Monday, September 21, 2015

mimpi dah nikah

huuuu.. dah 2 kali aku mimpi aku dah nikah.. 2,2 mimpi tu lelaki yang berbeza.. dan mimpi memang bernikah sahaja ya.. tiada aksi ehem ehem,, jangan salah sangka.. ini bukan mimpi basah ya...

2,2 tu adalah suasana brenikah sahaja. bukan majlis bersanding.. masa pertama kali mimpi tu.. memang aku rasa macam dah kawen dan ada suami lah.. serius.. tak tipu.. rasa ..memang dah ada suami.. yg kedua mimpi tu, tak la rasa macam yang pertama tu sangat..

hurm........ kalau nak ikut tafsiran mimpi.. sebenarnya itu adalah alamat  yang tak berapa nak baik la.. antara aku dapat penyakit atau orang terdekat aku yang tak sihat atau pergi.. hurm... aku harap biarlah aku aje yang dapat penyakut sebab aku tak mampu lagi nak hilang orang yang aku sayang..

tapi kadang-kadang.. aku lebih rasa ini semua mainan jin yang nak masuk/berdamping dengan aku balik.. aku rasa je la.. instinc.. mengikut pebgalaman lepas.. sebab semacam sikit mimpi tu.. haih.. tak tahu lah... risau juga ni... apa aja lah kemungkinan sampai dapa mimpii tu.. memang jawapan dia benda tak baik.. haiah...

ya Allah moga aku kuat rohani dan jasmani untuk menghadi apa sahaja kemungkinan... amin...

Sunday, September 20, 2015

me and my future

assalamualaikum...

lama dah kan tak update. rindu.. rindu sangat dengan blog ni. tapi nak buat macam mana.. selain dari sibuk.. laptop pun rosak .. kat opis tak ley nak berblog ni.. so hari ni untuk sekian lama, insyaAllah aku akan seniasa berbual dan upda

umm.. kali ni aku rasa aku betul-betul nak abadikan kisah diri aku lagi dalam blog ni.. mana tahukan ini aje yang mampu aku catat untuk masa depan aku.. untuk anak-anak aku kalau la aku panjang umur.. andai la... hehehehe..

hurm... hari tu aku dah disahkan ada 1 penyakit RETINITIS PIGMENTOSA yang mana kemungkinan besar.. lambat atau cepat aku akan buta. sedih? siapa tak sedih kan?tapi insyaAllah aku kuat.. cuma tengah pikir macam mana aku nak hadap benda tu yang datang sedikit demi sedikit..
kadang-kadang dia macam sikit teruk tapi kadang-kadang ok je.. sampai ada 2,3 orang kawan yang boleh perasan perubahan tu.. aku bukan apa.. kadang-ladang aku sendiri yang keliru adakah aku memang dah into teruk dalam penyakit ni atau maam mana? hmmm.. aku hanya pikir macam ni je.. kalau abang aku sendri boleh hadap benda ni... kenapa aku tak boleh?

xuma aku mengharap orang-orang keliling aku paham .. dan boleh bantu aku dari segi kekuatan emosi.. tapi yelah mana pulak orang nak tahu kan? kawan-kawan aku sebelum ni semua dah tersedia kenal aku sebagai orang yang sempurna.. orang keliling pun akan tengok aku sebagai orang yang sempurna.. tak kan aku plak asyik nak menjaja cerita kan? haaaaaih..

rasa sikit kepayahan juga rasanya

aku hanya berserah kepada Allah dan iar masa dan keadaan yang menjadi ukuran setiap diri aku...

Tuesday, April 14, 2015

kira hari kesuburan

ok.. ini aku nak simpan .. nanti aku dah kawen.. senang sket aku nak set anak banyak2 dalam masa 5tahun.. almaklum le.. aku dah masuk 30 jodoh belam sampai. dibuat jodoh sampai lambat nak anak ramai macam mana kan? jadi kena la ada tips dia.... ha... jom2 mana tahu korang pun memerlukan..

cilok dari ladylista





Cara Kira Waktu Subur
Adakah anda pasangan pengantin baru? Atau adakah anda tergolong dalam pasangan yang sukar untuk hamil?
Saya percaya ramai di antara kita yang sedang berharap sangat-sangat untuk mengandung dan dikurniakan zuriat. Semua ingin tahu cara cepat hamil yang berkesan. Ketahuilah, dengan mengetahui waktu subur dengan tepat, anda boleh merancang dengan lebih baik waktu yang sesuai untuk bersama-sama dengan pasangan anda bagi memudahkan anda untuk mengandung.
Terdapat beberapa cara untuk kita kira waktu subur, tetapi adalah penting untuk kita memahami terlebih dahulu apa itu waktu subur.

