Tuesday, June 30, 2009

puisi malam itu

pandangan mata mu redup...
senyuman mu manis..
genggaman tangan mu erat..
pelukan mu kejap dan mesra..

usapan mu manja...
ciuman mu hangat...
Add Video kasih mu makin membara..
perhatian mu makin menyala..
adakah kau jua tak bisa melupakan ku???
adakah kau jua tak rela melepaskan ku???
adakah bisa aku mengharapkan huluran jiwamu??
bisaka?? haaaaaaahhh......


Monday, June 29, 2009

satu persatu pergi tinggalkan aku...

huh...
malam tadi aku try kol sharif..
dah lama dah nak kol dia sebenarnya.. tapi asyik lupa...
kalau kol.. dia lak yang tak angkat..
tapi malam tadi aku kol dia angkat...

aku : ku ada kat mana nih?
sharif : ku ada kat rawang la melor
aku : uik wat apa? semalam melor kol tak angkat lak
sharif : semalam ku kat kedah
aku : ha? kedah??? ooo... g umah bakal mak mentua ea??
sharif : a'ah..hehehhe.. melor ku tgh drive ni.. malam kang kita borak lagi k..

haaaihhh.. sorang..sorang...
sebelum nih nasri.. kawan baik aku yang berkahwin dan skang.... hilang dari aku...
ramzan pun dah beransur hilang dari aku.. lama dah dia tak kontek..
lepas ni abang... kawen ujung tahun ni.. mesti sama juga.... hilang dari aku..
yang terbaru ni sharif... pasti juga akan hilang dari aku...
hurm... apa yang boleh aku kata.. mereka memang bukan untuk aku...
siapalah aku untuk diorang sentiasa ambil berat macam selalu....
masing-masing dah ada yang berhak..

aku???
ntah.. mungkin ajal yang sampai dulu sebelum jodoh ketemu aku..
tak pe.. cinta aku hanya untuk Illahi..
kasih sayang aku hanya untuk Allah yang sentiasa ada di sisi aku..
tika aku gembira.. tika aku sedih..tika aku kecewa..
yang pasti dalam doa dan ingatan aku.. tak pernah aku lupakan semua yang pernah bertakhta di hati aku... moga aku ketemu mereka kembali di syurga yang hakiki..

aku di kecewakan untuk kesekian kali????
hurm.. terpulanglah apa yang semua nak kata kan..
mungkin ini takdir aku...
aku tak minta untuk jatuh cinta.. aku cuba kawal supaya aku tak bercinta..
sebab aku tahu sakit yang aku tanggung.. boleh buat aku gila...

aku kecewa dengan lelaki???
sikit la... tak mustahil aku tak kecewa.. minta kejujuran dari aku..
bila aku bagi kejujuran seluruh hati.. hati aku masih disangsi..
sehingga aku terpaksa membawa diri kerana aku bukan perampas
hati lelaki di tangga kasih wanita sejati..

biarlah.. biarlah semua ini berlalu...
akan aku hadapi seredha yang mungkin takdir Illahi ni..
biar aku bawa hingga di hujung nyawa yang akan pergi tak lama lagi..
biar memori aku bersama jasad yang bersemadi..


_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Thursday, June 25, 2009

DEN

( nukilan hestyrezyuda )


pagi tadi.. masa aku tgh gosok baju kebaya kesukaan aku.. aku tetiba teringat... ( ish.. aku nih ada penyakit mengimbau kenangan masa lalu setiap pagi la agak nya.. huhuhu )
aku teringat apa tau..
kes aku g sarawak hari tu.. actually aku booked tiket pada bulan 3.
masa tu aku tak kenal lagik dengan din...
aku tak ingat... aku rasa aku jumpa dan kenal din masa bulan 4 rasanya...
itu pun pertengahan bulan masa dia datang dengan putra..
mesej din masa din kejutkan aku pagi-pagi masa mak dengan ayah dia berangkat ke sarawak untuk jumpa keluarga kak diah bertarikh 6 mei pun masih aku simpan...
bulan 4... 5... 6...
Ya Allah.. baru 3 bulan??? rasa macam dah tiga tahun hehehehe..
ntah... seronok sangat bila dengan abang...
aduiiihhh.. rindu lak kat dia..
rindu dengan gurau sakat dia..
rindu dengan bebelan dia...( korang tak pernah dengar dia cakap non stop.. macam peluru berpandu.. last2 aku nak stop dia ber cakap aku panggil dia TOK AYAH..hehehe)
rindu dengan keletah dia...
memang asyik kena buli je aku dengan dia..
( hempeh betul terpaksa aku ngaku kat sini )
aku teringat kata-kata dia masa mula berkawan dengan aku

"ima kena bangkit.. din tengok ima kosong.. dalam ketawa pun ima boleh termenung.. din nak ajar ima apa erti kehidupan... din akan tunjukkan macam mana nak hidup..bukan ima sorang je ada masalah "

"abang tak suka la ima mengarut macam ni.. asyik nak salahkan diri sendiri.. bukan ima yang salah.. bukan ima yang sengaja buat benda tu berlaku.. cuba lah perbaiki apa yang kurang.. bukan carik kesalahan sendiri.."

rupanya.. dalam masa 3 bulan.. banyak benda yang aku dan dia dah kongsi.. banyak benda yang kami dah lalui.. banyak benda yang kami cuba perbetul kan... kitaran masa yang amat pelik dalam masa 3bulan ni.. walau apa pun.. dia memang teman yang baik... sentiasa aku doa untuk ada disisi dia.. supaya kami boleh saling bantu membantu... tapi tak tahu lah kalau sudah tiba hujung tahun nanti... adakah ima dan din masih macam selalu??

eh apa kes lak jiwang karat macam si yell nih..( sambil cover air mata bergenang, mata pedih masuk habuk, ok.. bukan pasal tadi ea) aku teringat baju hitam yang dia selalu pakai katun tu cakap mengikut bahasa ibunda kampung halaman si din "we are perfect, when we are together.." huhuhu... ( eh apa kene mengena lak katun tu dengan cite nih??? hikhikhik.. aku dengan dia je tahu)

eh baju kebaya aku nih igt dah sendat giler.. rupanya ley pakai lagik.. makna tak la gemuk sangat aku nih... waakaakkaak

Wednesday, June 24, 2009

untuk yell

( nukilan hestyrezyuda )

yell.. hest bagi ni yell jgn marah hest k, ni hest dapat dalam email hest..


Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa
depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

tabah ya yell.. Allah sayang kamu..

klik iklan ni tak kena bayar pun