Wednesday, January 2, 2013

Wordless wednesday.. Versi urm..









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 1, 2013

1-1-13

Satu permulaan tahun yang baru, hari selasa.. Hurm... Sebenarnya, hari ini, aku tempoh semua benda yang tak best. Dr ambang kedatangan 1-1-13, aku rasa sesuatu.. Sayu dan kehilangan. Tapi apa dia aku tak tahu.. Juz a feeling! Tapi terasa.. Sangat terasa..

2 benda.. Aku dapoat tahu, pasal sorang kawan kena santau, sorang lagi kena rompak bersenjata dengan samseng jalanan.. How worse their 2012 end up.. Tapi ini bukan perkara-perkara yang membuatkan hati aku hiba.. Bukan... Oni cuma satu perkara, yang aku dapat tahu sahaja..

Di siang hari, '13.. Pun aku tempoh dengan perasaan yang tk berbaloi.. Entahlah, pegi kedai makan kena sound dengan orang tukang buat air, walhal dia yang salah. Lepas tu.. Dengan menda-menda kecil Di jalanan.. HAH!!! Rasa letih.. Dan terasa sialnya hari itu.

Boleh tk bagi aku sedikit manisan.. Agar aku dapat palit untuk secebis senyuman... Supaya terasa warna warni girang.. Buat pembuka hari indah 2013?
(–˛ — º)







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 28, 2012

jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERIIIII...



tak sangka plak misteri ni boleh datang rumah aku malam tadi. adoi la..

malam tadi, osmet aku masak bihun goreng untuk kitorang satu rumah, bertiga je lah. masa makan-makan tu, aku ni berkira-kira nak cerita atau tak latest news pasal komuniti kitorang tu, so lastly decide better cerita, mula-mula bukak isu lain..

aku tanya "ada korang dengar berita pape kat sini?"

kawan aku lagi dua orang tu menggeleng.. diorang tahu. kalau aku start cakap serius tanya macam tu maknanya ada benda nak aku sampaikan dan suruh diorang berhati-hati. so aku mula kata.

"first isu pasal kereta hilang kat parking lot dua. " 

kawan-kawan yang lain cuak la.. sebab isu kereta kot, penyamun sekarang buka kira kereta jenis apa pun, semua belasah curi. dah diorang tanya aku itu ini, itu ini, dah jawab semua aku masuk plak kes kedua

"second isu, kejiranan depan nampak something kat atas bumbung situ, dalam jam 12 ke atas, mula-mula dengar bunyik burung sekali dia toleh, dia nampak ada benda atas bumbung tu. but dalam komuniti diorang tak de plak describe macam mana bentuk rupanya cuma di kata, besar and itu adalah makhluk dari alam lagi satu. dan kebetulan ada kawan dalam forum cerita yang kawan dia ada nampak kelibat macam kelawar besar terbang atas dia. aku rasa dia benda yang sama, dan yang pasti benda tu dalam kawasan sini sahaja. sama ada dia memang makhluk Allah nyata yang ganjil atau memang makhluk Allah yang ghaib, itu tak sure. kita boleh agak sendiri la kan?" 

so, kawan-kawan aku yang dua orang ni ada sedikit cuak. tapi muka masih cool. aku pun malas nak continue pape, tapi yang lagi sorang ni pulak cerita pasa kes-kes bunyi kat rumah atas, pasal bunyi tapak kaki budak la apa la, walhal masa tu tu rumah atas tu sebenarnya kosong, kawan lagi sorang pun cerita jugak tapi dia kata kat dia bunyi manik berterabur, so aku kata ada je aku dengar bunyi budak hentak kaki dengan bunyi hentakan barang-barang. tapi aku malas layan sebab dah tahu 'dia'nye keje. habes je cerita, budak-budak ni semua masuk bilik, so aku last skali, tutup tv, tutup sliding door, tutup lampu semua. Masuk bilik masing-masing.. sendiri punya aktiviti lah.

Pagi ni pegi keje, sekali sorang wasap

Lisa: sape tutup lampu tengah kul 1 malam tadi?
Aku: sure bukan aku
Fira: aku tak..

..........

Fira: siapa bukak lampu bilik air luar pagi tadi? Aku nak masuk tengok lampu bilik air terbukak dah
Aku: lisa kot,sebab aku terjaga 5.50 ada orang masuk bilik air.
Fira: ouh ok..
Aku: tapi tak tahu le weyh, aku agak je.. tunggu jelah dia jawab

.........

