Wednesday, April 30, 2014

Anak murid ku kawan ku?

Diam tak diam.. Dari mula aku start mengajar dulu tahun 2004. Berbekalkan sijil 4thanawi..aku dh mula mengajar subjek untuk budak darjah 6. Cuna kira .. Tahun 2004 - 2014 = 10 tahun. Darjah 6 umur 12 tahun.. 12 + 10 = 22tahun.. OMK!!!!! Rata2 budak sekeliling aku skang ni umur macam tu... Adakah di antara mereka anak murid aku???? Jeng..jeng...jeng...

Thursday, April 17, 2014

jauh.. jauh sangat

aku nak pergi jauh... jaaaaauhhh sangat ... jauh sampai tak nampak orang di keliling.. saaaaangat jauh..



































Wednesday, April 16, 2014

UNTUK ADAM by sky jamil

assalamualaikum.. sebelum korang baca aku nak bagi tahu 1 rahsia dulu. entri ni dari blog adik sky jamil .. aku paste sini bukan sebab dah tak de idea nak tulis entri.. tapi aku tertarik dengan isi entri yang simple ni.. hrm, walau hakikat aku tak sesuci ayat di bawah.. aku berharap aku juga dapat menjaga keaiban, kehormatan dan kesucian aku dan lelaki diluar sana, insyaAllah amin...

thanks to sky jamil ... UNTUK ADAM

"TAHUKAH KAMU.. ??

♥ Seorang muslimah yang tidak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan hak Allah .
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati hak Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu ..

 ♥ Rugi seorang LELAKI itu apabila melepaskan seorang WANITA yg cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar wanita yang cantik wajahnya ♥


 Jangan biarkan HATI di jajah ,CINTA yang lain sebelum CINTA ILAHI
 ^^ Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam?

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak.(◕‿◕✿)



 Nikah itu ibadah  

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”  

Pesan Ustaz Pahrol berkenaan jodoh.. "Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Monday, April 14, 2014

morning MONDAY!

setelah beta membaca entri yang dibawah ini *sambil tangan didagu,geleng-geleng kepala kecil* beta rasa macam meluat + menyampah = alaaahai benci plak rasanya entri tu.  Nak dideletekan rasanya macam, tak best pulak kan? biarkan jelah eak.. inilah gunanya dairi pun, luah segala macam mak nenek.. nanti baca balik sendiri yang tergelak. orang lain memang dah gelak awal-awal dah.. kita la gelak lambat sikit. kan? hahahahaha..

Lagi satu beta terperasan banyak betul typing eror *urut dada* sabarlah ya pada rakyat jelata yang membaca. Redha ajelah. Maklum le Menaip guna smart phone touch screen.. gitulah gayanya.. nak baca balik memang kadang-kadang malas jadinya, almaklum le skrin tipon kecik.. Jadi sila redha dengan seikhlas hati..

Hari ni beta menaip pakai komputer, so kalau ada typing eror, beta minta sila tampar manja tangan beta ya.. sebab saje je la tu nak nakal-nakal ngusik uji minda dan kesabaran rakyat jelata.. hakhakhakhak...

hari ni macam ada nak membebel sikit.. ni ha, minta la korang semua doakan untuk aku. Aku agak pening juga bila balik kampung semalam, bapak aku tak nak bercakap dengan aku sangat, mak aku kata sebab bapak aku sangat risau aku tak kawen-kawen.. alaaaahai, macam mana nak cakap dengan pak jak ni.. JODOH pak jak.. jodoh... benda bukan kita boleh petik-petik.. aku pun, disebabkan benda ni la aku makin kuat dengan istilah REZKI, QADA' dan QADAR, ketentuan dan seangkatan dengannya. Nak buat macam mana, orang kita nak tak nak ke kita, orang yang nak ke kita, cakap mulut je kata nak usaha tak de, kang suka sama suka, bawak jumpa pak jak ada saje menda di rejectnya .. kenal sangat pak jak tu.. tapi tak tahulahkan atas kelanjutan umur aku skang ni dia masih macam tu juga perangai ke, tak ke.. wallahualam.. tapi hati aku memang kuat kata, masih belum sampai masa untuk aku lagi. sebab aku percaya sekiranya rezki aku dah sampai, memang dia datang sekelip mata, macam rezki-rezki aku yang sebelum ni. Nanti tiba-tiba benda yang kita tak terdetik pun kita boleh buat, yang susah pun kita boleh harung tanpa rasa penat, yang gelap pun kita rasa terang.. semuanya ketentuan Allah.. bila dah di katanya tiba masa.. maka jalannya akan dibuka buat hamba yang dipilihNya.. jadi minta mohon korang doa-doakanlah.. kita memang tak boleh ubahkan takdir.. tapi dengan berkat doa, mungkin kita boleh mendekatkan takdir kita tu.. jadi mohon sesama doakan aku eak.. sebab sakit hati ooo bila tengok bapak susah hati pasal kita.. rasa macam, kita lah punca hidup dia tak gembira.. sedih hati..

