Wednesday, December 9, 2009

kaseh - 1

-->
“ Ika,ika…bangun nak.. dah pagi dah ni..” laung Datin Rosnah sambil mengetuk pintu bilik anak gadisnya dengan kasar.
“Ehmmmmm.. ika bangun lah ni mama..” jawab ika dengan malas sambil menutup telinganya dengan harapan ketukan yang membingit itu berhenti dengan segera. Dia termenung lama untuk kembali ke alam realiti. Setelah agak puas, dia bangun dengan langkah yang longlai lalu mencapai tuala yang tersidai di hujung katilnya.
“Ahhh… sejuknya pagi ni..” gerutu hati Ika. Dia membuka pili air panas dan sejuk dan dibiarkan bertakung separuh penuh didalm tab mandinya. Dicampurkannya dengan bahan mandian yang wangi dan menyegarkan dan bersedia merendamkan tubuhnya yang montok itu.Nyaman.. itulah yang dirasainya. Sedang asyik dia mengulit tubuhnya, kedengaran pintunya di ketuk.
“Cik Ika, Datin minta turun segera bersarapan”.
“Yalah, yalah..sekejap lagi saya turun..”laung ika..
“ Kacau betullah..orang baru nak syok mandi” mengomel Ika sendirian. Dengan pantas dia membilas dirinya dan bersiap untuk turun bersarapan dengan papa dan mamanya.
“Selamat pagi pa,ma..” sapa Ika sambil tersenyum manja,
“Selamat pagi sayang..amboi,senyum je dia ni..oooo..dah wangi rupanya,patutlah senyum. Selalunya mashem je baik bau dengan muka tuannya..hahaha” gurau Dato’Haris sambil di sambut tawa Datin Rosnah.
“Papa ni… mama.. tengok lah papa ni…” merengek Ika. Tapi di sambut hilai tawa mereka bertiga. Ika mencedok nasi lemak ke pinggannya.
“ So papa..what your program today?” Tanya ika.
“ Nothing.. duduk rumah goyang kaki je lah. Malaslah papa”jawab Dato’Haris bersahaja sambil mencebik bibir.Melopong mulut ika dengan jawapan papanya.
“Pa… hari ni kan hari minggu..” Kata Ika. Dato’Haris mengerutkan keningnya dan memandang Ika dengan pandangan hairan
“So dear, what your problem if today is sunday” tanya Dato’ Haris.
“Yelah, takkan papa tak nak bawa ika dengan mama pegi jalan-jalan atau shopping ke.. Bukan selalu kita dapat macam ni papa. Papa dengan mama selalu sibuk kan? Ika pun asyik study je untuk SPM, sekali-sekala nak juga tenangkan fikiran papa. Lagi pun.. sekarang ni ada sale tau papa” terang Ika separuh merengek.
“Ros, tengok. Kan abang dah cakap” kata Dato’Haris pada Datin Rosnah sambil ketawa terbahak-bahak mereka berdua. Ini lagi membuatkan mulut Ika melopong besar.
“Aku buat lawak ke? Rasanya macam tak de?eh.. apa diorang mengarut nih.. adeeeehhhhh” Ngomel Ika dalam hati.
“Kenapa ni…” tanya Ika seakan-akan nak menangis.
sambungan kaseh - 2

Friday, December 4, 2009

4 disember 2009 detik waktu 10.05 pagi


happy........................................ tapi macam ada rasa pelik


aku seronok sangat hari ni.. sebab pagi lagi ada orang kol....ekekekeke...agak menyenangkan lah bila dengar suara tu..hurm.. he said sorry ..and.. something2 basic question la...

pastu pepagi lagik...aku dah dapat kad jemputan azam dengan amin... yaAllah.. happy ending love story depa berdua nih... rasa macam dalam novel cinta...rasa macam nak writedown cerita diorang dalam cerpen aku la.. uhuhuhu... insyaAllah...

hari nih aku senyum girang.. tapi dalam hati aku ada perasaan kurang senang sikit.. aku tak tahu kenapa.. aku tak tahu apa dia... tapi feel yg berat.. what the hell this???? ley campak kan perasaan tu jauh2 tak...???? sebab aku nak rasa melayang girang dengan berita2 yang menyenang kan di sekeliling aku jerk.....leyy tak?????

Thursday, December 3, 2009

3 disember 2009 detik jam 10.29 pagi

huhuhu.......
baru semalam cakap yg aku lum sampai tahap maksimum untuk taip dalam ni apa aku rasa..tapi skang aku memang tak tanggung dah... waaaaaaaaaa... macam mana ni.. dah kantaoi dgn bapak aku pasal akaun maybank nih. adess.. aku tak tahu apa nak auta bapak aku nih..uhukuhukuhuk... any idea... itu bukan duit aku... itu duit orang.. adessss... tolong... tolong.....

Wednesday, December 2, 2009

hari ni 2 disember 2009 jam 5.15 ptg


lama sangat rasa tak menaip untuk blog kesayangan aku ni.....
hurm.. skang aku tgh layan lagu sharifah aini.. TIADA LAGI MAAF BAGIMU..
jiwang?? oldscool?? sukati lah.. aku minat lagu nih.. sebab rentak dia amat susah untuk aku bawa. aku mula minat masa budak bintang kecil tu nyanyi.. teror betul budak tu.. sebab dia mampu menjiwai... lagu dia macam kat bawah n i----v

Tiada Maaf Bagimu

Mengapa harus kita berpisah
Setelah lama kita bercinta
Tiada kesalahan yang ku perlakukan
Yang menyakiti hatimu

Mungkinkah ini kerna hasutan
Menarik diri tanpa alasan
Tapi tak mengapa
Ku takkan kecewa
Kau turut kata hatimu

( korus 1 )
Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

( korus 2 )
Oh tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu

hurm.. agak bestkan lirik dia,,, tapi aku minat pada lagu dia... hurm.. banyak benda aku nak kongsi sebenarnya. tapi aku rasa aku still lagik ley handle felling yg ada dalam hati aku kot.. so, aku tak terdaya nak luahkan dalam nih..... kalau benda tu samapai ke tahap maksimum baru ada benda tu dalam nih.... untuk aku lepaskan....

sekarang rasa macam teringin nak menulis balik.. dengan galakan mel.. lepas baca cucuratap and the gang blogger.. rasa nak selitkan juga sikit2 cerpen yang aku penah buat. dengan novel aku dulu.. tapi mesti banyak yang kena garab.. mana taknya.. dulu otak budak2 sikit.. tak warna warni sangat..ekekekeke...

doakan lah hajat aku ni tercapai k... mmuuuahhhhhh

klik iklan ni tak kena bayar pun