Wednesday, July 25, 2012

Tamadun purba tak terjangkau dek akal


Tidak dinafikan bahawa terdapat teknologi pada zaman dahulu menyamai teknologi yang ada pada hari ini. Saban hari, banyak bukti mula muncul yang membuktikan bahawa manusia pada zaman purba sememangnya kreatif dan berteknologi tinggi.
Namun bergitu, tiada bukti menunjukkan manusia pada zaman tersebut menggunakan sebarang jentera atau mesin miskipun hasil tinggalan monumen yang ditemui menyerupai produk yang dihasilkan oleh jentera atau mesin.
Saintis percaya bahawa manusia pada zaman dahulu telah mencapai satu tahap di mana mereka mampu untuk membina bangunan atau monumen yang besar dan cantik yang mana ia sempurna daripada segi geometri, arkitertur dan seni hiasan.
Tamadun yang hilang, ilmu pengetahuan turut jua hilang
Namun, entah bagaimana, ilmu itu hilang dan seni tersebut lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat daripada Tamadun Mesir yang mana tamadun mereka lenyap bersama-sama teknologi yang mereka rintis. Malahan, bahasa mereka iaitu Koptik turut lenyap bersama-sama teknologi mereka. Padahal, bahasa Koptik adalah bahasa asal kitab Taurat yang dianugerahkan Allah swt kepada Musa as sebelum diterjemah kepada bahasa Ibrani semasa mereka berada di tanah Kanaan.
Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan bergitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun.

Jadi tanpa membuang masa,dilampirkan beberapa bukti manusia purba mempunyai tamadun yang hebat menyamai tamadun kita pada hari ini.
1.         Easter Island-Chile
Easter Island adalah pulau yang cukup mengagumkan. Di pulau ini terdapat ratusan batuan megalith yang diukir menjadi kepala-kepala manusia. Batuan-batuan kepala manusia ini bersaiz 20 kali ganda daripada manusia dewasa. Berat satu-satu batuan tersebut dianggarkan 2 tan dan lebih. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi berteka-teki tentang bagaimana mereka mampu mengangkut batu tersebut untuk didirikan di tempat-tempat yang batu tersebut berada sekarang. Ini kerana kuari atau sumber batu megalith tersebut yang paling dekat adalah sejauh 15 hingga 20 kilometer.!

2.        Sacsayhuaman(Saqsaywaman)
Sacsayhuaman adalah sebuah komplek kubu purba yang terletak di bandar purba Curzo di altitud 3,701 meter. Sacsayhuaman telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada 1983. Sacsayhuaman dikagumi daripada beberapa binaannya yang sangat jitu dan sempurna.



Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.



Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.

3.        Petra
Petra adalah sebuah bandar purba yang terletak di Jordan. Dipercayai, ia mula dibina sekitar kurun ke-6 masihi oleh bangsa Nabataen. Bangsa Nabatean adalah bangsa yang sangat mahir dalam seni pertukangan batuan gunung. Di bandar purba Petra, pengunjung bakal takjub dengan ukiran yang sempurna dan halus.
Tidak seperti monumen-monumen lain di dunia, Petra dibina pada batu gunung yang ditebuk dan diukir. Di dunia Arab, Petra adalah tempat yang sangat mashyur dan diperkatakan oleh ramai orang. Namun, orang-orang hanya mengetahui pada tahun 1812 setelah diperkenalkan oleh seorang orientalis daripada Switzeland, Johann Ludwig Burckhardt.
Pada zaman kegemilangan Petra, bandar purba ini adalah pusat kebudayaan dan keagamaan. Dipercayai bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah yang menyembah tuhan berhala wanita iaitu Latta, Uzza dan Manat berasal daripada tamadun ini.


4.        Puma Punku
Puma Punku atau Puma Puncu adalah satu daripada sebahagian besar monumen yang berada di Tiwanuku Site di Tiwanuku, Bolivia. Di sini, terdapat tinggalan-tinggalan batu-batuan jenis keras iaitu Megalith. Batuan ini mempunyai ukuran dan potong yang jitu dan bersegi. Ia jelas menunjukkan bahawa monument di Puma Punku adalah monumen yang dibina secara khusus oleh manusia. Monumen-monumen ini dipercayai musnah sekitar abad ke-5 masihi selepas dilakukan beberapa ujian radiocarbon C14. Batuan paling besar di sini adalah bersaiz 7.81 meter tinggi dan 5.17 meter lebar.!








kredit  to : takusahrisau.wordpress.com
                 Cari Malay Forum

Monday, July 23, 2012

beringat-ingatlah... ini mungkin ramadhan terakhir kita.. :(


Ceritera Seorang Dayang

Buah kedondong buah kepayang
Dipetik oleh seorang dayang
Bulan Ramadhan sudah menjelang
Ceritera dinanti, bukan kepalang...

Dayang bersimpuh atas teratak
Mulai berkisah hikayat watak
Tentang raja dan kuli batak
Tentang negeri, menanti retak...

Negeri ini 3 lautan
Kata mereka, negeri pilihan
3 budak simpan idaman
Siapa menang, menjadi Tuan...

Mungkin sudah takdirnya Tuhan
Berakhir sudah kerajaan pilihan
3 budak duduknya diam
Rupanya 1, menyimpan dendam...

Keris dan parang jadi mainan
Darah mengalir bagai taruhan
Kambing dan lembu hanya ternganga
Apabila Naga, menjadi Raja...

Maka zahirlah segala rahsia
Rasa kesal, sia-sia
Apabila Naga menjadi Raja
Bulan dan bintang, bawah kakinya...

