Monday, July 22, 2013

cuak... susah nak beri kepercayaan ..lelaki oh..lelaki



assalamualaikum..

hai korang.. huhuhuhuh.. apasal eak tajuk tu? hurm entah lah, hakikatnya memang itu yang aku rasa dalam hati. nak mempercayai orang terutamanya lelakii pada waktu ni. mungkin sebab selalu di sumbat dengan pelbagai isu kekejaman manusia yang buat aku rasa fobia kot.

sampai ada lelaki nak berkawan dengan aku, nak ajak keluar, memang aku rasa bermacam-macam perasaan ada. kot la di rogolnya.. kang di ajaknya kawan-kawan dia rogol ramai-ramai plak kang.. ish... itu kot la melawan di bunuh plak.. ada niat nak jual ke kongsi gelap ke.. kena siksa kena dera.. nauzubillah..

macam mana eak aku nak hilangkan perasaan ni? memang aku takut sangat zaman sekarang punya situasi, nak percaya salah tak percaya salah.. kang tak keluar sama-sama kang bila plak aku nak kawen sebab orang susah nak dekat.. haish,, macam mana ni weyh??

dalam dilema gwa...


















Friday, July 19, 2013

D.I.Y balcony deco

assalaaaaaaaaaamualaikum..!

hai korang.. aku nak share sikit dengan apa aktiviti terbaru aku..aku ni biasalah kan, kadang-kadang datang idea... kalau tak buat alamat tak kan jadi pape. so nak di jadikan cerita hari tu aku rasa sangat nak DIY deco balcony.. almaklum la aku tak pernah pun buat, rumah mak ayah tak de laman-laman ni... selama ni duk umah tak de balkoni. duk umah kat sini dah nak masuk 2 tahun pun tak pernah teragak. tapi kali ni memang tekad abes.. 

so aku mulakan dengan memberus lantai tu.. hahahaha.. giller berkeladak ok... sebab air hujan kadang kala bertakung. itu salah satu buat aku tak selera sangat nak melepak kat balkoni sebab tempat tu tak best.. kekekekekekeke...ok.. pikir punya pikir, apa la yang aku nak bua dengan kos yang rendah. almaklum le aku kan kurang la berongKOS ... 

jadi aku ambik keputusan gabungkan konsep laman dn balkoni..  jadi aku beli mat 2tone kaler merah dan hijau kat carefour. alhamdulah mat tu plak ada la design sikit.. agak mahal jugak le.. satu plastik tu ada dalam 6keping 1x1 berharga asal rm20.90 tapi ada promosi jadi rm16.90.so aku beli la dalam 4 paket ada dalam 32 keping.. kemudian aku beli batu putih dan hitam tu. aku ada tanya elina dia cakap paling murah dia dapat rm20 paling mahal dia dapat rm28, aku ke sungai merab.. alhamdulillah aku dapat murah..rm20 sekampit jadi ambik 2 kampit hitam dan putih berharga rm40 kesemuanya. pastu aku ada lah berangan nak letak yang kayu tukan atau batu refleksologi, tanya kat kedai dia cakap sekeping menda tu dalam rm 10 keatas.. alamak.. mana ley ni.. pastu aku tipon epul tanya dia, area tempat dia kerja tu ada tak agak2 orang potong pokok? sebab aku nak dahan sebesar 2 cekak sepanjang sesiku dalam 10belah.. errr.. lepas aku pikir.. betapa klasiknya permintaan aku itu.. aku sms balik kata tak payah. sebab kompem susah nak dapat.. pikir punya pikir, last-last aku pergi kedai papan. mula-mula minta diorang potongkan papan pamanis tu 2 kaki setengah sebanyak 10 keping, tapi ada masalah dalam pengiraan, jadi 2kaki sebanyak 10 keping..ok la.. 2kaki pun panjang jugak... 

