Sedih hati bukan kepalang,
Bila diri disalah erti,
Bagai diri berjauh alang,
Dengan kasih keluarga sendiri.
Tunduk semalu berduri tajam,
Terbang kenari kedahan tinggi,
Tidak kusangka ku diperkata kejam,
Mengecilkan hati ibu bapa sendiri.
Ular berlengkar di tepi semak,
Kura-kura berjalan bersusah payah,
Ampun ku pinta pada si emak,
Begitu juga dengan si ayah.
senyap ku ini di jadikan cerita,
Kisah aku tak bertegur sapa,
Tapi tidak pula sesiapa pandangku terus kemata,
Untuk mengetahui apa angkara ku duka nestapa.
Bertukar rupa bagai sesumpah,
Katak bertapa bawah tenpurung,
Perangai ku memang berubah-rubah,
Ada masa aku memang menjadi murung.
Janganlah ada salah erti,
Hati ku berubah mengikut angin,
Bila waktu aku begini,
Orang keliling bertemu tak kepingin.
Wal usul balik ke asal,
Mentara kuning kulaung madah,
Memang ini perangai ku yg asal,
sejak kakiku jejak ketanah.
Walidung mayang sari,
Sari puteri turun kebumi,
Kupohon ampun 10 jari,
Pada mereka yang terasa hati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 24, 2012
Thursday, November 22, 2012
Tragedi hitam Deir Yassin lautan darah Palestin
Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)
Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 64 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.
Di manakah letaknya Deir Yassin ?
Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.
Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.
Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
Apa kata saksi tregedi Deir yassin yang terselamat ?
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,” Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.
Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.
Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Siapakah arkitek kepada tragedi ini?
Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.
Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.
Kesan Deir Yassin
Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.
6 dekad selepas Deir Yassin
Kini telah 64 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.
Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.
Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?
Semoga al Aqsa dan Palestin terus terbela !
Salam perjuangan,
Dr.zsumber sekunder : cari.com
Friday, November 16, 2012
Alangkah indahnya.....
Bestkan sebenarnya hidup ni kalau ada pasangan.. Mesti meriah je.. Ntahlah..kadang kala aku terpikir..kalau dapat yang sekepala..yang boleh ikut rentak kita..yang boleh bertolak ansur dengan kita..ya,alhamdulillah..mesti rasa tenang dan bahagia..gembira dan kuat..
Tapi..kalau yang jenis tak nak bertolak ansur.. Yang buat kepala sendiri..tak bertanggungjawab.. Mesti sakit hati kitakan? Aku tak tahulah.. Aku nak ada pasangan hidup..aku nak rasa manisnya hidup berpasangan..walau umur aku dah tak banyak masa..tetap aku nak merasai.
Tapi.. Hakikat aku takut..takut sekiranya aku sapat yang jenisnya tak tentu arah..yang tak de tanggung jawab.. Yang tk boleh nak terima aku seadanya aku.. Yang tak mampu menjadi pelengkap aku.. Sekiranya mendapat yang baik akhlaknya.. Aku takut dengan erti kata perpisahan.. Aku takut dengan makna kehilangan.. Aku takut kalau aku kembali kesorangan.. Aku takut...
Apa yang perlu aku buat? Hakikat kini, belum ada yang betul-vbetul berani tampilkan diri kepada ayah..yang bercakap memang ramai.. Tapi yang tampil..tak de.. Kata putus aku hanya dari mulut ayah.. Ya kata dia.. Ya lah untuk aku juga.. Antara aku dengan ayah.. Ayah yang lebih memilih.. Bukan aku.. Kalau kau datang pada aku.. Dan aku layan dengan ramah.. Itu bermakna aku selesa..bila kau tanya kata putus akudan aku kata tanya ayah.. Maka jadilah lelaki sejati untuk berjumpa dengan ayah.. Dari aku sudah ada 50% hanya ayah yang dpt melengkapkan persen nya.. Tapi... Kenapa masih tidak ada yang memahami dan mengerti????
