Tuesday, January 28, 2014

Schizophrenia

Dada aku sesak. Sesak dengan manusia yang cuba untuk menjadi skizo.tahukah mereka..skizo tu sakit.bukan 1 keadaan yang orang suka-suka nak? Tahu tak betapa peritnya nak tanggung gangguan otak..betapa sakitnya badan melawan emosi.. Haih..

Ke yang sibuk nak mengaku skizo ni..setakat nak cari perhatian? Bila baca aduannya, bila baca omelannya, bila masuk dalam cerita dia..macam lebih mencari perhatian.. Yang memang skizo tak pula nak mengaku, yang tak skizo pula yang sibuk mencanang betapa tak tenteramnya jiwa.

Kalau ditegur macam sudah lama hidup gayanya. Pendapat manusia keliling langsung dipandang sepi. Haih.. Pelik. Betul manusia skang ni..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 6, 2014

Salah Sangka ... Ikut Suka Kau Rasa Apa Aje Ke ?!

Morning peps !
hari ni gwa teringin benar nak menaip.. selalu menaip kat keypad skang kat keyboard..

berkaitan tajuk kat atas.. aku cukup suka biarkan orang predict pasal aku.. tapi kesian kalau predict diorang tu salah, so on the spot diorang pun salah sangka kat aku.. kadang-kadang rasa nak tergelak... tapi abaikan saja.. manusia semua memang macam tu. kadang-kadang aku pun macam tu.. semua malas nak bertanya tapi sangat percaya dengan khabar angin dan andaian sendiri..

selalu je orang ingat aku jenis bohsia.. maybe sebab cara aku bercakap kat laman soSIAL membuatkan aku dianggap macam tu.. tak pe tak marah pun.. belum kenal belum tahu babe.. yang pasti aku nak ingatkan.. kita ni manusia.. tiada yang maksom.. semua buat dosa.. semua ada buat silap.. yang membezakan.. adakah kau BERTAUBAT atau TAK. adakah kau BERUBAH.. atau jadi habit? itu saje yang membezakan manusia itu baik atau tidak... 

kalau kita tiada buat dosa, maknanya kita setanding malaikat.. bukan ke Allah dah beritahu kita, sesungguhnya manusia itu selalu lalai dan lupa... jadi jangan lah kita sentiasa menuding jari kepada orang. sekiranya ada apa-apa berita yang tak pasti, tanyalah tuan punya badan..dan kalau cerita yang tak pasti kesahihannya.. janganlah sebar-sebarkan.. kalau benda tak benar sudah jatuh FITNAH.. kalau bendanya benar sudah jatuh MENGAIBKAN.. bukankah kita sesama islam perlu menjaga aib sesama kita?




adios







klik iklan ni tak kena bayar pun