jadi malam tadi aku pun menyusun semuanya... kalau tengok gambar kat atas tu, kat akurium tu ada kayu garis-garis tu kan? itu sebenarnya aku nak buat DIY frame canvas aku berukuran 3x4 kaki.. tapi amatlah malang.. aku tak jadi buat.. last2 canvas aku tu aku tampal je kat dinding.. ekekekekeke... so, dari terbuang, aku pun buat lah macam tu... 

so total kos buat masa ni

mat         = rm67.60
batu        = rm40
papan     = rm70

TOTAL = rm177.60 

insyaAllah kalau balik kampung ni, aku nak tengok tempayan-tempayan lama untuk menambah eksesori kat stu.. hehehehehe.. yang lain tu nanti berdikit-dikit la aku... kira ni bukan 100% final touch ya... kira baru 70%

so lepas ni rancangan igt nak deco ruang depan gate depan pintu rumah.. tak pun hall.. dapur aku dah buat dulu dah sebenarnya.. memang cantik je dapur umah aku.. hehehehehehe.

nanti kalau aku jadi buat depan gate tu, aku masuk kan lagi k.. pape pun.. biar kos rendah tapi cantik mata memandang.. hehehe 

adios, sayonara !

Wednesday, July 17, 2013

Tips memasak : bihun goreng

Assalamualaikum .. Salam ramadhan.. Amboi.. Iya beno bizi aku ni, ramadhan ke-8 baru jengah blog. Hahahaha. Maaf eak semua, zebenarnya bukan apa.. Sejak kat opis tak ley nak berblogging ni.. Rasa macam hilang separuh mood nak blog. Hari tu plak.. Blogging by email pun ada problem. Adeh, sakit hati kite!!

Membebel banyak pun tak guna.. Pertama sekali, salam ramadhan buat semua.. Aura raya dah terasa.. Walau dah niat malas nak raya ini tahun. Hahahaha.. Cukup raya pertama. Tp tk pe. Kita tengok dulu keadaannya.. Baiklah, dalam bulan puasa ni, macam biasa aku still dengan rutin diet aku, malas aku perhebatkan lagi dalam pemilihan makanan dan kuantitinya.moga ada la penyusutan sikitkan? Cuma bersenam tengah malam aku belum dpt buat,sebab perut rasa penuh je plak walau banyak air. Haih! Kena arrange balik rasanya..

Baiklah, berbalik pada tajuk kat atas tu. Aku tak la nak bagi resepi menggoreng bihun.. Aku rasa itu dah banyak je kot.. Tak pun ko belasah je, asal ada bawang dengan cili pun dah jadi. Tapi kali ni, aku nak kongsi petua, macam mana nak buat bihun kita tu,sesedap rasa..tak putus-putus pendek dan lembik!

Selalunya, kesilapan orang dapur lakukan adalah, dengan merendam bihun dengan air panas. Untuk masak bihun goreng, jangan sesekali rendam bihun dengan air panas, even dah terlewat skali pun, rendam sahaja pakai air paip, tp nak pakai cepat sangat rendam sengan air suam. Kenapa?? Sebab kita hanya nak melembutkan bihun, bukan memasakkan bihun tersebut. Ini kerana,bila kita selesai menumis sambal untuk bihun,sebelum memasukkan bihun,kita akan masukkan air kan? Jadi masukkan air yang agak banyak.. Tp jgn le sampai sekuali, agak2 suku kuali atau 2 kali ganda bihun direndam. Tunggu air rencah tu mendidih sikit,baru masukkan bihun,jadi bihun akan masa bersama rencah..

Rencah pula.. Setelah menumis semua vahan tersebut,lepas dah garing tu, dah letak air.. Ok, masa ni la.. Letak semua perasa yang di perlukan. Seperti, garam,asam keping(yg ni akunye resepi,sbb tk suka guna sos tomato atau cuka) aji nomoto, sostiram, kicap, sos cili dan semua-semua la yang nak di letak.. Gaulkan dalam rencah cair tu, kemudian rasa.. Pastikan rasa dia adalah PEKAT!! Maksudnya, rasa kesemuanya 2 kali ganda dari rasa yang kita akan kata ok atau sedap. Ni sebab apa? Sebab.. Bihun tu tawar, jadi kita kena buat kuah dia tu 2kali ganda rasa, bila masuk bihun dia akan rasa sangat sebati dan sedap di lidah ketika makan.

