Tuesday, May 14, 2013

Yuhuuuuuu~
Skang aku berada di atas keretapi malaysia menuju ke kedah.. Aku mengambil koc yang ada katil. Tapi sekarang aku berada di kantin.. First time aku menikmati perjalanan keretapi sampai lepak kantin.. Sebab sebelum ni aku naik dengan bapak aku. Masa zaman skola.. Mana lah nak ada ongkosnya kan.. Kikiki. Hari ni, aku boleh la menikmati.. aku pergi kedah sebab bercuti dengan kakak ipar dan along aku yang kebetulan memang nak balik kampung. Ngeee~ kira dari situ maka jimatlah dari segi kos penginapan dan kadangkala ongkos lojing dan makanan.. Bijak tak aku? Hahahaha. Alaaa aku pun nama je jalan2 tapi bukan lah nak melancong sangat. Lebih kepada nak release tension buat reten report.bertungkus lumus kot aku siapkan 6 data dengan arahan yang kelamkabut. Menyampah. Rasa macam nak ajar management je pada diorang.

Semalam kawan ofis aku lagi sorang mengadu pasal tak puas hati dengan bos, sebab bos sound direct.. Entahlah.. Kat mana silap aku pun tak tahu, aku mungkin selesa hanya sebab aku duduk jauh dari diorang. Tu sebab aku kurang terasa kehangatan tu, dan mungkin juga sebab aku ni jenis malas nak pikio kalau tak puas hati, aku memang cakap terus. Tu aku macam sikit selesa kot. Dan dengan cara aku tu juga, orang yang jenis tikam belakang kat ofis aku tu, sikit berhati-hati. Aku kalau nak kata bos berat sebelah, memang aku cakap je dalam meeting. Kenapa si polan ni boleh, kenapa aku tak boleh.. Haaa... Jangan memain.. Mulut acik mama ni memang tak de insurans ok.. Aku akan minta clear dari both side..

Ok lah korang.. Aku nak sambung balik pataya yang aku oeder ni, actually order bukan sebab lapar, tapi lebih kepada nak rasa makan dalam kabin keretapi macam mana feel dia datang hihihihihi...


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Thursday, May 9, 2013

Pengumuman.. Pengumuman..!!

Hullaaaaaaaaahup!!!

Kehkehkeh... Harini sebenarnya terlalu banyak benda yang aku nak cerita.. Tapai akan di beri laluan pada berita utama..

Dengan ini saya mengishtiharkan, bahawasanya, saya R.. Dengan ini, secara rasmi telah menamatkan pengajian Diplomanya di UiTM shah alam..

Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal aku, dn korang semua akhirnya aku berjaya juga mengharungi semua permasalahan dalam pembelajaran. Serius, sangat sedih, sebab nanti dah tak jengah lagi UiTM akan kurang la aku berjalan ke shah alam..

Tapi aku bersyukur sangat, akhirnya aku dapat juga segulung ijazah. Tak le bila orang tanya jawapan aku... "Saya da SPM jeeeeee..." Kikikiki



Nak hadiaaaaaaaaah!!!!!!!!
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Sunday, May 5, 2013

Cerpen : 150 juta kali (4)

"Haiqal.... Tolong I...."
Haiqal menoleh kebelakang, matanya meliar mencari empunya suara yang penuh manja dan rayu.. Matanya tertancap sesosok tubuh yang longlai melangkah dengan muka monyok mencuka, tapi tetap cantik bahkan lebih comel gayanya.
"Kenapa dhia? Ada apa yang boleh saya bantu?" Haiqal mengukir senyum..
"Haiqal, tolong I tengok threadmill tu..I dah tekan button start tu banyak kali dah, still blank tak on pun. Kenapa?" Dhia mengadu seraya merangkul lengan haiqal yang sasa dan mantap itu rapat ke dadanya. Haiqal sudah tidak keruan. Telinganya mula merona merah. Dahinya berpeluh halus.. "Adess apa aku nak buat ni?" Getus hatinya,berdebar tak terkata, tak pernah ok, awek nak peluk lengan dia, rapat ke dada plak tu.. Boleh rasa empuk gunung, dah lah cantik bagai bidadari.. Aduuuuh.... Nafsu dan akal mula bergaduh, nak tarik atau tak.. Nak tarik atau tak.. Nak tarik atau tak.. Syok ni ! Adui! Bukan dia menggatal, bukan dia meminta.. Tapi ikan menyerah diri, miang manja didepan kaki kucing.. Tunggu di NGAP je.. Ergh !!!