Alangkah bahagianya..kalau ada lelaki sejati yang berani bertemu ayah dan pandai mengambil hati ayah... (╯︵╰,)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tapi..kalau yang jenis tak nak bertolak ansur.. Yang buat kepala sendiri..tak bertanggungjawab.. Mesti sakit hati kitakan? Aku tak tahulah.. Aku nak ada pasangan hidup..aku nak rasa manisnya hidup berpasangan..walau umur aku dah tak banyak masa..tetap aku nak merasai.
Tapi.. Hakikat aku takut..takut sekiranya aku sapat yang jenisnya tak tentu arah..yang tak de tanggung jawab.. Yang tk boleh nak terima aku seadanya aku.. Yang tak mampu menjadi pelengkap aku.. Sekiranya mendapat yang baik akhlaknya.. Aku takut dengan erti kata perpisahan.. Aku takut dengan makna kehilangan.. Aku takut kalau aku kembali kesorangan.. Aku takut...
Apa yang perlu aku buat? Hakikat kini, belum ada yang betul-vbetul berani tampilkan diri kepada ayah..yang bercakap memang ramai.. Tapi yang tampil..tak de.. Kata putus aku hanya dari mulut ayah.. Ya kata dia.. Ya lah untuk aku juga.. Antara aku dengan ayah.. Ayah yang lebih memilih.. Bukan aku.. Kalau kau datang pada aku.. Dan aku layan dengan ramah.. Itu bermakna aku selesa..bila kau tanya kata putus akudan aku kata tanya ayah.. Maka jadilah lelaki sejati untuk berjumpa dengan ayah.. Dari aku sudah ada 50% hanya ayah yang dpt melengkapkan persen nya.. Tapi... Kenapa masih tidak ada yang memahami dan mengerti????
Alangkah bahagianya..kalau ada lelaki sejati yang berani bertemu ayah dan pandai mengambil hati ayah... (╯︵╰,)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, November 9, 2012
Cerpen : Amim...aku amim... (5)
“ so, sekarang ni kita nak kemana eak amim?”
“lah, kau kan yang beriya nak pegi kuar makan.. mana lah aku tahu..”
“ala amim.. putrajaya ni kan kawasan awak.. saya pun bukan selalu
kesini.. jalan pun ikut arah signboard je ni.. macam mana nak pegi tempat
makan…” aman buat muka bulldog (muka sedih lah..)
“huh..! yelaa.. awak nak makan apa?”
Aman senyum…..
“hurm… tak kisah apa-apa.. tapi saya tak nak yang crowded sangat, pastu
kalau boleh nak yang beraircond.. ea?”
“ceh..! demand..!”
“eh, kereta saya yang bawak kan.. so, tunjuk je lah kat mana..” aman
berpaling ke cermin tingkap melempar senyum.. cover weyh.. jangan tak cover..
Ima menjeling..
” meluat betul” getus hatinya…
“terus.. hurm… ha, depan kat lampu isyarat tu kang ambik kanan.. terus…
perlahan…perlahan… masuk simpang tu… cari parking..”
Aman mengikut saja arahan tanpa berkata apa..
“tu ke tempat makannya..?”
“yelah… dah kata nak beraircond… Steak House Oh Honey”
“hurm, ok..Jom..”
Aman keluar kereta di ikuti ima .. dan mereka jalan be
riringan…
“Selamat Datang….”
“terima kasih..” ima dan aman menyahut sambil tersenyum..
“dik.. table untuk 2orang..
hurm.. yang agak privacy sikit ada..”
Pelayan tu cuma senyum.. “ ada couple seat kat hujung sana belah kanan
bang”
“thanks.. cantik sangat dah tu… mana romantik kalau orang tengok kan
dik kan? Kan? Kan?” aman memandang pelayan tu sambil angkat kening..
Pelayan hanya senyum..
Ima memandang aman dengan mata bulat marah..
“alamak, singa dah marah…” aman terus jalan laju-laju ke tempat yang di
kata…
“ hah?? Singa???” ima mengetap bibir… tapi kaki tetap juga melangkah
mengikut belakang aman..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ nak pesanan apa encik?”
