Sms.
Hairi : boleh la u..kejap
je kita keluar malam ni
Seri : ala.. nak pegi mana?
Hairi : saje bawak u
jalan-jalan
Seri : malas la nak cakap
dengan along
Hairi : alaaa please la
rindu sangat kat u
Seri : yelah..u datang jam
8
“along…seri keluar kejap”
“pegi mana?”
“jalan-jalan kejap dengan hairi”
“esok siang tak boleh ke?”
“erm..esok dia out station seminggu..”
“hurm..cepat balik..”
“thanks.. bye…” seri meninggalkan rumah alongnya menuju ke bustop
untuk menunggu Hairi.
1jam kemudian
“U, dah makan ni..kita nak pegi mana” Tanya seri seraya memasuki
kedalam perut kereta milik Hairi.
“I bawak u ronda-ronda sebelum balik, k?” hairi membalas dengan
senyuman. Seri mengangguk perlahan.
“eh u..kenapa berhenti kat sini?”
“ala..kita borak-borak la dulu..lagi pun hujankan, I malas nak bawak
time hujan lebat..”
“nanti along tunggu pula”
“alaaaa mesti dia paham la..lebat hujan ni..kita duk je dalam kereta”
“haih… erm…perlahankan aircond.. I sejuk”
“sejuk sangat ke? Meh tangan..eh yelah..sejuk…”
“er.. u.. jangan la usap-usap..eerrr”
“alaa.. its ok.. juz nak hangatkan u..”
“er… u…
jangan la pegang-pegang..apa ni..
“sayang…kita berdua je..”
“tapi.. I tak nak la macam ni..”
“please.. u tak sayang I ke?
“memang la sayang..tapi.. tak payah la macam ni..”
“I janji… tak sakit sayang “
“this not about sakit.. ini pasal benda tak elok..”
“I sayang u.. please..”
“u..dont..”
“shhhh…..”
“please..doonntt..”
“juz wanna show u ..my love..umphh..”
“u…………….”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“jam berapa kau balik malam tadi? Lewat?”
“sampai rumah jam 2 pagi.. malam tadikan hujan lebat..kitorang duk
dulu kat kedai makan..hairi tak berani nak bawa kereta time hujan..”
“oo… “
Seri meninggalkan abangnya di meja makan. Dia kebilik untuk mengemaskan biliknya yang dah hampir
seminggu tidak berkemas.. dia perlu segera, kerana ingin berjumpa dengan
rakannya kak melor. Seorang kakak yang
dikenali di laman sesawang, tetapi sungguh baik dan manis.. seperti
namanya..MELOR.
“hey..seri.. kenapa termenung ni?”
“eh tak de apa kak..”
“betul ni?ke ada masalah”
“tak de pun..”
“apa besar sangat merah kat pangkal lengan seri tu?”
“err…pelesit kak.. pelesit” matanya di kecilkan.. terasa menyesal
memakai baju putih berlengan pendek ni. Tak pasal-pasal kak melor dah
ternampak…
“pelesit?! Ya allah.. abes? Pegi berubat ke?”
“ish akak ni..tak perlu la sampai berubat..hahahaha”gelak manis
melihat keletah sahabatnya, dalam hati.. Allah saje yang tahu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sms.
Hairi : sayang..buat apa
tu?
Seri : tengok kalender
Hairi : aik.. ada vacation
ke?
Seri : taklah..i kira tarikh subur
Hairi : kenapa?
Seri : u, I tak period dah
2bulan
Hairi : so?
Seri : I takut pregnant..
Hairi : mengarutlah u..
Seri : serius ni u..
Hairi : tak kan boleh
mengandung…bukan I lepaskan dia kat dalam rahim u..
Seri : harap-harap macam
tu..
Hairi : juz lewat je kot..
atau terkejut..hahahahahha
Seri hanya mampu membaca tanpa riak.. tak de mood dia nak tersenyum
atau apa.. sebab dalam hatinya, hanya penuh dengan kerisauan.
“ seri.. akak tengok seri ni asyik makan panadol je.. tak pergi jumpa
doktor ke? Cuba la pegi check, mana tahu ada hal lain ke?” tegur kakak iparnya.
“tak lah kak, ni sebab cuaca kot, sekarang ni kan hujan, panas, tak
menentu” dia memberi alasan. Dia tak tahu apa jawapan terbaik selain dari tu. “aku
kena beli alat uji kehamilan esok.. aku kena beli.. aku kena beli..” tekadnya
dalam hati.
Dada seri berdebar.. dia telah mencuri-curi bawa masuk urine dia
kedalam bilik. Dadanya berdebar untuk memasuk kan alat menguji kedalam
urinenya. Perlahan-lahan dia membiarkan
alat ujian itu meresap pada alat ujian.. satu garis… dia menarik nafas..
tiba-tiba jantung dia bagai gugur kebumi secara perlahan dan kabur garis kedua
timbul di permukaan menandakan positif pada kehamilan. Dia terjelepuk ditepi dinding. Tangannya
bergetar, matanya berair. “Ya Allah aku mengandung.. apa aku nak buat ni?” air
matanya mengalir laju, dia teringat hairi.. ya hairi.. dialah bapak pada bayi
ni.. tangan dia terus mencapai telefon.
