Thursday, October 20, 2011

aku kembali kesini



aduih.. sakit lak pingang ni.. membongkok mengemas.. adeeess.. baru jerk tinggal..bersawang sudah blog aku nih..

terima kasih yang termat wahai kawan-kawan.. sudi menjengah dan melawat blog hamba ini.. walau pun hamba tidaklah mempostkan entri-entri yang terbaru.. huhuu.. bukan kerana kemalasan atau pun tiada keideaan.. tetapi ia terjadi kerana aku terlalu leka membaca kisah-kisah mistik ilakhatibrani di forum cari malay forum.. aku ralit.. semua terjadi sebab kisah-kisah mistik yang aku teralami.. dek kerana teringin sangat mengkaji.. ok.. meh aku cerita dari awal..

kisahnya macam ni.... kalau korang pernah ikuti.. sebelum ni.. setiap hari rabu..jam 8.30mlm tv9 .. ada kisah ghost adventure.. tak silap aku lah tajuk dia.. berkisarkan 3 orang teman mencari bukti kewujudan entiti-entiti di dunia nyata ni dengan pergi ke tempat-tempat yang di katakan angker..ok.. malam yang aku tengok ni.. dia pegi ke bekas penempatan banduan-banduan juvana.. korang biasalahkan... macam mana bangunan lama inggeris nih..bangunan yang macam istana lama tu.. kan banyak bilik-bilik bawah tanah semua.. tapi mengikut kata mereka bertiga ni.. memang kat situ keras.. dari aku tengok keadaan dan tempat.. serta cas magnet yang terpapar.. memanglah diorang ni kat sana tu banyak sangat dan kuat sangat.. ok, dipendek kan cerita.. malam tu aktiviti diorang memang agak menyeram dan kan real...ketua diorang yang bagi aku selama ni berani... dan benda-benda tu semua tak suka dia.. tak pernah nak usik dia.. malam tu dia kena rasuk.. macam la.. tapi tak la meracau macam histeria.. cuma dia jadi lemah... cakap memang bukan cara dia cakap... menangis...(kau bayangkan lelaki yang gagah perkasa menangis..) ..dan diorang end up malam tu.. tak macam kes-kes yang lain.. memang tergantung kes malam tu... dan sempat.. benda tu warning sekali pada last record salah sorang punya cam.. mengatakan "NO MORE" dalam maksud kat sini.. jangan datang lagi... memang seram la.. aku lak tengok sengsorang...

nak di jadikan cerita.. pada last sesi diorang ulang semua video balik..conclusion la ni.. aku terdengar kat dinding belakang aku macam bunyik orang hentak kaki dengan kuat.. dalam 7-8 kali la... di dinding tapi kat belah bawah... korang paham kan..memula aku terkedu.. pastu aku diam.. aku tunggu.. sebab dalam hati aku cakap "si ellysa ni" osmet aku la.. walau hakikat.. memang bercanggah..sebab kalau osmet aku yang berjalan.. patut bunyi dari depan aku.. tapi ini dari belakang aku.. bunyi tumit yang dilagakan ke dinding..korang paham kan? aku tunggu lagi takde.. aku tunggu kelibat kawan aku pun takde.. pastu aku terfikir.. kalau kawan aku.. mesti ada bunyi gelang kaki.. tapi ini tak de... "hurm tak pelah... jiran sebelah ketuk dinding kot... erk.. o_O jiran sebelah???? " nak ikut umah aku ni memang la ada jiran.. tapi  hakikat.. rumah kami tak bersambung... umah aku ni... sebelah ni tak de pape.. dalam 10-12kaki, baru ada dinging umah sebelah.. makna ada gap.. jadi tu bunyi apa? siapa yang hentak kai kat situ?? ... erk???? aku pun.. angkat kaki masuk bilik... huhuhu.. dah 2 kali aku terkena benda macam ni... rajin nau diorang ni sakat aku...

mula dari inilah.. aku mula kaji.. tentang kewujudan diorang.. apa yang boleh buat diorang buat menda-menda macam tu.. apa-apalah semua.. sehingga aku terjumpa kisah-kisah dari ilakhatibrani .. dan aku membaca semua penjelasan.. komen-komen dia pada kisah kawan-kawan.. nasihat-nasihat serta petua-petua dan amalan ayat suci yang dia berikan pada forumers tread dia tu... so, aku pun mengamalkan lah beberapa perkara.. walau pun agak celangcelup... aku cuba juga.... alhamdulillah.. agak meruntun jiwa aku nak buat benda ni semua menjadi amalan harian supaya aku dan keluarga aku selamat dunia dan akhirat... huhuhuhu

ada cerita lagi dan ada yang aku nak minta pendapat korang... tapi.... lepas ni lah ya... huhuhuhu



