Assalamualaikum
Lama kan tak jengah blog?
Ada je ritu draft something..
Tapi jd draft je la.hehehehe.
Alhamdulillah sekang ni life makin sibuk.
Setiap hari adalah sesuatu yg baru.
Kerja sekarang bermula 8.30am-11pm.
Penat?
Tipu la klu kata tak penat.
Tp aku enjoy.
Belajar banyak benda baru.
Bahasa baru.
Skang ni baru terasa kepuasan kerja.
Kalau tidak,aku rasa kompius je puas tu bagai manakah rupa bentuknya...
Aku skang pun kurang berforum.
Kurang berfb.
Alhamdulillah semua financial dh masuk dlm management yg cantik.
Mana yg tk payah nak berhutang,kita lpskan kat cash.
Eh!
Banyak gak la untung..
Penat je sikit.
Mana taknya,skang nek bas je.
K lah aku dh ngantuk ni.
Skang tido memang sampai je rumah, lelap...
Sebab penat.
Penat badan.
Penat otak..
:)
Adios amigos sayonara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, September 27, 2013
Wednesday, September 4, 2013
Puisi : coretan dari buku Lara dijiwa Ajym
cuba dikimbus memori rindu..
telah dicantas dedahan sembilu..
namun bertunas pula dedaun cinta..
mekar bersama bebunga bahagia..
mekar mengharum bebunga cinta..
berseri pula sayang kasihnya..
berharap benar cinta bersatu..
namun katanya..
selagi tinta semalam kekal bekasnya..
sayang pasti bertukar benci..
cinta berganti dendam..
aib terus menyakitkan..
sirah semalam bernostalgia sudah..
setapak melangkah..
semalam ditinggalkan pasti..
kini dan mendatang diharap bahagia menanti..
meski mentari milik semua..
bahang dan sinar jelas berkongsi..
namun buana hatinya kekal gelita..
wangian semarak lagi..
meski diajar hati tidak menyedari..
dicantas tumbuh lagi..
ditaras bertunas lagi..
lalu ditoleh senja kelmarin..
cuba dicari bebayang yang setia menari..
namun hilangnya tidak berjejak lagi..
sakit terus disakiti..
sayang tekal di sayangi..
cinta sedia mencintai..
kasih mengasihi..
rindu jelas merindui..
- ramlah rashid -
Friday, August 30, 2013
tigaploh ogos
aku hanya mampu berdoa sekarang.. moga Allah bukakan pintu hati mereka-mereka yang berkenaan.. lembutkan hati dia untuk menerima hakikat ini seadanya... moga Allah perkenankan setiap doa hajat aku.. moga Allah mendengar tiap keluh kesah aku.. moga Allah perkenankan setiap titis air mata aku..
Saturday, August 24, 2013
Luahan hati doploh pat ogos tigablas
Sekarang aku kat kampung. Ntah lah. Hidup aku tak happy macam dulu. Kenapa ya? :( sungguh aku sedih. Balik kampung ni pun aku harap aku boleh rasa sikit kegembiraan melayan kerenah anak buah aku, berbual dengan mak dengan ayah aku.. Sibukkan diri kat kedai ayah, kemas-kemas rumah mak. Tak pun baring sebelah mak sambil dengar mak mengaji. Hati aku sedikit tenang kalau ada orang disisi.
Kenapa? Salah satu punca adalah.. Aku ada lakukan satu jenis dosa yang aku rasa aku sendiri tak boleh nak maafkan diri aku dengan serta merta. Disebab kan tu, aku rasa sentiasa bersalah dan sentiasa berdosa. Paling aku takut, sekiranya aku mati dalam waktu terdekat. Adakah Allah sudah mengampunkan aku? Adakah mak dan ayah mengampunkan aku? Adakah aku terhindar dari siksaan Allah atas dosa yang aku dah buat?
Dosa.. Ya.. Sebenarnya tanpa kita sedar, hari-hari kita melakukan dosa. Tapi kita hanya memandang remeh. Paling selalu kita buat, mengumpat. Dengan sedar atau tanpa sedar, secara nyata atau didalam hati. Belum kira lagi didalam bab solat.. Apatah lagi dalam waktu bekerja dari segi keikhlasan dan kejujuran. Dari segi kata-kata.inikan pula,aku menambahkan lagi dengan jenis dosa besar??! Subhanallah! Astaghfirullah! Laaillaahaillaallah..
Ya Allah... Ampunkan dosa-dosa ku ya Allah.. Ampunkan segala kemungkaranku ya Allah.. Ampunkan segala kelalaian ku ya Allah.. Ampunkan segala keterlanjuranku yaAllah.. Ampunkan segala kemaksiatanku ya Allah.. Ampun kan dosa ibu bapa ku ya Allah.. Sesungguhnya siksaan Mu itu sangatlah pedih yaAllah.. Aku tidak dapat menanggung kepedihannya.. Ampunkanlah aku... Selamatkanlah aku dari siksaanMu.. Yaaaa rasulallah.. Doakanlah umat mu ini ya rasulallah.. Mohonkan keampunan ku ya rasulallah..lindungilah aku dibawah lembayung syafaat mu ya rasulallah.. Bantulah umatmu ini ya rasul allah...
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Subscribe to:
Posts (Atom)