
saat ini.........ahhhhh~~
dada aku berdebar kencang.. mata ku masih basah selepas acara ta'lik tadi.. adeeehh, sakit sangat... saat ni yang aku takut dan cemas.
"aku terima nikahnya, (nama betul) dengan mas khawen 100 ringgit malaysia dan senaskah al-quran tunai....."
"sah?"
sah...
"sah?"
sah...
"sah?"
sah....
"amin..amin ya rabbal alamin.."
air mata aku menitis semakin laju...
"Ya Allah.. nikmat kesabaran ini paling besar dan indah aku rasa ya Ya Allah... Kebersyukur dan tunduk dengan rahmat mu ya Tuhan....
"boleh ke pengantin perempuan lah, untuk acara pembatalan air sembahyang.."
"saya minta izin untuk sujud syukur sebantar pak imam.."
"sila kan..."
"ima... jap lagik suami kau masuk... dia tengah solat kejap "sampai makcik aku..
aku hanya mampu tersenyum dalam linangan air mata yang bersisa...
semua mata tertumpu pada ku.. keluarga mentua semua dah bersedia di muka pintu bilik ku.. juru kamera yang bertauliah atau tak bertauliah masing2 dah ambik posisi...
aku tunduk..sedikit gelisah dan dadaku berombak.. tak tahu apa rasa dah skang....
"assalamualaikum....." dia masuk dengan senyuman dan salam dengan sebentuk cincin di tangannya...
aku mengangkat kepala seraya menjawab "waalaikumussalam abang.." dia menghulurkan tangan dan aku menyambut sambil mencium tangan dia... air mata ku jatuh lagik tanpa dapat aku tahan.. aku sedikit teresak...
semua memandang kearah kami...
dia memegang dagu ku sambil mengangkat muka ku.. dia senyum... "sayang.. jangan menangis lagi... Allah dah restu hubungan kita" lembut bicara dia sambil dia kesat air mata ku yang jatuh ke pipi... aku senyum...
perlahan dia menggapai jemari ku, dan menyarungkan cincin sambil perlahan dia berkata "moga kasih sayang kita di berkati Allah dan berkekalan sehingga akhir hayat.. abang sayangkan ma.."
aku terus mencapai kembali tangan dia dan mencium dengan rasa syukur sambil aku membalas.. "moga kita di berkati Allah, ima akan jadi pelengkap abang.. kerana ima dicipta dari tulang rusuk abang... ima sayang kan abang..."
dia senyum dan mencium dahi ku lembut.. airmataku berguguran lagi... takku hiraukan keriuhan di sekeliling.. kerana saat ini adalah saat yang aku damba..saat yang aku tunggu..saat yang sering aku doa padaAllah..tidak kusangka ada insan yang dicipta untuk aku..yang menerima aku seadanya..dengan penuh kasih sayang dan bimbingan...
"terima kasih abang... "
suami ku senyum.....
kami sibuk melayan permintaan2 jurugambar2 dengan usikan nakal dari kedua belah pihak..YA ALLAHKU BERSYUKUR KEPADAMU....
Subscribe to:
Posts (Atom)