Saturday, March 3, 2012

soalan dari blog brother love

ok...soalan ni sebenarnya.. aku jawab kat forum aku join.  tapi soalan ni di ambil dari blog brother love... link tak lak diorang tepek.. huhuhuhu... so diorng tanya... aku jawab seikhlas hati.. dan aku teringin plak nak tepek kat blog sendiri... ekekekeke... jom layan soalan2 dia...


1. Apa harapan you apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang you suka, untuk saja berkawan atau untuk future husband? 

obkos la kan.. kalau dah yang kita suka..makna dia dah sempurna untuk kita.. mestilah kalau boleh nak dijadikanfuture husband...tapi kalau hest.. aku akan tengok how that guy react dengan kita..kalau dia macam teruja juga dengan kita.. so make a move ..kalau dia biasa2 saje.. adalah lebih baik aku melayannya sebagai kawan baik..dari mencurahkan isi hati buat dia tak selesa dan akan kehilangan dia as a fwen..huhuhu.. sayang lagi kot persahabatan dari perasaan sendiri...

2. Bila you planning untuk berkahwin?

planning kawen eak???  bila dah ada yang sudi terima diri ini seadanya 

3. Bagaimana wedding yang you imagine kan, tahap artis ke, vip ke? 

jujur.. aku suka melayu klasik.. kalau boleh nak semua tetamu.. tak pun cukup meja makan beradab tu makan bersimpuh atas stage@pangkin.. tp kos giller mahal kot... so.. but ala kadar sahaja.. asal majlis lancar...semua orang balik dengn rasa kegembiraan sebab aku kawen.. miaaahahahaha

4. Adakah you ni anak mak? Atau seorang yang hanya mengikut kata ibu bapa dalam perihal perkahwinan?

actually tak.. sebab memang aku survive hidup dari umo 13 kot... dalam hal kawen ni.. mak ayah aku memang serah 100% kat diri ini.. sebab mereka tak nak suatu hari nanti.. aku menyalahkan mereka.. sekiranya mereka merancang untuk aku itu akhirnya hancur..

5. Adakah you ni seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang keibuan? 

aku memang suka budak2 ...  suka peluk cium.. tapi sejak aku dah ada anak buah.. baru aku tahu.. letih jugak eak nak jaga baby yang meragam ni...  

6. Adakah you seorang yang sukakan kanak-kanak? Berapa ramai anak yang you mahu miliki?

yup..yup..yup..dan yup... kalau boleh seramai yang termampu....

7. Apa yang you shopping setiap bulan? 

barang dapur.... dengan stok peribadi yang dah tak de

8. Bagaimana cara your money management? Suka menyimpan duit, atau suka menabung, melabur? 

errggh.. soalan mental ni... sebab aku suka menyimpan.. tapi kawan2 yang suka pinjam duit aku tak pulang.. dan lelaki-lelaki dayus yang suka kikis duit aku .. aku tak pernah halalkan walau sesen pun duit aku pada diorang... dan aku selalu doa.. diorang akan bawa hutang aku untuk di hitung diakhirat kelak...

9. Adakah you mempunyai hutang dengan mana-mana bank, finance company? 

ada.. teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt.........

10. Apa yang you paling suka lakukan masa lapang?

memasak...tengok tibi...kalau ada partnet bru berjalan.. kalau sorang duk umah lagik bagus kot

11. You suka tidur tak, dan selalu bangun pukul berapa?

rugi kalau tak suka tidur.. itu satu kenikmatan yang Allah bagi... tapi masa tido aku tak menentu... tapi masa bangkit aku adalah jam 615 pagi...

12. Pernah tak you jatuh cinta dengan 2 orang lelaki sekali gus?

tak pernah

13. Adakah you ni boleh dianggap sebagai seorang yang romantik? Suka dimanjakan?Suka berkepit setiap masa?

ok.. jawapan susah nak tulis.. tapi aku quote dari lirik lagu 150 juta kali by fynn jamal ..  

