Tuesday, May 22, 2012

pilu



aku tak tahu lah kenapa.. aku risau sangat yang sebenarnya..hati aku ni pikir macam2.. ya Allah... sebak pun ada.. perit pun ada.. aduih.... nak cerita pun tak tahu hujung pangkal...


pagi tadi... bukak lagu shuffel pun air mata boleh keluar... pelik sungguh.. apa yang aku sebak.. apa yang aku kecut perut.. aku pun tak tahu.. aku rasa macam langsung tak gagah dah... langsung... 


ya Allah.. hamba Mu yang hina ini memerlukan rahmat dan baraqah Mu ya Allah.. :'(

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu..



untuk tahun seterusnya.. aku meraikan hari ibu.. tapi kali ni aku tak mampu nak buat apa-apa kejutan.. kekeringan ongkos pun ya jugak... serabut dengan masalah dan emosi sendiri pun ya jugak... walau pun sekarang lepas berubat aku lebih baik dari yang dulu.. tapi perasaan tu kadang-kadang datang juga.. cuma aku kena kuat dan bertabah je.. insyaAllah ada penyelesaian dalam semua permasalahan aku.. amin...


ok back to our topik... hari ibu... ustaz Azhar Idrus kata haram di sambut.. sebab ini adalah hari ibu untuk mothers di gereja.. aku yakin sungguh dengan apa ustaz cakap.. tapi dia ada kata.. kalau sape nak sambut yakin akidah tak terpesong terpulanglah.. tapi kalau siapa rasa aqidah boleh terpesong jaga-jaga.. 

jadi aku ambil keputusan... tak menyambut secara besar-besar... cukup sekadar ucapan.. untuk bagi hati mak aku berbunga.. cukup dalam hati dia tahu aku sentiasa ingat kan dia dan segala penat lelah dia sebagai ibu.. dan aku nak dia rasa bangga bila.. anak orang lain tak wish kat mak diorang.. tapi anak dia.. wish dan hargai dia... cukup sekadar ucapan dan doa sedikit aku titipkan dia melalui pesanan rinkas... itu akan buat dia rasa lebih selesa dan sangat lapang hati setelah berpenat lelah berniaga... 


kawan-kawan.. setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. setiap hari adalah hari suami dan isteri... setiap hari adalah hari bersahabat.. setiap hari kita harus menghargai orang disekeliling kita... tak perlu menunggu hari2 dan tarikh2 istimewa.. sentiasa lah mengimarahkan hari kita dengan keikhlasan dalam perhubungan... sebab itu adalah lebih bermakna...


bayangkan... sekira kita ada pertelingkahan dengan rakan atau suami atau isteri atau mak atau ayah atau adik beradik pada hari ini.. dan kita ataumereka meninggalkan kita dalam keadaan marah.. dan di ragutnya mereka dalam keadaan mereka amat sakit hati dengan kita.. adakah kita akan rasa sangat berpuas hati dan sangat gembira mereka mengadap ilahi dengan perasaan yang sangat tak elok pada kita? adakah kita akan tenang selama hayat kita, dengan tidak sempat memohon maaf?


pernah 1 kisah.. cikgu aku yang ceritakan kisah ni.. ini melibatkan kisah 'sekiranya mati datang selepas saat ini' tajuk memang nampak macam cerita zaman-zaman dulu kan tapi cerita dia sempoi dan sangat moden.. ekekeke..

kisah dia macam ni.. dia ada seorang kawan.. kawan dia ni memang orangnya sasa dan sangat hensem.. satu hari.. kawan dia ni berjumpa dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan persahabatan .. tak de apa-apa motif songsang atau pape lah yang jahat-jahat.. sekadar berkawan.. sekali member dia ni rupanya gigolo.. ada bisnes card ok.. dia bagilah bisnes card dia kat kawan cikgu aku ni... nak di jadikan kisah.. kawan cikgu ni tunjuk kan cikgu card tu.. bila cikgu baca ada lah kot sikit2 pasl perkhidmatan gigolo ni.. cikgu aku nasihatkan..

"mat.. baik kau buang... kang kalau jadi apa-apa kat kau kang.. orang jumpa kad ni.. dah orang ingat kau ni pun gigolo ke... atau supplier gigolo..tak pasal-pasal je.. "

 kawan dia ni gelak je... tapi di buangkan jugalah kad tu... 

selang beberapa hari... memang di takdirkan kawan dia tu kemalangan dan meninggal... dan orang sibuk gedeyh wallet dia sebab masa tu tak tahu nak hubungi keluarga sedara ni macam ni...

jadi.. kalau kawan dia tak buang lah kad tu hari tu? agak-agak kalau orang jumpa apa orang pikir kan? 

ok itu kisah dari segi macam tu.. tapi dari segi dosa? hubungan antara manusia ? bukankah.. dosa sesama manusia hanya di ampunkan oleh manusia yang kita buat salah tu..?


renung-renungkan.....................









Monday, May 7, 2012

bertangguh itu menyusahkan



aku belajar erti kata bertangguh ni dari sekolah rendah.. tapi aku belajar makna bertangguh dan memperbaiki sifat bertangguhni di sekolah menengah.. ni semua dek kerana kawan aku adibah a.k.a abot .. dia yang ceritakan aku.. apa pentingnya persiapan awal.. apa bagusnya persiapan awal.. apa kesannya persiapan awal.. dia kata.. ".... ma.. kau kalau ada menda yang hendak di bawa atau perlu di lakukan.. dapat aje tahu terus buat.. kalau macam esok nak pegi sekolah.. dari petang kalau tak de kerja ni ko dah susun buku.. masuk kan air dalam botol, gosok baju.. cari pin-pin yang guna..letak kasut depan pintu.. "  aku kadang-kadang mengikut apa yang di ajar.. kadang-kadang tak.. ekekekeke...  biasalah tukan...


tapi nk di jadikan cerita.... di kedewasaan ni... peel aku tu telah bawa satu masalah besar untuk diri aku... huh... aku tak bayar bil api dan air... 3 bulan... last-last kena potong.. lagik bestnya... kena potong petang tu...aku plak ada orang order nasik lemak untuk esok pagi.. aku dah gelabah giller... mula la aku kol sana... kol sini.. hampeh... mna boleh dia bukak on the sport... mana boleh nak kawteam2 dengan budak-budak TNB kan... almaklum le.. tak de kaki... ekekekeke... aku bertekad ni.. angkut semua barang masak dan persiapan nasik lemak pegi rumah abang aku... dan aku memulakan proses memasak kat rumah dia.... huhuhu sangat tak best ok menumpang rumah orang pastu buat kecah.... kesian diorang.... mesti tak ley tido nyenyak bila terhidu aku goreng ayam berempah jam 2 pagi tu.. ekekekeke....besoknya.. dalam tengah hari... aku gagah juga pegi TNB putrajaya yang dah pindah kat ceruk mana ntah.... akhirnya... selang 2 jam.. terpasang sudah elektrik tu.... kalau idak... tak tahu le macam mana nak minta maaf dengan osmet... huhuhu....


so.. sekarang.. aku lebih tekan kan diri aku pasal sesuatu kerja supaya tak bertangguh... aku kena planning baik-baik... supaya tiada masalah lain yang akan buat aku lebih bermasalah...huhuhu...


moral of the story... kawan-kawan... JANGAN SUKA BERTANGGUH...!





















klik iklan ni tak kena bayar pun