Monday, July 11, 2011

BERSIHkan yang lain

kalau di buat entri pasal BERSIH, rasa kompem semua ramai blogger yang dah menaip dan kupas pasal isu perhimpunan BERSIH pada hujung minggu yang lepaskan?  so aku rasa, tak nak lah aku mengupas benda yang sama mengikut pandangan aku yang sedia ada kabur nih..  Jom kita cerita pasal bersih yang lain... ekekeke..

semalam, aku bermalam di rumah abang aku, di Bandar Kinrara ..lepas kelas di shah alam semalam, aku pun soot ke kinrara.. dalam pada dirve tu, dapat plak sms dari abang aku suh aku beli kerang nak buat rencah mee kari.. sesampai aku di kawasan kejiranan abang aku tu.. tanpa berlengah lagik.. aku terus jerkla pegi ke kedai runcit berhampiran untuk beli kerang.. nasib le hado... kalau nan hado... kompunan la nak makan mee kari kerang....

dalam pada orang kedai tu sibuk mencedokkan kerang yang aku minta, aku pun masuk dalam carik la fish cake.. masa tu, datang la sekumpulan kanak-kanak ribena.. berumur dalam lingkungan 10-12 tahun.. ramai-ramai masuk serentak duk berkumpul kat kaunter...aku nampak yang sorang ni, dia capai rokok kat kaunter dan tarik sebatang.. sambil mata melilau pandang tokey kedai.. yang lain pun macam tolong cover line.. dalam masa tu aku berfikir.. aku nak sound ke.. tak.. macam nak diam kan je, tengok kan nanti bagi tahu tuan kedai.. tapi rasa macam tak ok plak... terus dengan ringan mulut 

"Dik.. tak baik dik.. orang tu kan berniaga.."

tokey tu dengar jer.. terus dia masuk dalam.. budak yang ambik tu terus jerk seluk poket hulur duit buat-buat macam tak mencuri walau hakikat itu niat dia yang sebenar... pastu budak-budak tu blah orang kedai tu macam usha-usha lagik budak-budak nih, takut ada menda lain yang dia ambik.. aku geleng kepala.. kecik-kecik dah pandai hisap rokok.. nak mencuri plak tu... pastu... aku tengok diorang patah balik lalu depan kedai tadi... dan terdengar lah suara merdu mereka bersuara...

"dik... tak baik dik... tak baik dik... tak baik dik.. " dengan nada menganjing... 

pergh memang anjing betullah budak-budak nih.. nak ikut hati.. memang dah berasap dah masa tu... tapi aku tahan kan aje,.. sebab aku tahu.. tu budak-budak.. tapi dalam hati aku dah nekad...

KALAU DIORANG DATANG NAK PEDAJAL AKU.. MEMANG AKU HAYUN PLASTIK KERANG TU KAT KEPALA SEKOR-SEKOR.... AKU TAK KIRA..LANTAK KAU LAH..!!!!


~ moral of the story ~

kita sebagai orang awam.. janganlah hanya memandang sahaja benda tak elok yang berlaku depan mata...tegur atau bertindak apa yang boleh... kalau tidak.. macam mana negara nak BERSIH????

Friday, July 8, 2011

lama plak tak rasa menda nih ~



rasa apa? jangan kompius.. hehehhehe..bukan apa, arini hest dapat order nasik lemak 41 bungkus..sikit jerk kan? haaa.. tapi buat sorang-sorang.. jadik tak tido malamlah jadinya.. belum dikira lagi yang membodek minta buat peria masak sambal..sebab yang hest masak first time aritu, diorang kata sedap..dengan seikhlas hati, hest masakkan juga..yelah,dah permintaan,lagik pun hest baru mencuba masak peria dan makan peria.. hest tak makan peria sebelum nih, sebab hest rasa dia pahit sangat.. eeeeeeeeeee... tapi, now dah ok, kalau masak sendiri hest makan lah kot, kalau orang lain masak tak tahu lagik.. hehehe..sebab hest ada amal kan petua untuk buang pahit peria..oleh kerana malam tadi hest kurang tido, so hari ni hest ngantuk sangat..

