Monday, July 18, 2011

sakit hati ke tidak?????? sentaaaaaappp kooooooooooo ~



This is a common situation, i think.. kat mana-mana aje ada berlaku dan pasti berlaku.. percaya ke tak? ya ke tidak? yakin atau tak??? tiada talian hayat untuk anda... sila terjun bangunan tingkat empat sekarang kalau anda menidaknye dengan pasti..!!!


ok.. korang rasa.. korang pernah tak menjadi seorang yang jujur??? pernah?? tak?? pernah ke tidak?? orang tanya nih... aPAAA..!!?? tak??? jahat bebeno lah rupanya ko yerk??? ekekeek.. tak, gurau ok.. mestilah pernah kan.. kita manusia.. kadangkadang datang lurus bendulnye.. kadang-kadang, hati kita memang laaa.. suci bersih murni.. kan? kadang-kadang kita rasa macam gentle habes... buat apa nak menipu.. berani buat berani tanggung.. ye ke idak? kaaaaaan?? betul apa makcik cakap..

tapi.. pernah tak korang menipu??? haaaaaaaaa??? selalu??? memang tak senonoh..! wakakaka... ok, tipu kalau cakap tak pernah betul? semua orang mesti pernah tipu.. siap klasifikasikan sebagai 'tipu sunat' pandai-pandai korang jerkla... dah tipu tu.. tipu jerk la.. mana ada istilah tipu sunat..! kalau tipu untuk kebaian sekali pun.. last sekali wajib juga cerita kebenaran pada orang yang pernah korang tipu tu kan? ok.. aku menaip memang bijak bistari aku pun selalu buat dan jarang buat imbal balik tu.. 

taaaapiiiiiiiii.... ha, ada tapi lagik nih... apa rasa korang, kalau dalam 1 situasi yang sama.. korang menjadi jujur.. tapi kawan kau menipu dengan perlbagai jurus... and.. the leader tahu yang kawan korang nih menggunakan taktik paria..and he knows.. yang u all memanglah seorang yang jujur.. buuuuuuuuutttt..... u di ambil tindakan di atas kesalahan yang kamu jujur itu.. tetapi si bajingan itu terlepas dengan jayanya... apa pendapat anda-anda sekelian yang saya tahu dengan tepatnya adalah kabur??? cer citer-..cer citer.. cer citer... adakah kah kita perlu bakooo ajerk.. atau.. kita suruh deme terjun bangunan secara berjemaah???


Saturday, July 16, 2011

apa kita nak klasifikasikan kes ini tuan?

sebenarnya kan.. aku kan.. kadang-kadangkan.. kompius tau... pasal apa kan... pasal diri kita la... ok.. dari sudut pandangan aku sendiri la ok.. aku ni, orangnya sederhana tinggi ..badan aku gempal..bidang aku besar..macam tegap la gitu.. ok.. aku minat kereta.. aku suka tukar-tukar barang kereta..aku ni tegas...barang kata nak dengar aku cakap manja-manja alah.. memang aku sendiri boleh termuntah..aku agak sedikit kasar..tapi ada lembutnya..terutama dengan orang tua dan kanak-kanak..aku lebih suka casual..t-shirt dan jeans..kadang kala aku lebih suka dengan sedikit faminin..aku suka orang laiya aku macam putri..tapi kadang kala aku rimas kalau dah ikut macam pengawal ..aku suka memasak.. aku tak tahu menyusun barang..otak aku boleh ligat pikir macam mana nak selesaikan sesuatu perkara macam menda-menda praktikal..aku suka berinteraksi dengan orang..aku suka ambik berat pasal orang..aku lagi suka beli barang-barang nak cantik kan rumah atau kereta dari aku beli barang make up atau minyak wangi..aku suka bawak keta berderum-derum..aku suka dengar lagu berdentum-dentum..

tak tahu lah.. bila ada yang berkawan dengan aku.. dan aku bercakap agak polite..bila aku terbayang aku manja-manja.. ntah.. aku macam aku tak ley blah..! tapi dkekasih separuh masa aku. cakap... si teman tapi mesra aku.. shadif din... dia cakap.. aku adalah orang yang sangat-sngat manja.. tapi dia pun pening sebab kadang-kadang dia nampak aku ni ley jadi leader.. boleh berdiri sendiri.. tapi kalau dia ada.. eh.. tetiba plak.. dah macam anak-anak riang.. wakakakaka..

aku pun kompius dengan diri aku.. dengan keta aku yang kalau aku tak bukak tingkap, mesti orang kata lelaki yang bawak keta... sekali kuar.. hah kau.. awek siap berjubah lagik.. mana kau nak carik? wakakakakaka.. mungkin sebab ini kot.. tak de orang nak kat aku.. sangat-sangat bercelaru.. sangat-sangat mengompiuskan diri... ntah lah... ekekeekke.. macam lawak pun ada gak...


sorry guys, kalau entry ni too annoying.. :)



Friday, July 15, 2011

JUBO

tengah duk lepak dengan abang dan kakak ipar ni, tetiba teringatlah kenangan-kenangan dengan arwah pakcik aku dengan arwah makcik-makcik sebelah ayah aku..orang dah tak de kan.. kenangan diorang jerkla duk kitorang ceritakan pada kakak ipar.. sebab dia memang tak pernah jumpa sorang pun even arwah nenek aku...

oleh kerana ayah aku adalah anak jati negeri sembilan.. duk kat nuuuuunn.. kuala pilah.. kat solok sana kampung parit.. ha.. sape yang tahu, negeri sembilankan masih lagi banyak kampung-kampung hutan-hutan.. memang suasana segar la..so, diorang punya bahasa atau loghat negeri tu memang pekat dan likat.. ekekeekke... jadi aku dengan abang aku pun berbual sama-sama depan kakak ipar aku.. sekalik abang aku cakap...