Apa itu waktu subur?
Waktu subur atau ovulasi bermaksud, tempoh tertentu untuk telur anda disenyawakan dengan sperma atau telur tersebut akan mati. Pada setiap kitaran haid anda, kebanyakan daripada pasangan yang berusia 20-an sehingga awal 30-an, mempunyai peluang sebanyak 20% untuk mengandung. Tidak ada cara kira waktu subur yang spesifik untuk yang berusia 40-an. Masih sama.
Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui waktu subur tersebut bagi meningkatkan peluang untuk mengandung. Dan pada kebiasaannya tempoh ovulasi adalah di antara 12 hingga 24 jam, tetapi ada juga yang lebih pendek atau lebih panjang.

Jangka hayat sperma
Tetapi disebabkan jangka hayat sperma yang boleh bertahan di antara tiga hingga enam hari di dalam badan seseorang wanita, walaupun anda melakukan hubungan kelamin beberapa hari sebelum ovulasi, anda masih berpeluang untuk mengandung.
Anda harus ingat bahawa, hanya satu sperma diperlukan untuk melekat dan bersenyawa dengan telur anda bagi membolehkan anda mengandung. Tetapi jika anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat, peluang untuk anda mengandung akan meningkat juga.

Cara kira waktu subur
Cara untuk kira waktu subur sebenarnya senang sahaja. Anda hanya memerlukan dua nombor keramat sahaja. Pertama sekali, anda perlu tahu bila tarikh pertama kitaran haid terakhir anda dan berapa hari secara puratanya kitaran anda berlaku (kebiasaannya di antara 20 hingga 45 hari). Dengan adanya dua nombor ini, anda boleh kira waktu subur anda dengan lebih tepat.
Jika anda seperti orang ramai yang mempunyai kitaran haid yang normal iaitu selama 28 atau 30 hari, anda boleh merujuk kepada cara kira waktu subur seperti di bawah.
  • Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 28 hari:
Waktu subur anda adalah di antara tarikh 12 haribulan sehingga 17 haribulan dan ovulasi pada 15 haribulan.
  • Andaikan kitaran haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda kebiasaannya selama 30 hari:
Waktu subur anda adalah di antara tarikh 14 haribulan sehingga 19 haribulan dan ovulasi pada 17 haribulan.
Dengan berpandukan cara kira waktu subur di atas, anda boleh lihat perbezaan sebanyak 2 hari pada tempoh kitaran haid anda, bermaksud waktu subur anda juga berbeza sebanyak 2 hari. Oleh itu anda perlu habiskan masa bersama-sama dengan pasangan anda pada waktu subur tersebut terutamana semasa ovulasi, bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Mudah bukan cara kira waktu subur?

Kitaran haid yang teratur dan tidak teratur

Cara kira waktu subur di atas adalah mudah dan boleh dipraktikkan untuk kebanyakan orang. Tetapi perlu diingat, ia hanya boleh digunakan bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang stabil. Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda mungkin bermasalah untuk menentukan tarikh ovulasi dan juga waktu subur anda. Kunjungi doktor keluarga di kawasan berdekatan untuk mendapatkan konsultasi yang lebih lanjut.

Saturday, April 11, 2015

petua merahkan bibir

aku dapat petua ni dari ladylista... dan aku rasa yang 1 memang senang nak merah.. hehehehe..



Petua 1

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. Bila masa pulak semut tuh nak naik, mungkin kita tidur kot??

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Tuh dia

Petua 5

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudia hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

Peringatan:

  • Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  • Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  • (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  • Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  • Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  • Gunakan pelembab bibir yang mengandung pelindung matahari untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  • Sebolehnya pakai lip balm setiap hari. Kalau nak keluar, digalakkan pakai. Sebab tak mahu panas matahari tu kena bibir yang cantik tuh. Nanti mula lah nak kering and pecah2.

Thursday, April 9, 2015

fesyen tips by ladylista

1. Baiki zip yang tersangkut dengan sedikit 'petroleum jelly'. Sapukan di keseluruhan zip.

2. Baiki bra anda yang terkeluar besi dengan menggunakan handy-plaster jenis kain di hujung seperti gambar. Berapa kali perkara ini terjadi kepada anda?

3. Tiada pengilat kasut?? (Well..siapa yang ada kan), lapkan kasut anda dengan cecair pengelap cermin.
4. Elakkan bau kasut yang 'memukau' dengan 'baking-soda' untuk menyerap bau/ peluh yang tidak disenangi.