“hello..u..”
“hi darling, kenapa ni?”
“u..i..i..mengandung..”
“what? U jangan la nak gurau-gurau dengan i..”
“tak u, serius. I tak tipu u”
“macam mana pulak boleh mengandung?”
“manalah I tahu ! u yang buat semua ni..! I dah kata jangan..!”
“I tak rasa itu anak i..”
“U..!”
“yelah, I tak lepaskan kat dalam ok..”
“habis anak siapa? Hanya u yang sentuh i..!”
“mana I tahu, u buat dengan jantan mana, u nak kata I pulak..”
“u.. sampai hati u cakap macam tu. Tak de lelaki lain sentuh I
melainkan u..!”
“eeeeaaa..! dahlah, aku malas nak cakap dengan kau lagi..! aku nak
bawak kereta pegi out station..! jangan kau cari-cari aku paham!”
“U..!”
PAP… talian diputuskan.
“sampai hati u hairi, anak ni anak u..tak de lelaki lain yang sentuh I
melainkan u..u yang buat semua ni..sampai hati u hairi…sampi hati u…” merintih
seri mengenangkan nasibnya. Dia tak tahu dengan siapa harus dia mengadu. Dia
mati kutu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“seri, kawan kau datang ni..!” laung kakak iparnya..
Dia dengar pintunya di ketuk, dia bangun dan membuka pintu. Terlihat
dia wajah kak Melor.
“seri, akak dengar kau tak sihat, kenapa ni? Demam ke?”
“tak lah kak..”
“habis tu, kenapa tak keluar makan? Kakak ipar kau tu risau, tahu
tak?”
“ntah lah kak..”
“seri.. ada masalahkan? Ceritalah dengan akak” melor memeluk
seri. Seri teresak-esak menangis
“akak…”
“akak… seri mengandung”
“Astagfirullahalazim..”
“janji kak..tolong jangan bagi tahu sesiapa.. tolong ya kak..” rayu
seri.
“bila kau tahu kau mengandung ni Seri?”
“3hari lepas, guna pregnant test”
“habis tu, macam mana ni? Kau dah pegi klinik buat pemeriksaan?”
“tak kak.. belum”
“subhanallah…cepat-cepat siap seri..akak bawa kau pegi klinik
sekarang. Akak tunggu kat luar, cepat tau. Kena pegi check. Pastikan
betul-betul”
Seri mengangguk. Melor
meninggalkan seri.
Diruang tamu…
“Kak siti.. melor bawa seri jalan-jalan ea?”
“ha, ok.. dia pun tak keluar dah berapa hari tu.. kenapa dia tu?
Merajuk ? ada masalah dengan pakwe dia?”
“hehehehe..biasalah tu kak.. “ melor berbohong. “Apa-apa aje lah.. asal dia tak syak apa-apa”
getus hati Melor.
Buletin 1.30
“Satu kemalangan telah berlaku di lebuh raya utara selatan berdekatan
dengan tol Sungai Besi. Sebuah kereta
Toyota telah merempuh pembahagi tol
menyebabkan seorang lelaki bernama Mohd Hairi bin Yusuf terbunuh di tempat
kejadian dan seorang penjaga tol cedera ringan. Punca kejadian masih dalam
sisatan polis …………”
“Ya Allah.. Kak Siti…” mulut Melor melopong. Kak Siti hanya mampu terpaku.
“TTTIIIDAAAAAAAKKKKK…!!!!!!!!!!!
TTTTTAAAKK….. MMMUUSSSTAAAHILLLLL…!!!!! Seri menjerit bagai dirasuk. Dia
menghentak-hentak perutnya.
“Seri…sabar sayang..sabar dik..” melor memeluk seri..
“Kak..mustahil kak... dia tak mati kak..”
“sabar dik... “
“SERI..!” Melor dan Kak Siti menjerit serentak
Kak Siti yang dari tadi terpaku mendapatkan seri yang terjelepuk
dilantai..
“Kak Siti, kita bawa Seri ke klinik kak. Tolong saya bawa dia masuk kereta kak..”
pinta Melor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“doktor.. macam mana dengan adik saya?”
Doktor tersenyum “ jangan risau puan, tak de apa-apa yang serius. Tapi, tahniah. Adik puan mengandung 2 bulan”
“mengandung?”
“ya, 2 bulan” doktor tersenyum lagi.
Melor tepuk dahi “Ya Allah kenapa aku lupa pasal ni” melor menepuk
dahinya.
“er.. kak siti.. jom bawak seri balik. Terima Kasih ya doktor” Melor
terus memotong percakapan antara Kak Siti dan doktor. Kak Siti nampak terkebil. Melor terus mendapatkan Seri “maafkan akak
seri” bisik Melor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kak Siti, jangan marahkan
Seri”
“Bila Melor tahu?”
“Baru juga kak, tadi dalam bilik dia bagi tahu”
“Macam mana nak bagi tahu pada abang?”
“Hurm.. akak cakap baik-baik.
Kita jangan marah-marah dia.
Nanti takut dia tekanan perasaan.”
“siapa bapa bayi tu?”
“Melor rasa hairi kot..errr.. Arwah Hairi”
“Patut la dia macam ni.. huh!”