" JOBO lah kau nih.."

kakak ipar aku dah pandang..

"tak senonohlah abang ni... ada plak kata orang macam tu..."

"eh.. abang cakap JOBO la.. bukan apa pun.. "

"yelah... sebutlah menda lain..."

abang aku dah macam kompius.. (dia nih kadang-kadang lambat pikap sikit..wakakakaka)

"ann..(kakak ipar aku) tu JUBO... ni JOBO.. lain ann.." aku bersuara

"JOBO tu apa?"

abang aku dengan slumber jawab..

"bontot kau labOH.. "

hahahahahahahahaahaha mengekek-ngekek kitorang gelak.... (abang aku memang.. dia suka sangat sakat kakak ipar aku..)

kalau korang nak tahu... JOBO ni bahasa kampung kuala pilah, yang bermaksud POYO... aku tak tahu lah.. kot lain solok lain bahasa.. tapi kat kampung aku.. kampung parit, kuala pilah, negeri sembilan.. itu lah maksud nye.. kot kalau orang cakap kat korang.. JOBO jgn lah korang duk lempang dengan pantas... kesian diorang kang.. ekekeke.. dia lain ok daripada JUBO.. JEBOR.. JUBUR.. JEBBO... ouh.. sangat-sangat berlainan.. makna JOBO adalah lebih murni.. wakakakakakaakkakaka


Thursday, July 14, 2011

dewasakah aku? (dari sudut jelinganku...)



aku di terjah dengan pesanan yang di tinggalkan adi pada shoutbox semalam.. adi minta memberi komentar pada entrinya "dewasakah aku?"  sekali aku baca... aku agak keliru.. keliru dengan persoalan..keliru dengan pandangan teman-teman yang meninggalkan jejak kat situ..

aku percaya..persoalan yang bermain di benak adi.. bukan dia sahaja yang mengalami..bahkan aku.. kamu ..kamu..kamu semua pun mungkin alami.. adakah kita perlu salahkan waktu..sekiranya pada waktu lepas kita melakukan kesilapan? adakah..kita perlu terus terusan mengimbau sambil menangisi tanpa apa-apa pembaikan? dewasakah kamu?? bagai mana kau nak menilai diri bawasanya.. kau telah dewasa.. ??

subjektif.. 

kepuasan sesuatu perkara terletak pada hati individu.. adakah setelah mengecapi kepuasan sesuatu zaman telah dikira layak melangkah ke alam dewasa dan menjadi dewasa yang berkualiti?

bagi aku..bila sudah dewasa, tidak bererti remaja perlu kita tinggalkan.. kalau kita sudah dewasa, tak semestinya tua kita abaikan... semua zaman mesti ada dalam diri..remaja .. dewasa... tua..  gunakan setiap karektor pada keadaan yang sepatutnya... 

apa itu dewasa? adakah dari perbuatan kita? umur kita? tingkah laku kita? pandangan kita? atau dari amal yang kita buat? dari cabang mana yang kita akan kategorikan itu adalah dewasa? adakah diri kita sendiri layak mengiktiraf diri kita sudah dewasa? siapa yang patut menilai kedewasaan kita? adakah setelah kita melangkah ke satu fasa kehidupan.. itu telah menjamin kita telah menjadi dewasa??

memang sukar nak jawab semua soalan kat atas kan? sebab dia adalah sesuatu perkara yang SUBJEKTIF .. cuma yang pasti aku boleh katakan... yang hanya mampu mengiktiraf dan meletak kan diri kita ini sebagai telah dewasa.. atau dewasa yang berkualiti hanyalah.. orang sekeliling.. janganlah sesekali mengiktiraf diri sendiri sudah dewasa... alamat memanglah SYOK SENDIRI..  pegang pepatah ini..

" teman sekeliling merupakan cermin buat diri kita.." 

jadi.. jangan menilai diri sendiri.. kerana kita sendiri kadang-kala tak sedar apa habit yang kita buat selalu..kadangkala.. habit yang kita buat tu.. orang tak jadi nak pandang kita sebagai dewasa..jadi.. tanya teman.. bisik-bisik dengan teman keliling.. adakah aku mempunyai pe'el yang agak kurang senang di mata kalian yang mungkin boleh aku ubah demi kebaikan diri? dan jangan sesekali cepat sentap hati..sekiranya teman-teman menegur kita.. walau kadangkala teguran itu memang menyakitkan hati..tapi cuba terima dan fikirkan.. ada atau tidak kebaikan didalam teguran tu yang boleh kita improvekan diri kita.. wallahu'alam...






moral of the story

hakikat cerita tak de kena mengena dengan sesiapa..cuma pandangan peribadi sahaja..
tapi hakikat.. kita manusia memang sentiasa alpa..jadi ikhlaskan hati mengambil berat
pada rakan sekeliling kita... tegur mana yang perlu..sama-sama kita perbaiki diri ^_^ 

terima kasih sangat-sangat buat teman yang pernah menegur aku selama ini
mungkin buat waktu itu pedih menghiris hati
tapi aku bersyukur kerana teguran itu
telah berjaya membuat aku
menjadi insan yang
berkualiti 
^_^



klik iklan ni tak kena bayar pun