Monday, July 8, 2013

ATV SPORT

15 jun hari tu.. aku pegi main ATV dengan housemate aku... aku sanagat pelik juga la nape minah ni tetiba nak main sukan ekstrim.. tapi pikir blasah  aja, sebab aku minatt... so tak le tertanya apakah mimpi dia,. kitorang pegi ATV di kemensah.. belakang zoo negara. kami ambik pakej rm100 bermakna dalam 1 jam..

kami gerak dari rumah jam 7.45, sebab kena ada kat sana sejam awal untuk sesi penerangan.. normal la tukan... sampai sana dal am jam 8.20.. rupanya kami lah peserta paling awal. hahahahaha... ATV ni best, cara bawak dia lebih kurang macam motor, cuma pengawalan dia  bukan macam motor. handle dia kena pegang kuat-kuat dan memerlukan kecekapan dalam buat pusingan dan selekoh...

macam yang aku cakap la kan. kepelikang dengang keinginang housemate aku ni.. akhirnya terjawab.. sebab dia tak berani uga mencubanya.. jadi dia mendapat personal gude..  jeles ai ok.... hahahahaha.. so jom layan beberapa gambar yang aku ada

ni semedang sampai terus bergambau.. nak masuk utan kan... so memang tak make up..



inilah rupa ATV itu...

lupa nak cerita.. memandangkan masa ni kami berdua satu team, jadi kami di campurkan dengan 1 lagi team members hotel marriot tak silap aku. diorang 1 department ada dal12 or orang campur aku dengan housemate aku dalam 12 orang... jadi kami di bahagi 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan ada 1 guide


perhentian kami di sebuah waterfall kecil.. cantik gak.. tp kecik jela.. para guide tukata boleh mandi. tapi memandangkan sorang pun tak turun mandi tak kan lak aku dengan riaknya nak kecebur dalam tu kan? 
kat sini diorang berhenti dalam 30 minit. untuk pakej 300 tu tak silap aku diorang berhenti dalam 1 jam.. dan waterfall nya pun lain dari gmbr ni... lagi cantik kata mereka...

aku dengan sorang budak team aku... budak melayu tapi muka ala-ala cina.. mulut memang tak ley tahan kuat tul membebel.. tapi dia memang best, nampak sangat suka adventure. dia cadangkan pada aku dengan feez untuk ke sungai chiling... dia kata sangat OSEM!

ok.. ini dalah personal guide housemate aku... hensemkan mamat ni? nama dia li.. nak berkenalan? sila pergi main ATV wakakakaka



ini kami jugak lah kan... oleh kerana mama tu suka kat osmet aku.. so aku pun ajak le bergambau sekali.. hahahahha...


main atv memang pengalaman yang osem... lepas ni tanam tekad nak pegi yang pakej 300 tu.. badan kena ready sebab memang dia sangat la memenatkan. yang 1 jam pun aku rasa sangat penat, inikan pula yang 3jam.. hohohohoho...


pssssssstttt... aku skang kawan dengan salah sorang guide kat sini... nama dia mohd pollaris atv adventure park.. hahhahahahahaha





Monday, July 1, 2013

Cerpen : 150 juta kali (5)

"Hari ni ramai betul customer" tegur reza kepada haiqal..
"Untung lu la bro..masyuuuuk" haiqal ketawa.. Reza hanya senyum sambil tangan ligat menulis sedikit laporan kewangan.

"Haiqal..I nak balik.. U lama lagi ke?" Haidal berpaling, telinganya sudah merah.
"I pun dah nak balik juga ni, tunggu reza je siapkan report" haiqal tersenyum, hatinya berombak.
"Kalau macam tu, apa kata u teman I minum? Boleh?"
"Minum? Er..."
Reza tersenyum "boleh je dhia, I pun nak join, haus pula tekak ni.."
Dhia tersenyum hambar..

