Sunday, May 5, 2013

Cerpen : 150 juta kali (3)

"reza, dhia tu siapa? Vogue giller kot.. macam model" tanya haiqal.
"wo.wo.wo.. kau berkenan ke?"reza ketawa sambil mengangkat kening.
Haiqal menumbuk bahu reza..bibirnya mengukir senyum
"juz asking dude" telinganya merona merah.
"Ah kau.. Mcm la aku baru kenal semalam,kan? Tu, telinga dah naik merah macak pili bomba, malu la tu.. HahahahA.. Ok,dia part time model. Memang la dia hot.. tengok la kawan-kawan dia semua yang gojes-gojes je.. Yang lekeh-lekeh mana setaraf nak kawan dengan dia"
"tulah aku pandang.. pergh memang ramai yang buat aku telan air liur, sebab tu aku tak pergi kat diorang.. mau cair iman aku pulak nanti.. hahahaha.. Mantop..mantop...!! eh,awek yang aku langgar tadi pun boleh tahan kan?"
"huda? Dia pun ok je. Tapi dia sempoi sikit. Ganas pun ada gak.. dia mana geng dengan stok-stok model ujung tu.. dia pun sibuk je kadang-kadang nak angkat dumbbell, besi semua. Sebab dia tu main bola tampar, nak kasi keras penampo katanya"
"hahahaha yeke? Tulah aku selesa je tengok dia, tak kekok pulak nak duk borak dengan dia, tapi baru nak borak-borak, dhia datang.. terus aku rasa macam, malu je nak borak dhia ada. Nak tengok dia lama-lama pun jantung aku berdebar je rasa inikan pula nak borak.. aku blah je ar.."
"dhia datang? Dekat huda?"
"ha'ah tanya huda ok ke tak?'
"eh, biar betik.. mimpi apa lak tu? Setahu aku diorang mana pernah tegur sapa"
"Uik, yeke?"
"ye.. hud tu rapat dengan aku dengan staff je, yang kat dalam tu macam malas nak tegur dia terutama yang perempuan. Lelaki sempoi je la.. sebab hud tu rajin gak angkat-angkat besi, lelaki ni melayan je.. yang si dhia and the geng tu tak suka kot.. macam pelik je aku dengar..."
"Ouh yeke?? Entah.. Elok je tadi dia bertanya-tanya"

Tiba-tiba keadaan sunyi seketika... Kalau lalat terkentut..pasti bisa dengar dengan nyata.

"ouuh yaaaa.. ! aku rasa aku tahu kenapa dia tegur hud.." reza memetik jari sambil tersenyum, keningnya di angkat-angkat tanpa henti, mata hitamnya dilirik ketepi memandang haiqal penuh sakarstik.
"kenapa?"
Reza mengangkat kening nakal, sambil senyumnya makin menjadi-jadi sampai ke telinga..dia terasa bagai ada sesuatu yang menarok akan di perkatakan reza.
"sebab kau la !!!"
"aku?"Haiqal menggaru kepala yang memang tengah gatal.
"ha.. kau kan tak pergi kat customer perempuan, tapi masa tu ko ley plak bercakap dengan hud.. dhia nak test kau lah tu.. perrrghh untung la lu bro..!"
"untung mendanya woih..."haiqal tergelak-gelak. Telinganya merah.. malu le tu..
"Untung laaaa... Awek hot try usha ok..."
"Hahahaa..mana ada.. Itu anggaran kau saja" jawab haiqal malu-malu telinganya makin merah.
" Iyeeeee.. Dhia mana pernah nak tegur lelaki dalam gym tu.. Selalu aku tengok, yang lelaki je tegur dia, itu pun endah tak endah dia melayan.. Peeerrgghh!! Masyuuuuuuuukk" reza menepuk-nepuk bahu haiqal. Haiqal hanya tersengih macam kerang busuk. Antara percaya atau tidak saje dia dengan kata-kata reza tu. Takkan pula dhia boleh suka pada dia, sedangkan ramai lelaki yang lebih mantap dan sasa didalam pusat senaman kepunyaan reza tu, masakan dia pula yang menjadi pilihan.. Mustahil.
Tapi kalau betul apa salahnyakan?? Mesti akan menjadi perbualan seantero donia..bahkan donia bunian juga akan menjadi kan kisah dia dan dhia sebagai lagenda... Pergh!! Berangan lebey !

P/s : maaf ye, aku upload sikit-sikit. Lambat plak tu.. Hihihi. Ampuuuuuun!


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, May 3, 2013

kulayangkan pesanan berantai

Suatu malam, sebelum
tidur si anak bertanyakan ayahnya..
Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak
update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah
mati, mungkin ini
statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya
ular! Banyaknya kepala
dia!"

2. "Ya Allah! Lipan
banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah
tolong!! Tolonglah
keluarkan daku dari
tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas
membakarnya seluruh
tubuhku ini! (tubuh
dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah
aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya
sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad
telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi
akan dikembalikan ke
dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh.
Update facebook tidak
perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai
dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan
tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook,twitter melebihi Tuhannya,
akan mengalami situasi-situasi tersebut.Adik
mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya..