Melor hanya memejamkan mata pabila mendengar dengusan tak puas hati
Kak Siti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kau cakap dengan aku.. siapa yang ngandungkan kau ha??!! Kau
cakap..!!!” Jerkah Pak Said
“Kenapa kau buat macam ni nak? Kau tak fikir ke mak dengan ayah kau?”
sedu Mak Senah.
“SIIAAAPAA???!!!” jarkah Pak Said sekali lagi.
“H...hhaa...haiiirii, ayah” jawab Seri takut-takut berselangseli
dengan tangisan.
“Kau kenal long budak laki ni?” tanya Pak Said pada anak sulongnya.
“Kenal ayah..”
“Esok kita jumpa dia dan kelurga dia”
Along terkesima “tapi ayah, Hairi dah meninggal. Minggu lepas ayah,
kemalangan”
Pak Said memejamkan matanya. Perit dan pedih dia rasa. Kenapa ini yang
mesti dia tempuh? Kenapa ini yang anak
kesayangan dia beri? Kenapa ini? Mana dia nak tunjukkan muka pada orang
kampung?
Seri berlari menuju kearah biliknya sambil menangis. Tidak tersanggup dia hendak melihat wajah mak
dan ayahnya yang kecewa. Tak sanggup dia
nak melihat muka abangnya. Dia sendiri
kecewa dengan diri sendiri. Macam mana
begitu mudah dia boleh lemah di tangan hairi malam tu? Kenapa dia tidak bertegas malam tu? Kenapa
dia tidak memikirkan azab yang bakal di terima? Kenapa? Kenapa? Seri
menghentak-hentakkan kepalanya didinding berkali-kali, sehingga mengejutkan
semua yang ada.
“Seri..! berhenti nak” jerit emaknya dengan linangan airmata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ayah, along balik KL dulu ya, esok along kerja. Siti pun tak dapat cuti. Seri, biarlah dia di sini dulu..” Along
menghulurkan salam pada emak dan ayahnya, dituruti Siti.
“baik-baik jalan Along” sambut emaknya
Along hanya mengangguk.
Kereta Along meluncur laju meninggalkan perkarangan perumahan ibu dan
bapaknya, tak sanggup dia nak berlama dikampung. Sedangkan tadi sahaja pun,
sudah ada yang memandang-mandang, mungkin ada yang pasang telinga masa ahli
keluarganya berbincang. Tak dinafikan
tadi sedikit waktu keadaan tidak terkawal kerana kejutan berita yang
disampaikan. Mungkin ada yang
mencuri-curi dengar atau terdengar.
”bang..” siti memanggil perlahan
“Kenapa siti?” mata Along masih tertumpu pada jalan dihadapannya
“tak kan nak biarkan Seri tinggal dengan kita? Kalau jiran tahu malu
la kita. Tu, kalau kawan-kawan kat
sekolah saya tu tahu, mana saya nak letak muka?”
“habis awak nak suruh saya buat apa? Saya tengah kusut ni, awak
paham?”
“tak pe, sampai je rumah nanti saya akan kemaskan barang-barang Seri,
kita suruh dia sewa tempat lain. Saya
tak nak malu disebabkan dia kalau jiran keliling tahu. Saya tak nak sampai cikgu-cikgu di sekolah
saya tahu hal ni”
“apa-apa je lah.. pening!”
Siti tersenyum puas.
Cadangannya tidak disangkal suaminya.
Dia tak mahu membela perempuan yang mengandung anak luar nikah tu. Tak sanggup dia nak tambah bala dari yang sedia
ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seri memerapkan dirinya dalam bilik, tidak ada perasaan dia nak keluar
keruang tamu. Lebih dia rela duduk
dibawah selimut mengenangkan nasib dia.
“bang, apa kita nak buat ni bang?” keluh Mak Senah
“abang pun tak tahulah nah, abang mati kutu, malu abang”
“siang tadi nah pegi kedai
bang, nah tengok orang pandang-pandang nah. Nah rasa ada dah yang menyampai”
“ya Allah, malunya aku. Sebab tu abang dah seminggu tak pegi surau dan
masjid”
Seri mendengar perbualan emak dan ayahnya. “Ya Allah seri.. apa yang kau dah buat ni?
Kenapa aku malukan mak dengan ayah? Kesian mak dengan ayah, diorang nak pegi
ibadah pun tak boleh, semua sebab aku! Semua sebab aku! Aku yang bersalah..
kesian mak ayah.. aku kena balik KL esok. Aku tak nak malukan mak dengan ayah.
Diorang patut aman damai disini. Aku buat onar bukan dibawah jagaan mereka. Tapi kenapa mereka pula yang menanggungnya?”
keluh hati Seri.
“assalamualaikum… assalamualaikum Pak Said” satu suara kedengaran dari
luar rumah.
Pak Said dan Mak Senah berpandangan
“waalaikumussalam” jawab Pak Said dari dalam rumah seraya membuka
pintu. “Pak imam, sila masuk pak Imam”.
Mak Senah berlari-lari anak mencapai kerudung yang tersangkut di bangku.