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa 


14. Adakah you mahu pasangan you seorang yang romantik? Jika dia tidak romantik macamana? 

hakikatnya.. semua orang akan nk yang macam tu kot.... tapi kita manusia.. kadang2 kita rasa kita dah romantik.. tapi bg pasangan tak pun... so ..i will talk and discuss mith my husband....

15. Adakah you ni seorang yang cepat kasihan pada lelaki?

tak... aku cepat kasihan pada lelaki dan perempuan yang menangung derita... ekekeke... perasaan kasihan kan? bukan kasih kan? 

16. Best vacation holiday yang pernah you pergi? 

sarawak.......

17. Adakah you ni seorang pembersih? Suka mengemas? Pakaian sentiasa berlipat dan barang ditempatnya? 

perkara di atas.. saya adalah sederhana... bukan sentiasa atau sangat...

18. Perkara yang you paling benci dalam diri lelaki? 

suka up diri.. tak reti hormat orang.. tak tahu berterus terang

19. Perkara yang you paling suka lelaki lakukan untuk you? 

MENGHARGAI SAYA

20. Lelaki yang sebagaimana yang boleh buat you rasa teruja?

matang..pandai hormat orang tua..berani tegur aku kalau aku salah nak2 lagi bab agama....yang PANDAI SURVIVE

21. Apakah satu hadiah yang paling you suka sekali pernah you terima?

daripada lelaki ke? apa sahaja yang terlah di beri.. walau sekecil zarah

22. You suka berkawan dengan ex-boyfriend tak? 

ya.. memang  berkawan. tapi ex yang kami kawan memang sampai tahap kenal family... aku jenis suka berkawan.. berkawan dgn family skali...

23. You boleh terima tak kalau boyfriend you masih berkawan dengan ex-girlfriend dia? 

jujur memang ada rasa sikit takit.. tapi aku tak kisah.. asal dia letak aku tinggi dari awek dia... dan tak payah nak layan ex mcm awek lagi... ber aku kau suda...

24. Bila you sudah menjadi isteri, suami you nak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia, you akan larang tak? 

insyaAllah tak.. tapi janganlah sampai mengabaikan aku dan selalu tinggalkan aku kesorangan...

25. Bagaimana pula jika ada seorang wanita yang dalam kesusahan, perlukan bantuan suami you. Adakah you akan cemburu? 

cemburu tu mesti ada... tapi laki aku kena sentiasa jujur dan honest dengan aku... tapi selalunya.. aku akan involve untuk sesi bantu membantu ni... nak juga tambah pahala... 

26. Seorang lelaki, sangat suka masakan ibunya, jadi apabila berkahwin, dia akan mengharapkan pasangannya pandai memasak sesedap ibunya, adakah you boleh lakukannya? 

pasti tak boleh... sebab masakan ibu tiada tandingan.... air tangan ibu itu sangat lain manisnya... tapi aku akan berusaha untuk beri yang terbaik... so please jgn kendem atau hentam sesuka hati.. sila beri galakan dan semangat... hihihi

27. What is your favourite movie/songs� suka menonton movie or going for a concert? Mungkin suka tengok teater? - 

ku jenis.. flexible.. selagi aku blh buat demi orang tersayang aku akan cuba... tapi aku tolak awal2 heavy metal... huhuhuhu...

ouh ya.. lagu kegemaran aku eak?  when i need you by leo sayer... dengan lagu gita gutawa...selamat datang cinta


28. Suka jogging? Exercise? Swimming?

yup..sngat suka.. terutama bola tampar dan senam tari.. walau hakikat aku kayu... huhuhuhu

29. Apakah tabiat buruk you? 

jap...cuba ingatkan balik.... tabiat buruk ea.... aku jenis khusyuk dgn satu benda je... aku tak reti nak adap dengan tekun 2 keje..contoh.. klau aku kusyuk tengok tv... ada orang ngumpat aku kuat2 kat sebelah pun aku tk dengar

30. Very sure you tidak akan benarkan suami you kahwin lagi seorang, tetapi bagaimana jika dia dan girl tu sudah jatuh cinta� kalau tak kahwin nanti berdosa. So apa solutions dia?