5. Kasut kulit nampak pudar? Jangan risau sapukan sedikit 'losyen' tangan mu tampak lebih cantik.
6. Baiki kesan cacat pada kasut kulit kamu dengan 'petroleum jelly'
7. Seharian berjalan menggunakan kasut boot kamu. Memang berlecak segala. Jangan gusar. Hilangkan kesan kotoran tersebut dengan cuka. Cuka baik untuk penjagaan barangan kulit anda.
8. Kasut anda berdebu? Buffkan sahaja menggunakan pengilat kuku.
9. Cermin mata anda seakan longgar? Ketatkan kembali dengan secalit pengecat kuku.
10.Hilangkan kesan gincu pada pakaian anda. Semburkan penyembur rambut anda dan cuci pakaian anda.
11.Hilangkan kesan 'make-up' anda dengan semburkan sedikit shaving cream pada kesan tersebut dan anda bolehlah membasuhnya.
12.Hilangkan kesan deadorant pada bahagian ketiak anda dengan bancuhan lemon dan baking soda.
13. Hilangkan bau jeans anda dengan bungkuskan jeans anda didalam plastik dan diletakkan didalam 'freezer'. Freezer akan menyerap bau yang kurang enak itu.
14. Sweater yang diperbuat dari cashmere dan kapas memang senang untuk loose. Jadi sama seperti jean tadi. Kamu boleh bungkuskan dan diletakkan didalam freezer untuk penjagaan yang maksima.

Tuesday, February 10, 2015

PICCA


OK.. MAKCIK SAJA JE NAK UP GAMBO SENDIRI.. LAMA DAH TAK BELANJA KAN?? HAHAHAHA.. JANGAN MARAH HAAAAA.....

gambar original tak de edit.. aku meamng tak suka edit.. kalau nampak comel itu hanya effect lense dan make up.. sebab wajah asal aku biasa2.. nampak macam kurus? itu hanya angle trick.. berat dan saiz badan tetap sama.. 

SUKARELAWAN SALAM

alhamdulillah.. hasrat dihati tercapai untuk cuba mmberi bakti yang sedikit pada mangsa-mangsa banjir yang berlaku beberapa bulan lepas. untuk kali ini, aku mengikuti sukarelawan dari kumpulan SALAM, yang mana satu pertubuhan sukarelawan berdaftar, dan diiktiraf dimalaysia..

untuk misi yang aku pergi, kami ke temerloh, di kampung lalang. di sini kitorang di tempatkan di tadika kemas sebagai base camp untuk perempuan dan surau bagi base camp lelaki. yang bestnya, makan disediakan peserta sendiri.

keadaan kampung ni dah tidak teruk seperti dikelantan, oleh kerana musim panah telah melanda, maka menjadi masalah pada debu-debu yang berterbangan kesan daripada lumpur yang kering ketika banjir berlaku.

kami singgah juga di kampung yang bersebelahan dengan sungai pahang, subhanallah nama kampung memang aku lupa, aku tengok penduduk disitu kebanyak rumah masih lagi ok, tapi mungkin barang-barang banyak yang rosak, berbanding dikelantan terlalu banyak rumah yang hanya tinggal tapak sahaja.

team yang pergi punsangat sempoi dan bekerja sama.. kat sini aku share beberapa keping gambar.. minta maaf la tak banyak.. ini pun ehsan dari orang.. nak harap aku ambik gambo memang idak le.. sebab aku memang selalu terlupa nakambik gambar,. hahahahah












BERAKHIRLAH SUDAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

assalamualaikum... 

Alhamdulillah, hari ahad 1 februari 2015 maka berakhirlah legasi kedai roti canai bapak aku di melaka. setelah 21 tahun bapak aku berniaga, kami dengan rasminya menutup warong tersebut, yang mana kami ambil masa hampir 2 tahun untuk menutup warong ni. kenapa lama sangat? sebab ada isu mengenai tanah tapak kedai tersebut... setelah kami cuba pertahankan tapak tersebut demi abang mak aku, akhirnya, mak dengan ayah aku boleh merasa lega dengan penutupan kedai yang selama ni diorang tunggu-tunggu.. mungkin ada sesetengah pihak rasa macam bapa aku mengalah dengan tutup kedai tu, tapi hakikat, diorang tak tahu, bapak aku dah lama rancang untuk tutup kedai, dan kami terpaksa bertahan untuk cuba pertahankan tanah tu hanya demi abang mak aku atas rayuan dan permintaan pihak keluarga diorang supaya tanah itu tidah disalah gunakan orang lain, supaya nampak tuan tanah masih berkuasa ditanah sendiri.