“jemput duduk pak imam”
“terima kasih Said”
“erm.. apa hajat pak imam”
“Said, maaaf la, aku datang tanpa minta izin kamu. Secara tiba-tiba pula tu. Harap kamu tak kisah dengan kedatangan aku”
“Eh, tak jadi masalah Pak Imam”
Mak Senah bangun menuju ke dapur untuk menghidangkan tetamunya air
minuman.
“Betul ke Said, apa yang aku dengar pasal anak kau Seri?”
“huh, pak imam pun dah tahu rupanya” Pak said menundukkan mukanya.
“ya, semua orang kat taman kita dah tahu Said”
“mana saya nak letak muka Pak imam?”
“sebab ini ke, yang kamu pun dah seminggu tak ke surau atau masjid?”
Pak Said mengangguk lemah. Pak
Imam hanya menggelengkan kepala.
“kenapa kau tak pergi jumpa keluarga lelaki tu Said?”
“lelaki tu baru je mininggal dunia akibat kemalangan pak imam”
“Astaghfirullahalazim…”
“Malu saya pak imam.. nak ikutkan, nak saja saya cekik-cekik dia!”
berkata Pak Said sambil menjegilkan matanya.
“Astaghfirullah, bawa mengucap Said. Apa kau cakap kan ni?”
“saya dah tak tahu apa nak buat pak imam. Bukan ini yang saya didik dia”
Mak Senah menatang dulang berisi dua cawan kopi dan biskut.
“Said, kau kena tahu, ini memang adalah satu kesilapan besar yang
telah dia buat. Berdosa. Tetapi sebagai
ibu-bapa, kalau kita tidak mengambil berat dan kembali membimbing dia kejalan
yang benar, sehingga dia buat perkara yang bukan-bukan seperti bunuh diri,
buang anak atau menggugurkan anak, ketahuilah pada masa itu, kita juga adalah
berdosa. Kenapa kita perlu melepaskan
tangan dia tatkala dia memerlukan kita untuk menunjukkan jalan yang benar,
kenapa? Kau malu dengan orang sekeliling ke? kau tak malu pada Allah sekiranya
Seri ambil keputusan bunuh diri? Kau tak malu pada Allah kalau seri gugurkan
anak? Kau tak malu pada Allah kalau seri buang anak yang tak berdosa?”
Mak Senah mengusap-usap belakang badan Pak Said. Tahu benar dia yang
Pak Said dalam kekecewaan.
“Said, Senah.. jangan kau abaikan dia dan anak dalam kandungan
dia. Ya betul sumber dan cara dia salah. Tapi jangan kita pula yang jadi punca dia
terus hilang arah atau terkeluar dari landas islam.”
Pak Said dan Mak Senah hanya mengangguk faham. Baru dia tersedar. Benda ni tak pernah terlintas difikiran dia,
yang hanya dia tahu, dia malu pada manusia sejagat, tapi tak terfikir pulak dia
akan malu pada Allah, sekiranya dia biarkan Seri terus hanyut dan lari dari
landasan agama. Tak terfikir selama ini.
“Alhamdulillah” terdetik dalam hati Pak Said. Bersyukur dia dengan kedatangan pak imam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Mak, ayah.. Seri nak balik KL, tempat kerja dah panggil Seri kerja.”
Mak Senah
memandang sayu. Pak Said hanya menagguk.
Seri menghulurkan salam pada emak dan ayahnya. “maafkan Seri mak,
ayah. Seri dah buatkan mak ayah rasa malu” kata Seri dengn linangan air mata.
Mak Senah memeluk Seri erat
“Seri, kau jangan buat apa-apa yang bodoh. Ingat Allah faham?” tegas Pak Said.
Seri hanya mengangguk “ Mak, Seri pergi sendiri kat bus stop, mak tak
payah hantar ya?”
Mak Senah mengangguk dan memeluk Seri lagi sekali dengan erat dengan
linangan air mata. Terlihat Seri mata
ayahnya juga berkaca. Perlahan kaki Seri
melangkah meninggalkan perkarangan rumah menuju ke hentian bas yang terletak
800meter dari rumahnya. Dia sengaja
tidak mahu emaknya menghantar ke hentian bas seperti selalu, kerana dia pasti
tidak akan berhenti menangis.
“eh.. itulah anak Senah yang berisi tu....” dari kejauhan Seri
terdengar sayup. Di dapat rasakan, ahli
mesyuarat tembok para suri rumah di depannya sedang memerhatikannya.
“eeeee..buat malu je..! kalau anak aku la, aku dah bunuh je..!
menyusahkan mak bapak..! macam mana senah dengan said jaga anak agaknya?”
berdesing telinga Seri. Hatinya terus
membara, sekira dia dicaci dan dihina, dia terima, kerana dia yang melakukan
kesalahan, bukan emak dan ayahnya! Dadanya bergetar, berombak menggila, giginya
bagai dikancing, tanpa dia sedar kakinya makin melangkah laju, laju menuju
kumpulan itu.