"Guys.. Balik dulu.. Tata..."
"Hey hud!!" Reza menjerit.
"Yaw! Wassup bro"
"Jom minum?"
"I nak balik la reza" huda memberi alasan.
"Ala.. Kejap jela" paksa reza..
Haiqal memandang.." Common hud.. Dhia pun ada.." Suara haiqal merayu
Dhia berpaling kearah lain dan membuntangkan mata..
Huda diam.. Dia pandang saemua, kepalanya di garu, jam didinding berdetik direnung.
"Ok.. Tapi kejap je la ye, nak balik.."
"Seeeet... Tolong aku tutup api haiqal.." Reza segera dengan pantas menyusun segala alatan tulis di atas meja.

dhia membuat muka tak puas hati, hajat di hati nak minum berdua dengan haiqal.. Bukannya dapat.. Dah tu bukan bertiga, malah jadi berempat, sakit betul hati dia.

Di kedai minum, mereka saling duduk bertentangan, huda di hadapan reza, dhia di hadapan haiqal. Dhia tidak melepaskan peluang untuk melihat wajah haiqal sepuas-puasnya. Haiqal perasan itu, dia terasa sangat kekok, membuat dia rasa terkongkong. Telinga terus memerah. Suasana kedai mamak yang bingit membuatkan suasana yang tiada sebutir kata dari empat mulut tetap tidak sunyi. Semua sibuk menilik telifon genggam.

"Hud anak nombor berapa?" Haiqal memecah sunyi. Matanya tajam memandang huda..
"Yelah hud, aku pun tak pernah tanya.." Balas reza. Huda hanya senyum.
"Nombor 3 dari 4 adik beradik"
Semua mengangguk-anggukkan kepala. Dhia membetulkan duduk, dilembutkan badan melentur sambil memandang haiqal. Dia tahu tiba giliran dia pula di soal. Dengan senyum tipis dan menggoda..
" So.. U duduk mana sebenarnya.. Hud?" Haiqal menyambung..

"WHAT ??!! WHAT ??!! Masih lagi soalan untuk hyd??? Hey... Aku yang ajak kau keluar minum la..!!!!" Jerit dhia dalam hati.. Dia terus bersandar tegak kembali di kerusinya. Tanya di silang ke badan. Muka berpaling ketepi. Malas sungguh dia nak mendengar butir lanjut perbualan tu.

"Ini dia.. Tehyo yais, mieylo yais,
Eyais limau.. Dengan kopi panas" kata bangla yang menghantar sambil semua minuman di letak kan di atas meja.

Mereka mengambil sendiri air masing-masing. Perbualan tidak serancak meja-meja lain yang ada disekeliling mereka. Lebih banyak diam. Hanya sekali sekala sahaja mendengar reza melontarkan soalan-soalan. Dhia monyok, masam mencuka..

"Ok guys.. I nak minta diri dulu. I dah cakapkan I tak boleh lama.." Huda bangun seraya mengambil begnya.
"Its ok huda, aku pun nak balik ni" sahut reza seraya bangun di ikuti haikal dan dhia.

"Sape bayar ni?" Tanya huda tersengeh
"Its ok. I bayar semua" balas dhia..
"Really? Thanks dhia.."Huda senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam di sambut baik oleh dhia. Huda terus meninggalkan mereka..

"Err.. Haiqal.. U teman I sampai ke kereta boleh? Kereta I jauh kat hujung sana" tanya dhia sambil membuat memek muka sayu dan minta ehsan..
"Aaaa.."
"Its ok bro.. Lu teman la dhia..kesian plak dia" potong reza.
"Oklah kalau macam tu.. Aku pegi dulu la.."
Dhia tersenyum riang.. Puas hati dia. Akhirnya dapat juga saat berduaan dengan haiqal.. Ouuuh... Berdebar rasa.. Mereka beriringan meninggalkan perkarangan mamak menuju ke tenpat kereta dhia.

Sepanjang perjalanan..
"Haish! Apahal mamat ni,dh tinggal berdua je kot dengan aku..tanya la pape.."Rungut dhia dlm hati
"Haaaaaihh..dah jauh langkah pun tak de bunyik? Tak blh jadi ni.."

