Friday, November 30, 2012

cerpen : amim...... aku amim......(6)


“darling.. u pegi mana semalam? I call tak dapat, I sms tak jawab, I tanya zamri, zamri pun boleh tak tahu u pegi mana? Musykil i…” suara anita tak berhenti di hujung corong telifon.
“sorry baby, memang I keluar tak cakap zamri, and my battery flat.. just sorry. I tolong kawan I kereta dia rosak dekat Bukit mahkota, i pun terus keluar je pulak tak bagi tahu zamri. Balik pun lewat jam berapa pagi baru sampai rumah tunggu towing semua. But zamri tak de pula cakap u cari i… I balik terus la mandi tido and cas handphone”…….. alasan baaaaaikk punya.
“ok, I accept it.. but u not easily escape like that..”
“what u mean?”
“take me out for lunch today”
“what?”
“what, what?”
“u…. u kan tahu I tengah prepare for presentation?”
“do I care?”
“u..!”
“For your lesson”
“petang ok..?”
“nope..! lunch..!”
“hi-tea”
“I said…LUNCH! Got it?”
PAP..! talian dimatikan
“errrgghhh… apa payah la sangat nak lembutkan hati kau ni??? Aadooiii..!” aman merungut sendiri
“bro..!” zamri menepuk bahunya “whats up, dude?”
“huh..” aman hanya tersenyum sinis
“I guess.. anita?”
“biasalah bro.. apa lagi?”
“kenapa?”
“dia bengang semalam dia call aku tak dapat.. so hari ni dia suruh bawa keluar makan lunch..aku kan banyak keje, tengah buat presentation.. minta excuse, haram jadah.. dia paksa gak..”
“opsss.. sorry la bro, gwa lupa nak bagi tahu dia call cari lu semalam..”
“its, ok..”
“eh, tapi kan lu pegi mana eak semalam?”
Aman tersenyum…
“guess….”
“I have no idea..” zamri mengangkat tangan mengalah
“putrajaya..!”
“where??”
Aman senyum…
“woo..wooo..woo… bro… lu dating dengan minah siput ea??”
“hahahahaha..surprise ha??” aman tergelak riang..
Zamri menepuk bahu aman sambil tergelak kecil.. “so, surprise.. look u so..so.. soooo..interested with minah siput”
“yeah.. she’s so, cool”
Zamri menarik kerusi kemeja aman.
“so, apa cer?” dia tanya sambil mengangkat kening
“very exciting..” aman tersenyum lebar
“patut lah pagi-pagi aku tengok kau senyum..senyum.. ceh..! jumpa scandal..”
“cait!! Bukan scandal la.. kawan je..”
“kawan je?”
“yup, kawan”
“betul ke ni, kawan?”
“ye.. kawan..”
“so, aku boleh masuk line la kan??”
“ooooo…. No..no..no..”
“hahahaha whats up man??”
“masuk line tak boleh”
“tamak la lu..”
Zamri dan aman sama-sama ketawa terbahak-bahak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ima, tak pegi makan ke?”
“nak pegi jugak ni kak.. tapi tak de selera la nak makan kat cafĂ©”
“ima.. kita pegi makan nasi arab nak?”
“kat mana kak?”
“kat restoran saba, cyberjaya”
“ouh ok gak, sape nak drive?”
“errr…..”
“oookkk…. Saya bawak kereta”
“terima kasih, ima…”
“hahaha, ok je kak..”

“ish, nak duk mana ni kak?”
“tu..tu.. belah sana tu..”
“hah, ok.. cepat-cepat kak..”

PAAAANG…!
“ouh my God..!, look what u did..!”
Ima terkejut, terus dia mengambil tisu atas meja mengelap baju lelaki dihadapannya. Dia tak tersedar yang beg tangannya terhayun kearah gelas di meja sebelah tu. Demi hanya nak merebut tempat,alaaahai..habis semua dia langgar.
“hey gurl..!” seseorang memetik-metik jari di telinga ima..ima memandang..
“u buta ke apa?”
“I’m sorry miss.. just accidentally”
“do I care?”
Ima mengangkat mukanya..”err.. pompuan ni??” getus hatinya.  Perlahan-lahan dia berpusing kearah lelaki tu..”EERRKK..!”
Aman memandang.. dia tergamam..”amim…” dalam hatinya berbisik.. dia tepaku.. berkebaya pendek berwarna merah, berkain batik, dengan tudung bawal merah menyerlahkan lagi matanya yang hitam bundar bila lipstick pink di oles dibibirnya..
“Sorry..theee..eeer..” ima mengangkat tangan kearah aman…
Aman masih tidak berkedip matanya…
Ima memijak kaki aman dengan gerak perlahan dan kuat menekan sambil menjegilkan matanya memandang aman dan membelakangkan anita. Macam kena kezutan elektrik. Amin termelompat dari kerusi
“ttaaakk pe..tak pe… I’m ok miss.. sure..ok..“
Ima menundukkan sedikit kepalanya dengan senyuman sambil membuat tangan ala-ala gadis thai.. “maaf ya encik,  minta diri dulu kalau tak de apa-apa” kakinya melangkah, setapak ..dua tapak..
“what?? Just it? Hey miss, macam tu je u minta maaf?” pekik anita.
Ima memejamkan matanya kuat-kuat sambill menarik nafas.. “lecehnya…….” dia mengeluh dalam hati.
“becoz your husband said he don’t mind.. so, I tot, he is accepted my apologize..and done..!” ima berkata tersenyum.. sambil menjeling aman. Aman tersenyum kecil, dia tahu benda ini tak kan settle kalau anita yang handle. Husband?husband? what the hell?? Dia sengaja guna word husband, budget anita ley sejuk hati,, rupanya non hado..!!
“if my love said like that.. but not for me..” anita melangkah setapak kehadapan ima..
Ima menarik nafas sambil rolling eyes.. (err korang paham kan rolling eyes?wakakakaa..bayangkan..bayangkan.. )
Ima memeluk tubuh mengadap anita. Aman dah tepuk dahi sambil menggelengkan kepala, orang didalam restoran memandang, kakak sepejabat ima hanya berdiri terkedu..
Hati ima berbisik…”aku rasa perempuan ni tak cam aku ni… lets play a game..” ima tersenyum sinis, memang suka dia menyakat orang.
“so miss… err.. what ur name?” tanya ima
“anita.. I’m anita..” jawab anita dengan muka bongkak dan menjeling..
Ima senyum “ yea miss anita..so what should I do to make you  satisfied.. fully satisfied?”
Anita memandang ima tajam..”I wanna u pay the damage.. “
Ima senyum “juz it?”
Anita menjeling “yeah”
Ima membuka tas tangannya, dia mengeluarkan sesuatu, dia memandang anita dengan senyum sambil menghulurkan sesuatu di tangan, anita mencapai, tapi belum sempat anita mengambil, ima menarik semula dan berjalan kearah aman seraya menundukkan badannya meletakkan mukanya setara dengan aman..
“sir.. I admit my negligence, I should  pay you for the damage.. I will pay not with the value but the new cloth.  Come and see me when ever u free, this my card. And make sure.. come alone, coz the portion, I just may reserved for one person only” ima mengenyitkan mata. Aman mengambil kad tersebut lalu tersenyum, anita hanya menyegilkan matanya melihat aman mengambil kad dari wanita tersebut..
“how dare u?” anita memandang ima
Ima berpaling..” sorry madam.. I just pay the damage to who deserved it” ima senyum sambil berlalu meninggalkan meja mereka, dan duduk dimejanya..
Aman hanya mampu tergelak kecil menggelengkan kepala, anita memandang..
“why u laugh?”
“nothing…” aman hanya senyum dan berhenti dari menyeringai..
Anita menjeling, lalu merampas kad dari aman dan mengoyakkannya, di  baling kelantai. Dia mengambil tas tangannya dan terus berlalu. Aman hanya mampu memandang sehingga kelibat anita jauh sedikit dari pandangan, dia hanya mampu tergelak kecil dan menggeleng-gelengkan kepala. Dia bangun mengikut langkah anita, tiga tapak kemudian dia berpatah balik menuju kemeja yang ima duduk..

“ good job malady, dah janjikan? I tuntut tau.. nanti I nak datang I call… I gerak dulu” aman sempat mencuit pipi amim sambil senyum dan  berlalu.
ima terkedu..matanya mengikut langkah aman
Dag dug dag dug dag dug..
“sengal la kau  ni aman… sengal sangaaatt eeerrrgggghhhh..” ima menjerit kecil
Siot ar tu, kalau tak buat jantung aku berdebar tak boleh ke???? Senget..!!!







P/S : maaf kalau bahasa inggeris tu tak betul atau tak cantik susunan bahasa, sebab aku pun tak pandai BI .. selepas dah mengepos 2 cerpen semalam dan hari ni.. maybe, for update  cerpen terbaru lambat sikit, minta bersabar pada yang membaca.. hehehehe... time kasih sudi baca dan komen.. (pergh ayat macam blog hot sangat......!)




Thursday, November 29, 2012

Cerpen : Nyawa dan Dosa


Sms.

Hairi       : boleh la u..kejap je kita keluar malam ni
Seri        : ala.. nak pegi mana?
Hairi       : saje bawak u jalan-jalan
Seri        : malas la nak cakap dengan along
Hairi       : alaaa please la rindu sangat kat u
Seri        : yelah..u datang jam 8

“along…seri keluar kejap”
“pegi mana?”
“jalan-jalan kejap dengan hairi”
“esok siang tak boleh ke?”
“erm..esok dia out station seminggu..”
“hurm..cepat balik..”
“thanks.. bye…” seri meninggalkan rumah alongnya menuju ke bustop untuk menunggu Hairi.

1jam kemudian

“U, dah makan ni..kita nak pegi mana” Tanya seri seraya memasuki kedalam perut kereta milik Hairi.
“I bawak u ronda-ronda sebelum balik, k?” hairi membalas dengan senyuman.  Seri mengangguk perlahan.

“eh u..kenapa berhenti kat sini?”
“ala..kita borak-borak la dulu..lagi pun hujankan, I malas nak bawak time hujan lebat..”
“nanti along tunggu pula”
“alaaaa mesti dia paham la..lebat hujan ni..kita duk je dalam kereta”
“haih… erm…perlahankan aircond.. I sejuk”
“sejuk sangat ke? Meh tangan..eh yelah..sejuk…”
“er.. u.. jangan la usap-usap..eerrr”
“alaa.. its ok.. juz nak hangatkan u..”
“er… u… jangan la pegang-pegang..apa ni..
“sayang…kita berdua je..”
“tapi.. I tak nak la macam ni..”
“please.. u tak sayang I ke?
“memang la sayang..tapi.. tak payah la macam ni..”
“I janji… tak sakit sayang “
“this not about sakit.. ini pasal benda tak elok..”
“I sayang u.. please..”
“u..dont..”
“shhhh…..”
“please..doonntt..”
“juz wanna show u ..my love..umphh..”
“u…………….”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“jam berapa kau balik malam tadi? Lewat?”
“sampai rumah jam 2 pagi.. malam tadikan hujan lebat..kitorang duk dulu kat kedai makan..hairi tak berani nak bawa kereta time hujan..”
“oo… “

Seri meninggalkan abangnya di meja makan. Dia kebilik  untuk mengemaskan biliknya yang dah hampir seminggu tidak berkemas.. dia perlu segera, kerana ingin berjumpa dengan rakannya kak melor.  Seorang kakak yang dikenali di laman sesawang, tetapi sungguh baik dan manis.. seperti namanya..MELOR.

“hey..seri.. kenapa termenung ni?”
“eh tak de apa kak..”
“betul ni?ke ada masalah”
“tak de pun..”
“apa besar sangat merah kat pangkal lengan seri tu?”
“err…pelesit kak.. pelesit” matanya di kecilkan.. terasa menyesal memakai baju putih berlengan pendek ni. Tak pasal-pasal kak melor dah ternampak…
“pelesit?! Ya allah.. abes? Pegi berubat ke?”
“ish akak ni..tak perlu la sampai berubat..hahahaha”gelak manis melihat keletah sahabatnya, dalam hati.. Allah saje yang tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sms.

Hairi       : sayang..buat apa tu?
Seri        : tengok kalender
Hairi       : aik.. ada vacation ke?
Seri        : taklah..i  kira tarikh subur
Hairi       : kenapa?
Seri        : u, I tak period dah 2bulan
Hairi       : so?
Seri        : I takut pregnant..
Hairi       : mengarutlah u..
Seri        : serius ni u..
Hairi       : tak kan boleh mengandung…bukan I lepaskan dia kat dalam rahim u..
Seri        : harap-harap macam tu..
Hairi       : juz lewat je kot.. atau terkejut..hahahahahha

Seri hanya mampu membaca tanpa riak.. tak de mood dia nak tersenyum atau apa.. sebab dalam hatinya, hanya penuh dengan kerisauan.

“ seri.. akak tengok seri ni asyik makan panadol je.. tak pergi jumpa doktor ke? Cuba la pegi check, mana tahu ada hal lain ke?” tegur kakak iparnya.
“tak lah kak, ni sebab cuaca kot, sekarang ni kan hujan, panas, tak menentu” dia memberi alasan. Dia tak tahu apa jawapan terbaik selain dari tu. “aku kena beli alat uji kehamilan esok.. aku kena beli.. aku kena beli..” tekadnya dalam hati.

Dada seri berdebar.. dia telah mencuri-curi bawa masuk urine dia kedalam bilik. Dadanya berdebar untuk memasuk kan alat menguji kedalam urinenya.  Perlahan-lahan dia membiarkan alat ujian itu meresap pada alat ujian.. satu garis… dia menarik nafas.. tiba-tiba jantung dia bagai gugur kebumi secara perlahan dan kabur garis kedua timbul di permukaan menandakan positif pada kehamilan.  Dia terjelepuk ditepi dinding. Tangannya bergetar, matanya berair. “Ya Allah aku mengandung.. apa aku nak buat ni?” air matanya mengalir laju, dia teringat hairi.. ya hairi.. dialah bapak pada bayi ni.. tangan dia terus mencapai telefon.

“hello..u..”
“hi darling, kenapa ni?”
“u..i..i..mengandung..”
“what? U jangan la nak gurau-gurau dengan i..”
“tak u, serius. I tak tipu u”
“macam mana pulak boleh mengandung?”
“manalah I tahu ! u yang buat semua ni..! I dah kata jangan..!”
“I tak rasa itu anak i..”
“U..!”
“yelah, I tak lepaskan kat dalam ok..”
“habis anak siapa? Hanya u yang sentuh i..!”
“mana I tahu, u buat dengan jantan mana, u nak kata I pulak..”
“u.. sampai hati u cakap macam tu. Tak de lelaki lain sentuh I melainkan u..!”
“eeeeaaa..! dahlah, aku malas nak cakap dengan kau lagi..! aku nak bawak kereta pegi out station..! jangan kau cari-cari aku paham!”
“U..!”
PAP… talian diputuskan.
“sampai hati u hairi, anak ni anak u..tak de lelaki lain yang sentuh I melainkan u..u yang buat semua ni..sampai hati u hairi…sampi hati u…” merintih seri mengenangkan nasibnya. Dia tak tahu dengan siapa harus dia mengadu. Dia mati kutu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“seri, kawan kau datang ni..!” laung kakak iparnya..
Dia dengar pintunya di ketuk, dia bangun dan membuka pintu. Terlihat dia wajah kak Melor.

“seri, akak dengar kau tak sihat, kenapa ni? Demam ke?”
“tak lah kak..”
“habis tu, kenapa tak keluar makan? Kakak ipar kau tu risau, tahu tak?”
“ntah lah kak..”
“seri.. ada masalahkan? Ceritalah dengan akak” melor memeluk seri.  Seri teresak-esak menangis
“akak…”
“akak… seri mengandung”
“Astagfirullahalazim..”
“janji kak..tolong jangan bagi tahu sesiapa.. tolong ya kak..” rayu seri.
“bila kau tahu kau mengandung ni Seri?”
“3hari lepas, guna pregnant test”
“habis tu, macam mana ni? Kau dah pegi klinik buat pemeriksaan?”
“tak kak.. belum”
“subhanallah…cepat-cepat siap seri..akak bawa kau pegi klinik sekarang. Akak tunggu kat luar, cepat tau. Kena pegi check. Pastikan betul-betul”
Seri mengangguk.  Melor meninggalkan seri.

Diruang tamu…

“Kak siti.. melor bawa seri jalan-jalan ea?”
“ha, ok.. dia pun tak keluar dah berapa hari tu.. kenapa dia tu? Merajuk ? ada masalah dengan pakwe dia?”
“hehehehe..biasalah tu kak.. “ melor berbohong.  “Apa-apa aje lah.. asal dia tak syak apa-apa” getus hati Melor.

Buletin 1.30

“Satu kemalangan telah berlaku di lebuh raya utara selatan berdekatan dengan tol Sungai Besi.  Sebuah kereta Toyota  telah merempuh pembahagi tol menyebabkan seorang lelaki bernama Mohd Hairi bin Yusuf terbunuh di tempat kejadian dan seorang penjaga tol cedera ringan. Punca kejadian masih dalam sisatan polis …………”

“Ya Allah.. Kak Siti…” mulut Melor melopong.  Kak Siti hanya mampu terpaku.
“TTTIIIDAAAAAAAKKKKK…!!!!!!!!!!!  TTTTTAAAKK….. MMMUUSSSTAAAHILLLLL…!!!!! Seri menjerit bagai dirasuk. Dia menghentak-hentak perutnya.
“Seri…sabar sayang..sabar dik..” melor memeluk seri..
“Kak..mustahil kak... dia tak mati kak..”
“sabar dik... “
“SERI..!” Melor dan Kak Siti menjerit serentak
Kak Siti yang dari tadi terpaku mendapatkan seri yang terjelepuk dilantai..
“Kak Siti, kita bawa Seri ke klinik kak.  Tolong saya bawa dia masuk kereta kak..” pinta Melor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“doktor.. macam mana dengan adik saya?”
Doktor tersenyum “ jangan risau puan, tak de apa-apa yang serius.  Tapi, tahniah. Adik puan mengandung 2 bulan”
“mengandung?”
“ya, 2 bulan” doktor tersenyum lagi.
Melor tepuk dahi “Ya Allah kenapa aku lupa pasal ni” melor menepuk dahinya.
“er.. kak siti.. jom bawak seri balik. Terima Kasih ya doktor” Melor terus memotong percakapan antara Kak Siti dan doktor.  Kak Siti nampak terkebil.  Melor terus mendapatkan Seri “maafkan akak seri” bisik Melor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 “Kak Siti, jangan marahkan Seri”
“Bila Melor tahu?”
“Baru juga kak, tadi dalam bilik dia bagi tahu”
“Macam mana nak bagi tahu pada abang?”
“Hurm.. akak cakap baik-baik.  Kita jangan marah-marah dia.  Nanti takut dia tekanan perasaan.”
“siapa bapa bayi tu?”
“Melor rasa hairi kot..errr.. Arwah Hairi”
“Patut la dia macam ni.. huh!”
Melor hanya memejamkan mata pabila mendengar dengusan tak puas hati Kak Siti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kau cakap dengan aku.. siapa yang ngandungkan kau ha??!! Kau cakap..!!!” Jerkah Pak Said
“Kenapa kau buat macam ni nak? Kau tak fikir ke mak dengan ayah kau?” sedu Mak Senah.
“SIIAAAPAA???!!!” jarkah Pak Said sekali lagi.
“H...hhaa...haiiirii, ayah” jawab Seri takut-takut berselangseli dengan tangisan.
“Kau kenal long budak laki ni?” tanya Pak Said pada anak sulongnya.
“Kenal ayah..”
“Esok kita jumpa dia dan kelurga dia”
Along terkesima “tapi ayah, Hairi dah meninggal. Minggu lepas ayah, kemalangan”
Pak Said memejamkan matanya. Perit dan pedih dia rasa. Kenapa ini yang mesti dia tempuh?  Kenapa ini yang anak kesayangan dia beri?  Kenapa ini?  Mana dia nak tunjukkan muka pada orang kampung?

Seri berlari menuju kearah biliknya sambil menangis.  Tidak tersanggup dia hendak melihat wajah mak dan ayahnya yang kecewa.  Tak sanggup dia nak melihat muka abangnya.  Dia sendiri kecewa dengan diri sendiri.  Macam mana begitu mudah dia boleh lemah di tangan hairi malam tu?  Kenapa dia tidak bertegas malam tu? Kenapa dia tidak memikirkan azab yang bakal di terima? Kenapa? Kenapa? Seri menghentak-hentakkan kepalanya didinding berkali-kali, sehingga mengejutkan semua yang ada.

“Seri..! berhenti nak” jerit emaknya dengan linangan airmata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ayah, along balik KL dulu ya, esok along kerja.  Siti pun tak dapat cuti.  Seri, biarlah dia di sini dulu..” Along menghulurkan salam pada emak dan ayahnya, dituruti Siti.
“baik-baik jalan Along” sambut emaknya
Along hanya mengangguk.
Kereta Along meluncur laju meninggalkan perkarangan perumahan ibu dan bapaknya, tak sanggup dia nak berlama dikampung. Sedangkan tadi sahaja pun, sudah ada yang memandang-mandang, mungkin ada yang pasang telinga masa ahli keluarganya berbincang.  Tak dinafikan tadi sedikit waktu keadaan tidak terkawal kerana kejutan berita yang disampaikan.  Mungkin ada yang mencuri-curi dengar atau terdengar.
”bang..” siti memanggil perlahan
“Kenapa siti?” mata Along masih tertumpu pada jalan dihadapannya
“tak kan nak biarkan Seri tinggal dengan kita? Kalau jiran tahu malu la kita.  Tu, kalau kawan-kawan kat sekolah saya tu tahu, mana saya nak letak muka?”
“habis awak nak suruh saya buat apa? Saya tengah kusut ni, awak paham?”
“tak pe, sampai je rumah nanti saya akan kemaskan barang-barang Seri, kita suruh dia sewa tempat lain.  Saya tak nak malu disebabkan dia kalau jiran keliling tahu.  Saya tak nak sampai cikgu-cikgu di sekolah saya tahu hal ni”
“apa-apa je lah.. pening!”
Siti tersenyum puas.  Cadangannya tidak disangkal suaminya.  Dia tak mahu membela perempuan yang mengandung anak luar nikah tu.  Tak sanggup dia nak tambah bala dari yang sedia ada.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seri memerapkan dirinya dalam bilik, tidak ada perasaan dia nak keluar keruang tamu.  Lebih dia rela duduk dibawah selimut mengenangkan nasib dia. 
“bang, apa kita nak buat ni bang?” keluh Mak Senah
“abang pun tak tahulah nah, abang mati kutu, malu abang”
“siang tadi nah pegi kedai  bang, nah tengok orang pandang-pandang nah.  Nah rasa ada dah yang menyampai”
“ya Allah, malunya aku. Sebab tu abang dah seminggu tak pegi surau dan masjid”

Seri mendengar perbualan emak dan ayahnya.  “Ya Allah seri.. apa yang kau dah buat ni? Kenapa aku malukan mak dengan ayah? Kesian mak dengan ayah, diorang nak pegi ibadah pun tak boleh, semua sebab aku! Semua sebab aku! Aku yang bersalah.. kesian mak ayah.. aku kena balik KL esok. Aku tak nak malukan mak dengan ayah. Diorang patut aman damai disini. Aku buat onar bukan dibawah jagaan mereka.  Tapi kenapa mereka pula yang menanggungnya?” keluh hati Seri.

“assalamualaikum… assalamualaikum Pak Said” satu suara kedengaran dari luar rumah.
Pak Said dan Mak Senah berpandangan

“waalaikumussalam” jawab Pak Said dari dalam rumah seraya membuka pintu. “Pak imam, sila masuk pak Imam”.  Mak Senah berlari-lari anak mencapai kerudung yang tersangkut di bangku.
“jemput duduk pak imam”
“terima kasih Said”
“erm.. apa hajat pak imam”
“Said, maaaf la, aku datang tanpa minta izin kamu.  Secara tiba-tiba pula tu.  Harap kamu tak kisah dengan kedatangan aku”
“Eh, tak jadi masalah Pak Imam”
Mak Senah bangun menuju ke dapur untuk menghidangkan tetamunya air minuman.
“Betul ke Said, apa yang aku dengar pasal anak kau Seri?”
“huh, pak imam pun dah tahu rupanya” Pak said menundukkan mukanya.
“ya, semua orang kat taman kita dah tahu Said”
“mana saya nak letak muka Pak imam?”
“sebab ini ke, yang kamu pun dah seminggu tak ke surau atau masjid?”
Pak Said mengangguk lemah.  Pak Imam hanya menggelengkan kepala.
“kenapa kau tak pergi jumpa keluarga lelaki tu Said?”
“lelaki tu baru je mininggal dunia akibat kemalangan pak imam”
“Astaghfirullahalazim…”
“Malu saya pak imam.. nak ikutkan, nak saja saya cekik-cekik dia!” berkata Pak Said sambil menjegilkan matanya.
“Astaghfirullah, bawa mengucap Said. Apa kau cakap kan ni?”
“saya dah tak tahu apa nak buat pak imam.  Bukan ini yang saya didik dia”
Mak Senah menatang dulang berisi dua cawan kopi dan biskut.
“Said, kau kena tahu, ini memang adalah satu kesilapan besar yang telah dia buat. Berdosa.  Tetapi sebagai ibu-bapa, kalau kita tidak mengambil berat dan kembali membimbing dia kejalan yang benar, sehingga dia buat perkara yang bukan-bukan seperti bunuh diri, buang anak atau menggugurkan anak, ketahuilah pada masa itu, kita juga adalah berdosa.  Kenapa kita perlu melepaskan tangan dia tatkala dia memerlukan kita untuk menunjukkan jalan yang benar, kenapa? Kau malu dengan orang sekeliling ke? kau tak malu pada Allah sekiranya Seri ambil keputusan bunuh diri? Kau tak malu pada Allah kalau seri gugurkan anak? Kau tak malu pada Allah kalau seri buang anak yang tak berdosa?”

Mak Senah mengusap-usap belakang badan Pak Said. Tahu benar dia yang Pak Said dalam kekecewaan.

“Said, Senah.. jangan kau abaikan dia dan anak dalam kandungan dia.  Ya betul sumber dan cara dia salah.  Tapi jangan kita pula yang jadi punca dia terus hilang arah atau terkeluar dari landas islam.”

Pak Said dan Mak Senah hanya mengangguk faham.  Baru dia tersedar.  Benda ni tak pernah terlintas difikiran dia, yang hanya dia tahu, dia malu pada manusia sejagat, tapi tak terfikir pulak dia akan malu pada Allah, sekiranya dia biarkan Seri terus hanyut dan lari dari landasan agama.  Tak terfikir selama ini.

“Alhamdulillah” terdetik dalam hati Pak Said.  Bersyukur dia dengan kedatangan pak imam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Mak, ayah.. Seri nak balik KL, tempat kerja dah panggil Seri kerja.”
Mak Senah memandang sayu.  Pak Said hanya menagguk.
Seri menghulurkan salam pada emak dan ayahnya. “maafkan Seri mak, ayah. Seri dah buatkan mak ayah rasa malu” kata Seri dengn linangan air mata. Mak Senah memeluk Seri erat
“Seri, kau jangan buat apa-apa yang bodoh.  Ingat Allah faham?” tegas Pak Said.
Seri hanya mengangguk “ Mak, Seri pergi sendiri kat bus stop, mak tak payah hantar ya?”
Mak Senah mengangguk dan memeluk Seri lagi sekali dengan erat dengan linangan air mata.  Terlihat Seri mata ayahnya juga berkaca.  Perlahan kaki Seri melangkah meninggalkan perkarangan rumah menuju ke hentian bas yang terletak 800meter dari rumahnya.  Dia sengaja tidak mahu emaknya menghantar ke hentian bas seperti selalu, kerana dia pasti tidak akan berhenti menangis.

“eh.. itulah anak Senah yang berisi tu....” dari kejauhan Seri terdengar sayup.  Di dapat rasakan, ahli mesyuarat tembok para suri rumah di depannya sedang memerhatikannya.

“eeeee..buat malu je..! kalau anak aku la, aku dah bunuh je..! menyusahkan mak bapak..! macam mana senah dengan said jaga anak agaknya?” berdesing telinga Seri.  Hatinya terus membara, sekira dia dicaci dan dihina, dia terima, kerana dia yang melakukan kesalahan, bukan emak dan ayahnya! Dadanya bergetar, berombak menggila, giginya bagai dikancing, tanpa dia sedar kakinya makin melangkah laju, laju menuju kumpulan itu.

“HOI..!! KAU PUN ADA ANAK PEREMPUANKAN? KAU MENGUMPAT MACAM NI, AKU TAK AMPUNKAN DOSA KORANG SEMUA, DAN AKU DOA ANAK KORANG AKAN BUAT BENDA YANG SAMA!! DAN MASA TU BARU KORANG TAHU APA RASA SEBAGAI MAK BAPAK NAK TERIMA PANDANGAN ORANG BERMULUT LONGKANG MACAM KORANG..!! BODOH..! SIAL..! “ Seri mengamuk sambil menghayunkan begnya menghalau kumpulan mengumpat itu, bertempeliaran mereka semua melarikan diri.  Setelah melepaskan geram, Seri terus melarikan diri ke hentian bas sambil menangis. “mak...ayah... maafkan seri.. kerana dosa Seri.. mak dan ayah menanggung malu ni... maafkan Seri...” jerit hatinya.

“hello, assalamualaikum. Kak Melor, boleh tolong ambil Seri kat BTS tak? Dalam  jam 6, baru sampai. Terima kasih kak.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

”Seri sihat? “
“Sihat Kak Melor.  Terima kasih banyak bantu Melor, bagi semangat”
“tak pe dik, itu je yang akak mampu buat.”
“seri dah malukan semua orang kak.  Seri dah menyusahkan semua orang kak..”
“jadi kan ini sebagai tauladan Seri”
Seri hanya mendiamkan diri dan melemparkan pandangannya keluar tingkap.

“terima kasih Kak Melor sudi hantar Seri”
“sama-sama… eh, biar akak teman Seri sampai atas”
“eh tak pe kak, cukup la sampai sini je”
“tak pe, akak pun nak jumpa Kak Siti”
“erm, baiklah”
Mereka beriringan menuju ke lif.

“Assalamualaikum, Kak Siti.. Seri ni” Seri mengetuk-ngetuk pintu rumah abangnya.
“Seri, sekejap ya. Seri masuk dulu, pejabat akak call pula ni. Kejap lagi akak datang” Melor menjawab telifon seraya menghayunkan kaki ke hujung bangunan selang 2 biji rumah dari rumah abang Seri.

“waalaikumussalam..” jawab Kak Siti dari dalam rumah, lalu pintu dibuka.  Seri menghulurkan salam, disambut dingin Kak Siti.  Seri hanya mendiamkan diri.
“Bang, ni ha, Seri dah sampai..” laung Kak Siti sambil menuju ke dapur.
Alongnya keluar dari bilik, memandang Seri tak berkelip.  Seri menghulurkan tangannya.  Alongnya tidak menyambut. Tetapi terus kebilik ke dua.  Dia keluar dengan beg-beg di tangannya.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang, aku tak nak kau duduk sini.  Buat malu aku je. Apa jiran-jiran kata kalau tahu apa kau dah buat.  Macam mana Kak Siti kau nak mengadap muka kawan-kawan dia kat sekolah kalau dapat tahu perangai adik ipar dia macam ni? Aku tak nak tanggung kau. Kau carik pasal, kau tanggung sendiri. Aku tak nak ambik tahu. Pegi kau dari sini..! “ tempelak Along seraya membalingkan beg-beg tu dihadapan muka pintu.  Seri menghamburkan air mata, tak disangkanya benda ini akan berlaku, tapi dia pasrah, semuanya adalah kesilapan dia. Memang dia tak patut berada dalam rumah tu, abang dan kakak iparnya tak perlu tanggung malu seperti mak dan ayah di kampong. Dibalik dinding dapur, Kak Siti tersenyum nipis. Nasib suaminya berpihak pada dia.  Melor yang sedari tadi dengar dari pintu hadapan, terus masuk kerumah dengan kasut tidak dibuka, mengambil semua beg yang dicampakkan, dan menarik tangan Seri yang tidak berganjak dari tadi.

“ Aku akan jaga dia, walau dia bukan adik aku, aku tak tergamak nak tengok dia sengsara.  Bersyukur aku tak de abang macam kau “ Melor menjeling dan berlalu pergi dengan menarik tangan Seri dan beg-begnya. Sampai di kereta ..
“Kak Melor…” Seri menangis teresak-esak sambil memeluk Melor..
“shhh.. dah Seri, kamu tinggal dengan akak je”  melor meleraikan pelukan, dan membuka pintu menyuruh Seri masuk, dan menyimpan semua beg di tampat duduk belakang.

“Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa mereka-mereka yang menghinaku, lapangkanlah pada sesiapa yang membantu ku” rintih Seri didalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Seri duduk dalam bilik ni ya, memang akak tak guna. Seri jangan malu. Anggap je akak ni macam kakak Seri.  Dalam tu hanya ada tilam toto dengan bantal, maaf lah ye, nanti kita beli tilam yang tebal sikit”
“tak pe kak Melor, itu pun dah patut Seri bersyukur.  Seri minta maaf, buat kak Melor pula yang kesusahan,  Seri tak sangka semua jadi macam ni. melor pelik kak.. arwah hairi kata seri tak kan mengandung.. tapi macam mana seri boleh mengandung?”
“kenapa arwah kata macam tu?”
“huh..! seri yang bodoh, percaya sangat.. dia kata kalau tak lepas kat dalam, tak mengandung.. tapi mengandung jugak” seri menitiskn air mata
“maaf akak tanya ni, lepas dia selesaikan tu, ada ke dia sambung balik?”
Seri  mengangguk.
“hurm, mungkin saki baki sperma yang tak habis keluar masih ada pada dia tu yang bersenyawa bila dia masuk kali ke-2. Silap langkah, ini padahnya.  Sebab tu, Rasulallah pesan, jangan dekati zina.. jangan dekat.. kalau dekat, ini lah jadinya..”
“hina kan Seri kak?”
“ish, jangan kata macam tu dik.. Allah maha pengampun, bertaubatlah dik.. Allah sayangkan kamu lagi..”
“tapi along Seri macam dah buang seri…” teresak….
“Yelah, kita tak tahu pun hati orang ni dik, memang tak boleh jangka pun. Dah  Seri rehat dulu, mandi, solat.. minta Allah permudahkan segalanya. Nanti lepas akak masak nanti, akak panggil Seri ya”
“terima kasih kak, Seri rasa, tak de selera nak makan. Akak tak payah la masak untuk Seri”
“Eh tak boleh macam tu, kena makan sikit. Esok, kita kena pegi klinik kesihatan dekat sini.  Seri kena pergi jumpa diorang untuk check darah, keadaan baby semua. Akak temankan esok. Jangan risau, akak dah minta izin bos untuk cuti esok, jadi boleh teman Seri keklinik.” Melor senyum sambil berlalu meninggalkan Seri berehat didalam biliknya.

“Ya Allah, kau berkatilah Kak Melor. Limpahkan rezki Mu kepadanya, ringankanlah bebannya menjaga aku yang hina ini yaAllah.. Perliharalah kedua ibubapaku, jauhkanlah mereka dari kehinaan manusia, kuatkanlah mereka dalam menempuh dugaan ini.  Ampunilah dosa mereka yaAllah, terutama dosa yang telah aku lakukan, ibu bapaku tidak bersalah yaAllah, mereka telah memberiku didikan agama yang mencukupi, tetapi aku yang tunduk pada nafsu dan godaan syaitan, ampunilah mereka ya Allah…” airmatanya berlinangan di tikar sejadah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“tengok, Seri dapat nombor berapa?”
Seri menghulurkan kertas itu.
“0627, tak jauh lah lagi tu, sekarang 0620”
Seri senyum..”kak, kalau dia Tanya nak jawab apa?”
“jawab je Seri, bagi tahu je kisah betul, nanti kalau tipu, dibuat dia minta maklumat suami, mana pula kita nak cari.  Mana tahu yang sebenarnya, dalam kes macam ni ada prosedur yang lainkan?”
Seri hanya mengangguk.

TING..! 0627

“Seri, nombor Seri tu”
Seri  bangun ke arah sister yang berada di meja hujung. Dadanya berdebar.

“Seri Muliati binti Said?”
“ya puan”
“pertama kali ya datang klinik ni?”
“ya puan”
“berapa bulan ni?”
“erm tak pasti puan, ni baru datang check”
“ok kejap saya checkkan, nanti kita boleh buat pengiraan”
“ok, awak isi dulu butir-butir ni, no yang nak dihubungi ni semua ya”
“baik puan”
“dah berapa bulan tak datang haid?”
“2 bulan puan” jawab seri sambil menulis butiran-butiran yang di kehendaki.
“ok, ni bekas ni, hurm.. masuk kan urine, kalau nak buat urine ni dulu pun boleh, yang tu tinggalkan dulu”
Seri mengangguk lalu meninggalkan dulu borang butiran tu.  Kebetulan memang dia nak membuang, terus dia mengambil urine. Setelah kembali, dia memasukkan urine di tempat yang di sediakan, dan kembali menyambung menulis butiran dalam borang.
“puan, dah siap”
“ok sekejap saya semak”
“eh, ni butir bapa ni?”
Seri hanya membatukan diri.
“tak kan budak ni tak de bapak?”
Seri hanya diam.
Melor sedari tadi hanya memerhati.
Seri perlahan menggelengkan kepala.
“laaa anak haram ke ni?” agak kuat suara sister tu. Sehingga keseluruhan pesakit diklinik berpaling ke arahnya. Seri menundukkan kepala, airmatanya sudah berlinangan.
“bagus la tu anak melayu sekarang, suka-suka kau jelah nak mengangkang.. buat malu mak bapak je. Dah tu tak malu pula tu datang klinik kerajaan nak buat check up. Mana otak kau masa buat, ha? Dah sedap-sedap, kau termengandung baru tahu nak malu?”
Seri terus bangun berlari keluar, tak sanggup dia nak mendengar bebelan sister tersebut. Pedih hatinya. “aku tak layak hidup lagi.. aku tak layak hidup lagi..” bisik hatinya

PANG!

Meja sister diketuk kuat.

“kau dah kenapa?” Tanya sister kepada perempuan didepannya.
“kau siapa? Sisterkan dekat sini? Kerana kerajaan ada pekerja macam kau ni la, yang buatkan kadar bunuh diri meningkat, pengguguran haram meningkat, pembuangan bayi  meningkat. Umur dah tua, otak tak tahu fikir ke? Kalau itu anak kau, apa kau akan buat? benam dia dalam kolam sampai mati? Tak boleh ke kau bagi sikit dia sokongan moral, at least sekarang dia dijalan yang betul datang sini minta  bantuan. Kenapa nak kena hina dia? Dah tu kau tak tahu nak cakap perlahan-perlahan? Kenapa nak kena sampai 1 klinik ni dengar? Kenapa?  Aku tak kan biarkan  benda ni berterusan. Kau dan ketua jabatan kau akan aku bawak ke aduan pengguna kementerian!” melor meninggalkan klinik dengan muka yang merah menahan marah dan kebiadaban sister berkenaan.

Seri..seri.. mana seri?
Seri dah terjelepok ditepi tayar kereta melor sambil menangis tak ingat dunia. Melor lari dapatkan Seri, dia memeluk. “sabar dik..sabar”
“kak..Seri tak nak hidup lagi kak, kalau seri pun dah dihina, apa lagi anak seri ni nanti kak?”
“shhhhh tak nak cakap macam tu dik, dah .. kita masuk kereta ya” Melor memapah Seri kedalam kereta.

Sunyi.

Sesampai dirumah, Seri terus masuk kedalam bilik. Melor hanya memandang sayu. Kesian. Itu yang dirasainya, tak dapat dia bayangkan apa yang ditanggung Seri.

DANG !

Melor berlari kearah bilik Seri.
“seri..seri.. kenapa tu?”
Tiada jawapan.  Melor mengetuk pintu dengan kuat lagi.
“Seri..! Seri..! bukak pintu Seri..! SERI..!”
Melor berlari mendapatkan kunci pendua, tangan dia bergetar nak membuka pintu, DAAAAANNG..! pintu di tolak kuat
“SEEERRRIIII…!!!!” melor melaung kuat seraya memeluk kaki Seri. Seri meronta. Melor mengapai kerusi yang terjatuh menggunakan kakinya, lalu menegakkan kerusi itu dikaki Seri. Dengan tidak semena, tali yang menjerut leher Seri terlucut dari lehernya, dia jatuh terjelepok kebelakang.

PAAAAANNGG…! Melor menyepak pipi Seri tanpa ehsan. Seri terjelepok kembali kelantai. 

“KENAPA?? KENAPA INI YANG KAU NAK BUAT HA?? KENAPAAAA??” melor menggoyangkan badan Seri.
“CUKUPLAH DOSA YANG KAU DAH BUAT SERI..! JANGAN KAU NAK BUNUH DIRI..! ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN, KALAU BUNUH DIRI, KAU MATI DALAM MURTAD..! ALLAH TAKKAN AMPUNKAN DOSA KAU SAMPAI BILA-BILA..!  KAU TAK FIKIR KE HA?? KAU NAK SELAMANYA DUDUK DALAM NERAKA? KAU TAKNAK JADI UMMAT NABI? KAU CAKAP DENGAN AKU SERRRII??!!” melor melepaskan pegangannya dari bahu seri. Tak di sangka dia seri sanggup untuk membuat cubaan membunuh diri.  Tak di sangka seri pendek akal seperti itu. Tak disangka seri tega melakukannya. Kenapa seri?

“kak melor.. maafkan seri”
“bukan dengan aku kau patut minta maaf seri, tapi dengan Allah”
“maafkan Seri kak…maafkan seri..” berlinang air mata seri seraya memeluk melor.
“Seri malu kak.. seri tak tahu macam mana nak hadapi hidup ni kak, seri buntu”
“kau malu pada siapa? Manusia? Manusia tak kan pernah berhenti dari mengata..tak kan pernah berhenti dari mencaci..tak kan pernah berhenti dari menghina.. kenapa kau perlu malu pada mereka? Tapi kenapa kau tak malu pada Allah? Sanggup kau nak menentang kuasa Allah? Sanggup kau melawan takdir Allah, Seri?”
“tak kak.. tak.. seri tak berniat macam tu..”
“habis? Apa yang kau buat ni seri? Allah menduga kau dengan jalan ini.. bukan Allah nak menyiksa kau seri, tapi Allah tahu kau mampu hadapinya, kesakitan bersalin adalah kifarah pada dosa-dosa kau seri.Allah sayang kau seri. Dia memberi kau peluang untuk membetulkan kesilapan. Tapi kenapa engkau memungkiri kehendak Allah? Kenapa seri? Anak dalam kandungan kau tak berdosa seri. Kenapa dia juga perlu kau bunuh? Kenapa? Sekali kau dah hancurkan hati mak dan ayah kau.. kenapa perlu ulang kesalahan ini yang bakal memusnahkan terus hati mereka? Kenapa seri? Kenapa?
“kak……”
“seri, manusia sekeliling akan berhenti bercakap bila penat mulut mereka. Jangan kau musnahkan hidup kau dengan telunjuk syaitan, jangan seri..”
“kak..”
“Seri… tidakkah kau rasa denyut jantung dia dalam nadi kau? Tak kah kau rasa hangat sayang sikecil dalah hati kau? Tak kah kau rasa dia meyalurkan kekuatan dalam badan kau? Sanggup kau nak biarkan dia mati? Dan bangkit di hari pembalasan dengan penuh amarah kerana kau membunuh dia?”
“tak kak.. seri tak sanggup.. seri tak berniat nak membunuh dia kak,, seri tak tahan..tak tahan dengan apa yang diperkata orang sekeliling..”
Melor memeluk seri..
“dik, selagi akak ada, akak akan jaga kamu.  Selagi kita berdua bernyawa, kita akan jaga jantung hati kamu bersama-sama..kamu tak kesorangan, akak ada dengan kamu. Percayalah dik, akak akan bantu sedaya mampu.”
“akak.. maafkan seri sebab hancurkan kepercayaan akak pada seri, seri minta maaf, menyusahkan akak, seri minta maaf kak..”
“sudahlah, tak de apa yang nak di maafkan, lepas ni jangan lupa solat sunat taubat, minta Allah ampunkan kamu, minta Allah permudahkan urusan kamu..”
Seri menangis teresak-esak, tak disangka masih ada manusia semulia kak Melor, sanggup bersusah demi bukan darah daging sendiri.  Seri memegang perutnya..
“sayang.. maafkan ibu, ibu tak  berniat nak bunuh kamu nak, ibu tak berniat untuk bunuh diri, maafkan ibu sayang.. ibu tekad untuk  melahirkan kamu, ibu bertekad untuk menjaga kamu, berikan ibu kekuatan untuk kita berdua sayang… beri ibu kekuatan, kita akan hadapi semua rintangan bersama.. bersama umi melor.. ibu sayangkan kamu.. maafkan ibu…..” Seri mengusap perutnya dengan penuh kasih sayang dan linangan air mata. Melor memandang dengan senyuman..

“kak Melor!”
“kenapa seri?” melor panik.
“kak, baby bergerak..seri rasa dia berdenyut, seri..seri..rasa kak.. hahahaha..seri rasa dia ada dalam ni.. seri rasa dia macam jalan-jalan dalam perut seri.. hahahaha…dia paham seri cakap dengan dia kak.. ” seri kegembiraan. Melor tersenyum. Seri masih lagi mengusap2 perutnya dengan air mata berjujuran dan bibir terukir senyum ketabahan.

“Alhamdulillah… yaAllah permudahkanlah urusan kami, kuatkanlah semangat Seri, berikan aku jua kekuatan untuk menjaganya…padaMu kami memohon yaAllah..” berlinang airmata Melor, sambil tersenyum melihat seri yang kegembiraan dengan kehadiran bayinya.


 MORAL OF THE STORY

Buat gadis-gadis diluar sana... sayang.. jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki.. jangan mudah hanyut dengan nikmat syaitan, jangan mudah leka dengan layanan diberi.. ingatlah sayang, kesannya, hanya kamu yang alami, sengsaranya, kamu yang tanggung, peritnya hanya kamu yang pikul.. ingat Allah, ingat ibu bapa kita sayang... pada yang telah terlanjur, marilah sama-sama kita kembali kejalan Allah.. elak kan dari maksiat, jauhi lelaki. jangan dibiarkan diri kita diperguna seperti alat dagangan.

Buat lelaki-lelaki diluar sana... awak... kami wanita yang lemah. menghulur tangan untuk bimbingan, jangan di apa-apakan kami, jangan jadikan kami bahan pemuas nafsu, nikahilah kami secara sah sekiranya kami yang awak nak.. peliharalah kami seperti nilai ahli keluarga perempuan awak. jangan pandang kami dengan hasutan syaitan.  hormatilah kami, awak... hormatilah kami sebagai kaum yang lemah.

buat ibu-bapa dan keluarga diluar sana... Pedih.. ya itu yang akan dirasa, terhina, itu yang akan kita rasa. tapi jangan diabaikan anak gadis mu.. jangan diabaikan adik/kakak mu.. terus diburu dosa. terus diburu rasa hina. terus diburu rasa tak berguna, sehingga dia melakukan dosa besar yang lain. bantulah mereka, terimalah mereka dengan tangan terbuka, ya.. terima bukan bermakna menggalakkan, tetapi menarik mereka dari terus terpesong.. berat? ya.. memang berat untuk kita terima dan buat.. tapi dia bukan orang lain, darah daging kita juga.. kalau bukan kita yang melindungi dia.. siapa pula yang akan menghulurkan lindungan?

buat masyarakat diluar sana... janganlah kita terus prejudis dengan mereka. sekali mereka melakukan kesilapan, tidak bererti mereka akan melakukan seterusnya, kalau mereka kembali dengan keinsafan, tunjuk lah mereka jalan yang benar, berilah kata-kata semangan, jangan di caci, jangan di hina. kerana dengan kata-kata kita itu, mungkin akan menjadikan dia nekad untuk terus terpesong.. ya, memang benar, dia melakukan kesalahan, tapi bukan kita yang meletakkan hukum pada dia, Allah itu yang berhak... marilah kita bantu ibu bapa mereka untuk memberi sokongan moral supaya mereka berubah dan tidak melakukan kesalahan lagi. dan menjadi iktibar pada anak gadis dan jejaka yang lain.. insyaAllah... Allah akan melindungi kita semua.





Wednesday, November 28, 2012

Wordless wednesday version comeynyeeeeee











Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 27, 2012

My new baby...

Tadaaaaaaaa.... Aku blm share pasal ni kan? Alhamdulillah.. Akhirnya dpt juga beli. Aku tak lah pandai sangat menjahit atau memasak. Tp kadang-kadang bila satang gesanya, tiba-tiba je aku akan cari benda-benda ni, nak meluahkan ekspresi dalam kepala ni. Selalu tak dapat buat part menjahitla. Aku selalu la nak meng'otter' baju mengikut apa aku nak.. Tambah situ sikit, buang itu sikit, tapi benda tak de. Ni aku berazam, benda pertama nk buat cadar!!! Cadar dari cantuman kain coitton kosong pelbagai warna. Maknanya colourfull.. Hehehe.. InsyaAllah.. Nanti dh buat aku tunjuk. Ok?

Mixer tu, actually aku dah buat dah biskutnya.. Hari pertama beli, petang tu.. Terus je buat biskut. Ok nanti aku post pasal biskut ok.. Share resepi skali.

Harini aku sakit kepala. Pertama kali kena full migrain. Slalunya hanya kena pre-migrain. Barulah tahu rasanya. Macam nak terkeluar biji mata, dgn rasa nak muntah lagi. Jam 4 dh minta izin kawan balik, sbb mmg tak larat sangat. Memang aku tahu tak boleh tunggu sampai petang lagi. Aku takut tak boleh vawak kereta, sampai rumah terus basahkan badan dan kepala. Ada yg kata tak baik vasah kepala masa sakit kepala. Tp aku buat je. Tak larat nak tanggung.. Selalu lepas basah kepala akan jadi makin bisa. Jadi masa ni aku terus ambik 2 panadol, prepare baldi sebelah katil, sebab aku rasa nak muntah sangat, tapi tyak nak keluar. So, standby. Aku ingat aku akan tido sampai besok pagi, eh! Jam 730 dah terkebil-kebil.. Sakit kepala, tapi mata tak boleh nak lelap. So, aku bangun mandi dan basahkan kepala lagi skali, tak bisa sangat.. Jadi ok la tu.

Tapi malam ni, aku tak boleh nak sambung cerpen.. InsyaAllah esok aku usaha siapkan yer.. Hampir 60% siap.. Intipati yang dah lama aku nak ketengahkan.. Harap2 dapat memberi impak pada semua.. Amin..

Aku masih belajar dalam menggarap jalan cerita bagi terkesan dihati pembaca walau dengan sebaris ayat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 24, 2012

Pantun hati patah

Sedih hati bukan kepalang,
Bila diri disalah erti,
Bagai diri berjauh alang,
Dengan kasih keluarga sendiri.

Tunduk semalu berduri tajam,
Terbang kenari kedahan tinggi,
Tidak kusangka ku diperkata kejam,
Mengecilkan hati ibu bapa sendiri.

Ular berlengkar di tepi semak,
Kura-kura berjalan bersusah payah,
Ampun ku pinta pada si emak,
Begitu juga dengan si ayah.

senyap ku ini di jadikan cerita,
Kisah aku tak bertegur sapa,
Tapi tidak pula sesiapa pandangku terus kemata,
Untuk mengetahui apa angkara ku duka nestapa.

Bertukar rupa bagai sesumpah,
Katak bertapa bawah tenpurung,
Perangai ku memang berubah-rubah,
Ada masa aku memang menjadi murung.

Janganlah ada salah erti,
Hati ku berubah mengikut angin,
Bila waktu aku begini,
Orang keliling bertemu tak kepingin.

Wal usul balik ke asal,
Mentara kuning kulaung madah,
Memang ini perangai ku yg asal,
sejak kakiku jejak ketanah.

Walidung mayang sari,
Sari puteri turun kebumi,
Kupohon ampun 10 jari,
Pada mereka yang terasa hati.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 22, 2012

Tragedi hitam Deir Yassin lautan darah Palestin


Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)

Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 64 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Di manakah letaknya Deir Yassin ?

Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orangPalestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.
Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.
Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Pengganas Haganah Zionis menghalau rakat Palestin keluar dari negara mereka sendiri
Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.
Tragedi Deir Yassin

Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.

Apa kata saksi tregedi Deir yassin yang terselamat ?
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,” Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.
Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.
Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Siapakah arkitek kepada tragedi ini?
Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.
Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.
Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata,“Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.
Kesan Deir Yassin

Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.

6 dekad selepas Deir Yassin
Kini telah 64 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.
Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.
Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan  fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?

Sokongan kepada Global March to Jerusalem (GMJ di Gaza - 30hb Mac 2012)

Semoga al Aqsa dan Palestin terus terbela !
Salam perjuangan,
Dr.z


sumber sekunder : cari.com

klik iklan ni tak kena bayar pun