banyak kenangan.. banyak benda aku belajar dari kedai ni. dari sini aku mula minat dengan perniagaan, dari sini mula aku minat memasak, dari sini mula aku belajar macam mana nak variasikan masak mengikut apa barang yang tersedia.. dari kedai ni juga aku belajar berdikari, dari kedai ni juga aku belajar mengenal erti susah mencari duit erti penat mencari rezki..

terima kasih mak dan ayah.. terima kasih atas segala jasa.. terutama pada kedai ni... jadi aku ambil bberapa foto untuk kenangan aku sendiri...





selamat tinggal kedai.. selamat tinggal kenangan.. moga makin maju dengan tuan tanah yang baru... 

Thursday, January 1, 2015

sidia

assalamualaikum..

sekarang musim banjir, aku tak tahu pula sejauh mana dah sekarang, pasang surutnya, orang-orangnya, ada 2,3 tempat aku minta volunteer, tapi tak de lagi yang memanggil.. maklum la, kita tak de kepakaran..uhuk uhuk.. tapi kat pejabat sekarang tengah buat kerahan tenaga, so aku pun adalah termasuk, dalam bilik panggilan kecemasan dan sebagainya, aku sukangat.. suka sebab sibuk.. aku workholic?ntahlah, macam ya juga.. tapi lebih kepada, aku nak lupakan apa yang ada dalam hati aku..

apa ada dalam hati aku? dalam hati aku ada sorang manusia yang aku tak boleh lupakan.. dan cuba macam-macam cara, tanamkan perkara yang dia mengsampahkan aku.. sehari je aku rasa benci pada fia, lepas tu dah tak dah.. aku jadi rindu sangat-sangat.. sayang kat dia balik... ada yang kata aku mungkin kena ayat pengasih, tapi aku dah tanya ustaz mereka kata tak da apa-apa pun yang buruk pada aku. hurm...

tak pelah, hanya 1 jalan yang aku belum buat seikhlas hati, dan aku tak tahulah kenapa juga susah untuk aku buat, sedangkan sebelum ni, kalau aku nekad, aku boleh buat solat istikharah... tapi kali ni, entahlah.. tak faham kenapa macam susah.

banyak perkara yang Allah saja lengahkan antara aku dengan dia,untuk apa, aku tak tahu.. sebab itu semua kerjaNya kan... hari tu pun, masa aku melawat mak dia kat rumah dia, dia ada je kat bangsal moto katlama, kereta aku parking15 kaki je dari bangsal, aku lalu selang 6kaki je dari bangsal, dia siap tegur aku dan bagi salam.. aku dengar, tapi kerja Dia.. aku sikit pun tak tergerak hati nak toleh, nak pandang, atau nak terfikir suara siapa tu.. sedangkan selama ni kalau aku melawat mak dia, memang aku akan pandang tempat-tempat letak motor ni.. sebab aku rindu pada dia, tak tengok orang dapat tengok barang dia pun jadi lah kan... tapi aku tak terpandang.. subhanallah... sebak hati aku bila aku dah masuk rumah.. bila aku pandang bawah aku nampak orang naik moto dan tanya umi... umi cakap dia latu.. dia tegur ima, ima buat tak tahu kenapa.. sedih gila wooo.. sebab aku rindu bangat...  itu lah nama bukan rezeki kan? Allah je tahu kenapa Dia tak benarkan aku tengok sidia..

antara aku dengan dia.. entahlah.. macam ada jalan yang dibuka...tapi macam ada yang menghalang kami.. aku pun tak tahu. macam ada sesuatu yang tak membenarkan aku dengan dia bersatu.. aku dah cuba banyak benda... dan jalan terakhir ini yang aku tak dapat-dapat buat sampai sekarang.. istikharah.. tak tahu kenapa.. tapi aku tetap tanam azam untuk buat istikharah.. moga Allah memberi aku keizinan.  secara tak sengaja semua sedara dia pun dah kenal aku.. dan diorang memang suka aku.. tapi kalau semua orang suka, tapi tuan badan tak nak aku buat apa kan? tapi aku pelik gak, kalau dia tak nak aku, kenapa dia nak aku kenal dengan mak dia.. dengan adik-adik dia.. ntah lah.. hati dia aku memang tak paham. macam dia cakap.. aku tak kenal dia yang sebenarnya siapa dan bagai mana..

mana mungkin aku boleh kenal dia kalau dia sendiri tak membenarkan.. aku bagai mengejar bayang-bayang yang dipeluk tak akan dapat


klik iklan ni tak kena bayar pun