Barang kelengkapan wanita :
1. jubah seluar / jubah / seluar panjang dan tshirt muslimah = 4/5 helai (kalau boleh cari yang mudah kering)
2. set persalinan baju tidur = 2 pasang
3. telekung 1 set atau telekung saja = 2/3 helai
4.tudung labuh = 1/2 helai
5. sarung tangan = 3helai (berganti basuh)
6. stokin kasut = 2 pasang (berganti basuh )
7. (stokin solat = 2 Pasang (berganti basuh ) [ atau beli setokin pendenk 1 masa sarung kasut pakai 1 stokin, yang pangjang then sarug yang pendek. pastu masa dalam masjid pakai lagi stokin pendek nak solat baru buka stokin pendek tinggalkan yang panjang.
8. kasut tawaf. untuk orang yang tapak kaki cepat sakit.. perlu cari kasut tawaf yang tapak tebal. bukan yang ada bijik halus tu je..pakai yang tebal sebab lepas tawaf nak bersaie kalau kaki tak tahan jenis badan berat tapak kaki sakit.. untuk lelaki.. bertabahlah. anda tidak boleh memakai alas kaki
9. skarf kepada 3 helai (ganti basuh)
10. seluar dalam pakai buang 2 pek atau 5 helai seluar dalam washable
11. bra 4 helai (ganti basuh)
12. pad dan panty liner bawa secukupnya dan seperlunya.
13. plastik (beli le sepeket kat kedai rm2, buat2 isi kasut.. kang balik kang boleh isi baju kotor.. ada je banyak kegunaan)
14. sepit kuku
15. gunting
16. berus gigi, ubat gigi, sabun, syampoo, pencuci muka
17. sikat rambut, getah rambut extra
18. sabun pencuci dan berus
19. vseline untuk tapak kaki, pakai sebelum tido
20. losyen rosken, bagus untuk kulit kering termasuk muka aku beli kat watsen. ambik yang kaler biru. dia untuk dry skin.
21. mask / purdah (wajib pakai)
22. ubat ubatan yang diperlukan
23. hanget (beli le kat kedai rm2)
24. salotape kertas
25. marker
26. kabel tight ( aku pakai sebagai pengganti kunci. dan mangga asyik ilang anak kunci nya. aku guna ni je.. senang. hahaha)
27. kain batik 2 he;ai ( pengganti towel. aku memmang tak suka bawak towel bila travel)
28. botol air ( nak isi air zamzam sepanjang masa kat sana)
29 Botol spray. tak payah yang besau-besau pun tak pe. yang facial punya pun ok. yg penting semburannya padu. ekekeke. kalau kecik jgn lupa selalu pastikan air ada. letak airzamzam)
30. selipar
kerongsan dan baby pin tapi yang beso tu. kalau perlula.. aku guna buat spin kan begduit dalam beg
MEKAH
- buat umrah kalau aku, aku cadangkan untuk turun kemekah dahulu. pulun buat umrah. tawaf sunat banyak- banyak
- waktu yang dicadangkan, stay kat masjidil haram asar bawak ke isyak. jadi lepas asar buat tawaf sunat. kalau larat pas maghrib buat lagi tawaf sunat. kalau tak larat lepas maghrib rehat beriktikaf sambil berzikir doa dan baca quran.
- boleh juga kalau nak tawaf sunat dalam jam 12-2 pagi, waktu ni sellaunya tak ramai orang.
lepas habis tawaf sunat, pegi la kat kaabah pegang2 dan ziarah semua, try solat kat hijir islamil, doa bawah pancur emas, tapak kaki nabi ibrahim, doa di multazam, pegang batu mimbar nabi, hajaral aswad.. cuba la.. tapi kalau ramai sangat orang better ke tepi. doa banyak2 moga diizinkan dan di beri kesempatan. jangan berasa dengan lelaki.. pengsan nanti.
- kalau di masjidil haram.. kena ingat no pintu yang terdekat dengan hotel dan no gatenya. selalunya lain-lain tak sama macam masjid nabawi. selain dari memastikan landmark, ingat nombor gate. PETUA dia senangje.. dari hotel jalaaaaaaaaaaaan je.. masuk gate tgk no brapa.. then jangan ke kanan kekiri ..teruuuuus je.. tengok jumpa pintu no berapa dan nama pintu. masjidil haram dari dalam sign dia semua nama pintu tak letak nombor.
- jadi bila kita masuk dalam, kita akan disuruh ke tempat-tempat yang kosong. dimana. tempat tersebut kadang kala jaun dari tempat yang kita masuk. JANGAN PANIK. habis je solat. keluar sahaja mana-mana pintu. lepas tu dari luar baru cari nombor pintu yang kita dah hafal tadi tu.
- di masjidil haram. plastik kasut lebih baik dibawa. kalau boleh tiap kali balik masjid, basuh tapak kasut. kenapa kena bawak kasut sepanjang masa, sebab kemungkinan untuk kita keluar pintu yang sama adalah sedikit mustahil, jadi adalah lebih baik untuk bawa kasut kemana sahaja.