Hingga muncul seorang Jebat
Bukan bangsawan dan aristokrat
Membimbing hamba membawa pedang
Kepala Sang Naga, sudah hilang...

Bulan dan bintang kembali tinggi
Usaha Jebat, sudahlah pasti
Syukran, syukran, mereka berzanji
Limpah syukur kepada Ilahi...

Namun takdir sudah termetri
Dari dulu sejak azali
Musim bergulir silih berganti
Bencana menunggu, tiada terperi...

Kabus dan asap menyelimuti bumi
Siang dan malam, tiada diketahui 
Bumi bergoncang meranapkan benda
Hamba mati, tiada bertanda

Air dan ombak menjadi marah
Hingga musnah banyak benua
Matahari hilang ibu angkatnya
Polis dunia, berubah peta

Pedang dan kuda kembali bertakhta
Bagai zaman di dulu kala
Hujan merajuk 36 purnama
Hingga datang, Raja Pendusta

Hamba sahaya jadi terpikat
Pada Sang Raja, lakonan hebat
Mainkan watak Imam dinanti
Padahal dia, insan terkeji

Hamba sahaya jatuh cinta
Tatkala Sang Raja menjadi Pendita
Mengajak hamba menjadi syahid
Dari diam, menjadi abid...

Hamba sahaya paling kasihan
Buta menentang Imam pilihan
Sangkanya jihad di pihak benar
Rupanya mati, berbuat onar

Duhai hamba-hamba sekalian
Dengarlah ini dayang berpesan
Masa mendatang masa ujian
Sediakan bekalan, kukuhkan iman...

Ujian datang silih bertimpa
Yang berat-berat bakal menimpa
Bagai menempuh gurun sahara
Jangan melihat, fatamorgana...

Makan tiada minum sedikit
Hamba sahaya bakal merempit
Banyak mati sedikit bertahan
Ada yang hidup, tanpa panduan...

Benar-benar dayang berpesan
Masa mendatang masa ujian
Ia bukan satu cubaan
Tapi sungguh, satu kenyataan...

Tiada terbayang seksa menanti
Sungguh hebat dugaan ini
Hamba sahaya pentingkan diri
Ketika ujian, sudah terjadi...

Hanya iman jadi taruhan
Walau rumput jadi makanan
Jadikan zikir sebagai bekalan
Hanya Allah, tempat aduan...

Pilihlah pilih, Imam yang benar
Jangan tersilap berbuat onar
Taubat sebelum mentari merajuk
3 malam, tiada terpujuk...

Semakin pantas masa berlalu
Hamba tak sedar buat tak tahu
Sedang nyawa di hujung tanduk
Sebentar lagi, pintu tertutup...

Waktu ujian tak lama lagi
Sekelip mata ia ke mari
Jangan terleka jangan tertipu
Oleh nafsu, memujuk rayu...

Selesai ceritera dari si dayang
Berpesan-pesan kerana sayang
Entah dongeng entah kenyataan
Hanya masa, bakal menentukan...

Wallahua'lam...






by : andria - cari.forum

Wednesday, July 18, 2012

hampir sebulan dah???? O-M-K-... !!!!!!



belum sebulan.. hampir jerk... ekekeke.. tapi kiranya agak lama juga kan aku tak mnegupdate blog.. ya Allah rindu.. selalu je bukak.. bila nak update madang la jadik lupa. aduih... try bukak kat BB konon nak update dari situ tak boleh le plak.. itu tak de lah ini tak de lah... tmpo kang.. kata samat phone.. sabau jerk aku... aku masih lagik mode BUSY ......................






memang kebizian.. macam si garfiled tu la.. dengan program la.. dengan kelas.. dengan rpojek paper.. semua-semua la.. aduih hai.. loteh makcik.. ponek sangat la kan.. tapi apo nak di kato.. jalan idup sey cengini.. tak lama.. tinggal satu sem je lagi lepas ni.. insyaAllah lepas tu segala2nya habes.. ya Allah aman dan makmur.. mesti rindu plak saat nak kebizian.. ekekeke.. tapi mudah-mudahan.. sem ni semuanya lulus... 


korang pun .. jangan la kecik ati eak.. sebab masuk-masuk sini asyik duk view-view entry lama.. maaf sangat-sangat2.. ouh ya... aku nak update sikit 1 perkara..

aku skang dalam program pengurusan berat badan.. actually... sebelum ni pun aku dah berdiet.. tiba-tiba dapat jemputan untuk menjadi salah sorang dari protege program ni... pucuk di cita ulam mendatang.. aku akan di pantau mereka-mereka yang pakar dalam tempoh 6 bulan untuk januari tahun depan.. doakan aku berjaya k.. dan kuat semangat.. 

kat sini aku kegatalan nak upload gambar tahun lepas aku jap eaaaak...


tadaaaaaaaaaaaaaa





ok.. ini picca aku dalam tahun lepas laaa... paling atest yang tengah tu.. bulan 12 tahun lepas.. masa ni berat aku dalam 83-85 kg.. gitu lah... lepas aku amalkan diet sendiri turun lah dalam hampir 10 kg selama 6 bulan.. itu pun kengkadang turun naik.. tak baik kadang-kadang 100, 200 gm.. gitu lah...  dan kat mabawah ni... selepas 6 bulan... 




sorry lah.. memang tak de gambar full.. ini mana yang terambik jerk.. ehehehehe.. jadi doakan aku dapat capai target aku untuk program ni.. dan dah berjaya nanti.. aki akan kongsikan segala tips pemakanan.. baik mengikut program.. atau cara amalan aku ok.. 

wish me luck fwen... mmmmuuuuuuuuuaaaahhhhhh....!!!!!!!!!



klik iklan ni tak kena bayar pun