mata aku mengantuk sebenarnya.. tapi aku tak tahu ..gelodok hati aku kuat... aku tak tahu nape...siyes....siang tadi ley plak aku teringat kat den mengong tu dgn dosa2 yg dia wat kat aku..dengan pompuan sengal tu sekalik....wat hati aku pedih.. wat hati aku sayu..
aku bertekad untuk jadik wanita yang berdikari.. walau aku tahu hakikatnya aku akan tempang dengan ketiadaan lelaki..sebab Allah dah bagi tahu.. lelaki adalah kelengkapan wanita untuk wanita menjadik kuat dan utuh.. dan wanita adalah pelengkap untuk kehidupan lelaki menjadi sempurna..
petang tadi air mata aku menitis lagi..aku inginkan bahu seseorang untuk aku sandar dan rembis kan air mata yang jatuh...tapi bila aku toleh ke kiri tiada.. kekanan pun tiada..bila aku kalih kebelakang pun tiada...tapi bila aku dongak.. aku nampak langit yang luas terbentang...hanya Allah je yang tahu..bertapa nyilu dan peritnya hati aku pabila tiada sesiapa yang boleh aku peluk untuk aku kurangkan kesayuan..untuk aku mengambil sikit ketenangan...
adakah aku berjaya menjadi seorang perempuan yang berdikari??? doakan aku teman....panggilan dari dia aku terima....dia gembira menceritakan tentang wanita yang bertahta di hati dia... aku senyum... kerana aku turut girang dia bakal bahagia.. aku harap dia bahagia... benar-benar bahagia :)
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 9, 2009
kaseh - 1
-->
“ Ika,ika…bangun nak.. dah pagi dah ni..” laung Datin Rosnah sambil mengetuk pintu bilik anak gadisnya dengan kasar.
“Ehmmmmm.. ika bangun lah ni mama..” jawab ika dengan malas sambil menutup telinganya dengan harapan ketukan yang membingit itu berhenti dengan segera. Dia termenung lama untuk kembali ke alam realiti. Setelah agak puas, dia bangun dengan langkah yang longlai lalu mencapai tuala yang tersidai di hujung katilnya.
“Ahhh… sejuknya pagi ni..” gerutu hati Ika. Dia membuka pili air panas dan sejuk dan dibiarkan bertakung separuh penuh didalm tab mandinya. Dicampurkannya dengan bahan mandian yang wangi dan menyegarkan dan bersedia merendamkan tubuhnya yang montok itu.Nyaman.. itulah yang dirasainya. Sedang asyik dia mengulit tubuhnya, kedengaran pintunya di ketuk.
“Cik Ika, Datin minta turun segera bersarapan”.
“Yalah, yalah..sekejap lagi saya turun..”laung ika..
“ Kacau betullah..orang baru nak syok mandi” mengomel Ika sendirian. Dengan pantas dia membilas dirinya dan bersiap untuk turun bersarapan dengan papa dan mamanya.
“Selamat pagi pa,ma..” sapa Ika sambil tersenyum manja,
“Selamat pagi sayang..amboi,senyum je dia ni..oooo..dah wangi rupanya,patutlah senyum. Selalunya mashem je baik bau dengan muka tuannya..hahaha” gurau Dato’Haris sambil di sambut tawa Datin Rosnah.
“Papa ni… mama.. tengok lah papa ni…” merengek Ika. Tapi di sambut hilai tawa mereka bertiga. Ika mencedok nasi lemak ke pinggannya.
“ So papa..what your program today?” Tanya ika.
“ Nothing.. duduk rumah goyang kaki je lah. Malaslah papa”jawab Dato’Haris bersahaja sambil mencebik bibir.Melopong mulut ika dengan jawapan papanya.
“Pa… hari ni kan hari minggu..” Kata Ika. Dato’Haris mengerutkan keningnya dan memandang Ika dengan pandangan hairan
“So dear, what your problem if today is sunday” tanya Dato’ Haris.
“Yelah, takkan papa tak nak bawa ika dengan mama pegi jalan-jalan atau shopping ke.. Bukan selalu kita dapat macam ni papa. Papa dengan mama selalu sibuk kan? Ika pun asyik study je untuk SPM, sekali-sekala nak juga tenangkan fikiran papa. Lagi pun.. sekarang ni ada sale tau papa” terang Ika separuh merengek.
“Ros, tengok. Kan abang dah cakap” kata Dato’Haris pada Datin Rosnah sambil ketawa terbahak-bahak mereka berdua. Ini lagi membuatkan mulut Ika melopong besar.
“Aku buat lawak ke? Rasanya macam tak de?eh.. apa diorang mengarut nih.. adeeeehhhhh” Ngomel Ika dalam hati.
“Kenapa ni…” tanya Ika seakan-akan nak menangis.
sambungan kaseh - 2
Friday, December 4, 2009
4 disember 2009 detik waktu 10.05 pagi
happy........................................ tapi macam ada rasa pelik
aku seronok sangat hari ni.. sebab pagi lagi ada orang kol....ekekekeke...agak menyenangkan lah bila dengar suara tu..hurm.. he said sorry ..and.. something2 basic question la...
pastu pepagi lagik...aku dah dapat kad jemputan azam dengan amin... yaAllah.. happy ending love story depa berdua nih... rasa macam dalam novel cinta...rasa macam nak writedown cerita diorang dalam cerpen aku la.. uhuhuhu... insyaAllah...
hari nih aku senyum girang.. tapi dalam hati aku ada perasaan kurang senang sikit.. aku tak tahu kenapa.. aku tak tahu apa dia... tapi feel yg berat.. what the hell this???? ley campak kan perasaan tu jauh2 tak...???? sebab aku nak rasa melayang girang dengan berita2 yang menyenang kan di sekeliling aku jerk.....leyy tak?????
Thursday, December 3, 2009
3 disember 2009 detik jam 10.29 pagi
huhuhu.......
baru semalam cakap yg aku lum sampai tahap maksimum untuk taip dalam ni apa aku rasa..tapi skang aku memang tak tanggung dah... waaaaaaaaaa... macam mana ni.. dah kantaoi dgn bapak aku pasal akaun maybank nih. adess.. aku tak tahu apa nak auta bapak aku nih..uhukuhukuhuk... any idea... itu bukan duit aku... itu duit orang.. adessss... tolong... tolong.....
baru semalam cakap yg aku lum sampai tahap maksimum untuk taip dalam ni apa aku rasa..tapi skang aku memang tak tanggung dah... waaaaaaaaaa... macam mana ni.. dah kantaoi dgn bapak aku pasal akaun maybank nih. adess.. aku tak tahu apa nak auta bapak aku nih..uhukuhukuhuk... any idea... itu bukan duit aku... itu duit orang.. adessss... tolong... tolong.....
Subscribe to:
Posts (Atom)