Tuesday, October 11, 2011

FACEBLOG





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

MAKLUMAT LANJUT DI SNI 

Monday, October 10, 2011

cinta berlandaskan SEKS

OPPPSSS....! 18sx??? no.no..no...no... aku lagi suka apa aku nak kata kan ini.. dibaca oleh golongan bawahan.. terutama adik-adik yang baru  nak meningkat remaja.. yang umo 11 tahun keatas.. kenapa??? sebab diorang ni suci... tak tahu apa-apa.. tak paham tipu daya realiti dunia yang sungguh hina sebenarnya.. ya.. jujur.. aku rasa agak terkilan... bila dulu ketika aku nak remaja.. kakak-kakak. atau abang-abang yang aku kenal.. atau orang yang lebih tua daripada aku... tak cerita benda-benda macam ni.. tak cerita naifnye manusia yang baru nak kenal dunia.. ditipu hidup-hidup.. cis memang cilaka..!!


aku tepanggil untuk  berkongsi pendapat aku mengenai benda ini... sebab.. dah banyak kali aku cuba... tapi aku gagal dapatkan apa yang aku nak... ok.. cerita ini cetusannya begini................. :

satu hari tu aku tengah berYM .. ok aku tahu ada sesetengah orang berpendapat orang-orang yang  berYM adalah penipu.. aku tak kata begitu.. sebab aku banyak kawan-kawan yang sangat baik dan menghiburkan yang aku kenali dari dunia YM.. so, the story begin like this...tiba-tiba.. ada seorang lelaki telah menghantar bualan peribadi pada aku.. actually id dia memang ada dalam list.. tapi amat jaranglah aku untuk menegur.. eh jarang tu maksudnya.. pernah tapi tidak terlalu kerapkan? tapi yang ini.. mungkin sekali then tak de dah...ok.. so, berbual seperti biasa.. perkenalkan diri.. asal usul pekerjaan dan sebagainya.. so aku kata.. aku nak tengok webcam dia..sebab aku perasan dia ada on...then dia minta aku on webcam aku juga.. so aku on saje..memandangkan malam tu aku amat sopan memakai baju tshirt lengkap untuk tidur,.. huhu... so, kami ber c2c, atau ber cam to cam .. terpapar saje wajah aku di skrin tu.. dia pun bertanya adakah aku berisi orangnya..aku hanya menjawab.. gemuk..!dia kata muka aku sweet..and he said let's we be a couple.. aku kerut dahi dah..sebab pantang aku, orang tak kenal tetiba nak ajak kapel..dia cakap dia dah lama putus cinta.. and now 27 years old..dan dah pikir masa untuk berkahwin..jadi dia malas nak berkawan lama-lama.. dan mulalah dia bertanya sebenarnya ukuran badan aku berapa.. dan dengan selumber badak berendam aku jawab pinggang aku 40. dan dia bertanya... breast??? aku mula la bengang.. breast??? kena  bagi tahu ke?? apasal lak nak kena bagi tahu...dan dia mula bercerita tanpa di pinta.. kisah dia dengan awek dia dulu.. awek dia breast kecil.. awek dia nak breast besar.. jadi hari-hari dia tolong ramaskan untuk tumbesaran payudara awek dia.. then aku tanya dia... macam tu pun boleh ke? dan dia menjawab dengan bangganya... tapi saya tak pernah pecahkan dara dia.. dara perempuan sungguh suci... tapi saya selalu saje mandi dengan dia.. bogel bersama..dan saya suka lick duff dia... .. apa?? aku dah pening.. aku tanya.. awak sayang dia jujur ke? dia kata ya.. jujur... ikhlas ke? ya.. ikhlas... tapi kenapawak buat macam tu pada awek awak? sebab kami saling sayang menyayangi.... gosh..!

ok serius babe... gua sakit kepala...bukan sakit kepala pasal apa... sakit pala memikirkan hal ni... aku tak paham.. apa makna cinta suci di mata seorang lelaki? jujur.. benda ni masih aku cari... aku juga pernah lalui saat bercinta... hakikat.. permulaan kami memang berlandaskan keikhlasan... sangat ikhlas... tapi akhir kami tetap akan menceritakan benda-benda yang tak sepatutnya... 

aku keliru... kenapa mesti ada eak? kenapa mesti ada benda macam ni... maksud aku... make love... what eva cara lah... before wedding? aku tahu... 95-90 % loving couple diluar sana.. macam ni kan? tipu kalau kata tidak.. tipu.. sangat tipu... even u just said u just kissing at her/him forehear or cheeks..when u kiss your lover as a sign thanks..carring..loving.. or etc.. itu sebenarnya tetap salah kan?.. 