Lisa: eh, aku kompius skang ni.
Aku: ok skang sebenarnya sape yang tutup lampu tengah, sape plak yang bukak lampu bilik air? Lisa ko sure ke lampu tengah tu bukak? Sebab seperasan aku, masa aku tutup semua tu, memang gelap semua, aku tak bukak mana-mana lampu pun.
Fira: yup betul, aku perasan memang gelap.
Aku: aku jam 12 dah tido dah
Fira : sama, aku pun..
Lisa: macam ni, aku memang tido lambat, dalam jam 12 lebih tu, aku bangun pegi toilet, pastu aku bukak lampu tengah tu, sebab kau dah cerita benda-benda macam tu, aku rasa macam tak best plak nak tido gelap gelita. Aku pasti, memang aku bukak lampu tengah, sebab cahaya dia masuk bilik, dalam aku golek-golek atas katil.. tiba-tiba aku dengar bunyik petik suis. Aku tengok bawah pintu, gelap. Aku pelik jugak, sebab tak denga pun bunyik pintu korang.aku mals nak jengah, dan aku malas nak bersuara tanya. Kot benda lain, cuak la aku. Tapi aku tak tahu plak yang lampu bilik air terbukak. Sebab aku sure aku tutup.
Aku: hurm sudah... nasib dia maintukar suis..
Fira: pulak dah... aku ada terjaga jam 1 lebih sebab aku dengar bunyik bising sangat kat bawah tu, bunyik moto la apa la.. tapi tak pulak perasan pasal lampu.
Aku: perasan tak.. tiap kali kita cerita mistik..kalau tak malam tu jugak.. mesti selang 2-3 hari ada benda pelik jadi?
Lisa: yup perasan
Fira: yeke?
Aku: so, buat tak tahu je. Dia memang suka kita ni duk  bercerita pasal dia.

So, aku dengan housemate aku buat andaian misteri  ni terus jadi misteri.. tak tahu siapa, dan tak tahu makhluk apa.. tak pernah di kacau ekstreme, Alhamdulillah.. Cuma tulah, hakikat masing-masing terasa ada orang lain duk sama, Cuma tak di tunjuk rupa. Alhamdulillah. Tak payah lak menunjuk rupa.. kang susah pulak nak handlenya.. huhuhu

Sekian warta berita..






Thursday, December 27, 2012

IKHLAS

HI guys... lets get the new happiness starting day.. hikhikhikhik.. mai kita duk besenam seketika..

            

ok good.. bak kata instructor aku.. bersenam akan mengeluarkan endorphins yang akan buatkan kita rasa happy.. yup happy...  kehkehkeh.. lama kan takmain icon.. ok... dah... 

nak cerita bab ikhlas.. 

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

aku skang ni tengah belajar mengikhlaskan diri.. dalam apa jua keadaan dan perkara.. walau ia sekecil hama..susah sebenarnya nak mengikhlaskan diri.. tapi in sya Allah.. kalau kita nak buat, kita boleh dapat, asal kena istiqamah ye tak? 

aku memang sangat-sangatlah admirer pada manusia-manusia disekeliling aku ni.. yang mana mereka aku boleh nampak sifat keikhlasan tanpa teragak-agak mereka dalam melakukan sesuatu atau memberi sesuatu. masyaAllah.. jeles..jeles.. serius jeles.. sebab aku ni ada masanya menjaadi keikhlasan aku.. memang aku buat, aku bagi sesuatu dengan keadaan diri gembira.. happy.. cuma kadang-kadang tu bila datang kedekutnya.. mula la berkira-kira.. mula la terfikir-fikir.. haih.. macam mana tu?? hikhikhik

tak pelah.. yang penting, aku kena usaha sungguh supaya dapat perbaiki diri... nak-nak lagi dalam kisah beribadah.. supaya tidak timbul riak dalam melakukan ibadah kecil-kecil.. walau dengan hanya senyuman.. mudah-mudahan tidak terpesong niat.. ye tak? tak mengharap pujian atau senyuman balas dari orang yang di beri senyuman tu.. 

istiqamah... itu yang penting.. korang plak.. dah fikir tetang ikhlas? kalau dah.. boleh la share-share dengan aku kat komen nanti.. ok?  





kredit to blog lenggangkangkung



klik iklan ni tak kena bayar pun