“HOI..!! KAU PUN ADA ANAK PEREMPUANKAN? KAU MENGUMPAT MACAM NI, AKU
TAK AMPUNKAN DOSA KORANG SEMUA, DAN AKU DOA ANAK KORANG AKAN BUAT BENDA YANG
SAMA!! DAN MASA TU BARU KORANG TAHU APA RASA SEBAGAI MAK BAPAK NAK TERIMA
PANDANGAN ORANG BERMULUT LONGKANG MACAM KORANG..!! BODOH..! SIAL..! “ Seri
mengamuk sambil menghayunkan begnya menghalau kumpulan mengumpat itu,
bertempeliaran mereka semua melarikan diri.
Setelah melepaskan geram, Seri terus melarikan diri ke hentian bas
sambil menangis. “mak...ayah... maafkan seri.. kerana dosa Seri.. mak dan ayah
menanggung malu ni... maafkan Seri...” jerit hatinya.
“hello, assalamualaikum. Kak Melor, boleh tolong ambil Seri kat BTS
tak? Dalam jam 6, baru sampai. Terima
kasih kak.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Seri sihat? “
“Sihat Kak Melor. Terima kasih
banyak bantu Melor, bagi semangat”
“tak pe dik, itu je yang akak mampu buat.”
“seri dah malukan semua orang kak.
Seri dah menyusahkan semua orang kak..”
“jadi kan ini sebagai tauladan Seri”
Seri hanya mendiamkan diri dan melemparkan pandangannya keluar
tingkap.
“terima kasih Kak Melor sudi hantar Seri”
“sama-sama… eh, biar akak teman Seri sampai atas”
“eh tak pe kak, cukup la sampai sini je”
“tak pe, akak pun nak jumpa Kak Siti”
“erm, baiklah”
Mereka beriringan menuju ke lif.
“Assalamualaikum, Kak Siti.. Seri ni” Seri mengetuk-ngetuk pintu rumah
abangnya.
“Seri, sekejap ya. Seri masuk dulu, pejabat akak call pula ni. Kejap
lagi akak datang” Melor menjawab telifon seraya menghayunkan kaki ke hujung
bangunan selang 2 biji rumah dari rumah abang Seri.
“waalaikumussalam..” jawab Kak Siti dari dalam rumah, lalu pintu
dibuka. Seri menghulurkan salam,
disambut dingin Kak Siti. Seri hanya
mendiamkan diri.
“Bang, ni ha, Seri dah sampai..” laung Kak Siti sambil menuju ke
dapur.
Alongnya keluar dari bilik, memandang Seri tak berkelip. Seri menghulurkan tangannya. Alongnya tidak menyambut. Tetapi terus
kebilik ke dua. Dia keluar dengan
beg-beg di tangannya.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang, aku tak nak kau duduk sini. Buat malu aku je. Apa jiran-jiran kata kalau
tahu apa kau dah buat. Macam mana Kak
Siti kau nak mengadap muka kawan-kawan dia kat sekolah kalau dapat tahu
perangai adik ipar dia macam ni? Aku tak nak tanggung kau. Kau carik pasal, kau
tanggung sendiri. Aku tak nak ambik tahu. Pegi kau dari sini..! “ tempelak
Along seraya membalingkan beg-beg tu dihadapan muka pintu. Seri menghamburkan air mata, tak disangkanya
benda ini akan berlaku, tapi dia pasrah, semuanya adalah kesilapan dia. Memang
dia tak patut berada dalam rumah tu, abang dan kakak iparnya tak perlu tanggung
malu seperti mak dan ayah di kampong. Dibalik dinding dapur, Kak Siti tersenyum
nipis. Nasib suaminya berpihak pada dia.
Melor yang sedari tadi dengar dari pintu hadapan, terus masuk kerumah
dengan kasut tidak dibuka, mengambil semua beg yang dicampakkan, dan menarik
tangan Seri yang tidak berganjak dari tadi.
“ Aku akan jaga dia, walau dia bukan adik aku, aku tak tergamak nak
tengok dia sengsara. Bersyukur aku tak
de abang macam kau “ Melor menjeling dan berlalu pergi dengan menarik tangan
Seri dan beg-begnya. Sampai di kereta ..
“Kak Melor…” Seri menangis teresak-esak sambil memeluk Melor..
“shhh.. dah Seri, kamu tinggal dengan akak je” melor meleraikan pelukan, dan membuka pintu
menyuruh Seri masuk, dan menyimpan semua beg di tampat duduk belakang.
“Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa mereka-mereka yang menghinaku,
lapangkanlah pada sesiapa yang membantu ku” rintih Seri didalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Seri duduk dalam bilik ni ya, memang akak tak guna. Seri jangan malu.
Anggap je akak ni macam kakak Seri.
Dalam tu hanya ada tilam toto dengan bantal, maaf lah ye, nanti kita
beli tilam yang tebal sikit”
“tak pe kak Melor, itu pun dah patut Seri bersyukur. Seri minta maaf, buat kak Melor pula yang
kesusahan, Seri tak sangka semua jadi
macam ni. melor pelik kak.. arwah hairi kata seri tak kan mengandung.. tapi
macam mana seri boleh mengandung?”
“kenapa arwah kata macam tu?”
“huh..! seri yang bodoh, percaya sangat.. dia kata kalau tak lepas kat
dalam, tak mengandung.. tapi mengandung jugak” seri menitiskn air mata
“maaf akak tanya ni, lepas dia selesaikan tu, ada ke dia sambung
balik?”
