Thursday, June 2, 2011

temu bual dengan METROJAYAs





wartawan : apakah perasaan saudari sekarang ?

aku : ntah la.... blur..

wartawan : saudari sedih?

aku : jujur.. YA

wartawan : saudari gembira?

aku : jujur..ya TAPI tidak

wartawan : so, dalam keadaan apa saudari sekarang?

aku :  jujur.. KELU

wartawan : saudari kecewa?

aku : jujur..SEDIKIT

wartawan : kenapa saudari perlu kecewa?

aku : jujur .. MELETAK HARAPAN DALAM PERPISAHAN

wartawan  : saudari..wajarkah itu?

aku : jujur.. MEMANG TAK WAJAR

wartawan : jadi kenapa saudari masih meletak kan itu?

aku : jujur.. MASIH ADA SAYANG

wartawan : kenapa saudari tak pernah berterus terang?

aku : jujur.. memberi PETUNJUK untuk dia MARA kesini..TAPI dia seperti TAK mengerti..

wartawan : bukankah..saudari yang minta undur diri ..

tangan wartawan mengapai helaian dalam kotak dan menghulurkan ke aku
sambil aku menyambut dan melalukan helaian itu ke pipi

aku : thanks....

wartawan : yup..welcome..

aku : jujur.. YA

wartawan : jadi..mungkin dia takut saudari masih lagi menjauhkan diri walau dia akan cuba dekati

aku : TIDAK .. kini ku paham mengapa ..

wartawan : mengapa? 


aku : (senyum) bunga.... 

wartawan : tapi aku sedikit hairan saudari..

aku : kenapa ?

wartawan : saudari sudah tahu hakikat yang nyata..tetapi kenapa saudari masih lagi berasa sedih.. gembira,tapi tiada riak bahagia

aku : TIADA apa .. ^_^ 

wartawan : mengukir senyum? hairan aku ..

aku : dia berhak bahagia bukan ..?

wartawan : ya..

aku : aku tahu hakikat diri tiada selayak untuk berada dengan dia. jadi, airmata hanya mahu menghapus luka..senyum hanya mahu melakar ceria..tawa hanya mahu membunyikan bahagia..agar semua tidak kelihatan nyata..kabur dan tersembunyi dalam kalbu yang dilindungi rangka dada yang keras dan sasa..

wartawan : wah..bermadah pujangga ..

aku senyum tanpa bicara ..senyum tak perlu kata apa-apa

wartawan : jadi, apa dalam hati saudari kala ini?

aku : diri aku

wartawan : tanpa riak?

senyum lagi

aku : riak apa saudara mahu

wartawan : riak gembira?

aku : ada .. (senyum)

wartawan : riak kecewa?

aku : bakal aku hapus (senyum)

wartawan : hurm...

aku : kenapa? 

wartawan : cinta???

aku : cinta tiada lagi

wartawan : sampai begitu sekali? 

aku : (senyum) cinta aku hanya untuk dhia delisha dan alif hakimi.. cinta hati bonda

wartawan : lelaki

aku : tiada dalam kamus hidup

wartawan : parah..

senyum lagi..

aku : kenapa perlu kata begitu?

wartawan : hanya kerana itu..saudari bertindak begitu ?

aku : apa perkara yang akan membahagiakan kamu wahai saudara?

wartawan : apa yang aku miliki dan hajati ada bersama ku

aku : kalau tidak seperti itu?

wartawan : aku akan cuba terima seadanya apa yang ada

aku : bagaimana?

wartawan : melepaskan yang tak pasti, melupakan yang terpahat di hati, bergembira dengan apa adanya aku

aku : jadi, salahkah aku?

wartawan diam..
1 detik
2 detik
3 detik
 mengukir senyum

wartawan : aku bagai mengerti..tapi buat kamu, aku seperti rasa itu seperti salah

aku : tak adil kata begitu (tawa kecil)