"Haiqal.. Kereta u kat mana?"
"Kat sebelah sana.. Kira nanti kena pusing balik la..."
"Ouh.. Its ok.. Nanti I bawak u naik kereta pergi kekereta u, ok?"
Haiqal hanya senyum..
"Eh...dhiah.. Depan tu.. Huda kan?"
Dhia memandang kearah 1 susuk yang bejalan dengan penuh keyakinan..
"I rasa la.."
"Bagus diakan.. Berani betul pergi kat parking hujung sorang-sorang..hujung sekali tukan kereta dia?? Waaaah...." Haiqal sangat kagum.. Tiba-tiba..
"Er..er.. Dhia,maaf ya jgn terasa saya cakap macan tu tadi. Tak de niat apa-apa..tak de niat perli awak pun..cuma kagum je dengan dia..sbb nampak she is a strong women" haiqal tergugup..baru dia tersedar.mungkin katanya akan mengguris hati dhia.bukan niat di hati nak menyindir kelemahan dhia dan memuji kelebihan huda, tapi tu semua secara spontan.
"Eh..its ok.." Dhia melemparkan senyum paaaaaaaaling manis.
Dalam hati? Siapa yang tahu.. Bergolaknya mcm tsunami di bulan disember... Merempuh kuat.."Sial betul pompuan ni,asyik potong jalan aku je" matanya di kecilkan melihat huda dihujung parking memasuki perut kereta..geram betul hatinya.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Thursday, June 27, 2013

ini sambungan kisah jalan-jalan JB

@}--- Sambungan.....


Malas nak taip tajuk, ni sambungan entry semalam.
Gila pemalas...!

Okeh now sambung jalan-jalan hari Ahad (28/04/2013)
Kami ke Rumah Kanak-Kanak Spastik Johor Bahru....misi mencari adik angkat untuk mereka berdua. Maklum...mereka masiH single. So...cari laaa adik or abang yang boleh diangkat-angkat.
Hahahahah





Pagi tu hujan...so kami merayap indoor je.
Kat luar pun banyak jualan....gerai makanan paling banyak.
Disebabkan hujau renyai yang semakin lebat....agak tak menyelerakan nak makan-makan kat situ.
Lagipun kami dah bekfast Mc'D pagi tu...
So pegi sekadar menghabiskan kupon.

Last but not least....itu yang kami grab.
Drive 7 yo!!!


Settle kat situ, merangkak ke The Zon pulak.
Free duty!!!
Sebenarnya takde dalam plan pun, tapi disebabkan nak pi amik Incek Somi kat istana tengahari tu, so lepak mall yang dekat-dekat je laa. Senang nak pegi nanti...
Dah datang free duty tak sah laa kan kalo tak masuk kedai cekelat....
Arghhhh....so murah!!!



Dedicated to Whittaker's lover....boleh pilih nak yang mana


Aku rembat ni je kat kedai cekelat yang pertama.
Dekat ngan umah kan...so tak payah beria-ria nak memborong.
Kena sepak free nanti....hehehe


2nd Chocolate shop
Model tak berbayar ni ada je di mana-mana




Jelly bean ni sebijik macam dalam Candy Crush....hahaha


M&M ni cute....tapi....
*kang beli kena marah lak...so abaikan jek


Makcik sorang ni buang tebiat suh amik gambor ngan patong nih...
Fefeeling nak ke Korea katanya!!!


Konon penat sangat jenjalan....



Siap shopping bedezuppp...amik Incek Somi.
Lepak KSL City plak...cuci2 mata...KSL tu dah macam Korean Mall...
Kami kan peminat Korean....hahahaha poyo!!!


Metaceh Abang Ayiep banje kitorang mamam Sushi....burppppp!!!


Semakin bolat lepas bedal sushi....eh siyes punye bolat nih!!!


Then macam biasalaaa...kalo orang datang JB tak sah tak bawak pi Hello Kitty Town la kan.
Tapi macam biasalah...takdenya orang yang aku bawak tu masuk dalam town tu betul2.
Takat amik pic kat luar je pun....termasuk laaa haku.
Hahahaa....sayang duit woi. Len kali je laaa kalo nak masuk pun...hahahaa


Gigihkan minah ni...dalam sangkar kaca sangat ko. Seb baik tak kene sound ngan mak guard...ahahah
Layankan je laaaa


And opkos ke Legoland pulak...



Okey ler tu kan....
Balik umah pun dah dekat kol 7
Takde chance diorang nak take nap...sebab bas balik KL kol 9 malam.
hahaha...sampai umah mandi2...pack barang-barang, dekat2 kol 8 kuar makan lak.
Pic balik tak sempat snap...Note haku pun dah kong.
So semua tinggal kenangan dalam kepala otak jek...
Paling kelakar aku tengok orang datang JB balik KL bawak buah tangan sekotak.
Hohoho...dasyat memborong!!!

Well...thanks a lot to my real buddies.
Sorry yer...banyak lagi agenda tak terlaksana sebab kekangan waktu.
Next time datang lagi....kita kasi jimba lebih sket.
Next plan...kita jelajah pedalaman ye.
Tak mo dah ronda town....
Thanks a lot for coming here and both of you really make my day!!!

                                                                                                                                              THE END  

Wednesday, June 26, 2013

Jalan-jalan jay-bee part 1

yang sebenarnya.. 
aku sangatlah malas nak menaip..
oleh kerana ex-housemate aku dah upload itu cerita..
aku copy paste je, ea..ea..ea..?
hihihihi
aku ambik dari sini
so..
aku dalam cerita ni adalah ex-housemate aku



@}--- Minah-Minah Osmet lama datang JB woiiii....!!!!

hahaha...tajuk nak gempak tapi cerita dah basi.
Haku penat woi....takdan nak update cerita.
Tak kisah laaa bila berlaku pun....janji ada coretan disini.
yeahhh....inilah kami. Bila dah bertiga...kesengalan memang cepat berlaku...


Percutian yang dirangka lebih sebulan...tapi banyak projek tak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kekangan masa...tenaga driver dan jurupandu arah...
Ahhhhh....laki haku pulak keje time-time nak cuti reramai nih...

Mika-mika ni sampai Jumaat (26/04/2013) malam.
Aku pulak waktu ni baru je period pain...arghhh memang spoil sikit.
So planning asal nak bawak diorg meronda town aku cancel....bawak pi makan je.
Pastu laju-laju balik umah....lepak-lepak borak-borak....tidooooooo

Cerita pagi Sabtu...(27/04/2013)
Minah osmet sorang ni sibuk nak ke laut kat JB ni.
Ada ke dia kata nak mandi kat laut Stulang.
Hoishhhh.....meroyan jap haku nak lepaskan minah sorang ni men air laut kat Stulang.
hahaha...tapi disebabkan nak lepaskan hajat, aku bawak laa juga merayap ke laut Stulang ni.
Actually motip amik gambor ni sebab nak nampak view Singapore kat belakang tu, tapi disebabkan matahari tengah naik...agak silau langsung mengaburi pencahayaan...

Ehh...aku sorang je tak specky ek.
Alhamdulillah...mata aku sihat. hahaha


Lepak kat Stulang ni kejap je...bukan ada apa pun kan.
Then pi sarapan kat warung cherry dekat flyover.
Ermm sape-sape keje area JB especially orang Wisma sure tau warung ni kat mana...
Makanan sedap....harga? Standard laaa JB kan....mane yang tak mahal.
Lepas santap-santap...bawak depa pusing-pusing around opis.
Nak jugak tu tunjuk opis kat mana....hahaha
Next destination is City Square mall...ntah apa yang dicari kat CS ni pun aku tak tau.
Bawak je laaa....