lama sudah tak ngantuk kat opis, jam 11.45pg (rehat jam 12.15pm) hest dah surrender,tak larat. terus masuk surau ofis dan tido..ni yang hest tak larat tanggung, tido dalam kesejukan yang melampau, sampaikan bila terbangun ni, hest dah rasa sakit kepala sebab sejuk sangat dan hidung hest dah rasa macam beku.... gggrrrr... ini yang hest dah lama tak rasa nih.. huhuuhu.sejak off berniaga harian, juz buat nasik lemak tempahan, jarang dah hest tido dalam surau beku tu...

ok, sekarang masuk part baru plak....hest pening dah, hest terpaksa tarik diri dalam pertandingan bola tampar, sebab ayah hest nak buat kenduri arwah malam esok..hest kena bawak kakak ipar dengan anak buah.. yang jadi masalah hest lagi ahad pepagi buta hest kena balik kl balik, sebab kena rush ke shah alam ada kelas ganti .. aduih, so sad.. takut kakak ipar dengan anak buah terkejar-kejar. hest kompem dah berlari-lari dah... macam mana nih? aduihhaih.!~ .. tak pelah .. masalah hest tu akan berlalu jua.. =)        <<<<[giller skema ayat)

hest selalu tengok trafik hest...nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjengah, even tak tinggalkan jejak pape, tapi tak pe.. hest tahu ada yang datang singgah terimakasih banyak-banyak, terutama kawan -kawan dari abroad macam dari taipei, california, florida, mountain view, kaherah.. kalau tak keberatan, tinggal-tinggalkanlah email pada hest atau follow hest di twitter @hestyrezyuda .. salam kenal.. moga kita bertambah ukhwah =)  

kalau ada kekurangan pada penulisan hest.. hest minta ampun maaf.. ni totally luahan hati hest..apa yang terdetik di hati.. itu yang hest ketuk di papan kekunci... sayang semua kawan... assalamualaikum...  mmmuuuaaaaahhh....



Thursday, July 7, 2011

Mummy Qila & Ariq First GA

actually ni second time nak join GA .. before this adalah join.. but that adik angkat punya blog.. kot orang lain belum lagik pernah join.. so, sesaje jerk le.. nak join, kot mana tahu ada rezki dapat hadiah GA kak marsha kan.. ekekekeke.. first, sure hest nak show print screen blog Selagi ada matahari, bulan dan bintang

ini dia... tadaaaaaaa....




so..lets check the rule of GA
 
ok..first rule dia menjadi follower.. done...apa??!! korang tak percaya?? yaAllah.. tak baik menipu k.. usaha kena telus baru ganjaran dia berkat....tak pe..takpe.. hest buktikan.. kak marsha.. terpaksa hest tenung satu-satu akhirnya... tuuu dddiiiaaaaa..... korang hado??

jeng..jeng..jeng..



see... nasib baik jumpa kooo...kalau tak jenuh le hest.. tak kan plak. nak join kontes baru nak followkan... segan le hest kalau macam tu.. macam 'mengendeng' hadiah orang lak.. huhuhu .

ok apa second rule dia?

buat pasal satu entry khas pasal GA ni dengan tajuk 'Mummy Qila & Ariq First GA'(beserta link blog) and drop kan komen dan link entry serta email.. on.. in process.. but i tick done lah k =P lepas ni nanti baru hest letak lin kat blog kak kak marsha.

ok, rule yang ke-tiga

  
ok..kena buat entri dan bagi tahu, apaaaa yang kita suka sangat dekat blog selagi ada cinta ni... eh salah Selagi ada matahari, bulan dan bintang .. 

ok.. jujurnya yang buat hest tertarik pada blog kak marsha ni, adalah sebab dia sebendera dan jiran kampung hest... kak marsha klebang, hest bukit rambai.. huhu, so.. si perantau ni (hest lah tu..) akan rasa macam ada kat kampung sendiri kalau kak marsha duk cerita pasal keadaan kat melaka.. shopping.. jam.. laut.. jalan.. more dekat di hati sebab semua jalan-jalan yang kak marsha lalu..adalah jalan yang hest lalu juga kalau nak kemana-mana.. so... i will miiiiiiiissssss malacca.... dan obkos.. pasal keletah qila dan ariq dan macam mana kak marsha handle 2 beradik yang comel dan aktif nih dan kak marsha suka letak gambar-gambar situasi yang buat hest rasa macam hest pun berada di tempat kejadianhahaha...serta penggunaan bahasa kak marsha yang agak sempoi dan slumber... 

ok now... jom check out rule no 4 


aaauuuww... kena tag 3 orang kawan... ok..ok... DENGAN INI... SAYA MENGUMUMKAN.. 

