Thursday, February 21, 2013

Aku dh tersalah hari!!!!

Sorry guys, ada ke patut aku post wordless wednesday pada hari khamis???? Adui. Sorry sangat-sangat! Eh tp saat aku menulis ni, aku masih merasakan aku berada pada hari rabu.. Haih! Sudah apa kes?!

Maaf la, aku mmg dah lama tk menulis untuk korang, insyaAllah mana yang ada dlm draft, akan aku publish tak lama lagi, buat korang yang menunggu penulisan spm aku.. Kehkehkeh.. Ada 1 cerita yang aku baru buat 45%, akan aku postkan untuk korang nanti ya.

Aku sekarang ni bz yang teramat sangat, tp malas tahap gaban! Esaimen berlambak! Kerja opis pun banyak. tapi itu pun sempat aku berporum dan main candy crush saga! Ciss!!! . Aku kena study, aku tk nak ada yang aku gagal pada subjek sem ni. Aku nak habeskan segalanya.

Hurm, kehidupan aku ada sedikit celaru. Seminggu dua ni..aku dah strat valik mimpi yang bukan-bukan. Hurm, malam semalam masa sidai baju, duk asyik ternampak bayang kak pon je pulak. Perasaan aku je kot kan? Tapi,sebelum masuk bilik aku sempat sambar surah-surah manzil, aku baca dalam bilik, itu diaaaaaaa, sakit kepala habaq hang! Berat macam kena hempap batu!!!

Korang doa je lah mana yang terbaik untuk aku. Doakorang aku mohon Allah balas dengan kebaikan yang akan membantu korang tatkala korang kesusahan. Amin..












Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wordless wednesday : almari buku aku punya!







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 20, 2013

JOM KE BUKUJALANAN BANGI........!!!!


JOM JOIN MEMBACA BERSAMA BUKUJALANANBANGI!!

Kepada kawan-kawan yang minat membaca, mencari-cari kawan untuk bertukar-tukar buku, jangan malu jangan segan jom join kami di BUKUJALANAN - BANDAR BARU BANGI (BJBBB). Waktu dan tempat seperti berikut : 



TARIKH         :           24 Februari 2013
MASA             :           5pm - 7pm
TEMPAT       :           Taman Tasik Cempaka, Bangi (berdekatan dengan McD bangi, ada
playground dekat2 area situ)

Boleh follow twitter @bukujalananBBB atau like FB page Buku Jalanan Bandar Baru Bangi
KONSEP & HISTORY :

BukuJalananBangi berkonsepkan perpustakaan umum yang santai dan terbuka.  Di sini terdapat buku-buku yang di dermakan orang ramai untuk dipinjam secara percuma dan boleh kenali rakan-rakan yang minat membaca dan boleh bertukar-tukar buku yang di minati serta bertukar-tukar pendapat . BukuJalananBangi juga akan menjadikan kita lebih mengenali kawan-kawan yang sama minat membaca menulis dan sebagainya dan boleh berutkar pendapat tentang perkara-perkara yang diminati.                                        .  

anda juga boleh membawa buku yang tidak mahu disimpan lagi untuk di sedekah kan disini, dan membawa buku-buku yang telah di baca untuk sesi  bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan yang baru.                                                                                   .

Buku Jalanan Bangi baru di tubuhkan, dan di kendali oleh anak-anak muda yang minat pada bahan bacaan dan program-program kesusasteraan. Kali pertama dijalankan pada 10 februari lalu. BukuJalanan Bangi masih lagi di peringkat awal dalam memperkenalkan konsep ini kepada masyarakat bangi dan kawasan sekitar. program yang di jalankan berasaskan perpustakaan terbuka dan santai sahaja kerana ia masih lagi baru dibanding dengan BukuJalananTitiwangsa, BukuJalananShahAlam,BukuJalananPasirGudang dan sebagainya.Tetapi BukuJalananBangi akan meningkatkan program aktiviti dari masa kesemasa.                                                                           .

Kepada anda, bolehlah datang bersama keluarga dan kenalan. juga boleh membawa buku2 terpakai untuk di sedekahkan, dan buku-buku yang hendak ditukar-tukar dengan rakan-rakan baru yang lain.                                                                     . 

sekiranya anda ada buku terpakai, tetapi tidak dapat datang pada hari tersebut, bolehla hubungi saya untuk disampaikan kepada BukuJalananBangi. hubungi saya di talian 0196712360 sebelum atau pada sabtu pagi.                            .

Tuesday, February 19, 2013

TIPS MENGUNDI DARI DOKTOR MAZA

oleh kerana dah nak dekat pilihan raya ni, aku rasa tak salah kalau aku nak share sesuatu ilmu yang berguna, supaya kita semua tahu macammana nakmenilai dan membuat keputusan.  walau apa puntips yang diberi ini, ia adalah secara ilmiah kerana segala penerimaan, segala keputusan dan pertimbangan adalah dari diri kita sendiri juga. jadi, marilah kita sama-sama baca apa tips yang di  beri : 


1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.


aku rasa sampai disini sahaja, mana  yang baik dijadikan tauladan mana yang buruk jadikan sempadan.  mengundi dengan bijak. ingat, kita sangatlah berkuasa, kerana undi kita mewakili kebajikan kita dan anak cucu kita sendiri.

untuk membaca penarangan yang lebih jelas, boleh lawati ke MINDA TAJDID - DR MAZA

klik iklan ni tak kena bayar pun