Sampai CS depa tolong pak guard buka gate....hik hik hik
Pastu terus terjah kedai super cute nih...
Hurmmm...aku dah tak nampak mana satu orang mana satu patung...serupa je sume!!!!
hahhaha


Ironman di hatiku...
hahaha....abang nak sekor!!!
 

Dalam CS ni bukan ada apa yang best pon. Takat cuci mata boleh laaa...
Penyudahnya, aku ajak diorang pi CIQ (Kopleks Kastam)
Dari CS ni ada bridge yang menghubungkan terus ke CIQ.
Lorong nak ke bridge ni memang ada jual macam-macam snack food.
Sempat laaa menyinggah....
Apa lagi kalo bukan takoyaki....arghhhhh sedappp!


Lepas order takoyaki, pi order crepe lak kat Crepe Signature.
Eh apesal keje makan jek nih???
Tak kenyang-kenyang lagi ke tadi bedal...nasi lemak and soto huh???


Bapak besor crepe nih...
Double scoop ice-cream with mango and strawberi...
Kongsi bertiga......tu pun seksa nak habiskan.
 

Ada nampak macam pelarian ngah tunggu truck imigresen tak???
haahahah....ni kat dalam CIQ
Sempadan check point keretapi untuk Malaysia-Singapore dan ini laa juga stesen terakhir keretapi di selatan tanah air kita ni.
Duk kat tepi ni layan makan takoyaki and crepe...sambil borak, gelak ketawa tak hengat donia!
Oh kawan...aku gumbira!!!


 

Okeh itu laluan masuk ke CIQ...
Masa datang tak dan amik pic...sebab orang berduyun-duyun kejor ketapi.


Sebelum sampai bridge tu, korang akan jumpa stall jual kuih-kuih tradisional.
Sangat menarik....nampak kemas dan lazat.
Sape nak beli...dipersilakan.
Aku tak lalu....sebab nyonya yang jual. hahahahaa


Kuar CS, langsung ke kilang Apollo.
Memasing borong tak macam nak bukak kedai...eh aku pun tumpang sekaki.
Siap amik kotak nak isi Apollo....dasyat!
Haaa...disebabkan memasing duk gila membeli...aku tak sempat nak snap pic.
Maknanya apa??? Maknanya aku pun gila memborong....hahahaha

Siap memborong...terus pergi umah Mak Bonda.
Wat jejak kasih sket....si Ima ni dah 3 kali datang umah aku.
Fiz ni baru sekali....so tak kisahlah, boleh makan tengahari terus.
Dah kenyang...memasing bantai tido jap.
Dalam kol 4 camtu, gerak pi JPO lak.
Time ni pun tak amik gambar sebab hujan lebat.
Layankan si Fiz je shopping....

Nak balik Kempas lalu highway...disebabkan hujan lebat, semua kaunter tol system down dipanah petir.
Huhuhu...setengah jam harung jam.
Member dah start kebulur dah....nasib tak sempat bertukar hijau, aku suh makan cekelet Apollo yang aku beli tadi. Fuhhhh...Apollo itu penyelamat. hiks...

Singgah Plaza Angsana....kasi mika-mika ni merasa Rojak Asma. The best in town...eh itu ikut tekak aku laa. Banyak-banyak kedai yang aku pergi, Angsana punye jugak yang sedap....
Then pulun makan otak-otak sebakul....15pcs. Extra lagi 5...patutla banyak!!!

 Sian....dak-dak kebuluq nih!


Siap makan...ronda kejap, then balik rehat.
Kol 11 malam kuar pi Bazaar Karat plak.
Saje bawak pusing-pusing amik angin malam....muaahahhaa



Inilah faedahnya bila jalan malam....
Sebelah tangan RM10...sape nak buat...silalah ke Bazaar Karat JB. Tetiap malam hado!

Okeh...dah dulu arr citer.
Penat dah aku.
Kita sambung next entry yer....

klik iklan ni tak kena bayar pun