"Eh, kenapa ni?" Satu suara yang datar dan dalam menyapa. Sangat bersahaja dan tenang.. Tapi sangat berbisa dan bagai renjatan berjaya membuatkan haiqal dengan tindakan refleks menarik tangannya dari terus di peluk dhia.. "Aduh! Ada orang nampak plak, kang ada yang ingat aku yg gatal..!" Haiqal merungut dalam hati, matanya terkatup, nafasnya di tarik dalam, dia berpaling..
"Err... Huda.."
Huda mengangkat kening, tidak memandang ke arah haiqal dan dhia, malahan terus ke buku pendaftaran. Huda hanya mengangkat kening.
"Tak ni.. Dhia dia kata thredmill dia tak function"
"Oooo..." Huda macam tak endah. Tangannya masih sibuk menyelak helaian buku pendaftaran. Tapi apa yang di cari, dia sendiri tak tahu. Kenapa hatinya semacam pun dia tak tahu. Meluat? Menyampah? Geli? Nak muntah? Ke.... Cemburu?? Erk?!!

Dhia masih membisu, ada riak meluat dan tak puas hati di wajahnya.
"Huda, u boleh tolong tengok tak? I tak berapa arif pula dengan tools dalam ni" tanya haiqal, sambil badannya tegak kaku di hadapan huda dan dhia. Bagai seorang askar, menanti hukuman dari pegawainya.
"Boleh! threadmill yang mana satu?" Huda mencari-cari alatan yang di kata. Matanya tidak disorotkan langsung ke arah 2susuk tubuh yang berada di hadapannya.
"Hujung sana.." Haiqal menunjukkan dengan ibu jarinya. Huda berjalan kearah yang di katanya, dituruti haiqal dan dhia. Pelanggan-pelanggan lain bagai tidak menghiraukan mereka. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masih-masing. Alunan muzik techno rancak menggamatkan suasana didalam pusat senam itu. Muzik dapat membantu manusia lebih fokus pada aktiviti otot yang dilakukan. Huda terus menaiki threadmill tersebut. Tangan dan matanya dinumpukan sepenuh perasaan ke pada skrin di situ, tiba-tiba huda turun, dia kelilingi threadmill itu. Kemudian dia tersenyum.

"Macam mana nak hidup, plugnya tak pasang..." Huda terus memasang plug, dan terus menaiki semula threadmill tersebut lalu membuat tetapan pada skrin.
"Laaaa tk pasang plug jeke??" Haiqal tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. Dhia masam mencuka.
"Kalau macam tu, thanks huda, and dhia.. Saya nak ke tempat lelaki kejap, minta diri dulu" haiqal memberi senyuman manis pada kedua-dua sunti tersebut. Huda turun dari threadmill setelah selesai mengakses tetapan..
"Sibuk betul,orang nak haiqal yang handle, dia plak yang datang.menyibuk je"
Telinga Huda tertangkap rungutan dhia.. Tapi dia buat tak endah. Bukan niat dia nak menyibuk, cuma secara kebetulan dia menegur kerana kelihatan kelibat mereka berdua. Huda terus ke arah alatan dumbell, di acu dumbell untuk kegunaannya bagi mengecilkan lengan dan belakang lengannya. Hatinya rasa kosong. Impak dari aksi yang dilahat dari 2 manusia tadi.. Atau.. Kata-kata dhia? Macam rasa sebak.. Tapi lebih bagai mendung berarak lalu.