Seri mengangguk.
“hurm, mungkin saki baki sperma yang tak habis keluar masih ada pada
dia tu yang bersenyawa bila dia masuk kali ke-2. Silap langkah, ini
padahnya. Sebab tu, Rasulallah pesan,
jangan dekati zina.. jangan dekat.. kalau dekat, ini lah jadinya..”
“hina kan Seri kak?”
“ish, jangan kata macam tu dik.. Allah maha pengampun, bertaubatlah
dik.. Allah sayangkan kamu lagi..”
“tapi along Seri macam dah buang seri…” teresak….
“Yelah, kita tak tahu pun hati orang ni dik, memang tak boleh jangka
pun. Dah Seri rehat dulu, mandi, solat..
minta Allah permudahkan segalanya. Nanti lepas akak masak nanti, akak panggil
Seri ya”
“terima kasih kak, Seri rasa, tak de selera nak makan. Akak tak payah
la masak untuk Seri”
“Eh tak boleh macam tu, kena makan sikit. Esok, kita kena pegi klinik
kesihatan dekat sini. Seri kena pergi
jumpa diorang untuk check darah, keadaan baby semua. Akak temankan esok. Jangan
risau, akak dah minta izin bos untuk cuti esok, jadi boleh teman Seri
keklinik.” Melor senyum sambil berlalu meninggalkan Seri berehat didalam
biliknya.
“Ya Allah, kau berkatilah Kak Melor. Limpahkan rezki Mu kepadanya,
ringankanlah bebannya menjaga aku yang hina ini yaAllah.. Perliharalah kedua
ibubapaku, jauhkanlah mereka dari kehinaan manusia, kuatkanlah mereka dalam
menempuh dugaan ini. Ampunilah dosa
mereka yaAllah, terutama dosa yang telah aku lakukan, ibu bapaku tidak bersalah
yaAllah, mereka telah memberiku didikan agama yang mencukupi, tetapi aku yang
tunduk pada nafsu dan godaan syaitan, ampunilah mereka ya Allah…” airmatanya
berlinangan di tikar sejadah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“tengok, Seri dapat nombor berapa?”
Seri menghulurkan kertas itu.
“0627, tak jauh lah lagi tu, sekarang 0620”
Seri senyum..”kak, kalau dia Tanya nak jawab apa?”
“jawab je Seri, bagi tahu je kisah betul, nanti kalau tipu, dibuat dia
minta maklumat suami, mana pula kita nak cari.
Mana tahu yang sebenarnya, dalam kes macam ni ada prosedur yang lainkan?”
Seri hanya mengangguk.
TING..! 0627
“Seri,
nombor Seri tu”
Seri bangun ke arah sister yang berada di meja
hujung. Dadanya berdebar.
“Seri
Muliati binti Said?”
“ya puan”
“pertama
kali ya datang klinik ni?”
“ya puan”
“berapa
bulan ni?”
“erm tak
pasti puan, ni baru datang check”
“ok kejap
saya checkkan, nanti kita boleh buat pengiraan”
“ok, awak
isi dulu butir-butir ni, no yang nak dihubungi ni semua ya”
“baik puan”
“dah berapa
bulan tak datang haid?”
“2 bulan
puan” jawab seri sambil menulis butiran-butiran yang di kehendaki.
“ok, ni
bekas ni, hurm.. masuk kan urine, kalau nak buat urine ni dulu pun boleh, yang
tu tinggalkan dulu”
Seri
mengangguk lalu meninggalkan dulu borang butiran tu. Kebetulan memang dia nak membuang, terus dia
mengambil urine. Setelah kembali, dia memasukkan urine di tempat yang di
sediakan, dan kembali menyambung menulis butiran dalam borang.
“puan, dah
siap”
“ok sekejap
saya semak”
“eh, ni
butir bapa ni?”
Seri hanya
membatukan diri.
“tak kan
budak ni tak de bapak?”
Seri hanya
diam.
Melor sedari
tadi hanya memerhati.
Seri
perlahan menggelengkan kepala.
“laaa anak
haram ke ni?” agak kuat suara sister tu. Sehingga keseluruhan pesakit diklinik
berpaling ke arahnya. Seri menundukkan kepala, airmatanya sudah berlinangan.
“bagus la tu
anak melayu sekarang, suka-suka kau jelah nak mengangkang.. buat malu mak bapak
je. Dah tu tak malu pula tu datang klinik kerajaan nak buat check up. Mana otak
kau masa buat, ha? Dah sedap-sedap, kau termengandung baru tahu nak malu?”
Seri terus
bangun berlari keluar, tak sanggup dia nak mendengar bebelan sister tersebut.
Pedih hatinya. “aku tak layak hidup lagi.. aku tak layak hidup lagi..” bisik
hatinya
PANG!
Meja sister
diketuk kuat.
“kau dah
kenapa?” Tanya sister kepada perempuan didepannya.
“kau siapa? Sisterkan dekat sini? Kerana kerajaan ada pekerja macam
kau ni la, yang buatkan kadar bunuh diri meningkat, pengguguran haram
meningkat, pembuangan bayi meningkat.
Umur dah tua, otak tak tahu fikir ke? Kalau itu anak kau, apa kau akan buat?
benam dia dalam kolam sampai mati? Tak boleh ke kau bagi sikit dia sokongan
moral, at least sekarang dia dijalan yang betul datang sini minta bantuan. Kenapa nak kena hina dia? Dah tu kau
tak tahu nak cakap perlahan-perlahan? Kenapa nak kena sampai 1 klinik ni
dengar? Kenapa? Aku tak kan biarkan benda ni berterusan. Kau dan ketua jabatan
kau akan aku bawak ke aduan pengguna kementerian!” melor meninggalkan klinik
dengan muka yang merah menahan marah dan kebiadaban sister berkenaan.
Seri..seri.. mana seri?
Seri dah terjelepok ditepi tayar kereta melor sambil menangis tak
ingat dunia. Melor lari dapatkan Seri, dia memeluk. “sabar dik..sabar”
“kak..Seri tak nak hidup lagi kak, kalau seri pun dah dihina, apa lagi
anak seri ni nanti kak?”
“shhhhh tak nak cakap macam tu dik, dah .. kita masuk kereta ya” Melor
memapah Seri kedalam kereta.
Sunyi.
Sesampai dirumah, Seri terus masuk kedalam bilik. Melor hanya
memandang sayu. Kesian. Itu yang dirasainya, tak dapat dia bayangkan apa yang
ditanggung Seri.
DANG !
Melor berlari kearah bilik Seri.
“seri..seri.. kenapa tu?”
Tiada jawapan. Melor mengetuk
pintu dengan kuat lagi.
“Seri..! Seri..! bukak pintu Seri..! SERI..!”
Melor berlari mendapatkan kunci pendua, tangan dia bergetar nak
membuka pintu, DAAAAANNG..! pintu di tolak kuat
“SEEERRRIIII…!!!!” melor melaung kuat seraya memeluk kaki Seri. Seri
meronta. Melor mengapai kerusi yang terjatuh menggunakan kakinya, lalu
menegakkan kerusi itu dikaki Seri. Dengan tidak semena, tali yang menjerut
leher Seri terlucut dari lehernya, dia jatuh terjelepok kebelakang.
PAAAAANNGG…! Melor menyepak pipi Seri tanpa ehsan. Seri terjelepok
kembali kelantai.
“KENAPA?? KENAPA INI YANG KAU NAK BUAT HA?? KENAPAAAA??” melor
menggoyangkan badan Seri.
“CUKUPLAH DOSA YANG KAU DAH BUAT SERI..! JANGAN KAU NAK BUNUH DIRI..!
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN, KALAU BUNUH DIRI, KAU MATI DALAM MURTAD..! ALLAH
TAKKAN AMPUNKAN DOSA KAU SAMPAI BILA-BILA..!
KAU TAK FIKIR KE HA?? KAU NAK SELAMANYA DUDUK DALAM NERAKA? KAU TAKNAK
JADI UMMAT NABI? KAU CAKAP DENGAN AKU SERRRII??!!” melor melepaskan pegangannya
dari bahu seri. Tak di sangka dia seri sanggup untuk membuat cubaan membunuh
diri. Tak di sangka seri pendek akal
seperti itu. Tak disangka seri tega melakukannya. Kenapa seri?
“kak melor.. maafkan seri”
“bukan dengan aku kau patut minta maaf seri, tapi dengan Allah”
“maafkan Seri kak…maafkan seri..” berlinang air mata seri seraya
memeluk melor.
“Seri malu kak.. seri tak tahu macam mana nak hadapi hidup ni kak,
seri buntu”
“kau malu pada siapa? Manusia? Manusia tak kan pernah berhenti dari
mengata..tak kan pernah berhenti dari mencaci..tak kan pernah berhenti dari
menghina.. kenapa kau perlu malu pada mereka? Tapi kenapa kau tak malu pada
Allah? Sanggup kau nak menentang kuasa Allah? Sanggup kau melawan takdir Allah,
Seri?”
“tak kak.. tak.. seri tak berniat macam tu..”
“habis? Apa yang kau buat ni seri? Allah menduga kau dengan jalan
ini.. bukan Allah nak menyiksa kau seri, tapi Allah tahu kau mampu hadapinya,
kesakitan bersalin adalah kifarah pada dosa-dosa kau seri.Allah sayang kau
seri. Dia memberi kau peluang untuk membetulkan kesilapan. Tapi kenapa engkau
memungkiri kehendak Allah? Kenapa seri? Anak dalam kandungan kau tak berdosa
seri. Kenapa dia juga perlu kau bunuh? Kenapa? Sekali kau dah hancurkan hati
mak dan ayah kau.. kenapa perlu ulang kesalahan ini yang bakal memusnahkan
terus hati mereka? Kenapa seri? Kenapa?
“kak……”
“seri, manusia sekeliling akan berhenti bercakap bila penat mulut
mereka. Jangan kau musnahkan hidup kau dengan telunjuk syaitan, jangan seri..”
“kak..”
“Seri… tidakkah kau rasa denyut jantung dia dalam nadi kau? Tak kah
kau rasa hangat sayang sikecil dalah hati kau? Tak kah kau rasa dia meyalurkan
kekuatan dalam badan kau? Sanggup kau nak biarkan dia mati? Dan bangkit di hari
pembalasan dengan penuh amarah kerana kau membunuh dia?”