“ hurm.. ada cadangan tak dik?”
“erm.. ni kita ada buat promotion couple set 2set steak, garlic bread
and mashroom soup, couple ice cream and
lovely drinking Oh Honey..”
“haaa.. yang tu jelah dik ya.. thanks..”
Ima memandang..
“er..tapi… aku…” ima terputus kata bila tengok pelayan tu terus pergi
tanpa sempat dia bercakap apa..”huh..! bagus..! suruh orang belanja,, pastu
pandai-pandai dia order utuk orang plak..cet..!” ima mengetap bibir..
“baik..baik.. jatuh harga hantaran karang… “
“kenapa?” ima menjeling..
“ketap bibir sampai nak putus saya tengok..” aman senyum
Ima menjeling..
“ouch..!” aman memegang dadanya
“eh kenapa??” ima cuak sekejap..” kenapa pulak la mamat ni tetiba je
ni” rungut hati dia..
“ haaaaah… terasa sikit kat sini… jelingan awak tadi…. Tajam…”
“ ERGH..!” ima membalingkan kain alas di depannya..
Aman gelak memanjang….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“jemput makan ya ,, kalau ada apa-apa permintaan lagi, sila tekan
button ini sahaja ya encik..” pelayan berlalu dengan senyuman…
“waaaah diorang tahu je kan nak bagi privacy… hikhikhikhik..”
“ceh..! sekarang semua restoran majority dah pakai call button la…
huh..! buat malu je.. gaya macam selalu makan tempat mahal-mahal.. itu pun tak
tahu..” ima mengomel..
“ ish minah ni… aku cium kang baru tahu..” aman merungut dalam hati..
“tak lah jarang juga… dulu selalu la.. tapi dah lama dah jarang
datang..”
“dengan boyfriend?”
Ima tetiba-tiba terdiam.. putaran waktu kembali ke 4 tahun lalu..tempat
makan inilah yang menjadi saksi setiap kali pertemuan dia dengan Ridzauden..
setiap kali ke Putrajaya.. inilah tempat makan yang akan Ridz bawak.. romantik
katanya..
“perlis..perlis..perlis… dah sampai perlis.. boleh turun ya… “ aman
melaung separa jerit… sambil buat muka toya sambil mengunyah steak dalam
mulutnya..
Ima memandang aman.. aman memandang ima..
“lama sangat menung.. saya dah makan suku dah ni.. awak tak gerak-gerak
lagi..”
Ima baru tersedar.. lama rupanya dia flash back..
“err.. sorry….” Ima memotong steak dengan sopan..
“its ok… biasalah tu.. cerita lama kan.. memang la jauh sikit
menungnya..” aman senyum…
Ima pun senyum…
“hurm aku kena nuetralkan balik suasana ni… “ aman berbisik dalam hati…
Ima senyum.. “ hamima..”
“hamima?”
“ha’ah…” ima mencapai handphonenya.. lalu menaip.. hAMIMa … di sua ke
muka aman..
“ooooo, barulah saya paham….” Aman gelak..
“lambat la kau ni..hahahahaha…” ima gelak
Aman senyum.. senang bila tengok amim dah boleh di lembutkan sikit..
“ nama kau apa eak?” ima bertanya…
“aman… aman graseka..”
“ouh.. jawa ea??? “
Huk..Huk..Huk..Huk… aman cepat..cepat minum air..
“laaa kau dah apahal?? Awek kau nyebut nama la tu..” ima mengomel..
“aman graseka nama pelakon la…” kata aman..
“uik.. yeke? Err.. hehehehe.. sorry tak tahu…”
“nama saya aman syah..”
“ooo..”
“eh, kan saya dah pernah bagi tahu.. awak tak ingat ke?”
“erk…?” ima terberhenti seketika..
Aman memandang sambil mengecilkan mata…
“hehehehhe.. ada ea? Hehehehehehe.. tak perasan…. Hehehehehehehe…
sorry..”
“Budak ni memang nak kena ni……”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)