ah.. mesti ada yang cakap.. HEST.. MACAM BAGUS.. MACAM SUCI NAK CERITA PASAL HAL NI.. terpulang... tapi selagi kita tak sedar tipu daya dunia... selagi kita tak  menginsafi kejahilan apa yang telah kita lakukan.. selagi  kita tak sedar atas titik kesalahan yang telah kita mulakan... kita tak kan dapat jawapan... atas semua dosa yang pernah kita lakukan.. dan kita tak kan dapat membantu generasi selepas kita dalam akidah dan sosial...

buat para lelaki diluar sana... anda adalah pemimpin kami wanita lemah... kepada anda kami berharap.. kepada anda kami bergantung... kelemahan kami.. bukan peluang keji untuk kalian... kelemahan kami.. pupuk lah dengan kelebihan kalian.. agar kita sama-sama melengkapi... kalian adalah segalanya kepada kami..tanpa lelaki.. tidak lengkaplah masjid yang mahu dibina... kerana IMAMnya adalah kalian....

buat para wanita yang ada...ketahuilah... telah berfirman Allah.. bahawasanya..wanita itu adalah ANAK PANAH kepada syaitan... setiap gerak langkah kita.. setiap keputusan kita.. akan mempermudahkan syaitan untuk menghasut dan menjatuhkan golongan lelaki.. marilah kita sama-sama menguatkan diri.. agar syaitan-syaitan.. tidak berjaya mempergunakan kita.. untuk mengheret para imam kelembah neraka...

buat adik-adik perempuan yang membaca... dengarlah sayang... tiada siapa yang dapat mempergunakan kita.. melainkan kita sendiri yang menyerah diri...kuatkanlah diri sayang... janji-janji lelaki yang ingin mendekati kamu.. lemparkanlah ia jaaaaauh... gantungkan potret ibu ayah mu.. sentiasa di benak mindamu.. kerana silap langkah yang kita ambil.. semuanya akan ditanggug ibu bapa kita dosa kita itu....

buat adik-adik lelaki yang membaca.... sayang... bimbinglah para gadis.. jangan sesekali kamu memujuk mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya sayang.. ingatlah... mulianya kamu di sisi Allah sekiranya menjadi pembimbing yang baik pada para wanita... terutama pada insan yang kamu sayangi ....

buat diri aku... moga aku menemui orang yang benar ikhlas dalam memberi cinta.. dan dapat membimbingku ke jalan Illahi... amin... 



Thursday, October 6, 2011

Putus Cinta?? Adakah Cinta Hakiki di Dunia Ini??





Nak meraung?? meraunglah... menjerit Bagi puas hati?? menjerit la... buatlah apa saje..asal puas hati.. tapi ingat Bukan perkara yang MENCEDERAKAN DIRI..! FAHAM??!

ok.. bertenang... dah? tarik nafas... sudah? bagus... umur berapa sekarang? ok..23 tahun..Dah berapa lama putus cinta?? baru sahaja??? ok... dah lama ke bercinta dengan dia? lama... oooo berapa lama eak? maaflah saya bertanya ni ya... sudah 5 tahun? ok.. jangka masa yang lama juga tu.... kenapa putus? ada salah faham ke? ooo..ok... salah faham sikit..then dia ada perempuan lain...ok..ok.. hurm.. awak duduk dengan mak ayah ke? ouh menyewalah ya, diperantauan ni? awak sunyi sekarang? yelah kan...selama ni awak selalu bermesej..ber 3g dengan dia.. jumpa kan.. tiba-tiba tak de.. memang lah sunyi.. betul juga tu.. apa??awak rasa dah tak de cinta hakiki di dunia ni? sabar.... putus dengan dia.. tidak bererti tiada cinta dalam kehidupan awak lagi.... awak selalu balik kampung? jarang...telifon adik beradik ke.. mak ayah ke...? jarang juga? ouh biasalah kan.. anak muda.. kawan-kawan sahaja keliling kita... awak betul nak minta pendapat saya..dan nasihat saya.. apa perlu awak buat sekarang? baiklah... 

awak perlu tahu.. cinta hakiki dalam diri kita adalam cinta pada Allah itu sudah.. tapi cinta pada insani ini... di dunia sekarang... untuk siapa cinta hakiki itu?? .. cinta kepada kedua ibu bapa kita...suami??? ya benar.. sebagai wanita.. cinta kepada suami adalah no.1 .. kita wajib mengikut perintah suami..melainkan perkara mungkar.. benar.. tak salah sedikit pun... tapi mengapa saya kata begitu? cinta hakiki..tidak sama dengan cinta sejati... cinta kepada kedua ibu bapa merupakan cinta yang hakiki.... cinta pada suami adalah cinta yang sejati... apakah perbezaannya??? baiklah...

cinta hakiki.. adalah cinta yang tiada tolok bandingnya.. yang tak perlu kita  cipta.. iamemang ada dalam hati.. kita pejamkan mata.. gelapkan hati macam mana sekali pun... ia tetap ada... tak pernah hilang.. dan tak pernah pergi...

cinta sejati... adalah cinta yang di cari... yang di letakkan kita ia sebagai yang utama.. yang akan kita cari sentiasa.. ia tetap boleh hil;ang dari hati kita.. kalau kita tutup mata.. gelap kan hati... kita tak kan jumpa lagi cinta sejati yang telah kita buang jauh-jauh itu...

nampak kan perbezaan nya.. tanpa kita sedar rupanya ia adalah berbeza.. ouh.. sangat berbeza rupanya..selama ini kita sangka ia sinonim... rupanya tidak... kenapa saya kata... cinta ibu bapa lah yang hakiki?

kita sebagai manusia.. tak kira lelaki atau pun perempuan.. mempunyai cinta hakiki.. yang selalunya kita lali dan lupa.. kita abaikan... bila kita jumpa cinta sejati...sedar atau pun tidak.. dalam kita berpacaran.. kita seringkali lupa untuk membahagiakan ibu bapa.. jumlah hari yang kita telefon ibu bapa adalah paling sedikit dari kekerapan kita menelefon si jantung hati..kita membelanjakan duitkita.. lebih banyak kepada si jantung hati.. walhal.. ibu bapa kita adalah tanggung jawab kita untuk memberi duit kepada mereka... kita makan pizza.. sushi.. kenny rogers dan sebagainya bersama buah hati tercinta.. tapi mak ayah di kampung.. hanya nasi biasa.. kadangkala ikannya dapat yang lama-lama .. itu belum masuk bab berjalan-jalan serata malaysia lagi.. 

tapi kita lupa.. itu adalah cinta sejati kita.. yang pasti boleh hilang dari mata sekelip mata... bila putus cinta? meraung entah macam mana bagai rupa... kalau bercerai? terumbang ambing.. baru nak bertatih kembali pada cinta  hakiki kita..

perasan atau tidak... tiap kali kita sakit pening.. ibu bapa yang ada bersama kita... tat kala kita kesempitan... ibu bapa juga yang ada disisi... ..walau kita idistihar jatuh muflis sekali pun... ibu bapalah ada bersama kita nanti... itulah tandanya cinta hakiki.. walau kita lupakan dia.. walau kita lupakan kewajiban kita kepada dia.. walau kita lupa untuk menjenguk dia... walau kita lupa makan dan pakai dia.. walau kita lupa jalan kearahnya... walau kita lupa menghulurkan salam pada pagi raya... tapi dia tetap menerima kita... walau siapa pun diri kita ini...

tapi sekiranya cinta sejati? adakah pasti dia akan menerima keadaan kita seadanya? ya mungkin ada... tapi kebanyakannya adalah tidak bukan? itu adalah fakta bukan?

oleh itu wahai teman... ingatlah.. bercinta atau mencintai manusia.. janganlah letak kan ia 100 peratus.. kerana ia tidak pasti menjadi hak milik sepenuhnya kita... curahkan kasih sayang mu pada orang tua mu.. yang bertungkus lumas dan bersekangkang mata.. yang berikat perut dan berpanas gempita.. demi diri mu... demi pelajaran mu.. demi makan pakai mu.. demi kehidupan hadapan mu... ketahuilah.. ibu bapa kita merupakan insan paling berhak menerima keseluruhan cinta kita....


~ awak... saya amat-amat kecewa..bila awak menangisi separuh mati cinta yang hanya 5 tahun itu.. sedangkan awak sendiri tak pernah nak jaga cinta ibu ayah awak yang sehingga sekarang sudah menjangkau 23 tahun...sekiranya cinta 5 tahun awak sudah seperti ini... awak tak ter fikir ke macam mana cemburu dan pedih hati ibu bapa awak yang mencintai awak selama 23 tahun yang telah mencurah dan berkorban untuk awak apa sahaja selama 23 tahun.. tapi awak taburkan semua kasih sayang, tanggungjawab, dan pengorbanan awak pada dia yang awak baru saje awak kenal..? dan mereka..? awak pandang endah tak endah sahaja..? kembalilah ke cinta hakiki..peganglah ia.. walau cinta sejati awak sudah bertemu suatu hari nanti..~



entri ini untuk peringatan anda dan saya juga... ketahuilah...  "keredhaan kedua ibu bapa adalah keredhaan Allah juga.. " 

jadi pergilah kepada cinta hakiki kita... dan hanya ambil beratlah pada cinta sejati kita..

p/s: hanya pandangan peribadi saya.. maaf kira ada tersalah .. sila betulkan saya...





entri created on 5 oktober 2011, 2.30 pm    posted on 6 oktober 2011, 10am



klik iklan ni tak kena bayar pun