****************



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Cerpen : 150 juta kali (3)

"reza, dhia tu siapa? Vogue giller kot.. macam model" tanya haiqal.
"wo.wo.wo.. kau berkenan ke?"reza ketawa sambil mengangkat kening.
Haiqal menumbuk bahu reza..bibirnya mengukir senyum
"juz asking dude" telinganya merona merah.
"Ah kau.. Mcm la aku baru kenal semalam,kan? Tu, telinga dah naik merah macak pili bomba, malu la tu.. HahahahA.. Ok,dia part time model. Memang la dia hot.. tengok la kawan-kawan dia semua yang gojes-gojes je.. Yang lekeh-lekeh mana setaraf nak kawan dengan dia"
"tulah aku pandang.. pergh memang ramai yang buat aku telan air liur, sebab tu aku tak pergi kat diorang.. mau cair iman aku pulak nanti.. hahahaha.. Mantop..mantop...!! eh,awek yang aku langgar tadi pun boleh tahan kan?"
"huda? Dia pun ok je. Tapi dia sempoi sikit. Ganas pun ada gak.. dia mana geng dengan stok-stok model ujung tu.. dia pun sibuk je kadang-kadang nak angkat dumbbell, besi semua. Sebab dia tu main bola tampar, nak kasi keras penampo katanya"
"hahahaha yeke? Tulah aku selesa je tengok dia, tak kekok pulak nak duk borak dengan dia, tapi baru nak borak-borak, dhia datang.. terus aku rasa macam, malu je nak borak dhia ada. Nak tengok dia lama-lama pun jantung aku berdebar je rasa inikan pula nak borak.. aku blah je ar.."
"dhia datang? Dekat huda?"
"ha'ah tanya huda ok ke tak?'
"eh, biar betik.. mimpi apa lak tu? Setahu aku diorang mana pernah tegur sapa"
"Uik, yeke?"
"ye.. hud tu rapat dengan aku dengan staff je, yang kat dalam tu macam malas nak tegur dia terutama yang perempuan. Lelaki sempoi je la.. sebab hud tu rajin gak angkat-angkat besi, lelaki ni melayan je.. yang si dhia and the geng tu tak suka kot.. macam pelik je aku dengar..."
"Ouh yeke?? Entah.. Elok je tadi dia bertanya-tanya"

Tiba-tiba keadaan sunyi seketika... Kalau lalat terkentut..pasti bisa dengar dengan nyata.

"ouuh yaaaa.. ! aku rasa aku tahu kenapa dia tegur hud.." reza memetik jari sambil tersenyum, keningnya di angkat-angkat tanpa henti, mata hitamnya dilirik ketepi memandang haiqal penuh sakarstik.
"kenapa?"
Reza mengangkat kening nakal, sambil senyumnya makin menjadi-jadi sampai ke telinga..dia terasa bagai ada sesuatu yang menarok akan di perkatakan reza.
"sebab kau la !!!"
"aku?"Haiqal menggaru kepala yang memang tengah gatal.
"ha.. kau kan tak pergi kat customer perempuan, tapi masa tu ko ley plak bercakap dengan hud.. dhia nak test kau lah tu.. perrrghh untung la lu bro..!"
"untung mendanya woih..."haiqal tergelak-gelak. Telinganya merah.. malu le tu..
"Untung laaaa... Awek hot try usha ok..."
"Hahahaa..mana ada.. Itu anggaran kau saja" jawab haiqal malu-malu telinganya makin merah.
" Iyeeeee.. Dhia mana pernah nak tegur lelaki dalam gym tu.. Selalu aku tengok, yang lelaki je tegur dia, itu pun endah tak endah dia melayan.. Peeerrgghh!! Masyuuuuuuuukk" reza menepuk-nepuk bahu haiqal. Haiqal hanya tersengih macam kerang busuk. Antara percaya atau tidak saje dia dengan kata-kata reza tu. Takkan pula dhia boleh suka pada dia, sedangkan ramai lelaki yang lebih mantap dan sasa didalam pusat senaman kepunyaan reza tu, masakan dia pula yang menjadi pilihan.. Mustahil.
Tapi kalau betul apa salahnyakan?? Mesti akan menjadi perbualan seantero donia..bahkan donia bunian juga akan menjadi kan kisah dia dan dhia sebagai lagenda... Pergh!! Berangan lebey !

P/s : maaf ye, aku upload sikit-sikit. Lambat plak tu.. Hihihi. Ampuuuuuun!


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Friday, May 3, 2013

kulayangkan pesanan berantai

Suatu malam, sebelum
tidur si anak bertanyakan ayahnya..
Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak
update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah
mati, mungkin ini
statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya
ular! Banyaknya kepala
dia!"

2. "Ya Allah! Lipan
banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah
tolong!! Tolonglah
keluarkan daku dari
tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas
membakarnya seluruh
tubuhku ini! (tubuh
dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah
aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya
sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad
telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi
akan dikembalikan ke
dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh.
Update facebook tidak
perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai
dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan
tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook,twitter melebihi Tuhannya,
akan mengalami situasi-situasi tersebut.Adik
mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya..

Adik: "Ayah simpanlah
benda ni. Adik tak
perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar
mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut
anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya  ..














notakaki : aku ambik ni kat dalam forum, ada forumer post dalam rumah borak-borak.. aku rasa dia sangat memanfaat, jadi aku share kat sini.. :) 









Thursday, May 2, 2013

Review buku : Kita Hanya di Seberang Jalan

Asalnya,buku ni diusulkan, dan penulis ini diperkenalkan oleh kawan aku yusuff yazid 'perasan hensem'. Dari penceritaan dia, aku sikit teruja untuk kumpul koleksi penulis ini. Buku karya Baharudin Bakeri. Diam tak diam, aku sudah ada 8 koleksi karya penulis ini. Hasil bantuan founder Gobok Buku, en Saudagar Garam, akhirnya aku memiliki buku-buku karya beliau yang aku idamkan.

Buku Kita Hanya di Seberang Jalan ini mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki yang baru habis belajar mengharungi liku hidup demi mencari kerja tetap yang susah di perolehi. Bermula kerja sementara di semenajung, rushdan pulang ke kampung halaman,menumpang sementara di bangsal pisang milik sepupunya didiami bersama 2 orang lagi sepupunya, menjadikan cerita ini mempunyai pelbagai variasi.

Dengan terbitnya watak fatimah, seorang gadis yang berjuang dengan mempertaruhkan antara minat dan tanggung jawab sebagai seorang anak. Menjadikan cerita ini berirama kemerahan di penghujung yang membuatkan pembaca akan terus tersenyum.

Bagi pandangan aku, cerita ni banyak memberi impak positif, semangat berjuang, hormat kepada orang tua, semangat setia kawan, sifat saling membantu, sifat berbaik sangka, menangani masalah dengan tenang, sangat positif. Aku suka. Dan memang aku mencari buku-buku yang hanya memberi impak positif sahaja dalam koleksi aku.

Tapi jangan disangka buku ni macam buku motivasi yang disampaikan pakar-pakar motivasi pula. Sebab buku ni penuh dengan lawak jenaka, di pertengahan cerita.. Memang ada lawak yang aku tak jangka. Contoh, kawan rushdan,kuswadinata tahan cirit birit sampai badan naik kejang terpaksa polis panggilkan ambulans demi menyelamatkan kuswadinata, memang aku tergelak terbahak-bahak. Sebab aku tak terpikir langsung scene ni dalam kepala aku selama ni. Dengan ada beberapa babak lagik, melibatkan fatah dan sepupu-sepupunya yang lain, dengan kehadiran budak kelapa parut, ya Allah memang aku gelak sakan.. Tak tipu punya, bukan senyum tau.. Memang gelak. Aku susah sikit nak gelak kalau lawaknya tak tahap gaban. Kalau gelak tu makna tahap gaban+ suria perkasa hitam le tu..

Jadi pada korang yang ada perancangan nak beli buku ni, jangan teragak-agak. Aku syor untuk korang baca. Sebab bagi aku buku ni ada impak positifnya dan paling penting, tak mengantuk kalau membaca...


Sekian review pertama koleksi buku aku


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

klik iklan ni tak kena bayar pun