1- piah piot sebab dia selalu tag saya tapi saya tak pernah lagi meng'tag' dia
2- putri elina adik yang selalu baca dan kadang-kadang mengomen terutama kalau saya sebut pasal nak kurus

3- are-la my silent reader.. saya tahu dia selalu datang kalau tgk trafik.. hikhikhikhik..

NOW is DONE ... hoooreeeeeyyyhhhhh.......................................!!!!

by the way.. saya dengan rasa bahagianya nak mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat kak marsha dan suami yang ke-empat.. tahniah.. dan semoga Allah memberkati anda sekeluarga dan memberi rezki yang melimpah ruah... 









Wednesday, July 6, 2011

siapalah yang berJAYA mencuri hati ku...

bukan la apa.. saje kegatalan tapak tangan nak menaip tajuk tu,,, huhuhu.  tapi betul wat, aku selalu la duk berangan, siapalah orang yang mampu membuatkan hati aku berkata pada dia dengan 1 perkataan " WOW! "huhu.. bukan nak perfect pun.. tapi perkara yang wajib ada itu sahaja dah cukup dah.. huhuu.  aku nih, bukan tak de yang mengayat atau yang berbasi basa dalam minta jalinan hubungan di panjangkan..tapi selalunya belum stage 1 habes, dah kantoi dulu... macam mana...? haih ~

apa yang diorang selalu kantoi? diorang selalu cerita pasal sex, walau dah di tegur tapi buat tak tahu...susah jugakan..ada yang jenis macam ni.. actually ni memang pantang aku lah... mungking.. haaa..mungkin dulu pun aku nakal..aku very open.. apa yang kau nak borakkan dan kongsikan.. tapi mungkin tak sekarang..aku rasa amat lah merugikan masa dan wang ringgit..kalau benda ni berlaku masa aku yang buat panggilan.. selalunya aku akan.. PAP! matikan talian dan off terus...! tak kuasa nak layan.. dah lah aku yang kol.. ko boley plak nak bazirkan bil aku.. apa salah kalau aku kol tu, ceritalah pasal hal diri, kisah diri yang amat dikesali.. benda-benda yang ko rasa nak berubah, pasal azam.. nampak la sikit matangnye.. ni tak.. macam terdesak gersang sangat-sangat..!


lain cerita yang paksa aku nak phone seks... eh.. halllloooo.. kalau dah terdesak sangat pegilah carik pelacur..yang kau duk phone seks.. huh..hah..huh..hah.. tu apa kes?? apa barang duk layan batang ko tu sorang-sorang? dah tak de duit?? GGGGRRRRRRRR...!! geram mak, noookk..! pastu dah aku tak layan.. dan tak jawab kol sampai bila-bila.. kata hati kecewa.. sampai hati aku tinggalkan.. dah kau perangai tak semenggah.. dah aku kata benda tu paling aku benci.. lagik nak buat kan? padanlah dengan muka.. respect la sikit..

ini, belum lagi kira yang tak pernah lagi jumpa dah pandai-pandai minta duit kita.. minta topuplah.. dengan pelbagai alasan..korang kan lelaki... bukan aku nak kata lelaki tak boleh nak minta bantuan wanita dalam segi kewangan.. tapi aku ni siapa? kawan jer kan. kalau dah jadi tunang ke, atau isteri, aku boleh accept, sebab hidup dah kena berkongsi.. ni tak, baru kawan... declair pun tak... haaa.. apa korang rasa? salah ke apa aku pk nih ?


aku tak paham.. sebenarnya..apa nilai seorang perempuan dalam diri anda?

klik iklan ni tak kena bayar pun