Friday, May 16, 2008

berdebar..

semalam, masa aku ontheway nak pegi latihan bola tampar, hati aku berdebar semacam. aku tak tahu kenapa. yang pastu kepala aku asyik teringat si'A' yang nak kami hantar balik kampung malam tu. aku rasa macam nak meletup dada ni. aku bagi mesej kat member aku yang sorang ni bagi tahu aku tak sedap hati, dia terus call aku tanya kenapa. aku jawab tak tahu, tapi aku risau sangat pasal si 'A',dia tenang kan aku. dalam 1jam kemudian, aku dapat mesej dari si 'A'dia cakap tak payah hantar dia,sebab dia nak balik sendiri. macam nak jatuh hati aku.aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku tak yakin dia akan bergerak balik ke kampung sendiri kot. member aku yang tadi call aku.dia pun dapat mesej macam aku. dia cakap, patut lah aku tak sedap hati. tapi dia suruh aku tunggu sampai malam. malam dalam jam12 si 'A' bagi mesej kata dah sampai.. lega hati aku. aku harap dia betul-betul duk kampung dan mulakan bisnes kat sana.aku harap sangat. aku harap dia tenang di samping keluarga tercinta dan dia dapat berbakti untuk kedua ibu bapa dia sementara mereka masih ada.. amin

Thursday, May 15, 2008

AKU HAPPPPPPYYYY SANGAT


hmmm, hari aku rasa gembira sangat. nak tahu knp? semalam aku dpat settle kan satu masalah aku dengan member aku... akhirnya si 'A' bersetuju nak balik kampung,sebab dia sendiri tak tahan dengan kehidupan dia kat bandar metro politan ni.aku gembira sangat. itu bermakna dia takkan duk dengan manusia yang aku tak gemar tu. dia nak berubah katanya. Alhamdulillah... Ya Allah, akhirnya Kau memberi kejayaan jua pada hmbaMu yang lalai dan leka ini. yang banyak buat dosa kepadaMu Ya Allah.walau aku hambaMu yang sering melekakan suruhan dan larangan Mu tapi Kau tetap pemurah Ya Allah dengan membantu hambaMu yang didalam kesedihan dan kesempitan sepertiku.. Kau amat pemurah Ya Allah.. amat pengasih dan penyayang..bantu dan bimbinglah Hamba-hamba Mu dalam hidayah yang Kau redhai ya Allah. Jauhi lah kami dari kesesatan kelalaian dan kemaksiatan dan matikan lah kami dalam keadaan yang beriman.. Amin2 ya Rabbalalamin

Wednesday, May 14, 2008

rezki ditangan Allah


alhamdulillah...
akhirnya abang aku di beri rezki yang cukup indah dari Allah selepas dia bergelar oku B3. penantian yang penuh penyiksaaan bagi diri dia dengan pelbagai dugaan.dia meniti hidup sebagai OKU dengan penuh kesabaran akhirnya Allah memberi dia rezki yang tidak terhingga. abang aku berjaya mendapat jawatan S41 yang dia temuduga hari tu.. alhamdulillah... senang perut mak ayah aku yang selama ni risau sangat tentang abang aku. for my brother tahniah and i luv u sooooo much... along adalah abang terbaik di dunia.. for all my family, tahniah juga dengan berkat kesabaran ketekunan menjaga along, akhirnya along dah dapat kerja.

Monday, May 12, 2008

hari ibu

semalam hari ibu tau.. tapi mak aku dapat kad hari ibu aku hari sabtu lagi.. hehhe
ok lah tu kan, sebab diorang kata antara 10 @ 11 hb kan?
mak aku happy sangat.memang jujurlah 1st time aku bagi kad. yelah duk serumah dulu rasa macam poyo jer nak bagi kad.hehehe. yang aku tahu,bukan mak aku jer yang happy, bapa aku pun sama happy mak aku dapat kad tu. ujung tahun lepas, aku wat surpries sambut anniversary diorang hampir 35 tahun tak pernah sambut, tapi tetiba aku sambut.terkejut diorang.hehehe
hmmm. hari ni hari penentuan abang aku.. korang doa kan ya abang aku dapat job.. AMIIIINNN

klik iklan ni tak kena bayar pun