“tak kak.. seri tak sanggup.. seri tak berniat nak membunuh dia kak,,
seri tak tahan..tak tahan dengan apa yang diperkata orang sekeliling..”
Melor memeluk seri..
“dik, selagi akak ada, akak akan jaga kamu. Selagi kita berdua bernyawa, kita akan jaga
jantung hati kamu bersama-sama..kamu tak kesorangan, akak ada dengan kamu.
Percayalah dik, akak akan bantu sedaya mampu.”
“akak.. maafkan seri sebab hancurkan kepercayaan akak pada seri, seri
minta maaf, menyusahkan akak, seri minta maaf kak..”
“sudahlah, tak de apa yang nak di maafkan, lepas ni jangan lupa solat
sunat taubat, minta Allah ampunkan kamu, minta Allah permudahkan urusan kamu..”
Seri menangis teresak-esak, tak disangka masih ada manusia semulia kak
Melor, sanggup bersusah demi bukan darah daging sendiri. Seri memegang perutnya..
“sayang.. maafkan ibu, ibu tak
berniat nak bunuh kamu nak, ibu tak berniat untuk bunuh diri, maafkan
ibu sayang.. ibu tekad untuk melahirkan
kamu, ibu bertekad untuk menjaga kamu, berikan ibu kekuatan untuk kita berdua
sayang… beri ibu kekuatan, kita akan hadapi semua rintangan bersama.. bersama
umi melor.. ibu sayangkan kamu.. maafkan ibu…..” Seri mengusap perutnya dengan
penuh kasih sayang dan linangan air mata. Melor memandang dengan senyuman..
“kak Melor!”
“kenapa seri?” melor panik.
“kak, baby bergerak..seri rasa dia berdenyut, seri..seri..rasa kak..
hahahaha..seri rasa dia ada dalam ni.. seri rasa dia macam jalan-jalan dalam
perut seri.. hahahaha…dia paham seri cakap dengan dia kak.. ” seri kegembiraan.
Melor tersenyum. Seri masih lagi mengusap2 perutnya dengan air mata berjujuran
dan bibir terukir senyum ketabahan.
“Alhamdulillah… yaAllah permudahkanlah urusan kami, kuatkanlah
semangat Seri, berikan aku jua kekuatan untuk menjaganya…padaMu kami memohon
yaAllah..” berlinang airmata Melor, sambil tersenyum melihat seri yang
kegembiraan dengan kehadiran bayinya.
MORAL OF THE STORY
Buat gadis-gadis diluar sana... sayang.. jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki.. jangan mudah hanyut dengan nikmat syaitan, jangan mudah leka dengan layanan diberi.. ingatlah sayang, kesannya, hanya kamu yang alami, sengsaranya, kamu yang tanggung, peritnya hanya kamu yang pikul.. ingat Allah, ingat ibu bapa kita sayang... pada yang telah terlanjur, marilah sama-sama kita kembali kejalan Allah.. elak kan dari maksiat, jauhi lelaki. jangan dibiarkan diri kita diperguna seperti alat dagangan.
Buat lelaki-lelaki diluar sana... awak... kami wanita yang lemah. menghulur tangan untuk bimbingan, jangan di apa-apakan kami, jangan jadikan kami bahan pemuas nafsu, nikahilah kami secara sah sekiranya kami yang awak nak.. peliharalah kami seperti nilai ahli keluarga perempuan awak. jangan pandang kami dengan hasutan syaitan. hormatilah kami, awak... hormatilah kami sebagai kaum yang lemah.
buat ibu-bapa dan keluarga diluar sana... Pedih.. ya itu yang akan dirasa, terhina, itu yang akan kita rasa. tapi jangan diabaikan anak gadis mu.. jangan diabaikan adik/kakak mu.. terus diburu dosa. terus diburu rasa hina. terus diburu rasa tak berguna, sehingga dia melakukan dosa besar yang lain. bantulah mereka, terimalah mereka dengan tangan terbuka, ya.. terima bukan bermakna menggalakkan, tetapi menarik mereka dari terus terpesong.. berat? ya.. memang berat untuk kita terima dan buat.. tapi dia bukan orang lain, darah daging kita juga.. kalau bukan kita yang melindungi dia.. siapa pula yang akan menghulurkan lindungan?
buat masyarakat diluar sana... janganlah kita terus prejudis dengan mereka. sekali mereka melakukan kesilapan, tidak bererti mereka akan melakukan seterusnya, kalau mereka kembali dengan keinsafan, tunjuk lah mereka jalan yang benar, berilah kata-kata semangan, jangan di caci, jangan di hina. kerana dengan kata-kata kita itu, mungkin akan menjadikan dia nekad untuk terus terpesong.. ya, memang benar, dia melakukan kesalahan, tapi bukan kita yang meletakkan hukum pada dia, Allah itu yang berhak... marilah kita bantu ibu bapa mereka untuk memberi sokongan moral supaya mereka berubah dan tidak melakukan kesalahan lagi. dan menjadi iktibar pada anak gadis dan jejaka yang lain.. insyaAllah... Allah akan melindungi kita semua.