Petua ni, hanya boleh di guna pakai untuk bihun sahaja.. Untuk mee goreng dan kue tiaw tk boleh ya... Yang untuk 2 jenis mee lagi tu.. Dalam entri kemudian hari. Hehehehee...

Ok guys, selamat mencuba.. Pasti syiiiiiioook la!!!


Selamat bersahur dan berbuka.. Babai!!! Muuuuuuuah!



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Monday, July 8, 2013

ATV SPORT

15 jun hari tu.. aku pegi main ATV dengan housemate aku... aku sanagat pelik juga la nape minah ni tetiba nak main sukan ekstrim.. tapi pikir blasah  aja, sebab aku minatt... so tak le tertanya apakah mimpi dia,. kitorang pegi ATV di kemensah.. belakang zoo negara. kami ambik pakej rm100 bermakna dalam 1 jam..

kami gerak dari rumah jam 7.45, sebab kena ada kat sana sejam awal untuk sesi penerangan.. normal la tukan... sampai sana dal am jam 8.20.. rupanya kami lah peserta paling awal. hahahahaha... ATV ni best, cara bawak dia lebih kurang macam motor, cuma pengawalan dia  bukan macam motor. handle dia kena pegang kuat-kuat dan memerlukan kecekapan dalam buat pusingan dan selekoh...

macam yang aku cakap la kan. kepelikang dengang keinginang housemate aku ni.. akhirnya terjawab.. sebab dia tak berani uga mencubanya.. jadi dia mendapat personal gude..  jeles ai ok.... hahahahaha.. so jom layan beberapa gambar yang aku ada

ni semedang sampai terus bergambau.. nak masuk utan kan... so memang tak make up..



inilah rupa ATV itu...

lupa nak cerita.. memandangkan masa ni kami berdua satu team, jadi kami di campurkan dengan 1 lagi team members hotel marriot tak silap aku. diorang 1 department ada dal12 or orang campur aku dengan housemate aku dalam 12 orang... jadi kami di bahagi 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan ada 1 guide


perhentian kami di sebuah waterfall kecil.. cantik gak.. tp kecik jela.. para guide tukata boleh mandi. tapi memandangkan sorang pun tak turun mandi tak kan lak aku dengan riaknya nak kecebur dalam tu kan? 
kat sini diorang berhenti dalam 30 minit. untuk pakej 300 tu tak silap aku diorang berhenti dalam 1 jam.. dan waterfall nya pun lain dari gmbr ni... lagi cantik kata mereka...

aku dengan sorang budak team aku... budak melayu tapi muka ala-ala cina.. mulut memang tak ley tahan kuat tul membebel.. tapi dia memang best, nampak sangat suka adventure. dia cadangkan pada aku dengan feez untuk ke sungai chiling... dia kata sangat OSEM!

ok.. ini dalah personal guide housemate aku... hensemkan mamat ni? nama dia li.. nak berkenalan? sila pergi main ATV wakakakaka



ini kami jugak lah kan... oleh kerana mama tu suka kat osmet aku.. so aku pun ajak le bergambau sekali.. hahahahha...


main atv memang pengalaman yang osem... lepas ni tanam tekad nak pegi yang pakej 300 tu.. badan kena ready sebab memang dia sangat la memenatkan. yang 1 jam pun aku rasa sangat penat, inikan pula yang 3jam.. hohohohoho...


pssssssstttt... aku skang kawan dengan salah sorang guide kat sini... nama dia mohd pollaris atv adventure park.. hahhahahahahaha





klik iklan ni tak kena bayar pun