Adik: "Ayah simpanlah
benda ni. Adik tak
perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar
mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut
anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya  ..














notakaki : aku ambik ni kat dalam forum, ada forumer post dalam rumah borak-borak.. aku rasa dia sangat memanfaat, jadi aku share kat sini.. :) 









Thursday, May 2, 2013

Review buku : Kita Hanya di Seberang Jalan

Asalnya,buku ni diusulkan, dan penulis ini diperkenalkan oleh kawan aku yusuff yazid 'perasan hensem'. Dari penceritaan dia, aku sikit teruja untuk kumpul koleksi penulis ini. Buku karya Baharudin Bakeri. Diam tak diam, aku sudah ada 8 koleksi karya penulis ini. Hasil bantuan founder Gobok Buku, en Saudagar Garam, akhirnya aku memiliki buku-buku karya beliau yang aku idamkan.

Buku Kita Hanya di Seberang Jalan ini mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki yang baru habis belajar mengharungi liku hidup demi mencari kerja tetap yang susah di perolehi. Bermula kerja sementara di semenajung, rushdan pulang ke kampung halaman,menumpang sementara di bangsal pisang milik sepupunya didiami bersama 2 orang lagi sepupunya, menjadikan cerita ini mempunyai pelbagai variasi.

Dengan terbitnya watak fatimah, seorang gadis yang berjuang dengan mempertaruhkan antara minat dan tanggung jawab sebagai seorang anak. Menjadikan cerita ini berirama kemerahan di penghujung yang membuatkan pembaca akan terus tersenyum.

Bagi pandangan aku, cerita ni banyak memberi impak positif, semangat berjuang, hormat kepada orang tua, semangat setia kawan, sifat saling membantu, sifat berbaik sangka, menangani masalah dengan tenang, sangat positif. Aku suka. Dan memang aku mencari buku-buku yang hanya memberi impak positif sahaja dalam koleksi aku.

Tapi jangan disangka buku ni macam buku motivasi yang disampaikan pakar-pakar motivasi pula. Sebab buku ni penuh dengan lawak jenaka, di pertengahan cerita.. Memang ada lawak yang aku tak jangka. Contoh, kawan rushdan,kuswadinata tahan cirit birit sampai badan naik kejang terpaksa polis panggilkan ambulans demi menyelamatkan kuswadinata, memang aku tergelak terbahak-bahak. Sebab aku tak terpikir langsung scene ni dalam kepala aku selama ni. Dengan ada beberapa babak lagik, melibatkan fatah dan sepupu-sepupunya yang lain, dengan kehadiran budak kelapa parut, ya Allah memang aku gelak sakan.. Tak tipu punya, bukan senyum tau.. Memang gelak. Aku susah sikit nak gelak kalau lawaknya tak tahap gaban. Kalau gelak tu makna tahap gaban+ suria perkasa hitam le tu..

Jadi pada korang yang ada perancangan nak beli buku ni, jangan teragak-agak. Aku syor untuk korang baca. Sebab bagi aku buku ni ada impak positifnya dan paling penting, tak mengantuk kalau membaca...


Sekian review pertama koleksi buku aku


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Monday, April 29, 2013

JOM menabuuuuung !!!

Kikkikiki.. Comel kaaaaan?!
Hahahaha, sebenarnya, aku dah lama dah menabung ni, nak-nak lagi duit syiling. Cuma, baru-baru ni, housemate aku ada cakap, dia menabung suit seringgit-seringgit. Tiba-tiba aku terasa macam.. Kenapa aku tak kumpul juga kan? So, mulai malam ini, aku pun akan kumpul seringgit dalam tabung aku..

Cer tengok gambar tu, nampak kan, duit syiling aku ada dah penuh dah. Kenapa bekas dia comel?? Supaya senang aku nak tengok dia cepat penuh. Wakakakaka, so, lepas penuh aku buat apa? Aku tukar dengan ayah aku ar.. Ayaj akukan meniaga.. Yang tutup biru tu, aku nak kumpul seringgit-seringgit. Ada perasan tak not 100 dalam tu? Aku saje nak letak, sebab bulan ni kumpul 100 bulan depan lagi seratus pastu macam nak beli gitar klasik.. Tapi tengok dulu la.. Tak janji. Kadang-kadang minat aku ni bermusim.

Kenapa ada syiling salan bekas putih tu? Ouh, itu duit syiling lama, ada tahun 60an, 70an, 80an .. Yang ada parliman tu.. Haaa, aku simpan sikit mana-mana tahun yang susah jumpa tu... Lepas tu aku tak tahu buat apa. Harap ley buat duit. Huhuhu.

Korang ada tabung??? Tak de??? Jom la buat... Syoook ooo... Rasa macam lain la dari kita simpan kat ASB dia punya sentimental value dia lain.. Rasa macam kita masih di alam kanak-kanak kita...

Yuzuf yazid Yang Perasan Hensem!!! Kau menabung tak weyh??? Kalau tak menabung... Bawak-bawak le menabung.. Kumpul komik boley, nabung takkan tak ley kot.... Wakakakakakaka









Notakaki : baru lepas siapkan rempah untuk perapan ayam berempah. Dah lama aku sedar, kemahiran itu penting. Air tangan tak kan sama rasa... Siapa ada kemahiran jangan la sia-siakan.. Boleh buat duit oooo....










My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun