Wednesday, July 27, 2011

setia kawan

aku rasa sekarang banyak kan aku cerita pasal persahabatan.. kawan.. teman.. tak kisahlah terjalin dalam apa jua cara.. tapi pernah tak korang terfikir.. satu perkara yang tak pernah dek akal.. bila.. korang dilindungi oleh orang yang tidak pernah korang jumpa?


haaaa... itu lah yang terjadi pada aku masa aku travel ke JB.. datang masa bukan waktu orang lain bercuti adalah perkara yang sedikit kalut nak-nak lagi nak minta bantuan bila dah tiada opsyen.. memang macam memeritkan.. kita memang tak nak menyusahkan kawan sebenarnya..tapi keadaan memaksa... jadi.. bermulah lah kisah balik dari penggembaraan dari JB ke KL .. tapi masalahnya... dari bandar penawar nak ke larkin tu.. aku nak balik antara senin atau selasa.. call sana.. call sini... semua orang kerja.. yelah aku paham.. kalau aku pun, mungkin tak dapat membantu.. bukan dekat-dekat bandar penawar tu... nak ambil public transport susah.. teksi mahal dalam rm100-200 pergh mati la kalau macam tu.. last-last aku ambil keputusan.. isnin petang, sorang adik nama dia cis@fitri kata ambil aku kat bandar penawar dan hantar kelarkin. jangkaan waktu di larkin dalam jam 9-10 malam,.. mula timbul isu tiket.. sebab aku perlu turun di putrajaya.. last-last aku decide..kalau tak de tiket.. aku tunggu sahaja di bustand larkin sampai besok pagi. pagi-pagi aku beli tiket bas..

nak dijadikan cerita, sorag kawan dari room YM jb2 call tanya macam mana, dan aku bagi tahu perancangan aku untuk stay di bustand kiranya tiket tak de... sekalik aku kena marah kaw-kaw ... terkejut juga.. tapi last dia cakap.. " tak pe.. biar abang yang ambil mim kat sana pagi selasa" aku diam jerk la.. rupa-rupanya... kawan aku kata, bustand larkin tu dah tak seselamat macam dulu... peras ugut kadangkala berlaku.. penyeluk saku.. curi bag.. patut lah member nih marah bebenau...

tapi yang merisaukan aku pun.. member yang menolong nih aku tak kenal.. tak pernah nak jumpa.. tengok muka pun tak pernah...tapi aku tawakkal jerk.. sampai masa aku tengok dia datang berdua dengan kawan dia.. yang mana satu kawan aku pun aku tak tahu... dalam kereta baru aku kenal.. 2,2 dari room YM jb2..

sampai di larkin tiket bas jam 12.. sekarang baru jam 10 pagi.. diorang ajak pegi minum dulu.. pada masa tu diorang cakap.. "mim datang tempat kami.. kami kena jaga mim... ni kami tahu mim kesini pun dah time mim balik.. kalau dari awal, kami dah bawak jalan-jalan" aku senyum jerk... sebab tujuan aku datang nak belajar memang la tak de masa senggang untuk aku berjalan-jalan... next time mungkin.. yang buat aku terharu lagi.. diorang teman kan aku sampai aku naik bas.. dah duduk.. dah betul-betul selamat baru diorang beredar pulang.. terharu giller..

dengan adik-adik aku yang banyak membantu masa aku kat sana.. cis@fitri.. lyn..izat.. sangat-sangat rasa terharu.. nak-nak lagi bila mereka semua berkata.. "akk ddatang tempat kami.. kami kena sambut akk" sedih giller.. rupanya masih ada rasa setia kawan walau di bina hanya sekadar atas talian alam maya.. tetapi keikhlasan dan sifat bantu membantu amat ditik beratkan lagi.. terima kasih pada mereka di JB yang banyak membantu aku.. terima kasih sangat-sangat..

kalau ada sumur di ladang 
boleh kah saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
nanti saya datang lagi..

sorong papan tarik papan
cicak duduk di atas pelita
tuk balas budi tuan dan puan
jemputlah datang ke tempat kita


i'm back.... uuweeeeiiiiyyy ~




ok minta maaf sangat-sangat pada kawan-kawan yang tak jemu view page hest ni... sampai ada yang sudi view entri-entri lama.. time kasih banyak-banyak.... :] 
.. maaf la, aku bercuti sambil belajar kat desaru dari hari khamis hingga isnin.. merasa la masuk INSTED masuk UTM .. thanks to my personal tutor miss lyn sebab sudi ajar bersungguh-sungguh.. dan rasa memang kena turun balik ke INSTED sebab tak sempat nak bertutor dengan lect law kat situ.. huhu.. minta sangat dapat jumpa lect tu dan minta tips macam mana nak study law secara betul dan tepat.. huhuhu..

sebenarnya sangat terharu sebab sepanjang aku tak de.. aku tengok trafik tetap bergerak.. time kasih sangat-sangat.. skang pun dah jam 2pagi.. aku ngantuk.. tapi nak juga taip kat sini lepas rindu.. huhuhuhu... haaa perasan tak? perasan tak?? lagu kita tukar lagiiiiiiiiiiiiiii.......

ok.. jangan pelik.. feeling-feeling lagu tangkap lentok itu tidak bermakna aku sudah ada taman dalam hati ok.. tak. cuma lagu tu best.. semua ada kekuatan sendiri.... lagu afgan tu sangat-sangat meriah... bagi aku laa... yang 2 lagik tu... sangat suwiiiiiitttt, ok?.. yelah hakika aku tahu... mungkin aku tak kan dapat pasangan yang mungkin suwit-siwot macam dalam lagu-lagu chenta.. atau dalam cerpen-cerpen dalam penulisan cik cucur yang memang kalau baca senyum melekat jerk kat muka sampai bawak tido... bangun tido pun senyum jugak... hahahahaha... atleast.. aku masih menyuburkan rasa cinta dalam hati aku kan? ^_^ asal dia tak gersang jadi tanah tandus yang langsung tidak akan memberi manfaat kira dicampak benih pun dah ok kan? ^_^

biarlah 'cinta' tu tak hadir dalam hati aku... asal.. rasa cinta tersemai untuk orang-orang yang mengasihani aku pun dah bagus kan? ....

erk... boleh tak nak tido dulu sebelum aku nanges??? 




Thursday, July 21, 2011

komentar dan pandangan tentang SMEi ...



ok... biasalahkan.. aku pepagi memang akan baca dulu new entry terutama empunya blog di list blog aku.. so, aku tengok adalah.. beberapa orang yang dah post entry baru dan yang menarik perhatian aku adalah pada entry iqbal  ia berkaitan dengan SMEi apa tu SMEi ha.. kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan SMEi ni.. boleh la klik pada link yang di  beri tu... cuma.. aku kat sini akan meringkaskan.. seringkas-ringkasnya berkaitan SMEi tu ..

mengikut pahaman aku yang terlalu advance ini,.. SMEi itu merupakan satu kaedah baru untuk readers meninggalkan jejak... kiranya macam langkah untuk mencapai silent reader 0% .. ini bagi membantu para pentaip (bak kata iqbal) mengunjung balas atau..membalas budi para pembaca yang sudi membaca dan menjengah blog atau web site yang di lawati.... haaa amacam??? cara tak??? carakan idea si iqbal tu.. pastu pem'patern'an idea ni pun cantik... >> SMEi <<  nampak standard dan internasionaley kan? kan? kan?

bagi aku si blogger kampung ni.. mungkin taklah sangat rasa impaknye.. yelah... blog ni di jengah siapa je... trafik pun tak lebih dari 10 sehari.. entah-entah yang sepuluh tupun.. aku jerk yang bukak selalu... ekekekekeke...tapi aku sokong idea iqbal ni 200% ..

macam aku.. aku tahu, ada kawan-kawan dari luar lingkup senarai kawan aku yang menjengah... itu pun kalau aku lihat pada trafik... dan kadang-kadang.. aku dapat jejak balik dari mana kedatangan mereka.. tapi ramai juga yang tak dapat aku jejak balik... jadi dengan cara ini sekurang-kurangnye.. kita sama-sama dapat memeriahkan masing-masing nye blog atau web site... dalam bahasa kampung nye... " kau jengah aku.. aku jengah kau... so... kita jadi kawan... " haa senangkan macam tu.. senang je dapat kawan sebenarnya.. tak susah pun...

lagi satu.. kalau korang nak tahu lah... k. perasaan seorang blogger kampung macam aku ni ha... yang tak de peminat.. eh peminat plak... yang tak de follower ramai.. yang tak de..pengomen-pengomen tegar yang ramai.. ( pada pengomen yang ada selama ni.. terima kassssiiiihhh banyak-banyak ) bila tulis entri .. kat counter comment tu jumlahnya 0 kadang kala sayuuu je hati.. walhal ni... diri ni dah kata dah.. aku tulis adalah kerana aku nak meluahkan apa sahaja pandangan dan isi hati.. tempat aku melepaskan sedikit keluh kesah dan bebanan dalam kepala dan dalam hati.. tempat aku untuk tidak menjadi mental disoder.... ada pengomen ke.. tak de ke.. tak kisah.. asal dapat lepas.. tapi penghujuuuuuuunnggg... tetap sentaaaappp .. huhuhu boleyh??? boleyh BLAH kan???

tapi aku paham.. kadang-kadang... tak tahu nak komen apa.. malas nak komen... walhal suka ni entri yang orang ni taip.. tapi tak de hati nak respon berkaitan entri tersebut kat ruangan komentar... so... dengan cara dan kaedah yang iqbal cadangkan ini... aku rasa.. korang tak payah la susah-susah sangat.lagi..cukup sekadar.. taip SMEi sahaja yang bermaksud Saya Membaca Entri ini .. ekekeke cutekan??

jadi dengan menyatakan sokongan ini.. aku telah mengishtiharkan SMEi di gunakan di blog aku dan telah meletakkan arahannya di atas viewer hit... ^_^


so................ JOM KITA GUNAKAN SMEi MULAI DARI SEKARANG....!!!!!



Wednesday, July 20, 2011

RINDU DAN KASIH SAYANG




hari tu aku adalah saje je post status kat fb.. aku tanya kat situ....

"ada shape-shape yang windu kita tak? .. :">

amaran : sila abaikan kesalahan penggunaan bahasa itu

ok.. aku post pada kedua-dua akaun fb aku, dan aku tengok respon.. yang akaun 1 tu memang aku tempatkan kumpulan-kumpulan yang formal, macam kawan-kawan sekolah, sedara-sedara, dan kawan opis.. yang akaun 2 tu kawan-kawan ym, kawan-kawan SIC, blogger, 2-yull dan beberapa group yang lain... jawapan pada akaun 1 memang telus.. walau yang jawab 2-3 orang.. tapi jawab jugalah.. 

"aku rindu kau ma.. rindu sangat.."

tapi yang kawan-kawan akaun 2, ada yang jawab rindu tapi yang ramainye adalah berkias... seperti...

" ada la.. tapi sikit.."
"mongok jerk tanya macam tu,..eh ko bila nak balik melaka?"
"aku nak kiralah berapa orang cakap rindu kat ko.."

so aku dengan slumber badak pun memprovoklah mereka-mereka di akauan 2 ini ...

"alaaaa korang..cakap jerk la rindu..ini tidak.. mongok la.. nak kira bape orang la.. windu sikit la... 
cakap jerk la windu...susah sangat.."

dan reaksi balas yang aku terima adalah......

"alaa... semua yang respon kat sini mestilah rindu... kalau tak ..tak kan respon plak kan.."
 

ekekekekekeke.. korang nampak tak? korang nampak tak??? ekekekekeke... eeeehhh bukaaaaaaann..bukan yang tu... ada plak pasal aku pemes.. bukan le.. pemes.plak . yang itu memang leee.. pemes tu dah semesti nye... erkk... hahahaaha.. ni..pasal diorang tak berani nak kata rindu kat kawan.....

aku perasan sangat.. dan kadang-kadang tak paham....kenapa eak, kita perlu merasa malu untuk menyatakan yang kita sayang dan rindu padakawan kita.. adik beradik kita.. mak ayah kita.. kenapa eak? .. dulu... pernah aku selidik sikit.. perasaan malu untuk menyatakan sayang pada orang terdekat kita ni.. memang menjadi satu pe'el atau tabiat orang melayu...aku memang tak tengok bangsa lain.. yang aku perhatikan hanya pada orang melayu...

ok nak tanyalah.. aku tak nak pergi jauh... setakat dalam ahli keluarga... berapa orang dari kalangan kita... yang cium mak ayah? terutama cium ayah? mak ni aku rasa ramai yang rapat.. selalu tak berapa mesra, dengan ayah sebab ayah masa kita kecik-kecik garang kan?ok berapa orang? sila angkat tangan...dalam adik beradik aku sahaja.. yang buat macam tu.. hanya aku sorang..dulu aku pun macam tu juga..malu.. segan...rasa macam tak perlu je.. tapi satu perkara yang buat aku bertukar langkah.. sebab bila aku pandang wajah mak dengan ayah aku.. hati aku berdetik....

"kenapa aku perlu rasa malu untuk cium mereka..tak kan aku nak cium mereka bila mereka
menjadi jenazah?.. akan rasa puah kah aku hanya dapat mengucup sekujur tubuh yang 
terkaku? kenapa perlu aku malu.. baik aku cium mereka dari sekarang..supaya bila waktu 
mereka tiada nanti.. aku sudah merasa puas dan tak kan sesekali menyesal sebab aku dah berjaya tunjukkan kasih sayang aku pada mereka..dan aku merasa puas..dapat mencium mereka yang
melahir dan merawat aku dari kecil sampai besar..."

ya.. ni yang aku pikirkan dan sekarang aku memang sikit pun tak rasa malu nak cium ayah aku.. walau depan kawan-kawan dia sekali pun.. peduli apa aku... ayah aku kan... korang tak terpikir ke.. mesti mak ayah kita banggakan, kalau kita tunjuk kan kasih sayang kita walau di depan kawan-kawan dia.. kan?? mesti dia rasa macam bangga... macam ayat yang dia akan cakap kat kengkawan dia yang tengah pandang tu.. " kau hado..???  anak kau hado cium kau??? nan hado kan..??" ha.. sikit lebih kurang gitulah gamaknye kot.. ekekekekeke..

kali pertama di pagi raya aku cium semuaaa adik beradik aku... semua pelik dan janggal... serius janggal.. tapi aku buat bodoh jerk.. memang adik beradik aku macam shock sikit.. tapi lama-lama diorang dah boleh terima...

macam tu juga dengan kawan-kawan.. aku dengan osmet aku pun lebih kurang macam tu.. macam tak tahu nak tunjukkan yang aku ni sayang kau.. kau ni dah bukan macam kawan.. dah macam adik beradik dah.. tapi tak tahu.. tak tahu macam mana nak tunjukkan.. paling-paling.. a"ku masak.. kau makan sekali k..." tak pun .. "aku pergi pasar malam ni.. ko ada nak kirim..?" macam tulah. nak kata salam laga pipi macam segan.. payah kan??? 


kalau korang la plak kan? ada korang tunjukkan kasih sayang??
tak payah jauh...
aku tanya takat peringkat mak ayah dan adik beradik saja..
ada???
kalau tak de...
pikir-pikirkanlah..
bila lagi kita nak cium mak ayah kita...
jangan sampai mereka bersatu dengan tanah..
baru kita nak menyesal sebab tak mencium mereka
sewaktu mereka ada di dunia..






jangan lupaya follow kita kat twitter @hestyrezyuda








klik iklan ni tak kena bayar pun