Skang pun aku dalam beberapa plan baru. aku sedang usaha mohon untuk naik pangkat, new application, kalau ada rezki insyaAllah tak kemana. dan aku tengah buat come back. dah aturkan balik jadual kehidupan aku. nak atau tidak, suka atau tidak, aku kena paksa diri pegi GYM kena berjogging, sebab dalam masa tempoh 1 tahun, target aku juga untuk turunkan muscle, walau ramai yang kata aku macam agak bangang buang muscle yang aku buat, bagi aku itu jalan yang terbaik, sebab bila ada muscle berat aku susah nak mampus untuk diturunkan, dia jadi statik gitu, so skang aku kena jogging, aku target sampai ujung tahun, atau 2bulan sebelum ujung tahun baru boleh angkat besi balik dan berenang.. so please say GOOD LUCK ke gwa... insyaAllah tak jadi hangat-hangat tahi ayam.. gwa nak lawan housemate gwa yang selalu perlekeh gwa tu.. dan nak lawan epul sebab dia dah kurus pipi tak tembam.. frust putus cinta kot mamat tu. putus cinta cari aku, tengah bercinta dengan orang pun cari aku.. nak ngorat orang pun cari aku. apa dia buta ke apa aku terconggok depan mata dia slama ni? gila lembap juga jantan-jantan ni kadang-kadang. yang sanggup bersusah payah dengan dia pun masih tak sedar. hasih!!! STOP!! sila jauhi orang tak reti menghargai kau ima... ok guys.. bubye adiooooossss...!

Friday, April 11, 2014

Aku dah penat !!!!

Serius..aku sangat letih dipergunakan orang. Aku sakit hati. Aku sakit mental. Tolong la... Jangan cari aku di.waktu korang susah..jangan hanya cari aku waktu korang perlukan rakan pendengar..jangan hanya cari aku waktu korang hanya perlukan dahan untuk berpaut. Tapi bila korang seronok, tak de masalah korang ketepikan aku.

Lelaki..perempuan.. Sama aje! Korang pentingkan diri sendiri! Aku penat! Penat jadi baik hati..

Thursday, April 10, 2014

Puisi hati

Pedih...
Mengapa?
Kulihat ia..
Dahi ku berkerutan
Mengapa luka itahukah kamu, ia hanya bercantum dikulitnya
Tetapi isinya?
Masih terbuka dan basah
Masih merah dan terkoyak
Patutlah ianya sering terasa nyilu dan bisa..
Berdenyut pada satu satu masa
Ku pandang kesana kemari...
Eh disitu ada satu..
Di sana pun ada..
Hujung situ pun ada..
Sana pun..
Situ pun...
Sana pun..
Ergh..
Berapa banyak luka kau ada, ha?
Patutlah..
Patutlah pedih itu rasa macam terenjat satu badan
Sampai bila bisa ini kau mahu tangung?
Mampukah kau merawatnya dengan tangan sendiri?
Mampukah isi bercantum?
Mampukah kulit kembali melekat?

Yow! Wassup guys!
Hehehehee..ala-ala gengster gitu..ptuii! Hahaha...ok..oj.. Aku just nak cerita saja. Ujung bulan lepas, macam biasa. Aku dengan housemate aku membuat aktiviti tahunan kitorang.. Apa lagi.. " TAHUN MELAWAT JAAAAYYYY-BEE ".. so kitorang telah berada di.JB bermula khamis malam sampai la ahad malam. Tujuan asal melawat JB ni biasalah, nak melawat exhousemate terchenta.. Elysa bambam.. Cuba caturan tahun ni berbeza sikit dengan tahun lepas. Tahun ni kitorang berpicnic ke pantai air papan. Sangat seronok walau perjalanan agak jauh tapi best lah.. Walau simple memang happening la.. Mandi laut.. Bbq.. Makan-makan.. Simple..cuma 1 hari 1 malam. Tapi seronok. Sebab apa? Sebab dapat lepak dengan geng lama.. Itu yang paling penting la yang buat dia rasa best tu. Huhuhu.
Ok kali ni turun jb memang ada something new la. Ada pegi dekar..err.. Apa nama tempat ni, alaaa lupa la. Soulgarden? Eh dreamgarden? Eh lupa la aku. Tempat ni sebenarnya kawasan komdo yg akan didiri kan. Tengok design rumah dia, dengan contoh hiasan dalaman, memamg buat aku teruja. Simple tp menarik. Mmg standard kondo la desingn dia. Hehehe. Ok. Aku mmg tk ambik gamba. Korang paham lan kan. Aku mmg tak suka ambik gambar. Tapi datang bodohnya aku, gambar pemandangan yang cantik-cantik tu pun aku tak ambik. Adeh.. Minta ampun la kat korang. Uuhuhuhuhu..

Lawatan rasmi macam biasa. Masuk istana. Tapi masa tu pegi istana bikit serine..macam tu ke ejaan dia? Halal lah ya.. Masuk.depan ti jelah, dekat dengan kandang binatang-binatang tuanku sekeluarga. Berkenalan la dengan harimau-harimau semua. Mak masik zoo dah terlepas masa ha, si bomb bawak la masuk situ. Ok le tu.kan..

K lah weyh.. Minta chow dulu duk dalam.seminar ni sebenarnya. Untuk entri ni pun aku ambik masa 2.hari nak.menaip.. Korang nampak tak? Nampak tak? Nampak tak pemalasnya aku? Huhuhuhuhu

klik iklan ni tak kena bayar pun