wartawan memerhati sambil tersenyum
~~~
tawa terhenti sambil tertunduk senyum

wartawan  :  tawa ini akan kekal?

aku : insyaAllah saudara (senyum)

wartawan : saudari .. telah lama aku membaca coretan saudari ..segala duka, suka, dan ceria, aku membacanya.. saudari tahu apa pemikiran ku pada saudari?

aku : tak termampu aku nak membacanya

wartawan : saudari sungguh kuat

aku : mana saudara tahu.. saudara tak pernah kenal baik siapa aku (senyum)

wartawan : dari penulisan..segala permasalahan.. kekosongan.. airmata.. kekecewaan.. kelukaan.. penderitaan.. kegembiraan.. senyuman.. kebahagiaan.. kepuasan...

aku : dihitung banyak sedih dari senyum.. (tawa)

wartawan : sebab itu aku bilang saudari kuat

aku menghulurkan minuman
disambut wartawan

aku : saudara terlalu banyak bicara

wartawan : sebab itu kerja aku

aku memandang kejauhan

wartawan : termenung?

aku : taklah. khayal

wartawan : apa harapan saudari?

aku : (senyum) moga dia(lelaki) bahagia.. moga dia(perempuan) menjaga dia(lelaki).. tidak melakukan seperti aku..

wartawan : untuk diri saudari?

aku : tiada apa (senyum)

wartawan : mana mungkin?

aku : tiada perlu harapan buat manusia yang hayatnya tak lama ..nanti pergi mata terbuka,sebab ralat harapan tak tertunai

wartawan :(kerut kening) siapa kata

aku : orang-orang tua yang hidup lebih lama dari kita (senyum)

wartawan menghulurkan helaian sekali lagi
aku menyambut dan kali ni dilekapkan di mata

wartawan : saudari suka buat orang keliling tersenyumkan ? jadi hapuskan titisan itu..supaya aku tetap tersenyum dan bisa membaca coretan saudari

aku mengalihkan helaian itu 
diam
1 detik
2 detik
3 detik
senyum...

aku : insyaAllah saudara (senyum)






nota : ulang papar






Wednesday, June 1, 2011

SELAMAT ULANG TAHUUUUUNNN....... yiiippppppppeeeeeeeeee..!!!


Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu bertiga...
Allah selamatkan kamu....

hooooreeeyyyyyyy........
selamat hari lahir buat ALONG dgn RAMZAN semalam 31 mei
dan adik bongsuku yang boyot..WAN besday hari ni 1 jun

masing-masing dah mningkat dewasa dan makin tua kan.. 
so hope korang ley jadik lebey CHILDISH....hahahahahaha 
moha dirahmati Allah
di berkati usia
di golongkan dalam insan terpilih Allah..
yang hidup didalam iman dan mati di dalam iman..
amin.....



HAAAAPPPPPPYYYY BEEEEEESSSSSSSDAAAAAAAAAAAAAYYY.....!! 

Tuesday, May 31, 2011

Tahniah buat anda berdua ^_^ .. senyuuuuuuuuuummmm say cheessss :D



Actually this not a new news to tell all of u guys...
hest dah pernah bagi tahu dah.. 
ingatkan hest pernah kongsi cerita pasal housemate hest
 semua bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ni..
seorang pada bulan 5 yang lepas,
dan seorang lagi pada minggu lepas baru ini..
tapi kedua-dua majlis tak dapat nak pegi..\
seorang tarikh bertembung dengan peperiksaan
dan minggu lepas hest still dalam kondisi tak berapa sihat..
so untuk long distance memang amat mnggusarkan hest...

jadi di kesempatan ni, hest nak ucapkan semoga berbahagia 
dan diberkati pertemuan dan jodoh ini, serta berpanjang sehingga akhir hayat
buat 2 mempelai yang sangat-sangatlah comel dan vouge... 
minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir pada majlis kalian...
moga doa yang di titipkan ini akan di makbulkan Allah buat kalian..

sob..sob.. alamak sedeyh lak rasa... huhuhuhu.. uuwaaaaa....

  ROSMERY ♥ FARID EFFENDY


SITI ELLYSA ♥ MOHD ARIF


 love both of u dude.. wish me luck... both of u are my best housemate forever
susah nak cari ganti korang nanti :( 

Wednesday, May 25, 2011

kawan-kawan blogger ...JOM KITA CAMPIIINNNGGG..!!



aku minta maaf pada kalian.. biarkan blog tak berupdate... lama jugak tuh.. minta maaf, kondisi kesihatan amatlah tidak memberangsangkan, dan hari ni pun, dikira masih tak sihat, tapi dah boleh ngadap komputer kat opis balik dah.. miaahahahaha... tekak sakit.. kepala bengal.. itu perkara biasakan buat masa cuaca skang yang amat-amat tidak menentu, kan?... jadi aku minta maaf sangat-sangat.. hari-hari aku bukak blog ni, tapi nak update macam tak berselera lah plak... minta maaf sangat-sangat ya.. walau aku tgk trafik, blog aku masih di kunjungi kawan-kawan... minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada kalian .

ok, now.. aku nak invite pada sesiapa kawan-kawan blogger yang sudi nak join camping yang aku nak buat pada 11 & 12 JUN 2011 ini di.. tapak perkhemahan LAMAN BANGKINANG, BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN... bayaran dia sebanyak rm 40, ok bayaran ini termasuk duit khemah, duit BBQ, dan duit untuk aktiviti malam yang akan di sediakan pihak Laman Bangkinang....

so aktiviti yang akan di lakukan adalah.. jeng..jeng..jeng.. siang pada 11hb tu, kita akan  cuba untuk sampai jam 11pg di sana, selepas ambil khemah, kita akan terus ke JERAM TENGKEK untuk mandi manda sampai petang..malamnya, kita akan berBBQ dan akan berkativiti dengan orang-orang di Laman Bangkinang..dan selepas aktiviti bersama penduduk Laman Bangkinang, kita akan buat aktiviti unggun api.. esoknya pula, kita akan pergi melawat ke muzium barang lama milik peribadi penduduk setempat dan mungkin kita boleh nak sambung mandi di jeram tengkek ..

jadi pada kawan-kawan blogger yang berminat, boleh telifon hest di talian 0126578942 untuk maklumat lanjut dan akaun bank yang hendak di bank in kan.. OUH YA TARIKH AKHIR BAYARAN PADA 4 jun 2011

klik iklan ni tak kena bayar pun