Thursday, June 5, 2008

1..2..3..

hehehe, sorry semua, lambat ker post kan citer ni, semalam tak sempat nak menaip,mana taknya, baru balik bercuti, jadi kerja berlambak lah kat atas meja..ehehehe..
seronok!
itulah 1perkataan yang aku dapat cakap kan lepas 2bulan aku tak balik kampung..ehe. aku sampai hari jumaat malam, masing2 sibuk bagi tahu aku itu ini.. sampai kepala aku tak tahu nak toleh kat mana dulu.., dengan adik aku sibuk tunjuk2 baju tshirt yang dia beli banyak2.sampai aku tak dan nak memandang, cian dia,, ecited nak tunjuk kat aku.. kul 10 jer aku dah masuk bilik dah tido.. dalam mamai2 tu ter dengar suara bapak aku cakap.. "lor.. dah tido dah budak ni.. baru orang nak borak panjang dengan dia."ehehe penat tau bukan mengelak soalan2 laser..huahuahua. tapi sebelum tido tu, sempat lah aku wish birthday kat pakwe aku.nak jadi orang pertama punya pasal, kul 10 pun aku wish..( hik3 terkedu pak we aku tau, awal sangat)

esok paginya aku kol abang aku ucap birthday kat dia, rupanya dia g jom heboh.. sabau jele. petang sabtu tu kitorang balik pilah, sebab dapat tahu atok aku sakit..lagi pun belah bapak aku tu ada buat kenduri arwah jadi kami balik lah sekali.balik melaka malam tu juga. sebab esok pagi kami nak berniaga... jeng...jeng..jeng..
sampai rumah tepat jam 12malam, aku wish happy birthday kat adik aku dengan bagi baju kameja lengan pjg untuk dia..bukan takat dia jer.. untuk bapak aku, mak, kakak, abang... semua aku bagi malan tu. terkejut diorang.ehe.bapak aku dapat baju batik, mak aku dapat tudung 3helai, kaka aku dapat eyeshadow, abang aku dapat tie dengan kameja, adik dapat kemeja.best tau tengok muka diorang bila dapat hadiah..ehehe.

hari ahad, aku tak banyak program, sebab keta masuk workshop.. huhuhu..
hari isnin aku ambil keta.. huhuhuhu hampir 300.. waaaaaaaaaaa, kopak duit aku.budjet tu.. malam tu adik aku belanja family aku makan nasi ayam singapore kat krubung..bestnyeeerr.. orang berlanja..hahha

hari selasa aku dah nak kena balik dah, aku hidupkan rotex dan insurans, jejak 300.. waduuuh.. lari budjet, sebab kena tambah rm70 untuk penumpang belakang,,huhuhuhu.. dalam pukul 3 aku gerak dari melaka ke putrajaya sampai sana dalam kul 5 aku terus pergi hospital putrajaya solat kat sana sebab nak terus g training.. petang tu plak aku training bola tampar jatuh tengsur.. aduuuuuhhh koyak dah seluar aku.. waaaaa budjet lagi.....
opss.. aku lupa,, ada gambar, tapi nanti aku upload kan ya.. lupa bawa kabel lah.. ehehehe ssooooowwiii...

Friday, May 30, 2008

YAAAHHHHOOOOOOOOOOOOO

ari ni aku nak balik kampung.. aku cuti sampai hari selasa tau. aku dah rindu giler kat kampung. mana taknya.. dah 2 bulan tak balik.. huhuhu. kenapa 2 bulan??? yelah, hari tu, masa bulan 3, bapa aku dah sound.. "mah, bulan4 tak payah balik, balik bulan5".. ha, jadi aku sebagai anak mithali pun mengikut perintah bapa aku, balik bulan 5. yang seronoknya, aku balik ni, adalah hari jadi abang long aku 31/5 dan adik aku 1/6. ( pakwe aku pun 31/5 juga.. ehehe, tak sabar nak wish kat dia..) hari jadi untuk 2 orang, tapi aku beli hadiah untuk semua orang dalam umah aku (termasuk pakwe aku..hehehe)aku pun tak tahu nape aku nak beli hadiah untuk semua orang. tapi seronok tau kalau balik kampung ni bawa balik buah tangan.. aku harap, diorang semua suka dengan hadiah yang aku beli kan....
orang kata, kalau selalu cium dah tak wangi.. kalau jarang cium, wangiiii je... macam tu juga dengan keadaan aku skang ni, kalau selalu duk kat umah, ada je yang macam tak kena, tapi kalau jarang balik ni, kita sampai rumah, semua orang macam gembira tu yang best merantau tu... tetiba aku terfikir.. KALAU AKU NAK TRANSFER KE SABAH, AGAK2 BAPA AKU BAGI TAK??? heheheh

lalala~~

semalam...
aku happyyyyy sangat.....
aku semalam dapat borak panjang2 dengan adik amad lama juga lah..
tapi dia tak sihat. kesian dia..
banyak yang kami ceritakan tau.. pasal alim.. pasal dia dengan mira.. pasal julie.. pasal aku pun masuk juga. ehe.err.. aku dengan pakwe aku lah.. of courselah kan..heheheh..
petang semalam aku main bola tampar. best, memang best.. aku suka team bola tampar yang ada skang. friendly dan membantu. diorang banyak ajar aku cara nak ambil bola macam mana. bola depan net yang aku tak tahu nak ambil tu... nanti aku amek gambar diorang main k..
yang lagi best, bukan kita main 1 kementerian jer.. campur2.. sape nak join boleh aje.ehehe.
aku dah jatuh cinta dah dengan bola tampar..
tapi 1 permainan yang masih aku cari gang.. TENIS..
payah nak cari gang dan guru yang ngajar... macam mana eak???

Thursday, May 29, 2008

:(

:(
semalam adalah hari yang membosankan,,
aku terlewat balik, terus menghilangkan mood aku untuk pegi gym..
so, aku balik awal dan goreng mee.. perggghh.dahlama tak kena tu..
aku lupa plak nak amek gambar tgh goreng mee..eheheh (nanti orang kata aku perasan plak) tak pe lah,lain kali lah ya. masak paprik nanti aku amek gambar bahan2 dia.
oh ye...
aku dah download chatbox so, kalau kamu nak say hai kat situ dan borak2 jom lah...
boleh kita kawan2 ;)


klik iklan ni tak kena bayar pun