ALLAH SELAMATKAN AKU..
ALLAH SELAMATKAN AKU DUNIA AKHIRAT...
ALLAH SELAMAT KAN AKU...
AMIN...
alhamdulillah, hari ni menjangkau usia aku yang ke 30.. tak de apa yang isitimewa pun, di hari jadi aku.. seperti hari jadi yang sebelum ni, kosong. aku pun tak nak sambut. cukup la apa yang aku lalui. kesedihan tu tak dapat mengatasi untuk rasa gembira dalam diri. tapi walau apa pun, aku in advance TERIMA KASIH kepada yang tak lupa hari jadi aku, terutama MAK yang selalu ingatkan ayah hahahahaha.. dan selalu minta aku balik kampung esok, tapi aku tolak dengan baik, sebab aku nak kerja. memang seronok kalau balik kampung.. tapi aku DAH TAK DE DUIT WOOOIII...!! raya punya pasal, nasib semua menda dah settle.. skang duit yang ada survive untuk belanja je...kikiki..
so dikesempatan ni... nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mak terutamanya, sebab bersusah payah menjaga aku dalam kandungan.. kepada ayah juga terutamanya, sebab jaga ima dari kecil yang degil subhanallah tu.. sampai dah besar yang tetap degil jugak ni... halakan segalanya.. ima minta maaf, sepanjang ima hidup ni.. ima banyak buat salah pada mak ayah.. ima buat dosa di belakang mak ayah menyalur dosa pada mak ayah.. ima minta maaf sangat... ima bertaubat kerana Allah taala.. ima nak jadi anak yang baik untuk mak ayah.. yang tak susahkan mak ayah.. yang menyumbang pahala serta menyediakan jalan untuk mak ayah ke syurga.. ampun kan ima.. halalkan makan minum ima.. walau ima tahu mak ayah tak baca coretan ima ni.. tapi ima pasti mak ayah akan tahu juga bingkisan ringkas ima ni.. andai kata ini ulang tahun yang terakhir untuk ima.. ima harap mak ayah bertabah.. sentiasa doakan ima kat sana kelak.. mak ayah jaga diri.. tak payah peduli apa orang nak kata pasal kita, asal kan kita tahu apa kita buat itu betul dan tak salah disisi agama.. dan yang penting mak ayah.. dan keluarga kita bahagia.. ima sayang sangat mak dengan ayah.. ima sayang sangat dengan semua.... i luv u sooooooooooooooooo much!
buat kawan-kawan, yang mungkin menjengah kat sini.. samaada kenalan kita sekilas..sepintas apatah lagi yang rapat.. aku minta maaf sangat-sangat pada korang.. atas semua kesalahan sepanjang aku hidup bertemankan korang.. halalkan segalanya.. ampun maaf yang tidak terhingga.. terima kasih kerana masih ingat pada aku..
15 OGOS 1984 - 15 OGOS 2014 = 30 TAHUN KEHIDUPAN