- sesekali cuba tido di masjid. buat tawaf sunat selepas isyak dan beriktikaf terus di masjid sampai waktu subuh,
- kalau dah ada di masjidil haram, anak-anak muda. ambil peluang ni untuk eksplore seluruh masjidil haram sampai ke tingkat paling atas, dan cuba bersolat disana waktu siang dan malam. dan ambik pengalaman untuk bertawaf menggunakan skuter.
- separuh orang mengeluh kalau sedang bertawaf orangnya ramai.. tapi cuba ambil peluang ini untuk merasai bertawaf ramai-ramai.. sebab bukan kita sentiasa hidupnya senang sesekali perlu merasa sedikit kepayahan. yang penting berdoa sentiasa semoga dipermudahkan. anda akan rasa kenikmatannya.
PETUA tawaf. jangan selfish.. kalau anda dalam berkumpulan 5-6 orang jangan jalan beriringan.. tapi menuntun satu sama lain.. macam itik berjalan tu laaaa... dan.. kalau masa kita bertawaf adayang cuba merempuh untuk dapat kan laluan.. lepaskan sahaja... biarkan diorang jalan... kalau tidak nanti badan sakit, hati sakit..
MADINAH
Dimadinah, tak lain tak bukan kita nak ziarah Nabi junjungan kita... jadi disini kita lebih santai.. maksud lebih santai, kita lebih fokus untuk berselawat dan mengejar waktu untuk ke Raudhah bagi perempuan waktunya terhad.
- di madinah, kasut boleh tinggal di rak kasut kerena pintunya senang nak jumpa.
- pintu masjid dan pintu gate pun sama nombor jadi senang nak cari.
- buat yang baru saje datang di mekah madinah ni, memang kena hafal NAMA HOTEL, NOMBOR PINTU MASJID DAN NOMBOR GATE MASJID. kalau tak sarat barat nak balik nanti.
- Masjid nabawi rule dia ketat sikit dari masjidil haram. tiap kalu nak masuk kena sportcheck. selfie stick tidak dibenarkan.
- dalam masjid pun tidak boleh mengambil video sewenang-wenangnya, terutama fambar staff yang sedang bekerja
- di dalam raudhah pun tidak dibenarnkan. kalau terlepas tu nasib la.. selalunya kena rampas.
- dalam masjid nabawi pun disediakan deretan air zam zam. jadi jangan lepas kan peluang untuk minum sepuasnya
- ouh ya.. mekah dan madinah, toiletnya diluar ya.. dalam masjid tiada toilet tiada tempat wuduk.
- di madinah ni suasananya lebih tenang dan teratur serta moden. sebab tu kita kata lebih baik kemekah dahulu.. pulun kurang tido kat sana.. tumpu kejarkan tawaf duduk depan kabah, jadi di madinah boleh rehat rehat sebelum balik malaysia...
PEMBELIAN
-masa dimekah boleh aja nak beli barang.. dan kita galakkan untuk beli kurma di mekah.. bila beli tu cari kurma yang dalam kotak.. jangan kimbang kilo.. dalam kotak kurmanya lebih cantik
- macam tu juga dengan kacang.. di mekah elok juga kacang-kacangnya, harga sama macam kat malaysia tak over price..
- tapi kalau di madinah, selalu agensi akan bawa ke PASAR KURMA .. kat sini harga kurma memang murah.. tapi kita nak bagi tahu ni.. apa yang awak dara.. dan apa yang dipamerkan didepan mata, tak sama dengan apa yang di ambil di belah belakangnya..
- jadi kalau nak selamat beli yang jenis kotak. harga tak jauh beza.. try la kurma sukhari dengan safawi.. sedaaaaaaaaaap
- ounya jangan lupa juga beli kurma muda yang sejuk beku. best.. tapi tak ley bawak balik malaysia.. nanti dia benyek.
- kacang2 manisan2 tak payah la kot belui kat pasar kurma ni. mahal..
- kalau pegi masjid Quba, cuba cari kadang2 atau kurma muda kat sini.. agak murah
- kalau nak beli koka ke kacang2 ke badam, gajus, tasbih etc, boleh pergi ke jabar uhud.. disini sangat murah.. tapi slalu travel agen akan bawa ke pasar kurma dulu baru bukit uhud.. jadi masa datang bukit uhud slalu mulut melopong hati menyesal. HAHAHAHAHA
- kalau nak beli baju2 rasanya madinah lebih cantik. tapii kena pandai tawar harga
- kalau nak cari buah zuriat ke. buah2 yang macam herba, itu kena cari di mekkah. madinah kurang
- selalunya.. air nescafe bancuh sendiri kat hotel memang sedap.. ntah apa susu dorang pakai tah.. susu tepung apa ntah... jadi sila jangan lepaskan peluang.. bancuh sendiri pleaaaseee..
* kalau di KLIA kita tak dibenarkan bawa air didalam kapal terbangkan? tapi kat sana lepas je kalau bawak air botol masuk kapal. jadi penuhkan air botol anda dengan air zamzam. at least dapat extra air zamzam
entry ni aku buatm untuk remind diri aku. sebab perancangan nak pegi lagi 2 tahun lagi masuk mekkah dulu. insyaAllah... kalau ada rezki kawen, nak g dengan suami. honeymoon