aku pernah fikir benda ni.. jujur memang akan perit.. tapi insyaAllah.. aku kan seikhlas hati membenarkan dengan syarat... suami aku mempu segalanya... dan adil

Tuesday, February 21, 2012

soal jawab bersama HEST part 1



" baru-baru ni kawan baik saya kawin...ni dah terasa sikit sunyi dah ni....memula lepas habis study hari tu, berpisah dengan kawan-kawan sebab keje...sekarang diorg satu persatu nak kawin...rase sedih la....diorang plak bz keje lg, suami lg...mana de ms utk sy....sebab tu sy nk cari kawan-kawan dalam forum ni, yg senasib ngn saya...at least ade kawan...sekarang pun dah start rase sunyi...sedih...macam mane akk atasi sume tu ek? "


assalamualaikum semua... hai guys... haa tiba-tiba ada slot soal jawab bersama hest eak? tapi ini yang aku nak buat lama dah.. ada beberapa forumer yang bertanya tapi hari ni baru dapat nak up soalan yang ini satu...  soalan ni baru sahaja di utaraakan kepada aku semalam.  Now aku terasa sangat pulak macam aku andartu.. hahaha walhal umur muda lagik. but its ok... memang aku perasan dejavu ini semua... dari dulu macam ni... aku kena alami sesuatu perkara.. supaya aku dapat nasihatkan orang dengan nasihat yang betul... ok lets continue to my answer for this gurl...  tapi aku buat versi bacaan blog eak.. 

dear salju...

                  sebenarnya, perasaan salju tu tak salah pun, pada umur menjangkau 25 keatas, seorang gadis yang masih belum bertemu jodoh.. atau yang masih belum ada pacar... memang akan rasa kekurangan.. akan rasa sedih.. akan rasa sayu dan yang paling rasa adalah SUNYI... nak-nak lagi bila kita melihat kegembiraan memancar pada tiap wajah sahabat-sahabat kita.. nanti percayalah suatu hari nanti akan tiba juga satu perasaan cemburu bila.. melihat family bahagia lalu didepan kita di shopping complex atau tempat umum.

               ok nasihat akak hest untuk salju atasi situasi.  Pertama sekali, cari lah kawan-kawan baru.  yang mungkin lebih sporting dan banyak aktiviti.  sebab dalam situasi ni.. kita memerlukan seseorang untuk berbual.. kalau diam je.. akan rasa macam serabut dan tak lengkap hidup.  tapi hakikatnya, akk hest tak lah menggalakkan sangat kekerapan keluar berfoya nih. sekali sekala apa salahnya.. akak lebih suka minta salju rapatkan diri dengan family.. sebab kadangkala tanpa kita sedar, selama ni kita terlalu lebih kan masa dengan kawan-kawan dari keluarga sendiri.. jadi masa ni lah salju perlu dekatkan diri dengan mak ayah serta adik-beradik yang lain, lagi cantik kalau ada anak buah.. ley main-main dengan diorang...

           selain dari tu.. akak galak kan salju buat aktiviti craft.. cari saje apa-apa DIY kat internet.. atau apa yang salju minat dan buat.. isi masa lapang. ini lagi bagus, selain kebosanan tu terhapus.. salju boleh dapat hasilnya... dan lagik menguntungkan.. kalau ada kawan-kawan nak tempah.. haaaaa kan dah kira dapat outside income tu... tapi kalau kak hest nak tempah.. kira free la eak.. hahahahaha... 

           lagi satu.. salju kena cari terapi untuk diri salju... macam akak... akak minat memasak.. terapi akak memang memasak.. akan akan luahkan semua ekspresi pada structure taste masakan akak.. settle je masak... memang legaaaaa sangat... so, salju kena cari apa yang menenangkan salju.. kalau membaca.. silakan.. kalau minat menulis.. buat lah blog.. tapi minta sangat-sangat.. elakkan diri dari  TIDUR! nanti gemuk.. lagi payah... 

            haaaa... dalam kata gemuk ni kan.. ok .. akak tak tahu macam mana dengan salju.. tapi kalau salju salah seoran dari orang yang terlebih BMI ni.. akak nasihatkan.. supaya salju target untuk reduce your weight atau.. mungkin memang dah kecik.. but reshape your body.. and fitkan.. 

                berkhalwat dengan Allah janganlah dilupakan.. kerana Dia lah tempat paling sesuai untuk kita merintih segala rasa dan duka... memohon segala kekuatan hati dan minda...  mengemis keredhaan dan kebahagiaan... 

selamat mencuba...............  =)            

Thursday, February 16, 2012

motivasi pagi

"u do what you can for as long as you can, 
and when you finally can't, 
you do the next best thing.
You back up but you don't give up!"
 
best kan kata pujangga atas tu... aku baca pada status sorang dari kenalan aku... jujur,, sangat menaik kan semangat aku yang masa tu tengah down gile-gile.   YOU BACK UP BUT DONT GIVE UP! sangat la mengujakan ok.. aku bersyukur sebab aku bertemu dan di takdirkan membaca benda ni, kalau tak aku rasa... semangat aku down jerk... huhuhuhhhu.   
now, aku dalam recover .. recover from everything.. i know i can do it.. i know i have a lot energy with full power to make myself cheer up  back... aku harap sangat apa yang ada sekarang ni, tak kan berkurang.. bahkan akan bertambah.. bertambah sampai betul2 aku sampai pada titik  noktahnya... pada makam batu maryamnya... eh... itu dah masuk part lain.. hahahahahaha... 

ok guys.. hope korang pun sama.. bersemangan dan terus bersemangat dalam memperbaiki diri.. love all of u.. terima kasih memberi support dalam hidup aku... terima kasih sangat-sangat...







assalamualaikum~

Monday, February 13, 2012

cerpen : AMIM... AKU AMIM.... (3)

" rahimah..."
" ya, bos..."
" saya nak awak pergi ke  USJ untuk pantau meeting data diseases control dekat sana, boleh? "
" mmm.. bila tu bos? "
" hari ni, jam 11 mula until 3pm.."
" erk.. hari ni? pegawai lain tak de ke bos? " tanya aku sambil tersengih...
" diorang saya dah arah pantau zon lain...." bos aku senyum je jawab....
" yelah.. yelah.. saje tanya bos.. nasib pakai baju cantik rini... ada driver tak bos? "
" sendirian berhad.. claim kemudian... " bos aku kenyit mata dan berlalu
" adoi la ... kena pergi sendiri lak.. ni yang malas nih..... tapi nak buat mcam mana... dah nama pun keje...perut lapar lak tu.. huhuhu... tak pe ar singgah makan kedai mamak best kat puchong tu...." ngomel ima dalam hati..

semua barang dan keperluan meeting di ambil segera di dalam bilik data... dia harus cepat, nak makan dulu sebelum sampai tempat dituju... kalau boleh mesti ada 30 minit awal dari masa yang di tetapkan... itu memang sifat semula jadinya... almaklumla... anak askar pencen... ekekekeke..


" aduih.... jam plak tu... nak makan lagik... harap ada la parking kat kedai tu  nanti.." melilau matanya memerhati dari jauh kedai yang di maksudkan... perutnya makin berkeroncong... dari jauh dah di aim parking kosong di sebelah  kereta wira... "yes..! ada pun..."

"alamak.... ramai orang le plak.. diorang ni tak tahu nak pegi keje ke apa?? adoooiiiyaii.. dah le sengsorang.. nak nyelit kat meja orang segan plak tu.. aduih... " dia berkira-kira di situ... luluh hatinya nak makan roti canai dgn kari ikan di  kedai tu.. sekali matanya terpandang 1 meja di hujung balkoni premis... ada seorang lelaki memakai kemeja hitam kemas...

" eh.. mcam kenal jerk..." kakinya melangkah perlahan tanpa sedar... tahu-tahu je.. dia dah di depan lelaki tu yang sibuk merenung handphone nye..
" confirm..! " dengan pantas  ima menarik kerusi kat depan dia...

" kau sorang ke? aku join boleh? lapar ni.. kalau ada kawan-kawan kau datang kang.. kau suruh diorang duk tempat lain.. kalau awek kau datang kang kau cakap je aku menumpang kat meja korang sambil nak tunggu pakwe aku...... tak kenal pun..." membebel ima tanpa menunggu atau mendengar sepatah pun dari orang depan dia tu..

" sape lak nih... membebel laju je..." aman berdetik dalam hati... sambil kepalanya ligat cuba mengecam perempuan di depannya.. macam kenal.. tapi dia macam tak dapat nak tangkap siapa empunya diri ni.. matanya tertancap kemas memerhatikan gadis di depannya... tanpa berkelip, tanpa berganjak, tanpa ada sebarang reaksi...

ima membalas balik renungan lelaki yang macam si tanggang yang di sumpah di depannya itu.. kaku..             " weyh.. kau apahal?? kena sampuk ke?"  sambil ima memetik jarinya di depan mata aman...

"cantik..........." tanpa sedar.. aman bersuara perlahan.. sangat perlahan...mata dia memang terpukau melihat keayuan di depannya itu... ciptaan Allah sangat manis.. berblazer hitam yang agak ringkas bersama kemeja berwarna biru laut, bertudung ala-ala yuna yang di letak santai di bahu berwarna biru hitam... manis.. sangat manis...
" apa kau cakap? aku tak dengar... aney ni bukak hindustand kuat nau.." tanya ima..
" er.. takde.. apa... eh... saya ingat siapa tadi,, amim ke.... laaa.. tak cam saya.." cover.. jangan tak cover... huhuhuhu..
" asal lak tak kenal? keta aku boleh plak kau cam  kan?" kata ima sinis..
" spek mata mana? " tanya aman
" ouh, dalam beg.. ni pakai lens.." balas ima senyum..
" haaaa.. sebab tu saya tak cam tadi..." aman senyum sambil matanya tak lepas memandang wajah ayu di depannya... lain...lain sangat....
" eh.. amim dah order belum? "
" belum lagik.. aku baru je sampai ni..."
" jap.. ANEEYYY... ORDER..."

sorang aney datang dengan ipadnya... pergh ambik order pakai ipad skang ok... kau mampu???

" hurm.. bagi saya teh panas kurang manis buat pekat.. lepas tu makan saya naaaaaaaaak.... roti canai 2 keping kari ikan kasik lebeeeeey ok..? " menu biasa ima...
" mak aih... 2 keping? " tersedak aman..
" eh.. apahal lak? tak boleh aku nak makan 2 keping?" balas ima mencebik..
" tak de laa.... selalunya.. gugurl  ni kalau order depan laki.. cover-cover.." sengih aman menerangkan..
ima menjeling.. " masalahnya aku bukan gugurl.. paham???"
" uik.. marah plak....huhuhu.."

nada dering mr. sexobeat ima bergema.... cepat tangan dia mencapai..
" ya bos.. aaaaa.. saya kat puchong ni.. makan jap.. lapaaaaaaaaar......ooo.. ok, baik bos.. baik.. nanti saya suruh diorang sediakan.. baik..." ima menekan kekunci merah..
" oi... kau buat apa?? ambik gambar aku ea??" tanya ima pada aman, lepas dia memerhati aman macam mengangkat sedikit handphonenya, tepat ke arah ima... dan 3,4 kali menekan button..
" eh mana ada.. balas mesej la.. perasan jerk.." cebik aman..
ima buat tak reti je dalam hati bukan kepalang malu.. asal plak la aku serkap jarang macam tu.. adoiyaaaai.. kan dah malu sendiri...
"erm.. kau keje sini ke? " tanya ima..
" ha'ah.. bangunan ujung sana tu... amim nak pegi mana ni..?
" aku nak pegi USJ, pantau meeting.."
" oo.... kalau pegi opis memang pakai gini ea..?" tanya aman tersengih-sengih...
ima memandang aman.... " apasal? ada tak kena ke?" tanya ima pelik..
" tak lah.. kan sweet macam ni..." aman memandang senyum...
dug..dag..dug..dag... " siot ar mamat ni.. asal aku berdebar lak dia pandang..." rungut hati ima..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


" weyh pakcik... kau apahal senyum sengsorang pengang handphone? ulang baca mesej nita ke?? i lep u.. u lep i.. i nak peluk u.. muah..muah..muah..hahahhahahaha" perli  zamri.. sambil di sambut gelak kawan-kawan yang lain...

" WOI pakcik..!" jerlah zamri sambil menepuk bahu aman.. geram soalan dia tak di sambut...
" ha.! apahal? " tanya aman blur..
" kau tengok apa kat handphone ni??? " tanya zamri berkerut dahi.
aman senyum sambil menghulurkan handphonenya kepada zamri...
"gambar sape ni weyh... asal gambar sisi,  gambar tengah tunduk... dan errr.. ada plak gambar pandang depan.. pergh mata tajam tepat pandang kamera.. candid kan ni? but sweet ok.. sangat sweet, pergh nampak dia cantik sungguh la pakai dalam warna hitam biru ni... awek mana ni weyh? serius lawa..."
".. haaa kalau kau nak tahu... ni la awek siput tu...."
" awek siput?... yang keta tak de aircond tu? "
aman senyum...
" pergh no wonder la kau sanggup kot nak tolong bawka kereta dia...huuuiihhhh..."
" masalahnya zam... 2 kali aku jumpa dia... dia bukan macam ni.. macam perempuan tak siap.. serius aku cakap.. macam jantan kau tahu tak.. kalau kau tengok masa dia tempelak si anita ritu.. memang kau tak sangka ini dia....
" eh.. jap.. jap.. ada banyak benda yang aku tertinggal rasanya.. kau cerita balik.. macam mana kau jumpa 2 kali.. dia tempelak anita... apa cerita nih???"
" ok cerita dia macam ni... haritu dia ni terlanggar anita.. aku tak tahu la sape langgar sape... tapi anita ni kau paham-paham jelah.. mulut tak de insurans.. terus maki hamun budak pompuan ni.. kata orang kampung la.. selekeh la.. itu lah.. ini lah... budak pompuan ni punya terkebil.. last-last.. dia sound anita balik.. cakap anita harap makeup 10 inci je baru nampak lawa.. buang makeup muka gunung berapi, tak tahu masak.. ntah-ntah periuk dengan kuali pun tak kenal.. pastu terus dia blah.. terkebil-kebil anita.... aku kejar budak perempuan ni nak minta maaf.. sekali tengok kereta.. pergh berdentam  dentum daaaaa..... aku minta maaf, siap dia sound aku pulak.. kalau anita tak ubah perangai tak payah kawen dengan dia.. kalau aku carik hanya yang cantik... tak kan sampai mana sebab kecantikan akan hilang.. kalau aku cari yang berbudi bahasa.. akan bawa sampai ke tua...hambek kau.. kena aku sekali...!"
" peeeerrgghh.. dia sound macam tu eak..... giller ar... "
" tahu tak pe... tu yang aku terus terpaku tu.. terus rasa macam nak kenal dengan dia.. ayat power tu.... "
" hahahaha .. kasik aku laaaaa.. kau ada dah anita..."
" selagi belum kahwen... selagi tu aku free.. wakakakaka.. tapi kan.. memang lain tau muka dia.. masa kes dengan anita tu.. dalam kereta masa hujan tu... memang la kampung nak mampus... ni aku tengok.. memang aku tak cam.. dia yang tarik kerusi depan aku tegur aku nak tumpang makan kat meja sama sebab meja penuh..terbeliak biji mata aku kejap... ayu giller siot.. cair aku..."
" hahaha kau jangan buat pasal aman.. nita tahu mampus kau...."
aman hanya tersenyum mendengar kata-kata zamri..
" by the way.. apa nama dia...."
" amim... nama dia amim..." sambil aman mengetuk2 udara di atas kepalanya.. meniru gaya ima tempoh hari..
" amim??? macam nama laki je? "
" haaa tu le pasal... unik kan dia... hahahaha" aman gelak senang hati sambil meninggalkan zamri terkebil seorang diri....




















~bersambung dude...

klik iklan ni tak kena bayar pun